Lelaki Pilihan (41)
Puisi ini aku tulis untuk seorang lelaki yang telah membuatku kagum selama ini. Ketulusan hati, sopan santun serta banyak memberi perhatian lebih dari sekadar teman berbual dikala sepi.
Kau lelaki,
Berhati hujan,
Menghiburkanku dengan ribuan perhatian,
Penyubur perasaan membanjiri jiwa dengan kebahagiaan.
Kau lelaki,
Bermata senja,
Memberi ribuan corot cahaya damai bersahaja,
Misteri tak tertebak logik menyihir rasa,
Kau lelaki,
Penggayuh waktu,
Penganyam mimpi,
Yang telah meluluhlantahkan keangkuhanku,
Kau lelaki,
Bersamudera pelangi,
Tempat cinta dan rindu ini,
Beriak tak berhenti.
Kau lelaki,
Yang meyakinkanku,
Untuk berani berkata,
Bahawa kaulah 'Lelaki Pilihan'
No comments:
Post a Comment