'Lelaki Pilihan'(50)
Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang yang sungguh mencintaiMu lebih daripada segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua dihatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu.
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting.
Yang palinh penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai kepada Engkau
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia sia.
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang bukan sahaja memujaku tetapi dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah.
Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.
Seseorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sebelahnya.
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta :
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMu,
Sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu,
Bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifatMu yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu bukan dari luar diriku.
Berilah aku tanganMu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatanMu sehingga aku dapat melihat banyak hal dalam dirinya dan bukan hal buruk sahaja.
Berikan aku kata kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat,
Sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari,
Dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan selalu memberikan semangat untuknya.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu,
Aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
"Betapa besarnya Allah itu kerana Dia telah memberikan kepadaku,
Seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya ialah pada waktu yang Kau tentukan.