Monday, 31 August 2015

Cinta Fitrah vs Cinta Fitnah

Assalamualaikum. Tajuk usrah malam ni : Cinta fitrah vs cinta fitnah. 🙈

Rasa Cinta Itu Fitrah🐳

❄"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. "❄

(Surah Al-Fajr; 89:27-28)

Semua manusia di dunia ini secara fitrahnya punya rasa ingin mencintai dan dicintai. Hatta, haiwan juga ada perasaan kasih dan sayang. 

Rasa cinta pasti ada
Buat makhluk yang bernyawa 
Sejak lama sampai kini 
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Hingga sampai akhir masa 

Renungkanlah

👉🏻Ramai manusia menginginkan Syurga rumahtangga di dunia. 

👉🏻Bagi yang belum berkahwin, apakah kita sedang menempuh jalan ke arahnya?

👉🏻Berapa ramai manusia apabila ditanya; mereka inginkan yang soleh dan solehah?

👉🏻Namun, berapa ramai yang menempuh jalan untuk mendapatkannya? 😔😢😔😢

😊 Jalannya adalah dengan mendekati Allah. 😊. Cuba didik diri menjadi istiqamah walaupun dgn terpaksa sebab dgn terpaksa akn menjadi sendiri. Kita mahu orang yang mencintai Allah menjadi pasangan kita, namun, apakah kita sedang menempuh jalan-jalan untuk dicintai-Nya? 

🌹 Ya, fitrah manusia itu mahukan yang cantik, yang bersih dan suci. 

Lalu, mari kita muhasabah, apakah kita sedang mencari sesuatu di atas jalan kesucian atau kenodaan?

Bila Fitrah Bertukar Fitnah 🐳

🌴Setiap manusia mungkin pernah jatuh cinta, tetapi bagaimanakah kita mengendalikannya?

🌴Saya tertarik dengan analogi yang diberikan oleh ukhti Fatimah Syarha tentang nyamuk dan harimau; yang mana lebih bahaya?

🌴Jika dilihat, mungkin ramai mengatakan bahawa harimau lebih bahaya berbanding nyamuk. Bahkan bukankah sebenarnya ramai manusia lebih banyak menemui kematian akibat penyakit dibawa oleh nyamuk berbanding kes orang dibaham harimau. 

Begitulah perumpaan dalam cinta.😔😔

Keparahan bercinta tahap teruk yang dilihat masyarakat adalah apabila kejadian zina berlaku. 

Tetapi bagaimana pula jalan-jalan kecil yang tidak terlihat dengan mata kesannya? 😨 Ia terkesan pada hati hingga kita melebihkan manusia yang dicinta melebihi Pencipta kita; Allah lah yang paling utama patut kita cintai. 😢😢

Allahurabbi.

Hingga kita bangun kita tidak melihat Allah yang membangunkan kita, tetapi kita teringat manusia yang kita cinta. Apakah hingga manusia mengambil tempat menjadi Tuhan di hati kita?

Bukan saja untuk yang belum berumahtangga bahkan hingga kita bergelar suami atau isteri sekalipun, Allah tidak patut diletakkan ke nombor lain di dalam hati selain nombor yang pertama. Tidak ada yang boleh mengambil takhta Ilah itu di hati melainkan Allah. 

Sirah ini adalah pertama kali saya mendengarnya dan ingin saya kongsikan agar kita mendapat iktibar. 

❄❄ Abdullah bin Abu Bakar baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita yang tidak kurang hebat sahsiah dan kedudukannya. Kedua-duanya bahagia dan saling mencintai.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar lalu di hadapan rumah anaknya Abdullah untuk berjemaah ke masjid. 

Si ayah mendapati anaknya berbual mesra dan bergurau senda dengan Atikah. Hingga Abu Bakar selesai solat, Abu Bakar r.a masih mendapati anaknya masih berbual mesra dan bergurau senda bersama menantunya. 

Kemudian Abu Bakar segera memanggil Abdullah, 
"Wahai Abdullah, apakah kamu solat berjamaah?"

" Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamudari kehidupan dan pandangan hidup, malah dia telah melupakan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!"

Begitulah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. 

☝🏻Penceraian itu membuat Abdullah sakit hingga dia mengubah syair untuk Atikah. Kemudian, Abu Bakar meminta Abdullah rujuk kembali. Atikah dan Abdullah belajar dari kesilapan mereka untuk mencintai Allah melebihi cintanya kepada manusia. 

Satu ikitibar buat kita yang bergelar manusia. Buat kita yang sering lupa. 

Bukan untuk terus menjadi rahib, menolak fitrah. Tetapi fitrah itu ada jalan dan 'guideline' untuk kita mengurusnya. Tinggal kita mahu atau tidak sahaja. Dan belum terlambat jika kita diuji dengan fitrah ini untuk kita membuat 'U- Turn' kembali. 

Kerana jalan U-Turn kepada Allah itu sentiasa terbuka kepada sesiapa yang benar-benar ingin menyucikan dirinya. 😌😌

Mulakanlah Syurga rumahtangga itu dengan mewujudkan jalan-jalannya di dalam diri kita. 

Jadikan Orang Tersayang Bersama Ke Syurga 🐳

☝🏻Apakah kita mahu menjadi penghalang orang yang kita sayangi itu menuju ke Syurga?

☝🏻Apakah kita mahu dia menjadi penghalang kita sebaliknya?

☝🏻Apakah kita menjadi orang yang melalaikan orang yang kita sayangi dari mengingati Dia yang sepatutnya pertama sekali kita cintai?

😌Jalan yang paling selamat untuk bertemu-Nya di Syurga adalah yang telah ditunjukkan-Nya kepada kita. Maka, apakah kita masih mahu menjalani jalan-jalan yang menyempitkan dada dan menyesakkan nafas hingga kita bagai dihembus-hembus bisikan syaitan yang memungkinkan kita jatuh ke jurang Neraka? 

Mengapa mahu pilih jalan susah dan payah, sedangkan Allah dah sediakan kepada kita jalan yang mudah?

Jaga hati,Jaga iman,Jaga diri.

Wassalam.

Written by :@Cik_Intann
310815—Chinta

Saturday, 22 August 2015

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan💰

—Pesanan Cik Intan—

Bismillah. Salam Alayk.

Firstly, Im sorry, Im not as clever in management money or Economi.

Kalau utk cara nak save mmoney or nak bajet utk self, fmily, and future tu depends ats diri sendiri. If org lain. Etc future zauj/zaujah duit 1500+ blh save, blh manage duit tu why not cuolls kan. Turunkan Ilmu yang ada pada korang pada future zauj or zaujah. How you manage duit tu sampai blh bg parents 500+.

And when you said that he/she is your future husband/wife, should he/her can manage himself/herself, family and his/her Life. Right?

Yes. Totally kita takk dpt siapkan diri kita 100% scra sempurna. Coz of what?

Because kita cuma manusia biasa. Normal person.

Tp bila kita ckp we're just normal person, tak semestinya kita duduk diam. Kan.

Of coz kena usaha. Usaha. Usaha to be a better person.

And second, kita kna sedar yg Lelaki 👨 and perempuan 👩 ada perbezaan msing.

Masing2 ada klbhn dan kkurangan msing2.

Once dah nikah. All tanggungjawab jadi berat utk pihak somi. Nk bg nafkkaah utk anak istri.

Tp when someday uolls and ur Future get married . Mak kak intan selalu pesan. First things of " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

Apa yg  pnting keredhaaan Allah.

And totally kak intan ni memang langsung takde pglmn bab nikah or management apa apa.

Cuma apa yg kak intan belajr dr pglmn akak sendiri dgn kdaan ekonomi sekarang yg sangat gawat 😓

Sebab tu kita kena usahakan siapkan diri kita. And bila kita siapkan diri kita tu adalah sebuah tarbiyah utk kita.

Etc as Istri. Before dia nak nikah ofkos overall dia akan siapkan , apa tnggungjwab sebgai seorang isteri kan.

Yang tu , yang ni,
Begitu begini.

And the last words.

You all kena sedar, all persiapan yg kita buat tu not just to married, bukan semata mata nk kawin je.

And kita ni maybe kawin ke tak. Wallahualam.

Tp, atleast before kita tempuh gerbang perkahwinan kita dah cuba utk jadi mnusia yg lbh baik dan belajr tnggungjwab.

Right?

And kpd yg bakal bakal jd isteri ni, tnmkan sifat muraqabatullah dgn diri kita.

Supya kita ni bljr utk jauh dr yang dilarang dan buat apa yang diperintahkanNYA.

And jadi hamba Allah yg sebenar benar hambaNYA.

Wallahualam.

Utk lebbih  kepastian tnya Asatizah lain. Kak intan cuma hamba biasa. Setakat termampu je yg mmpu kak intan kongsi.

Wallahualam.😘