Wednesday, 2 December 2015

"Lelaki Pilihan" (34)

Lelaki Pilihan (34)

Diari seorang Ukhti
Kehadapan enta peneman Bidadari Dari Syurga.. ehemmmm

Saudara..
Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T..Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap Enta

Sedia maklum..Enta bukan seperti Akhi yang pernah saya temui..Enta ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah dan senang untuk di ganggu gugat oleh para wanita di luar sana..Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati Enta . Sebab ramai yang sedang menunggu enta dan juga mungkin ramai yang berkenankan enta. .Saya tahu juga..Enta bukan lelaki yang senang untuk diajak ber”couple“
..Saya tahu juga..kasih sayang Enta hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa enta..
Saya wanita kerdil..enta..Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu..amalan Enta dan tahap keimanan Enta terhadapNya..Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita..
Saya harap enta ada dalam bicara saya ini..

Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah..dan akhirnya kita berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu..Saya tahu semua itu..Dan saya tahu Enta lebih tahu akan semua itu..Saya tahu juga yang enta berusaha untuk melarikan diri dari semua itu..takut ada yang murka dengan perbuatan enta termasuk diri saya sendiri..Iaitu Allah S.W.T..

Saya dari dulu sebelum mengenali enta lagi..saya sudah percaya akan bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia..Saya tak mahu kasih sayang saya ini.. perhatian saya ini diberikan kepada orang yang tidak layak disisi agama dengan cara ber”couple” tapi akhirnya tiada apa-apa ikatan..Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya..Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk enta
Saya tahu apa yang enta pegang selama ini..enta pegang bahawa..
” Wanita solehah itu aurat dijaga..pergaulan dipagari.. sifat malu pengikat diri..seindah hiasan di dunia ini.. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya..Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya..Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah..memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali..

Tapi ada satu perkara yang pasti..saya belum cukup bersedia untuk semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna di mata saya..walaupun saya tak pernah nampak enta senyum pada saya secara realiti ..saya pasti enta baik orangnya..enta garang orang nya ..Enta  sombong bertempat. Enta garang bertempat.. Enta sweet bertempat...

Saya harap enta sudi tunggu saya..InsyaAllah..saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin..Saya nak enta hidup sempurna di samping saya..Saya nak jadikan enta orang yang paling bahagia berada dengan saya.. saya Tetap menanti enta
saya juga tahu enta sedang memilih wanita yang layak menjadi madrasah bagi anak anak kelak saya juga macam tu. Saya memilih enta kerna tahu enta yang layak menjadi imam bagi keluarga kelak
Seperti enta ..saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah..Kita bercinta selepas nikah..Saat segalanya telah sedia..izinkan saya untuk menunggu enta dalam meneruskan langkah enta untuk bertemu wali saya..Namun..jika enta belum bersedia..saya akan tunggu enta...
Surat ini ikhlas saya tulis untuk lelaki yang pertama ada dalam hati saya..

Yang benar,
Hamba Allah Huriyah Huwaida
Setia menanti Akhi..

Sesungguhnya islam itu indah..maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita..
Semoga dipermudahkan segalanya..
InsyaAllah~

Dear daddy, Dont be jealous I may find a prince someday. But, you always be my king ♡♡" sayang Osman bin Zakaria my King ❤ baba dan Che Zaini bt Md Isa my My princess of King ❤ Mama untuk selamanya. Sentiasa di Qalbi saya.

No comments:

Post a Comment