Lelaki Pilihan (35)
Sis nak kongsi sikit.
Sis ada catat beberapa isi penting yang sis ambik perhatian before masuk gerbang wedding or etc. Tips ni pun sis dapat dari orang yang sis kagumi.
[ TIPS SEBELUM NIKAH ]
Nak cari Jodoh yang baik , kena buat perubahan beberapa perkara yang penting . Buat yang ni dulu , Biar ISTIQAMAH
1 . Tahajud jangan pernah tinggal
2 . Dhuha sentiasa buat
3 . Puasa Isnin dan Khamis sentiasa buat melainkan uzur
4 . Solat fardhu di awal awal waktu , jangan lambat lambatkan.
5 . Baca Quran walau sesibuk mana
6 . Pandai masak , tak pandai belajar / tahu selok belok perihal rumahtangga.
7. Membaca sekurang kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.
8. Hadir sekurang kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.
9. Berkahwin di usia muda 20-25 tahun.
10. Banyakkan berdoa+berzikir+mutabaah amal perfect
11. Berusaha membina peribadi Muslimah yang terbaik.
12. Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu per satu.
13. Menambahkan amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari.
14. Jadi pelajar tebaik.
15. Bahagiakan mama papa dan family.
Pada aku, jatuh cinta perlukan ilmu. Jatuh cinta benda yang serious. Ini bukan main main. Bila kamu terjatuh, harus bersiap sedia untuk persiapan masa hadapan. Persiapan ilmu. Ya, ini lebih utama sekarang. Sibukkan bercinta dengan ilmu.
Dan lain lain tu perbaiki sikit demi sedikit. Memperbaiki diri itu , ibarat memperbaiki Jodoh. Jodoh kita mencerminkan diri kita. Percayalah lama lama akan terbiasa. Believe me.
* keep smile *
No comments:
Post a Comment