Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.
*tampar diri sendiri*
Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.
Diri,
Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila di hina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.
Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. Realiti? Kau hancur. Sudah-sudahlah.
Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main dota boleh pula rajin kan? Exam buat nak tak nak, tapi result nak gempak, kan? Ibadah nak cepat, tidur nak lama, makan nak sedap, rumah nak bersih, duit nak banyak, Al Quran? Ah satu dua muka surat sehari kira okay lah tu. Kan?
Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear ibadah, cukup ala kadar. And then kau expect diri nak masuk syurga? Sedarlah diri tu, sedar.
*nangis*
Awak yang diberi keizinan mengawal jasad,
Awak sedar tak semua yang Allah bagi ni pinjaman? Awak sedar tak duit berkepuk-kepuk dalam dompet tu semua Allah yang punya? Awak sedar tak awak bernafas tu atas izin siapa? Awak sedar tak masa lapang awak terbazir sia-sia? Awak sedar tak masa yang dah berlalu tu tak boleh di ulang semula? Awak sedar tak hidup awak diperhatikan Dia? Awak sedar tak jantung awak tak berhenti berdegup waktu awak buat dosa tu atas rahmat dan kasih sayang siapa?
Sedar tak awak?
Awak masih tak sedar?
*lempang diri sendiri lelaju*
*tulis surat untuk diri sendiri*
Kehadapan anda yang bermuka-muka,
Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,
Anda yang kononnya dekat dengan Allah,
Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,
Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,
Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?
Sudahlah.
Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?
Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.
Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.
Anda bercita-cita tinggi.
Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?
Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."
Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?
Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.
Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.
Sekian,
Luahan Hati Anda
*tarik nafas dalam-dalam*
Dia tahu aku down. Dia tahu aku penat. Dia tahu aku lemah. Dia tahu aku lelah. Dia tahu betapa hancur luluh hati aku. Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terus melangkah. Dia tahu.
Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.
Surah Al Mulk. Ayat 13.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
Nangis.
Argh! Pedih. Hati ni pedih. Sakit.
Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.
Allah sayang aku. Allah tahu aku mampu. Sebab tu Dia terus terusan bagi aku ujian. Dia bukan benci aku. Tapi sebab ujian yang hebat cuma untuk orang yang hebat.
Ajaib urusan mukmin, bila ditimpa musibah, mereka bersabar. Bila diberi nikmat, mereka bersyukur.
Rasa macam...
Beriman ke aku ni? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.
Lalu aku duduk. Mata masa habuk.
Digelar 'pendakwah' bukan satu yang boleh dibawa main. Ini amanah, dan perkara yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah.
"Kau tahu tak, kebanyakan pendakwah ni kaca. Cuma segelintir saja yang mutiara."
"Apa maksud kau?"
"Kaca tu benda senang nak dapat. Rapuh pula tu."
"............."
"Mutiara tu mahal. Susah nak dapat. Tahan lasak, susah pecah, kuat."
Diam. Nak marah, ada betulnya. Nak setuju, hati macam taknak terima.
"Aku taknak kau termasuk dalam kategori kaca. Sebab kaca dan mutiara, kilauannya sama. Tapi, nilainya berbeza."
"Apa yang boleh buat aku jadi mutiara?"
"Buang riak. Buang rasa bangga diri yang tumbuh dalam ni."
Katanya sambil tepuk dada aku beberapa kali.
Terasa semacam terkena renjatan elektrik. Pedih tertusuk sampai ke ulu hati.
"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."
"Contoh manja?"
"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putus asa."
Reda seketika.
"Lagi?"
"Muhasabah diri. Apa negatif yang ada dalam diri, besar kemungkinan, ia termasuk dalam kategori manja tu."
Lalu dia pergi.
Termenung.
Kawan tu, yang datang dan tegur untuk sama-sama perbaiki. Bukan sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi.
Lalu aku tanggalkan kaca mata ini. Kaca mata yang menunjukkan segala kebaikan yang pernah aku buat. Mula melihat dosa yang aku buat selama ni dan aku abaikan kononnya Allah tu sifatnya bukan Maha Melihat.
Semoga dapat buka bersama
Bismillah
terbaca moment seorang syabab…
Nasihat yg cantik buatmu muslimah . .
Nasihat dari the real Imam Muda.
Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap
pelosok dunia berdakwah
walaupun umurnya masih remaja.
------
Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang
semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-
perempuan Islam jadi ganas,
cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka
lemah lembut tapi sangat kental,
hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan
mahram), tak
meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik- gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah
untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa,
untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!
Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah,
lelaki soleh untnk perempuan
solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda
leleh yg lain...
"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"
Walaupun (di fb & realiti)
bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik.
..
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah
sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...
Fikir secara waras, adakah ini sifat
wanita yg ditarbiah oleh
Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah,
Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda',
Masyitah, Balqis, Maryam dan
ramai lagi diagung-agungkan kalian.
Tapi apa kalian kenal siapa mereka?
Bagaimana hebat dan kentalnya
hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan
BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari
tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan
jadi hamba lelaki, jangan
jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan
kapel free2 macam bohsia, jangan
dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika
seorang lelaki mendapat wanita solehah
sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...
Apa kalian sedar 'kesolehahan'
kalian itu harganya separuh dari
agama?
note: "Ada mata dan telinga kan
semua? Jom same2x renungkan "
jom usahakan utk jd muslimah yg terbaik. jgn sia2 kn harga diri kita. jadilah muslimah yg sebenar2nya. bukan yg mudah meleleh pada nafsu semata2. jaga imej muslimah. teguhkan benteng iman. moga Allah redha. moga sentiasa berada dlm landasan yg benar dan mustaQim.
bi idznillah. ✊
Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-