Thursday, 10 December 2015

'Lelaki Pilihan' (42)

Lelaki Pilihan (42)

Jika pelangi itu adalah harapan,
Maka akan ada kekecewaan,
Kerana pelangi tak hadir sepanjang hari,

Ia akan pergi,
Ketika rintik hujan berhenti,
Dan langit mendung tersapu mentaritapi,

Meski hari ini pelangi itu pergi,
Ada masanya dirinya kembali,
Bersama harapan yang bersemi,
Meski hanya sesaat, Walau hanya sekelebat,

Dan jika pelangi itu datang sekali,
Akan ku katakan sepenuh hati,
Aku tak bisa mengambilnya,
Aku tak bisa membawanya sebagai hadiah,

Tapi aku akan menggenggam tangan,
Mengajak mengarahkan pandangan,
Ke arah pelangi.

Lalu kita akan menikmati,
Dirinya yang indah selalu.

'Lelaki Pilihan' (41)

Lelaki Pilihan (41)

Puisi ini aku tulis untuk seorang lelaki yang telah membuatku kagum selama ini. Ketulusan hati, sopan santun serta banyak memberi perhatian lebih dari sekadar teman berbual dikala sepi.

Kau lelaki,
Berhati hujan,
Menghiburkanku dengan ribuan perhatian,
Penyubur perasaan membanjiri jiwa dengan kebahagiaan.

Kau lelaki,
Bermata senja,
Memberi ribuan corot cahaya damai bersahaja,
Misteri tak tertebak logik menyihir rasa,

Kau lelaki,
Penggayuh waktu,
Penganyam mimpi,
Yang telah meluluhlantahkan keangkuhanku,

Kau lelaki,
Bersamudera pelangi,
Tempat cinta dan rindu ini,
Beriak tak berhenti.

Kau lelaki,
Yang meyakinkanku,
Untuk berani berkata,
Bahawa kaulah 'Lelaki Pilihan'

'Lelaki Pilihan' (40)

Lelaki Pilihan (40)

Lelaki datang atas nama cinta,
Nenda pergi kerana cinta,
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu,
Seperti bulan lelap tidur dihatimu,
Yang berdinding kelam dan kedinginan.

Ada apa dengannya,
Meninggalkan hati untuk dicaci,
Lalu sekali ini aku melihat karya syurga,
Dari mata seorang Adam.

Ada apa dengan cinta,
Tapi aku pasti akan kembali,
Dalam satu purnama,
Untuk mempertanyakan kembali cintanya,
Bukan untuknya, Bukan untuk siapa
Tapi untukku,
Kerana aku ingin kamu, itu saja.

'Lelaki Pilihan' (39)

Lelaki Pilihan (39)

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku,
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku,
Sepi sepi dan sendiri,
Aku
Benci

Aku ingin bingar,
Aku ingin di pasar,
Aku bosan dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat,
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
Biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring labah labah
Di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja locengnya,
Biar terdera atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

'Lelaki Pilihan' (39)

Lelaki Pilihan (39)

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku,
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku,
Sepi sepi dan sendiri,
Aku
Benci

Aku ingin bingar,
Aku ingin di pasar,
Aku bosan dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat,
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
Biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring labah labah
Di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja locengnya,
Biar terdera atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

'Lelaki Pilihan' (38)

Lelaki Pilihan (38)

Sesuatu yang membuatmu pergi, pada saatnya akan menjadi sesuatu yang pulang kembali. Sesuatu itu berwujud satu, tetapi memiliki dua nama 'Luka' dan 'Kenangan'. Yang satu membuatmu ingin melangkah jauh, yang satunya lagi memaksamu untuk mendekat lagi. Tarik menarik antara mereka, biasa kau sebut "cinta".

Dan hati ini membawaku kembali kepadamu. Tapi, kau tak lagi berada di tempat kita dahulu. Apakah kau telah menemukan separuh hati lain-selain hatiku?

Aku simpulkan ini rencah dalam diri sang pencerita. Adakala dia seperti memberontak manja kerana lelah dikecewa kasih, dihenyak nasib. Yang kerap saja meletak dirinya dikitaran bawah roda. Sesekali terdengar rintih sayu akan sunyi hari hari yang dilewati. Tapi masih terkesan aura gagah semangat padu di balik santun. Dia tak terkalahkan oleh semua itu. Semakin aku hampiri halaman akhir, dia geletek hati kerdil aku dengan cerpen pada suatu hari yang keenam. Terima kasih membuat aku senyum.

'Lelaki Pilihan' (37)

Lelaki Pilihan (37)

Masih aku terpaku,
Retak muka remuk raga,
Merindukanmu seperti batu,

Tatapan mata selalu di angan,
Merajut rindu bergelayut,
Menantimu seperti batu.

Dihatiku terpendam,
Bungkam dalam diam sang malam,
Merindukanmu seperti batu.

Hampa dalam bayang siang,
Kosong dalam tenang malam,
Merenenungimu seperti batu.

Picisan diri tidak relevan sama hidup kamu.
Tapi jujur.

'Lelaki Pilihan' (36)

Lelaki Pilihan (36)

Ada terik mentari menyilaukan mata,
Ada jingga menebar persona di Cekarawala,

Kini ada kamu yang membuatku mengerti,
Bahawa kehangatan itu ada,
Memayungiku dengan cinta.

Seperti mendung dengan gerimisnya,
Seperti laut dengan gelombangnya.

Kau mengajariku,
Tentang harapan yang hadir begitu lama,

Aku membisu memandangimu,
Melihat setiap kata yang kau eja,
Sebab disini,
Di dada ini,
Sejuta aksara tak mampu lagi,

Mengeja rindu yang bertenggek di ranting hati,
Aku hanya menatap bola matamu,
Lalu aku berkata pada mata itu.

Walau rindu takkan kehabisan getar,
Tetaplah menatapku,
Jangan palingkan pandanganmu,
Agar kamu tak kehilangan satu kata.

Aku disini menunggumu,
Meminjam sedikit saja ingatanmu,
Menyatukan dengan fikiranku.

Kita saling menjerat,
Menggenggam syariat,
Untuk menjadi imam dan makmum.

Friday, 4 December 2015

'Lelaki Pilihan' (35)

Lelaki Pilihan (35)

Sis nak kongsi sikit.

Sis ada catat beberapa isi penting yang sis ambik perhatian before masuk gerbang wedding or etc. Tips ni pun sis dapat dari orang yang sis kagumi.

[ TIPS SEBELUM NIKAH ]

Nak cari Jodoh yang baik , kena buat perubahan beberapa perkara yang penting . Buat yang ni dulu , Biar ISTIQAMAH

1 . Tahajud jangan pernah tinggal
2 . Dhuha sentiasa buat
3 . Puasa Isnin dan Khamis sentiasa buat melainkan uzur
4 . Solat fardhu di awal awal waktu , jangan lambat lambatkan.
5 . Baca Quran walau sesibuk mana
6 . Pandai masak , tak pandai belajar / tahu selok belok perihal rumahtangga.
7. Membaca sekurang kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.
8. Hadir sekurang kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.
9. Berkahwin di usia muda 20-25 tahun.
10. Banyakkan berdoa+berzikir+mutabaah amal perfect
11. Berusaha membina peribadi Muslimah yang terbaik.
12. Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu per satu.
13. Menambahkan amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari.
14. Jadi pelajar tebaik.
15. Bahagiakan mama papa dan family.

Pada aku, jatuh cinta perlukan ilmu. Jatuh cinta benda yang serious. Ini bukan main main. Bila kamu terjatuh, harus bersiap sedia untuk persiapan masa hadapan. Persiapan ilmu. Ya, ini lebih utama sekarang. Sibukkan bercinta dengan ilmu.

Dan lain lain tu perbaiki sikit demi sedikit. Memperbaiki diri itu , ibarat memperbaiki Jodoh. Jodoh kita mencerminkan diri kita. Percayalah lama lama akan terbiasa. Believe me.

* keep smile *

Wednesday, 2 December 2015

"Lelaki Pilihan" (34)

Lelaki Pilihan (34)

Diari seorang Ukhti
Kehadapan enta peneman Bidadari Dari Syurga.. ehemmmm

Saudara..
Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T..Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap Enta

Sedia maklum..Enta bukan seperti Akhi yang pernah saya temui..Enta ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah dan senang untuk di ganggu gugat oleh para wanita di luar sana..Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati Enta . Sebab ramai yang sedang menunggu enta dan juga mungkin ramai yang berkenankan enta. .Saya tahu juga..Enta bukan lelaki yang senang untuk diajak ber”couple“
..Saya tahu juga..kasih sayang Enta hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa enta..
Saya wanita kerdil..enta..Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu..amalan Enta dan tahap keimanan Enta terhadapNya..Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita..
Saya harap enta ada dalam bicara saya ini..

Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah..dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu..Saya tahu semua itu..Dan saya tahu Enta lebih tahu akan semua itu..Saya tahu juga yang enta berusaha untuk melarikan diri dari semua itu..takut ada yang murka dengan perbuatan enta termasuk diri saya sendiri..Iaitu Allah S.W.T..

Saya dari dulu sebelum mengenali enta lagi..saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia..Saya tak mahu kasih sayang saya ini.. perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber”couple” tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan..Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya..Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk enta
Saya tahu apa yang enta pegang selama ini..enta pegang bahawa..
” Wanita solehah itu aurat dijaga..pergaulan dipagari.. sifat malu pengikat diri..seindah hiasan di dunia ini.. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya..Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya..Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah..memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali..

Tapi ada satu perkara yang pasti..saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya..walaupun saya tak pernah nampak enta senyum pada saya secara realiti ..saya pasti enta baik orangnya..enta garang orang nya ..Enta  sombong bertempat. Enta garang bertempat.. Enta sweet bertempat...

Saya harap enta sudi tunggu saya..InsyaAllah..saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin..Saya nak enta hidup sempurna di samping saya..Saya nak jadikan enta orang yang paling bahagia berada dengan saya.. saya Tetap menanti enta
saya juga tahu enta sedang memilih wanita yang layak menjadi madrasah bagi anak anak kelak saya juga macam tu. Saya memilih enta kerna tahu enta yang layak menjadi imam bagi keluarga kelak
Seperti enta ..saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah..Kita bercinta selepas nikah..Saat segalanya telah sedia..izinkan saya untuk menunggu enta dalam meneruskan langkah enta untuk bertemu wali saya..Namun..jika enta belum bersedia..saya akan tunggu enta...
Surat ini ikhlas saya tulis untuk lelaki yang pertama ada dalam hati saya..

Yang benar,
Hamba Allah Huriyah Huwaida
Setia menanti Akhi..

Sesungguhnya islam itu indah..maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita..
Semoga dipermudahkan segalanya..
InsyaAllah~

Dear daddy, Dont be jealous I may find a prince someday. But, you always be my king ♡♡" sayang Osman bin Zakaria my King ❤ baba dan Che Zaini bt Md Isa my My princess of King ❤ Mama untuk selamanya. Sentiasa di Qalbi saya.

"Lelaki Pilihan" (33)

Lelaki Pilihan (33)

“ Bahagia--Trust Allah ”

Bila kita diberi harapan oleh manusia. Jgn terlalu yakin sebab Allah yg menentukan segalanya. Jgn terlalu percaya sebab Allah yg mengatur semuanya. Belajar letak keyakinan hanya pd Allah , supaya bila hrpn tu tak dikabulkan kita tak terlalu kecewa. Selamat menjalani kehidupan yang sementara.

Gais, bahagia tu bkn bnda yg kau boleh petik, pungut, kutip kat mana mana. Pernah tak rasa susah nak rasa bahagia? Haha. Bg sis bahagia tu Im do what I'm love. Kdg kdg bhagia tu ada dpn mata, cuma kita tak tau nk  hargai bahagia tu. Yg pergi tu kdg kdg bahagia  kita. Cuma kita ni terlalu leka dengan bahagia lain. Sampai tak sedar bahagia yang dah ada.

Manusia cepat berubah. Sehari dia layan kita elok je, esok layan macam tunggul, lusa layan macam sayang sangat, tulat layan kita nak tak nak. Macam kita takde perasaan. Macam takde any connection dgn dia. Manusia ni cpt berubah. Hari ni layan macam kawan , esok macam musuh.

Yes. Allah knows. Allah knows you're tired. Allah knows it is difficult for you. Allah knows you're squeezing your last drop of energy. But you must also know that Allah would never place you in a situation that cant handle. Sometimes what you want isnt always what you get, but in  the end what you get is so much better than what you wanted. Macam sis cakap, there is Always a reason behind everything that happen. Trust Allah.

I didn't change, you just never know me.

Untuk hati,
Yang sering
Terluka
Dirobek koyak
Oleh sang manusia

Aku mohon

Berhentilah

Berhentilah
Berharap
Berhentilah
Bergantung harap
Pada manusia.

Forget what has hurt you in the past, but never forget what it has taught you.

“ Loving someone and having them love you back is the most precious thing in the world ” - Nicholas Spark.

We just have to accept the fact that some people are going to stay in our hearts, even if they dont stay in our lives.

For All the people who make me laugh, Thank you.