Saturday, 7 March 2015

IKHTILAT SIBER

❤ TAJUK USRAH : IKHTILAT SIBER

🌹🌷🌷mari kita hadirkan diri bersama-sama.
🌹IKHTILAT SIBER🌹

Ikhtilat. Apa tu ikhtilat? Asal perkataan ikhtilat ialah kholato-yakhlitu, yg bermaksud mencampur, menggaul. Jdi, ikhtilat bermaksud pencampuran atau pergaulan.

Ikhtilat ada pelbagai cara. Tidak kira tempat. Di dalam kelas, di dalam rumah, di kedai makan dan sebagainya.

Tetapi ! Hal yg kita nak bincang adalah mengenai IKHTILAT SIBER. Antunna semua tahu apa tu IKHTILAT SIBER? Ye, pergaulan di dunia siber. Adakah antunna semua tahu apakah batas2 dlm berikhtilat di alam siber? Ye, semua perkara ada batasnya, dan tidak perlulah melampaui batas. Pergaulan dengan lelaki ajnabi WAJIB dipelihara dan dijaga. Kerana, satu, kita tidak tahu apa motif sebenar dia berkenalan dgn kita. Dua, kita tidak tahu sifat sebenar dia bagaimana. Tiga, boleh jdi kita hanya pemuas nafsu bagi hatinya sahaja. Sebab itu, penting menjaga kehormatan diri hatta berkaitan dgn hati sekalipun. Kerana jika hati seseorang itu baik, maka baik la dia, jika tidak, maka buruklah dia.

ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﻨُّﻌْﻤَﺎﻥِ ﺑْﻦِ ﺑَﺸِﻴْﺮٍ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨْﻬُﻤَﺎ ﻗَﺎﻝَ: ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮْﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ
ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮْﻝُ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟْﺤَﻼَﻝَ ﺑَﻴِّﻦٌ ﻭَﺇِﻥَّ ﺍﻟْﺤَﺮَﺍﻡَ ﺑَﻴِّﻦٌ ﻭَﺑَﻴْﻨَﻬُﻤَﺎ ﺃُﻣُﻮْﺭٌ ﻣُﺸْﺘَﺒِﻬَﺎﺕٌ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻬُﻦَّ ﻛَﺜِﻴْﺮٌ
ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ، ﻓَﻤَﻦِ ﺍﺗَّﻘَﻰ ﺍﻟﺸُّﺒُﻬَﺎﺕِ ﻓَﻘَﺪْ ﺍﺳْﺘَﺒْﺮَﺃَ ﻟِﺪِﻳْﻨِﻪِ ﻭَﻋِﺮْﺿِﻪِ، ﻭَﻣَﻦْ ﻭَﻗَﻊَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺸُّﺒُﻬَﺎﺕِ ﻭَﻗَﻊَ
ﻓِﻲ ﺍﻟْﺤَﺮَﺍﻡِ، ﻛَﺎﻟﺮَّﺍﻋِﻲ ﻳَﺮْﻋﻰَ ﺣَﻮْﻝَ ﺍﻟْﺤِﻤَﻰ ﻳُﻮْﺷِﻚُ ﺃَﻥْ ﻳَﺮْﺗَﻊَ ﻓِﻴْﻪِ، ﺃَﻻَ ﻭَﺇِﻥَّ ﻟِﻜُﻞِّ ﻣَﻠِﻚٍ ﺣِﻤًﻰ ﺃَﻻَ
ﻭَﺇِﻥَّ ﺣِﻤَﻰ ﺍﻟﻠﻪِ ﻣَﺤَﺎﺭِﻣُﻪُ ﺃَﻻَ ﻭَﺇِﻥَّ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﺴَﺪِ ﻣُﻀْﻐَﺔً ﺇِﺫَﺍ ﺻَﻠَﺤَﺖْ ﺻَﻠَﺢَ ﺍﻟْﺠَﺴَﺪُ ﻛُﻠُّﻪُ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﻓَﺴَﺪَﺕْ
ﻓَﺴَﺪَ ﺍﻟْﺠَﺴَﺪُ ﻛُﻠُّﻪُ ﺃَﻻَ ﻭَﻫِﻲَ ﺍﻟْﻘَﻠْﺐُ ‏[ ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ ‏]

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu
dia berkata, Saya mendengar Rasulullah
shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya
yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara
keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-
samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka
siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah
menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa
yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan
terjerumus dalam perkara yang diharamkan.
Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan
gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk
memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya.
Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan
larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan.
Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal
daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan
jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah
bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlulah menjaga hati setiap kali kita berikhtilat sesama masyarakat. Terutama masyarakat yg kita tak nampak dengan mata kasar. Apa yg dimaksudkan tu? Ye, masyarakat siber.

Ana tahu kita perlu berhablumminannas. Ye, menjaga hubungan dengan manusia. Tetapi, perlu ingat, menjaga dari segi mana? Menjaga dari segi pergaulan, tali persaudaraan dan sebagainya. Sebagai contoh, kurangkanlah bermsj dengan lelaki tanpa tujuan yg penting. Kerana, bermula dengan itu, kita akan bermain dgn api. Hatta kalau ada perkara penting pun, seeloknya selesaikanlah dengan secepatnya. Kerana, ingatlah, jika kita berdua(lelaki dan perempuan), pasti akan ada yg ketiga(syaitan). Syaitan akan cuba menghasut kita utk cuba berbuat maksiat. Skrg ni, di alam siber, mcm2 media sosial yg kita jumpa. Antaranya whatsapp, facebook, telegram, twitter, skype, wechat dan sebagainya. Bila difikirkan kembali, adakah kita pernah gunakan media2 sosial ini utk tujuan DAKWAH? Adakah kita benar2 tuju pd niat kita yg sebenar ataupun sebaliknya? Jika kita benar pd niat kita, Allah pasti akan membantu kita agar terhindar dari fitnah.

Persoalan, kenapa kita sering menjadi bahan fitnah di laman sosial? Masalah utamanya ialah, kita sering mahukan diri kita DIFITNAH. Apakah puncanya? Bermula punca itu adalah dari cara bagaimana kita berikhtilat. Ye, bergaul dgn manusia. Kita tak mahu difitnah, tetapi dalam masa yg sama kita tidak menjaga prgaulan. Adakah itu seperti memasukkan diri kedalam bunga yg beracun?

Ada seorang hubabah prnh berkata pd ana, berpada-padalah dlm melayari internet. Terutamanya bagi wanita. Tidak perlulah menjadi perhatian lelaki-lelaki ajnabi dengan mengupdate status terlalu banyak. Jangan terlalu dikenali. Kelak akan dibinasai. Jagalah hati.

Ye, internet sgt bahaya utk manusia khususnya muslimah. Kerana, wanita adalah fitnah bagi lelaki dan dunia. Setiap perkataan dan perbuatan seorang muslimah, mampu mengundang fitnah.

Jdi, bagaimana harus menjaga ikhtilat?

1-tajdid niat (perbaharui niat)
2-tahu apa yg ingin dituju
3-harus ada ketetapan waktu dalam menggunakannya
4-berbual perkara yg penting sahaja
5-tidak perlu menggunakan emotions seperti smiley atau sebagainya (lelaki  boleh berfikir macam2 walaupun dgn meletakkan smiley).
6-tidak perlu lama-lama
7-perlu ada keizinan ibu dan ayah

Jika kita menjaga dengan betul , in syaa Allah selamat.

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment