-Diari Self-
Dear Hawa.
Aku.
Aku wanita.
Ya aku wanita yg berpakaian muslimah.
Aku bertudung labuh menutup dada.
Aku berstoking dan berniqab.
Terdengar indah.
Terdengar suka.
Namun hakikatnya,
Membawa imej itu amatlah payah.
Kemana-mana menjadi perhatian mungkin kerana tak sangka.
Ya tak sangka.
Dulu.
Aku sama seperti wanita-wanita diluar sana.
Yang hanya berpakaian tapi buat-buat tak tahu dimana aurat sebenarnya.
Aku sama seperti mereka yg hanya memakai tudung di kepala.
Hakikatnya tidak menutup aurat dgn sempurna.
Orang lihat aku berubah.
Kenapa dgn tiba-tiba?
Kenapa drastik je?
Mungkin itu yg ada di fikiran mereka.
Wajah aku tenang je. Watlek watkool.
Bila mereka melihat aku dari atas ke bawah.
Aku senyum je.
Mungkin tak nampak kerana aku menutup muka.
Jadi,sometimes aku pun tegur mereka.
Ada yg senyum semula.
Ada juga yg menjeling tanpa kata.
Aku gagahkan jua.
Kerana aku tahu medan ini bukan utk orang-orang yg lemah.
Bila aku mula melangkah ke majlis-majlis agama.
Orang memandang aku seperti aku ilmu penuh di dada.
Hakikatnya,aku kesana kerana aku ingin tahu juga. Ingin menuntut ilmu juga.
Orang mula mengasak asak aku dgn soalan-soalan seperti aku Pengeluar Fatwa. Hmmmm. Sedang aku juga pelajar seperti mereka.
Terkadang aku tertanya,
Adakah pakaian ini hanya utk yg banyak ilmunya?
Adakah pakaian ini melambangkan dirinya tiada dosa?
Adakah pakaian ini hanya utk mereka yg bergelar hafiz hafizah?
Lalu,pakaian apa yg tinggal utk orang seperti aku?
Tidak layakkah aku memakai pakaian seperti itu?
Aku buntu.
Sedangkan,
Menutup aurat utu wajib utk semua dan juga untukku.
Lalu,dari mana datangnya sempurna jika aku juga manusia biasa?
Sedih. Sedih sangat.
Terkadang aku menangis dalam sepi.
Hiba dalam sunyi.
Andai ini ujian yg aku perlu tempuh di atas kelalaian ku dahulu.
Allah,aku redha ya Allah.
Aku rela andai ini jalan yg Kau redhai.
Kerana Allah aku kuat.
Aku berpakaian seperti itu bkn bermakna aku ustazah.
Salahkah utk berhijrah?
Bila lagi nak berubah?
Sedang title kita sekarang pun "bakal jenazah"
Sudah sudah lah.
Cuba lihat dunia saat ini.Pondan pun dah merata.
Dunia akhir zaman dah.
Tidak adakah sedikit pun gentar melihat kegoyahan dunia?
Kita semua tahu bahawa hari kiamat itu pasti tiba.
Dan wanita paling banyak menghuni neraka.
Lalu,mengapa kita masih leka?
Seolah-olah dunia ini tempat kita selamanya.
Jgn alpa. Jgn leka.
Makin hari,makin banyak petanda.
Masih juga nak tutup mata?
Masih juga nak pekakkan telinga?
Aku takkan kata buatlah ikut suka.
Kerana kamu dan aku sama.
Sama-sama wanita.
Sebelum kamu menjadi solehah,
Jadilah kamu seorang anak solehah.
Berbaktilah pada orang tua.
Jgn heret mereka ke neraka.
Hanya disebabkan oleh dosa-dosa kita.
Masih belum terlambat.
Mulakan langkah-langkah gagah.
Jgn teragak-agak dah.
Masa,takkan menunggu kita.
Hidayah takkan datang bila kita suka.
Sebab mati itu bila-bila masa.
Sekian.
Terima kasih.
*kesat mata*
*Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-
No comments:
Post a Comment