Kau Kuat . Kau ada Allah.
Malam itu bertemankan sejadah dan Al-Quran. Hati itu remuk. Hati itu sedang sakit tenat. Hati sedang berduka. Haura' al-Maqsurah.
Ya Haura Maqsurah. Dulunya dia insan kuat. Kini lemah longlai. Tak mampu berdiri. Dakwahnya tersekat. Hidupnya lebih menyendiri.
********
"Tak sangka , muka bersih hati kotor. Neraka selayaknya untuk kau Haura. Jangan berangan syurga untuk hampir. "
Zuppppp!
Allah ! Ujian apa yang telah kau beri pada aku ini Ya Allah. Akukah insan yang kau sedang duga itu?
"Kau psiko Haura. Kau tak layak belajar agama. Tempat kau pentas untuk menari. Kau jijik. Kau hina Haura. "
"Haura , muka kau nampak baik. Hati kau hitam seperti jalan tar. Allah pun tak nak terima kau. Pendosa. Sia sia kalau kau buat kebaikan. Kau tetap takde pengampunan dari DIA. "
Haura menangis. Haura hilang pedoman.
"Wahai orang yang beriman , mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat , sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar. "
Al-Baqarah :153
**********
Haura membaling batu kecil kedalam sungai. Air sungai itu jernih. Bersih. Niqab yang tersarung di wajahnya sudah mula terasa basah. Bahang air matanya mungkin.
"Ya Allah , sungguh ujianMu ini berat bagiku. Tetapi aku bersyukur Ya Allah. Kerna ujianMu inilah aku kembali bangkit. Engkau Maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu yang Engkau Rencanakan Ya Allah. "
Air jernih di tubir matanya terus diseka.
"Haura ! Kau kuat ! Kau kuat ! Kau kuat. Qawiy Haura , Qawiy. Kau sedang berada di jalan Allah. Kau kena berjuang Haura. Kau kena bangkit. "Haura menjerit kuat. Terasa lega di hati.
Jauh disudut sana ,
Haura cuma seorang manusia ,
Senyuman tak pernah pudar dari bibir .
Agaknya aku tak pernah sedih. Persepsi .
Aku silap sendiri.
Dalam aku sibuk menggembirakan hati manusia lain, di hati aku sudah penuh dengan luka. Ada banyak kisah yang sudah cukup bikin hati aku mati. Hati aku kering dengan manusia.
Tapi,
Aku pilih untuk simpan segala kesedihan. Aku pancarkan senyuman buat manusia lain. Jua segala skrip lawak yang hanya bersifat hambar, aku tetap cuba untuk membuatkan orang lain gelak ketawa.
Orang macam aku ,
Aku paling suka Waktu pada malam hari.
Pandangan mata yang sentiasa dilihat, ialah langit yang luas. Comel.
Keadaan yang aku senangi, pada waktu sunyi untuk aku termenung. Seperti sekarang ni. Di tepi sungai. Tenang.
Jua tempat yang aku kekal setia berada, di sudut katil sambil memeluk tubuh kesejukkan.
Waktu itu, aku akan keluarkan segala kesedihan di jiwa aku.
Untuk membalas semula apa yang aku telah lakukan pada siang hari. Tak sangka.
Kadang , aku rasa nk restart hidup ni balik. Penat dah kenal ramai orang.
Aku Bohong pada diri sendiri.
Dorang anggap aku Boneka manusia .
Benar melampau !
Tapi .
Aku tak kisah.
Ada perkara sesuai dikongsi ,
Ada perkara perlu disimpan rapi sendiri
Pernah cuba tak isi air dalam bekas yang pecah? Macam tu la nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni.
Mustahil."
Yes ! MUSTAHIL
Ibu selalu pesan.
"Jika ada yang memfitnah,sabarlah kerana ada ganjaran di sana sebagai hadiah.Tenang kerana hanya yang tenang akan menang. "
Ibu ! Baba ! All family. Yes. Saat ini hanya rindu yang berterabur di hati ini.
Rindukan nasihat dari seorang Ibu.
Rindukan perhatian daripada seorang baba.
Ahhh ! Hati Haura sedang parah.
Haura bangun. Hari sudah masuk senja. Segera Haura mengambil Wudhu untuk menunaikan Solat.
******
Malam menjelma. Haura melihat langit ciptaan ilahi.
"Ada bintang dan bulan. Comelnya. Subhanallah. "Desis hati kecil Haura. Tanpa diminta. Air mata gugur lagi. Haura bermuhasabah diri. Kerna itu , dia suka melihat langit ciptaan Ilahi. Tika itu hanya ketenangan yang dirasai.
"Ya Allah , banyaknya dosa aku seperti bintang ini. Tidak terkira bilangnya. Astagfirullah hal a'zim. "Diseka air mata itu. Haura kembali senyum.
Haura ! Kau bukan maksum yang tak pernah lari dari dosa . Pasti akan tergelincir dari landasan yang sama . Sebab itu Allah sifatnya Maha Pengampun .
Apa aku lupa hebatnya sumayyah
Apa aku lupa tabahnya fatimah
Apa aku lupa cekalnya aisyah
Apa aku lupa gagahnya siti hajar
Mungkin
Aku terlupa kerana alpa
Ujian ini tidak seberat ujian mereka
Hasbunallah wani'mal wakeel
Pantas airmata singgah lagi. Agaknya malam ini hanya bertemankan Air mata.
Aku Nak marah, penat. Tak marah, geram. Akhirnya aku memilih untuk melakukan perkara yang selalu aku buat. Pendam. Mati. Ditanam. Mereput.
"Aku pendam. Tapi lama lama mesti keluar air Mata. " kata Haura seraya melihai bulan. Indah !
********
Just remember one thing, Allah is with you. He will make everything beautiful, at the right place, at the right time.
Luka disebabkan jatuh, aku masih boleh balut luka tu. Tapi, bila luka disebabkan kata kata, ia akan kekal di ingatan aku sampai akhir hayat :)
Aku rasa macam tak nak kenal dengan semua orang. Sebab dah penat sangat dengan manusia. Penat !
Yes !
Fizikal aku tampak lembut di ruang
mata yang memandang. Namun, ada
kekuatan yang tak terzahir dek
kata².
Tapi ingin aku khabarkan satu
kekuatan antara banyak2 kekuatan
yng tidak nampak di mata tetapi
membekas di jiwa.
Tadi sedang aku membelek tafsir Alquran. Aku jumpa kisah ni.
Aku rasa aku mampu. Aku tak perlukan orang orang disamping aku.
Cukup ada DIA.
Korang kenal Maryam Ibu
Isa? Saat dia mengharungi ujian
Allah sendri. Tiada insan bergelar
suami di sisi. Namun tawakalnya kuat
pada Ilahi. Sungguh, Dia sudah
aturkan suatu yang indah. Itu
yakinnya. Maka, dia melahirkan Isa
berbekalkan keyakinan & percayanya
pada Allah.
Korang Ingat tak kisah Hajar Ibu
Ismail? Dia sendiri redha mentaati
perintah Allah kepada nabi Ibrahim.
Meninggalkan dia di satu sudut
dunia yang terpencil. Berpisah
dengan seorang suami yang dikasihi
& hanya ditemani anaknya Ismail.
Kecundangkah dia di uji?
Tidak.
Dia serahkan diri sepenuhnya pada Ilahi
yang mengatur hidup & mati.
Allahurabbi. Inikan pula Aku. Dari situ aku kembali kuat. Terima kasih Ya Allah.
Muslimah & tawakalnya
punya kekuatan hidup &
menghidupkan.
Ya, mereka hidup
dengan keyakinan yang hebat
manakala kita menghidupkan jiwa
disebalik lembaran kisah mereka.
Muslimah,
Bina keyakinanmu Lillahitaala. Tak
selamanya insan setia di sisi.
Ada tika kita perlu berjalan, memilih,
mendepani risiko sendiri. Tapi
sendiri kita ditemani Allah Ya Qawiy!
Tetaplah bersabar,
Tetaplah redha,
Tetaplah tawakal..
Tuhanmu ada.
Saat semua sudah tiada.
Allahu
Kuatnya aku kerana " Dia "
Hebatnya aku kerana " mereka "
Untuk apa aku menagih kekuatan daripada seorang insan , sedangkan " dia " sentiasa ada .
" Ah , dunia sungguh kau satu mimpi indah yang melekakan
Haura kembali ke Katil. Dibuka blog rasminya. Nota Dakwah.
Ya memang nota. Suka mendeminisikan cerita hidup.
Biar satu saat nanti cerita cerita di blog ini menceriakan hati ini.
*****
Nota dakwah
2.14 AM
Saat tidurmu dengan linangan air mata. Kau berbisik, moga esok segalanya lenyap.
Tapi hidup bukan umpama komputer. Boleh didelete serta merta. Kau perlu masa. Untuk melupakan segala rasa.
Dan kau perlu masa.
Untuk bangkit dari kecewa. Tohmahan manusia takkan hilang. Tapi berjuanglah Kerana itu kau diciptakan Tuhan.
Saat kau sudah kukuh berdiri.
Jangan pula jadi seperti masyarakat tadi. Jadilah seorang yang mampu menabur bakti bukan menyakitkan hati.
“Awak... Ya. Awak yang tengah baca ni.
Terima kasih sudi kunjungi blog nota Dakwah. Hakikatnya !
Tiada yang menarik.
Cuma tulisan budak nota.
Yang sedang mengharap kasih Ilahi.
Yang bertatih di jalan RabbNYA
Yang jiwanya sentiasa mengharap RedhaNYA.
Aku tahu, jauh di sudut hati korang, Ada rahsia yang tersimpan. Ada tangisan yang tersembunyi. Ada harapan yang terlukis terang.
Di situ, Haura memilih untuk senyum. Haura bertahan dalam diam. Haura yakin dengan doa. Tapi Haura percaya di sebaliknya, Haura kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti. Haura menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, Haura serahkan hati Dia sepenuhnya.Hanya untuk DIA. sebab itu Haura nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya. kerana hati Haura teguh bersama Pencipta...
Published.
2:39pm.
**********
Nota Dakwah
http://notadakwahintan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment