Thursday, 30 April 2015

Nota Cik Markonah(4)

*******************************

Picisan nota Markonah

*Bercinta dengan buku*

Aku meletakkan buku² yang dipinjam daripada perpustakaan di atas meja.Lengan kananku berasa lenguh kerana menampung buku² yang agak berat itu.Jumlahnya hanya tiga buah,namun setiap buku mencecah sehingga 800 muka surat.
         
      Itulah rutin harianku sebagai seorang pelajar fashion designer disalah sebuah university Malaya.Masaku banyak mengalir didenai ilmu.Apabila perpustakaan tutup,aku akan meneruskan mengulangkaji di kolej yang berupa pangsapuri yang menempatkan tiga hingga empat orang teman seperjuangan yang berkongsi kesenangan dan kesusahan sebagai penuntut ilmu dan aku masih lagi mencari sumber ilham inspirasi untuk mereka pakaian terbaru yang menutup aurat suatu hari nanti.Mencari dan terus mencari sehingga faham dan hadam dengan realiti dunia fesyen masa kini.

           Buku oh buku! Jika aku tidak bercinta denganmu,aku tentu akan bercinta dengan benda² lain.Terlalu banyak tarikan diluar sana.Internet,mainan PSP,hiburan,kenderaan,shopping,lelaki dan banyak yang ingin melamar cintaku,merebut fokusku.Namun,aku jelaskan prioriti.
"Bercinta dengan ilmu,
Bertunang dengan buku,
Ijab kabul dengan peperiksaan,
Berbulan madu dengan kejayaan."
Ilmu nombor satu,yang lain² dikemudiankan. "Study first,love later !" Aku ingin tenggelam dahulu bercinta dengan ilmu.Biar ilmu asyik di kalbu.

         Khazanah bahasa di gedung maklumat itu menghujankan nikmat kepada akal.Akal yang kuat menyimbah nur kefahaman buat hati untuk mengenal Ilahi.Masa menjengah bagaikan kilat menerjah untuk menimba ilmu yang terlalu luas.Singkat yang amat.Sekurang-kurangnya aku telah berusaha untuk menimbanya semampu terdaya.Tetap ku rasakan penaku hanya punya setitis dakwat berbanding lautan.

             Bagiku,seorang pelajar yang membawa buku umpama pahlawan yang siap sedia menggalas senjata di medan perang.Tujuan mereka adalah sama,berkorban demi agama,bangsa dan negara.Kutatapi buku tebal dihadapanku.Ada cintanya yang merayu.

             Aku yakin,ilmu designer ini akan menjana bangsa yang berbusana muslimah menutup aurat.Buku-buku tebal inilah yang mengilhamkan falsafah designer berdenyut dinadiku.Aku mesti amanah menggalas cintanya.Tetaplah disampingku wahai buku.Mari kita bercinta.

            TIGA jam aku asyik dengan buku mencari-cari sumber ilham untuk design baju yang diberi tugas oleh lecturer aku sebelum di design pada kertas drawing dan akhirnya menjahit baju yang di design.Tidak perasan masa cepat berlalu.Aku mengeliatkan badan untuk meregangkan sendi-sendi yang lenguh.Bunyi gemertakan kedengaran.Badanku menuntut hak.Kunafkahinya dengan senaman ringan.Segar terus menerus apabila meneguk air mineral.Belajar terus menerus memenatkan fikiran.Otak yang letih lebih melesukan diri berbanding fizikal yang penat.Namun cintaku pada ilmu tidak pernah mengenal rehat.Cinta itu seolah-olah menjadi satu penawar yang sangat mujarab untuk merawat segala kelelahan.

             Aku kembali meneguk air mineral yang berada di atas mejaku.Ia baik untuk merehatkan minda.Sambil meneguk air,mataku terpandang pada sekeping surat yang dikepil dalam salah sebuah bukuku.Aku terus mengambil surat tersebut dan mambaca tulisan pada sampulnya.

Istimewa buatmu... .
Huriyah Huwaida Osman

        Siapakah si misteri ini? Ah kacau sungguh ! Masih belajar tetapi ada hati hendak tulis surat,getus hati Markonah *nama gelarannya*.Sekiranya mama tahu,tentu aku dimarahinya.Kecil-kecil sudah pandai main mata.Ataupun itu bukan surat tapi secebis surat kosong.Ah. Tidak pasti. Belum dibuka mana hendak tahu surat ataupun kertas kosong !

Hatinya berdebar-debar.Tangannya menggeletar semasa membuka lipatan surat itu.Nasib baik dia seorang diri di dalam bilik.

Surat daripada....

Bersambungg.........

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Nota Cik Markonah(3)

Kiasan Hati

Petang Rabu(11.23 am)

Bisikan nurani....

Markonah tak lepas memandang WhatsApp lepastu Wechat segala bagai media sosial mak nenek dia ada.Hidup dengan zaman serba moden.Waktu itu dia berada di Pusat Islam.
Titttt....(mesej masuk)

Markonah mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali nombornya. Agak misteri.
*muka terkejut+blur*
Dia mendapat mesej dari seorang lelaki khayalan yang dari manakah muncul tetiba mesej ingin mengenalinya lalu dia memperkenakan lelaki tersebut dengan membalas mesej uji kaji. *gelak sinis jahat*

Unknown:"Assalamualaikum"

Me:"Waalaikumussalam . Yes?"

Unknown:"Nk knal bley??"

Me:"Sape ni?"

Unknown:"Sye izwan,20,an engineer student..awk plak?"

Me:"Saya Markonah,Umur 55. Dah habis belajar. Sekarang saya jual nasi lemak."

Unknown:"errr..salah 6ber kot..Sorry..bye..assalamualaikum.."

Kenali Allah dan para rasulNya dulu sebelum mengenali hambaNya. Bisik hati kecil Markonah tergelak melihat mesej yang diterimanya tadi.

Titttt...(mesej masuk)

"Saat dirimu tiada bahu untuk bersandar ingatlah masih ada dahi untuk bersujud. Dalam gelap,datangnya cahaya.Dalam silap,datangnya Dia. Selangkah awak mula rapat pada Allah,seribu langkah Allah akan rapat pada awak."

.............

Ya Allah...
Ampunkan dosa² aku
Ampunkan dosa mak ayah aku
Andaikata dalam hidup mereka,
Mereka pernah tinggalkan sembahyang
Kau ampunilah dosa² mereka.
Ya Allah...
Andaikata mereka pernah tinggalkan puasa,
Kau ampunilah dosa² mereka.
Wahai Allah tuhanku...
Aku pernah dengar ada mak ayah yang ditakdirkan masuk ke neraka.
Tapi disebabkan oleh anak² mereka yang soleh solehah,kau selamatkan mereka dari azab neraka dan masukkan mereka ke dalam syurga.
Ya Allah...
Ampunkan dosa kami semua..
Kami lalai dalam mengingatiMu Ya Allah....

---------------

Usai Markonah berdoa sambil mengesat titisan air mata.Hanania menepuk bahu Markonah "Markonah menangislah,agar awak tahu yang dunia ni bukan untuk ketawa. Kalau dah berkenan,nasihat saya satu.
Letakkan pengharapan Allah.
Bukan pada manusia.
Tak terlalu kecewa kalau bukan jodoh."

Dalam sendu..

"Terima kasih ya habibaty Qalbi.Awak menyentuh hati saya. Supaya terus kuat Qawiy dalam medan dakwah ini. Terima kasih sahabat."
"La Baks Markonah,tak mengapa. Kita ukhwah fillah,bersahabat kerana Allah. Saya menegur kerana saya sayang awak lillahitaala.

2.49 pm
*terserempak rakan lama*

Melihat dia yang dulunya pakai tudung singkat
Sekarang sudah berubah
Mula pakai tudung labuh
Mula pakai stokin,pakai handsock
Mula pakai baju longgar²,tak jarang
Allah.
Serious talk.Aku sebak+terharu+nak nangis sungguh.
Sebab aku yakin,
Saat hidayah Allah datang,
Tiada siapa dapat menidakkannya.
Allah telah mengetuk pintu hati untuk membuka perubahan Allah.
Sungguh indah si hawa menutup aurat
Tolong.Tolong.Tolong.
Tutup aurat sempurna.
Bukan arahan aku
Arahan Tuan Punya Dunia.
Allah.
Moga kita² dapat jadi wanita solehah :')
*kesat air mata*
Aku tersenyum.Bersyukur dengan perubahan dirinya.Allahuakbar.
Seperti juga jodoh.
Kalau jodoh itu "surprise" daripada Allah,
Kena ingat mati juga "surprise" daripada Allah.
Hati manusia Allah yang pegang
Tak pelik kalau perasaan itu berubah dalam sekelip mata :')
Dia yang Maha Kuasa
Dia yang mengawal
Allahurabbi !"
Mengapa Allah S.W.T menyuruh kita menundukkan pandangan?
Kerana pandangan manusia itu amat berkait rapat dengan hati."
Allah...Allah...Allah...
"Tolong ingatkan aku pada Allah,bila kau lupa pada Dia."
sahabat"

Nota Cik Markonah:

Buat apa couple lama-lama, sampai 5 tahun, kan lebih elok nikah terus? Kalau tak cukup duit, tapi nak elak zina, nikah khitbah."
"Youre haram for me"
"Then, lets make it halal"
kalau takut zina mata zina hati zina telinga elakkan couple. kalau boleh jadikan nikah khitbah tu yang terakhir.Jihad dulu lawan nafsu."
Insyaallah , All Is well. D
Bro ,Sis
Aku tegur tanda sayang
Aku tak nak tengok kau menyelam dalam lautan neraka.
Tetapi tu tak bermakna aku ahli syurga." 
اللهم يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّت قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Wahai yang Maha membolak balikkan Hati. Tetapkan Hati aku Diatas AgamaMu." 
Biarlah awak Mencintai Dalam Diam
Seperti cinta Fatimah Dan Ali.
Biar Allah Saje yg Tahu Hati awak dan dia. Anda Doa , Allah yang tentukan. 
Insyaallah.
Satu pesanan saya :
Makin jauh awak melangkah, makin perlunya awak berhati-hati. Dunia makin uzur, manusia makin gugur imannya, nafsu seolah menjadi tuhan :("
Maafkan aku jikalau iman kalian menurun. Disebabkan perbuatan dan percakapanku. ♡" Assif
Awak Lemah . Bawa diri ke sejadah. Nangislah sepuas hati . Dia sentiasa tahu . Dan selalu ada denganmu .
*Senyum lebar*

Bersambungggg.

Menangis kerana takut kepada Allah

بيسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk : "Menangis kerana takut kepada Allah"

Sering kita diajak melakukan setiap perbuatan tu lillahi ta'ala atau untuk mengharapkan redha Allah swt..tetapi adakah setiap perbuatan itu terselitnya usaha yg sedemikian?....

Disebabkan itu saya nk share sedikit antara usaha utk mndapat redha Allah iaitu takut,dalam lughah arab iaitu khouf.Berdasarkn firman Allah swt,mafhumnya "takutlah kpda Allah,akan mendapat redha Allah"(Bayyinah 98:8).Oleh itu,perasaan takut dlm diri seseorang untuk melakukan perkara yang mungkar sangat digalakkan, dengan ketakutan inilah yang akan membawa kita kepada ketaqwaan yang bertambah.

Berdasarkan sabda Rasulullah saw,mafhumnya: "Dua mata yang diharamkan dari api neraka, iaitu mata yang menangis karena takut kpd Allah, dan mata yang menjaga serta mengawasi Islam & umatnya dari (gangguan)kaum kafir" (HR.Bukhari)...di sini,apakah air mata yang mengalir itu suatu titisan disebabkan oleh manusia? @ kerana Allah?

Allah....Allah...ampunilah kami yg sering alpa atas nikmatMU...jika kita menangis @ takut kerana manusia,apakah sememangnya tujuan kita hidup di dunia ini mengharapkan redha manusia dan bukannya redha Allah?..Sudah tentu tidak,hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.

jika itu benar,prinsip yg kita pegang...biarlah kita dicemuh,dihina kerana memperjuangkan agama Allah selagi perjuangan kita tidak tersasar dri landasan utama iaitu Al-Quran & Al-Hadis.Firman Allah swt,mafhumnya: "karena itu janganlah kalian takut kpda mereka tetapi takutlah kepda-KU jika kalian benar-benar orang yang beriman" dan firman Allah juga,mafhumnya : "orang-orang yg menyampaikan risalah-risalah Allah,mereka takut kepadaNYA & tidak merasa takut kpda siapa pun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan."(Al-Ahzab 33:39).Di dalam ayat ini,menerangkan dimana,Para Rasul dalam menyampaikan syariat-syariat Allah kpda manusia lillahi ta'ala,semata-mata kerana Allah,biarpun hidup sengsara di dunia asalkan bahagia diakhirt serta mndapat rahmat,redha dan keberkatan dri Allah swt...Oleh itu,kita diciptakan mnjadi khalifah di dunia ini dan hamba kpda Allah bukan hamba kpda manusia..hargailah setiap titisan air matamu wahai sahabatku,menangislah kerna takut akan azab Allah...

Di sini konsep takut itu trbahagi kpda tiga iaitu khauf,khosyah dan rohbah...aik,takut pun ada pembahagian,saya reka-reka ke ni?...tak memang ada.konsep ma'rifatullah(mengenal Allah)bukan dengan secara terjah je,kena ada ilmu utk brhadapan dgn Allah....kalau boleh, kutip sesuatu ilmu itu biar lebih mendalam bukan hanya sekadar di pangkalnya sahaja(tak habis)...berbalik kepada yang tadi..apakah yang dimaksudkan dengan khauf?khosyah?Rohbah?...secara ringkasnya.. KHAUF ini perasaan takut yang muncul dalam diri kita dlm bentuk apa pun , KHOSYAH pula, perasaan takut yang lebih khusus diiringi dengan ma'rifatullah (mengenal Allah)iaitu rasa takut yang berkaitan dengan azab,murka Allah dan lain-lain yg berkaitan.seterusnya ROHBAH iaitu perasaan takut kita secara amaliyah(perbuatan) dengan tindakan meninggalkan sesuatu yg dilarang oleh Allah...suka untuk saya sentuhkan disini apabila bercakap tentang perbuatan takut kita kpda Allah dengan berTAUBAT..bukan setahun sekali,jika mampu...lakukan setiap hari,jika tidak mahu bertaubat dengan solat,beristighfarlah...jom kita beristighfar sebentar..(*Astaghfirullahhal'azim,allazila ilahaillah huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik X3)..Alhamdulillah,Allah sentiasa mempermudahkan kita,kita ini jgnlah mempersulitkn diri sendiri ya sahabat2 saya. Janganlah apabila ditanya pada hati"mengapa malas untuk bertaubat?"..hati kita menjawab "kerana aku terlalu banyak angan2"..Allahhurabbi

Demikian yg terakhir buat saya dan sahabat seperjuangan " Janganlah kita menjadi seseorang yang berkeinginan sungguh-sungguh untuk masuk syurga tetapi lemah meninggalkan hal-hal neraka"...nauzubillahhiminzalik...minta dijauhkan.."Jadilah kita seorang yang hilang rasa takut iaitu ketika orang mukmin memasuki syurga."(Fussilat 41:30)..

"Dan barangsiapa taat kepada Allah & Rasul-NYA serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-NYA, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan". (An-Nur 24:52)...   Biarlah air mata yg mengalir ini kerna menegakkn agama Allah dan jangan pernah mengalah selagi berpeluang wahai sahabat2ku...biar kekal senyuman kita ini tika menghadap illahi dan waktu itu rehatlah damailah kita dgn nikmat syurga yg kekal abadi. Sekian nota dakwah dari saya,moga manfaat dan pedoman buat saya dan sahabat² utk sama² kejalan Allah.Jika ada kesilapan harap diperbetulkn,saya insan yg lemah masih dlm proses memperbetulkn diri yg sering alpa.Kesempurnaan hanya milik Allah.

Demikian apa yg telah saya nukilkan semalam. Moga ilmu kita sentiasa bertambah.

Jazakallahhu ahsan jazak. Kepada yg sudi membaca😊

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-

Saturday, 25 April 2015

Nota Cik Markonah (2)

Nota Cik Markonah (2)

"Cakaplah apa salah aku.Aku ada buat salah apa² ke dengan kau? Aku tak faham kenapa kau marah dan tak mahu bercakap?" Tanya May,yg senantiasa ada disisi Markonah.Maymyra.Mereka berdua belajar disekolah yang sama. Masing² senantiasa ada bersama.

"Markonah cakaplah.Sebab apa kau marah?"
May memujuk sahabatnya.

"May,bagi aku masa untuk sendirian.Nanti malam aku akan text kau. Maaf,aku perlu masa untuk tenangkan diri.

********************************************

After isya',Markonah menaip text WhatsApp untuk meluahkan isi hatinya kepada sahabat baiknya,Maymyra. Markonah memulakan perbualannya dengan May.

"Assalamualaikum Maymyra? Assif la kalau mengganggu kau malam² ni. Kau dah tidur ke? tertanya²

Maymyra was typing....

"Waalaikumussalam Markonah.kau takde mengganggu aku pun. Hee. Aku tak tidur lagi la.Ada apa ni sayang? nada manja
Kalau ada apa² masalah kau just share je dengan aku okay? Setia mendengar sepenuh masa. Hehe.Aku ni kawan kau lama dah.Aku tahu la perangai kau tu cemane.InshaAllah,kalau takde apa² aku boleh je tolong kau. Okay dear?

  "May..aku dalam proses nak berubah untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. Jujur aku memang lalai even background family aku cukup titipkan ilmu agama.Baru² ni aku ada ambil wudhu' dekat kolej dan terserempak dengan seorang kawan aku ni.Kawan aku penampilan dia memang menutup sepenuhnya.Tapi,bila aku ada buka moment dalam Wechat dia,ayat dia seolah² perli aku.Jujur aku memang terasa.Kadang² aku terfikir la jugak. Jahil sangat ke aku ni sampai orang nak cakap macam tu.Lepastu,aku rasa semua tak kena dan rasa down gilee bapak ah.Aku rasa dia macam nak jatuhkan aku. Ya Allah,hati aku pun kadang² tersimpang.
Nanges

"Markonah,dulu kau pernah cakap pada aku kan? Sometimes Allah doesn't change your situation because He wants to change your heart.
When people let you down.
Istighfar.
Istighfar.
Istighfar.
And Allah will pick you up.
Kisah silam tu biarlah kita ambil ia sebagai ikhtibar.Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. Allah adalah kekuatan,untuk mencari kekuatan carilah Allah. Allah bagi ujian sebab Allah sayang. :') Memang saat berhijrah memang ramai kawan yang akan hilang.Once kita hijrah,kita akan jadi lagi tepat dalam soal solat,dalam soal pergaulan,dalam soal pembelajaran. Kan? Dalam semua aspeklah senang cerita. Jadi,kawan yang hu ha hu ha dulu tu,majoritinya akan tinggalkan kita atau mereka akan ikut kita sekali untuk berubah. Kira 50:50 la pasal kawan ni. Time ni la,kita boleh tapis. Tapis mana kawan yang betul,mana kawan yang hanya perlukan kita waktu senang je.
See?
The
Power
Of
Hijrah

Orang buat kau,kau diam je.Jangan lawan balik.Menyakiti itu bukan sifat Rasulullah. Senyum :') . Tutur May lembut seraya memeluk erat bahu sahabatnya.May memegang tangan Markonah dengan lembut.

       Sebagai sahabat dia rasa bertanggungjawab menjaga sahabatnya. Bidadari dihatinya. Maymyra begitu menyayangi sahabatnya itu dan dia perlu menjaga hati bidadarinya supaya tidak terguris lagi.

**************************************

Markonah rasa lega selepas meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Apakah orang tidak tahu yang dia ada juga perasaan? Walaupun umurnya masih muda,tidak semestinya dia tidak mempunyai perasaan sedih. Pada sudut hatinya,yang dia bawa sekarang hanya kasih keluarga dan kasih Ilahi.

************************************

Nota Markonah :

           Put Allah first,
           and you will never be last.

;) Make peace with yourself,you will be able to start rebuilding your own happiness.If you can't find happiness within yourself,how can you find happiness with others? How? By forgiving people who hurt you. People aren't perfect.They make mistakes,often.Remind yourself about this.It'll make you easier to forgive.You're human too.That's how you'll find your inner peace.By forgiving others. Smile and feel better.Nothing last forever,either pain or happiness.

233:
         Turn to Him before its too late,
          Allah's door is always open (;
        -Bawah langit

Bersambung.......

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

                            


Nota Cik Markonah (1)

Nota Cik Markonah (1)

Penang

Huriyah Huwaida atau dikenali sebagai Cik Markonah. Budak nota.Ya,si nota yang menagih kasih Ilahi.Seorang yang sangat perahsia dan cuma juliet picisan yang mengarang bait² sayang.

Nota :
            "Jangan kenali aku. Baca sahaja penulisan dan coretan aku. Kenali saja nama aku Huriyah Huwaida. Hanya gadis kampung.Segala kekurangan rencah dalam blog ini datang dari aku.Jangan salahkan sesiapa.Aku pendosa tanpa noktah. Sekadar luahan hati.Hanya blog menjadi tinta hati. Tinta yang comot. Yang hanya menagih simpati.

Petang itu Cik Markonah berasa sangat sedih.Dia berjalan ditemani oleh sahabat baiknya Maymyra.Markonah berjalan agak laju kehadapan meninggalkan May dipersisiran Pantai Merdeka.

Markonah tak menghiraukan apabila namanya dipanggil.Markonah berjalan laju meninggalkan Maymyra. Muka masam Markonah apabila terpandang Maymyra seolah² ada sesuatu yang tak kena.

"Markonah ! Markonah ! Tunggu aku ! Kenapa laju sangat? May berlari anak cuba menyaingi Markonah. Temannya dari zaman sekolah lagi.Dia hairan dengan tingkah sahabatnya ini.Comel sekali kelakuannya apabila marah. Mesti mukanya kemerahan tatkala pancaran matahari yang menyengat.

Terik matahari berada tepat diatas kepalanya.Pedih menahan perit yang menghalang matanya membuka dengan besar.Markonah berjalan dengan tenang.Peluh yang menitik tak dihiraukan.

    "Markonah ! Markonah ! Berhenti kejap!" May menarik lengan kanan Markonah.
Markonah terhenti dek menoleh kearahnya.

"Kenapa kau tarik tangan aku? Sakitlah!" Markonah bersuara. Merenung wajah Maymyra tajam.Mulutnya dijuihkan.

"Kau ni laju sangat. Nak tercabut kaki aku kejar kau.Mana kau nak pergi.Ada masalah apa lagi ni? Macam hangin satu badan je ni." Tanya May yang satu universiti dengannya.Maymyra. Mereka berdua belajar di sekolah yang sama. Dan sekarang masih jua bersama².

"Markonah cakaplah.Sebab apa kau laju sangat.Kau ada marah aku ke? May tak henti memujuk.

Bersambungggg.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Tarim fil qalbi

Salam alayk. Hari ni saya nk share  usrah yg saya kongsi bersama group Dakwah Mujahidah saya. 😘

☺ Kita mulakan usrah dengan ummul kitab.
K tajuknya : Tarim fil qalbi. 😘

☺ Kita mulakan usrah dengan ummul kitab.

Tarem
Di Tarem... Suasana tenang nyaman di sebalik bukit bukau yang tinggi... sunyi dan tiada kesibukkan duniawi yang kelihatan melainkan semuanya sibuk dengan urusan ukhrawi masing-masing...
تري.موأهلها
اللهم اجعلنامنهم...آمين

Bila di sebut “Bumi Tarim”..
yang tidak kenal kenal pasti bertanya”kenapa Tarim??”
"apa yang ada kat Tarim??"
Bila di ceritakan ttg Tarim„
yg xpernah melihatnya sudah jatuh cinta..apatah lagi yg sudah merasainya..
Pertama kali lihat Kota tu apa yg ku nampak?? 
Kota penuh debu..
Bangunan2 nya kebanyakan yg lama„
seperti zaman dulu..cuaca yang panas membahang manusia..
nampak zahirnya mmg begitu„dimanakah keistimewaannya??dimanakah keindahannya?? 
keindahan dan keistimewaan Kota Tarim tersembunyi di sebalik pakaian kezuhudan..
Sungguh, kisah demi kisah, untaian demi untaian tak akan cukup untuk menggambarkan negeri penuh keberkahan, negeri yang rasulullah saw doakan dalam doanya,
Sungguh akan semakin rindu ketika engkau terus mendengar akan kisahnya..
tidak akan engkau jumpai penduduk diwaktu pagi, mereka akan keluar setelah waktu dhuha, dan tak akan engkau jumpai para wanita disana, ketika engkau bersua dengannya, maka para wanita akan berbelok mengambil jalan lain, dan tiada akan engkau bisa melihat wajahnya,
Sungguh akhlak terindah engkau dapati disana..
dengan binatang pun disana, anggaplah engkau yang paling hina, karena hanya tampak zhahir disana yang terlihat bagai kehinaan namun merupakan kemuliaan tertinggi yang dimiliki para penduduknya,
jangankan engkau membicarakan bagaimana penduduknya, membicarakan jalannya saja maka rahmat yang akan engkau dapati, karena setiap tapak disana selalu terinjak oleh para aulia wa sholihin, bagaimana dengan membicarakan akan penduduknya„
disanalah negeri terindah, walau berpadang pasir tetapi disanalah keindahan yang selalu membuat orang merindukannya,
Engkau akan temui di masjid masjid di sana sangatlah penuh di kala waktu solat datang, semua berbondong2 untuk berjama’ah, dan di sepertiga malam akan tampak seperti waktu siang, kerana indahnya penduduk yang beribadah memenuhi masjid, 
disana di setiap jalan yg engkau lalui, maka engkau akan temui akhlak dan sunnah Rasulullah saw, sungguh negeri yang akan menjadikanmu selalu ingin beribadah dekat kepada Allah dan merindukan Rasulullah saw,
insyaAllah impian dan cita2

Wanita Tareem Yemen ,
kota sejuta wali ....
Alangkah indah sebegini pakaian di Malaysia untuk semua wanita yang sudah baligh ,
Pasti tiada kes rogol,cabul, dan sebagainya .
Wanita Tareem yang sudah baligh (datang haid) maka diwajibkan memakai NIQAB/BURQA .
Lihatlah di gambar ada yang tutup sekali dgn mata ,ini dinamakan BURQA .
MashaaAllah indah pakaiannya .
Nak diambil gambar pun tidak mahu .
Menoleh.
BezA sungguh wanita di Malaysia ini dengan RELA HATI pamirkan diri di media sosial, apatah lagi di luar .
Bebas ke mana sahaja , dengan pakaiannya agak menjolok mata .
Mereka wanita Tareem hanya tinggal di rumah² dan tempat² pengajian . Tempat pengajian semua wanita . Tidak bercampur lelaki perempuan .
Sungguh dijaga .
Dalam gambar ini menceritakan, sangat mengawasi anak² nya yang bermain di luar kawasan  rumah . Walhal hanya kawasan rumah sahaja tetap dipantau sungguh beza dgn kita semua.
Moga² negara Yaman khususnya di Tareem, diselamatkan oleh Allah , InshaaAllah dgn berkat para wali dan solihin yang ramai tinggal di sana .
Moga selamat dr musuh² Islam di sana . Aamiin Allahumma Aamiin .

Wanita Terpelihara
Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Keperluan Rumahtangga
Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Kamar Tidur yang Wangi.
Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?
Marah Wanita Tarim
Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.
Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.

Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.
Rumahtangga Nabawi
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim.

Indah nian gambaran para wanita di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah..Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini.
Aminnn

Ok yang ni kta boleh praktikan bila kita ada anak nanti..kita semua kan bakal2 ibu mithali..in sya Allah...❤

Dari dalam kandungan lagi, anak ahli Tarim telah diberi makan dengan zikrullah dan selawat serta Tilawatul Quran. ibunya pasti amat menjaga pemakanan dirinya dari memakan makanan syubhah apatah lagi yang haram.
kenapa?
kerana apa yang dimakan itu akan membentuk akhlak anaknya yang berada dalam kandungannya itu. begitu juga apabila dilahirkan. mereka hias rumah dan menidurkan bayi dengan suara tilawatul quran dan zikrullah sentiasa diberi makanan buatan tangan mereka sendiri. mereka pastikan apa yang dimakan itu semuanya halal. subhanallah.
bagi ibu yang tidak banyak susu, bagaimana mereka susukan bayi? adakah dengan menggunakan tin susu lembu dipasaran? tidak sesekali mereka akan buat sebegitu. yang tiada susu, akan beri minum air madu atau beri kepada ibu susuan.
ada seorang habib katanya, "setiap malam sejak dari umurku 3 tahun, ayah dan ibuku selalu membangunkanku di tengah malam hanya untuk mengucap 'la ilaha illallah' sampailah umurku 7 tahun, aku langsung tidak pernah meninggalkan solat qiamullail sehingga aku tua. apabila selesai mengucap la ilaha illallah, barulah mereka membenarkanku untuk tidur semula."
ketika ibu mereka ingin memberikan susu, pasti akan dibaca bismillah terlebih dahulu. bagaimana seorang ibu dan ayah ingin menghiaskan akhlak kepada seorang anaknya, pasti ia akan menghiaskan akhlak pada dirinya terlebih dahulu.dari kecil telah diajar surah kecil² berserta azkar (zikir)."
ana (ukhti Syauqul Muhibbin) sungguh kagum dengan anak ahli Tarim. ketika ana menghantar adik ana yang berusia 5 tahun, yang baru ingin bermula masuk kelas tadika, ana dapati anak ahli Tarim yang seumur dengan adikku juga baru nak masuk sekolah. mereka telah menghafal bacaan dalam solat dan azkar (zikir) selepas solat. subhanallah.
darimana mereka belajar semua ni?
bukan itu sahaja, malah sunnah² Nabi SAW juga diajarnya.
semua bawak siwak (kayu sugi) ke madrasah.
Allah.. Allah..
sungguhku kagum dengan akhlak mereka.
di ajar membaca dan menulis.
di ajar cara nak solat, tapi jika dilihat, seolah-olah mereka sudah pandai.
di ajar mengira dan lain.
mereka sangat menekan pada sunnah.
tapi ketika 5 tahun tu, bagaimana dengan al-Quran mereka?
semua sudah boleh baca dengan baik?
tak semua, tetapi surah² kecil sudah dihafalnya.
sikit², tidak semua.
mashaAllah.

Ok setakat tu dulu perkongsian. K sy akhiri usrah dgn tasbih kfrh & surah al-asr. Assif.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Monday, 20 April 2015

HAMBA APAKAH KITA?

.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
HAMBA APAKAH KITA?
Dunia internet. Instagram. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yg lebih penting drpd Allah?

Kita ini hamba. Hamba kpd Tuan yg sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dlm dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.
Mampu menghubungi antara satu sama lain dgn nikmat internet yg diberi Allah.
Dia yg mencipta kita. Untuk apa?
Kita dicipta semata-mata hanya utk beribadat kepada Allah. Allah mencipta dunia dan segenap perhiasannya utk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat utk tempat penghisaban amalan dan menciptakan neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yg kekal abadi. Yang tak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.

Ber'online', berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat utk kita persembahkan kpd Allah? Adakah dgn komponen-komponen di dlm aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?
MashaaAllah! Di mana nilai kita sebagai seorg hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?

Tidak ada perintah yg lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.

Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.
Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dgn Allah. Makin hari makin tenang dlm dakapan kasih sayang Allah.

Seperti dalam firman Allah SWT dlm surah As-Syams, "Manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN dan jalan kefasikan. Beruntunglah yg memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yg memilih jalan kefasikan" .
Pesanan buat diri sendiri.

Published
20.04.2015

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-

Saturday, 18 April 2015

Si Niqab Mula Coretan

BAGAIMANA MULANYA DIA. SI NIQAB

Ini bukan kisah awan dania,mahupun Transformer si robot kuning langsat. =.="

Baca je.Tajuk ni mesti macam² respon kan?
"Eleh,macam dia sorang je pakai niqab nga tudung labuh.."
"Diam² sudah la. Orang lain pun ada pakai.."
"Ko share satu dunia pun ko dapat apa?"
"Ko dah kehabisan idea nak post entry kat blog usang ko ke?"
"Ko nak sgt makan kuaci? *err*"

Sekiranya korang manusia yg berfikir.Diam,muhasabah dan baca sehingga habis.Maaf sebab saya bukan tergolong dalam akhowat yg indah tutur kata ayatnya,sungguh tersusun dan bermadah penuh karisma. (Seriously,saya sangat lemah bahasa Melayu) apa yang saya kongsikan bukan entry suka suki mengenai apa yang saya buat,apa yang saya makan,saya pergi mana,saya nak membengang nga sapa dan sewaktu dengannya.Sekali lagi saya tegaskan dari pihak kerajaan,ini bukan entry suka suki.

Saya membesar dalam keluarga sederhana.Mak saya orang biasa,ayah saya bukan ustaz.Tapi mereka adalah ibubapa yang terbaik.Meskipun saya bukanlah seorang yg berdisiplin dan anak yg nakal,berkat kesedaran pentingnya AdDeen dalam hidup,mereka menghantar saya ke sekolah biasa.Sehabis sahaja saya ambil UPSR,saya ada minta izin utk sambung pelajaran ke SMA tetapi ma saya tak mengizinkan.Saya sedih dan go on jelah apa yg ma saya nak sebab saya yakin ma lebih kenal diri saya dan dia tahu apa yg terbaik utk saya.Jika nak dapat redha Allah kenalah dapat redha mak ayah dulu.Jadi,saya ke sekolah biasa tapi yg ada jurusan agama.Guru² saya adalah guru² yg baik,mereka tegas tentang solat berjemaah,penghayatan agama yg cukup,tetapi saya??

Sungguh.Mesti anda bayangkan saya adalah pelajar cemerlang 5 bintang dan harapan sekolah?

*perasan*

TEET! Anda salah.Saya benci peraturan sekolah! Masuk tingkatan satu kena pakai stoking.Saya kena pakai tudung labuh,sarung lengan jgn harap.Saya malas nak pakai. Saya jugalah student yg kerap escape masa tadarus.Ya,saya akui saya agak nakal dan memberontak.Jiwa memberontak berkobar² dalam diri saya.Setisp peraturan saya nak langgar.Sesal tak berguna,sampai sekarang saya tercari² suasana itu 😊

Tudung saya KECIK-BESAR.Dalam sekolah pakai tudung labuh.Luar sekolah saya kadang² pakai tudung biasa 45.Alasan saya?
BELUM BERSEDIA NAK BERUBAH SECARA DRASTIK.NAK BERUBAH SLOW SLOW.

Saya berlanjutkan berkeadaan sebegitu sampai saya form 3.

Sehinggalah suatu masa semasa saya form 3.Dia sahabat perjuangan saya.Namanya NUR NABILLAH BT JEFNY.Sahabat perjuangan saya dari form 1.Kami sering berkirim balas surat dan dia selalu tegur dan nasihatkan saya walaupun dengan hanya picisan² nota.Pada awalnya saya malas nak baca sebab saya tak layan benda² tarbiyah macam ni.Tapi,semakin saya simpan sokmo nota dari sahabat saya tu,semakin hati saya meronta² nak explore.Akhirnya,sampai satu malam saya terbaca satu artikel.Mengenai betapa Allah mengangkat darjat wanita yg menjaga agamanya.Betapa islam melindungi wanita,betapa mulianya darjat wanita solehah disisi Ilahi.Pada waktu itu saya sedar,betapa saya sebagai wanita Islam tidak bersyukur.Islam menjaga saya tetapi saya sendiri hipokrit dalam menjadi Islam itu sendiri.Saya menangis.Hati saya tak tertahan menahan sebak.Saya baca artikel itu berkali² dan setiap kali saya baca setiap kali itu jugalah saya menangis.Ya!Saya teringin utk menjadi wanita yg diredhai.Tapi saya rasa saya tak layak.Terlalu jauh saya dari mereka.Saya malu dan cemburu setiap kali saya terpandang mereka yg istiqamah menjaga jilbabnya.Pada seawal tahun 2015 ada orang kirim bungkusan tudung labuh dan handsock.Rupanya kiriman itu dari sahabat saya yg kini sambung pelajarannya di Golok,Thailand.Dia seorang sahabat yg baik dan sangat bagus dalam agama.Allahu 😣 Hati saya malu hendak berkata.Yah,sahabat ukhuwwah fillah.

Kadang² saya rasa down,tetapi dalam masa yg sama Allah sentiasa pertemukan saya dengan ilmu² baru.Seakan² Allah menyambut doa saya dan membantu saya.Sungguh saya rindu proses permulaan tarbiyah.Rasanya cukup manis.Dan ketika saya mengenang kembali proses itu ketika ini,saya rasa sebak.Saya tercari² org yg boleh ajar saya pakai tudung labuh.Saya paksa diri saya utk patuh peraturan sekolah.Mula² saya rasa rimas.Lama kelamaan saya terbiasa.Sehingga satu masa,saya tidak rasa,selesa keluar rumah tanpa stoking dan tudung tidak menutupi dada.

Akhirnya,setelah cuba istiqamah memakai stoking dan melabuhkan tudung menutupi dada.Saya memulakan fasa baru iaitu ingin menyempurnakan lagi penutupan aurat saya dengan tudung labuh.Maka saya bersungguh² utk memujuk ma saya membelikan saya tudung labuh bidang 50-55.Akhirnya saya bertudung labuh.Tetapi ON-OFF jugak.Keadaan tu berlanjutan sehingga saya menduduki SPM pada tahun 2013.Saya mengaku pada awalnya saya diperlekehkan dan digelar "trip alim" "puteri skema" dan macam² lagi ejekan yg dilemparkan kpd saya. Tetapi saya telan je dan yakin apa yg saya buat ini betul.Saya cuma tersenyum bila dituduh hendak menunjuk² kealiman saya dan berkelakuan suci.Tetapi saya yakin apa yg saya buat.Saya pertahankan prinsip saya bila mereka mula menghasut saya dan menuduh saya kolot.Saya mampu menelan segala macam sindiran pedas mereka dan kritikan sinis yv saya berpura² baik,berlagak solehah.Tetapi kadangkala saya teruji bila suatu keadaan saya terpaksa jua tinggalkan tudung labuh saya. Dan betapa lemahnya saya,akhirnya saya menangis.Tetapi lama kelamaan sindiran demi sindiran yg bertubi² akhirnya mereka pasrah juga dgn keadaan saya macam ni.Kedegilan saya telah menjadi sebati dgn mereka akhirnya.Alhamdulillah Allah lembutkan hati² mereka.

Sehabis sahaja SPM,saya dapat banyak tawaran belajar.Syukur Allah berikan saya rezeki.Tapi saya tolak.Tahun 2014 saya dapat masuk UiTM. Sepanjang tahun itu saya memulakan proses tarbiyah saya secara perlahan². Tarbiyah yg banyak saya tinggalkan sewaktu sekolah dulu.Saya berusaha sedaya upaya utk menebusnya kembali dimana majlis ilmu.Maka saya rajinkan diri saya utk terlibat dalam program² ilmu.Saya kutip semaksima mungkin artikel² tarbiyah.Dan berkawan dgn mereka² yg rajin ke majlis ilmu.Saya hadam setiap ilmu itu perlahan² dan sekali dgn penghayatan saya cuba hayati satu persatu.

Dan akhirnya setelah dimotivasikan oleh senior² yg berniqab,ligatnya tangan saya utk search pengalaman² memakai purdah dari akhowat lain dan kajian demi kajian dari segi khilaf dan hukum,akhirnya saya kuatkan diri saya utk memakai niqab.Sekali lagi says bina kekuatan semula dan memujuk ma saya.Purdah itu sunat,perintah ibubapa itu wajib.Berkat doa restu ma,akhirnya saya berniqab.

Saya bertudung labuh buksn bererti saya terbukti saya solehah,
Saya berniqab bukan bererti saya terbukti solehah.Ketahuilah saya hamba yg hina yg masih tercari² cinta Ilahi yg masih sirna digenggaman saya.
Ini proses tarbiyah saya pilih dan saya yakin dgnNya.

Saya mesti berusaha utk menjadi wanita solehah,meskipun saya tahu saya tidak layak utk menjadi wanita² yg diredhai disisi Ilahi itu.Saya mungkin tidak sesolehah mana,
Saya tidak layak digelar wanita solehah,
Tetapi Allah sentiasa akan bantu hamba²Nya.
Yakin! Janji Allah itu benar!
Dan sampai bila² pun saya harap saya sentiasa berada dijalan ini walau betapa jahil dan hinanya saya.
Allah akan sentiasa membantu hamba²Nya.
Yakin dan yakin! Kasih sayang Allah itu tiada bertepi 😊

NASIHATKU KEPADA KALIAN.

Jangan kau dengan wajahmu kelangit,belum tentu yg berniqab dan bertudung labuh itu sempurna amalnya.Belum tentu nilai solehah dalam pakaianmu mewakili solehahnya iman dihatimu.Tetapkan hati utk terus berubah dan bertarbiyah. Solehah itu bergantung pada iman dan hatimu bukan pada niqab dan tudung labuhmu. Bimbinglah saudari² seislammu itu utk terus bertarbiyah.Jangan jadikan golongan kita dan mereka 2 golongan yg berbeza. Dekati mereka dan berkongsi ukhuwah dari hati ke hati.Kita tetap dalam sesuatu perhitungan.Belum tentu bangkit belum tentu rebah.Teruskan bertarbiyah dan perbaiki diri.Jangan berhenti sehingga Allah menjemput kita bertemuNya nanti.

Ketahuilah bahawa,kritikan terhadap mereka yg mendedahkan aurat bukannya satu jalan yg terbaik dgn hentaman dan sindiran sinis semata². Sungguh hawa dicipta mempunyai naluri dan rasa hati yg lembut.Bertegaslah tetapi jgn tidak diiringi dgn penghayatan.Sungguh,sentuhlah kelembutan hati itu dgn motivasi dan kata² berbaur semangat utk berubah. Beri mereka penghayatan utk berubah. Kita cuma penyeru,bukan pemberi hidayah.

Jgn kalah dan rebah jika diuji dgn kritikan. Yakin Allah berada disisi. Teruskan mencari penghayatan dan perbaiki diri.Sungguh bukan manusia yg menilaimu,pandangan Allah lebih utama. Sesungguhnya,tiada perkara yg mustahil jika Allah inginkan.Jika kamu berusaha dijalanNya,Dia pasti akan menolongmu. Teruskan menghayati dan teruskan berusaha. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis 😊

Saya sentiasa akan mengalu²kan dgn tangan terbuka bagi mereka yg inginkan targhib dan sokongan dari saya. Saya sentiasa ada disini menanti saudari² lain yg memerlukan sokongan dan motivasi.Kerana saya sedar,betapa peritnya proses tarbiyah tanpa sokongan dari sahabat².Kerana saya sendiri melalui fasa² itu.Saya faham situasi anda,kita tetap saudara seislam samada kenal atau tidak. Bagi ukhti² yg ingin berubah,saya alu²kan ukhuwah kita dgn tangan yg terbuka. Mulakan perubahan perlahan demi perlahan. With Allah,everything is possible.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Published.

KAMI LUPA ASAH KAPAK

Sedikit perkongsian.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Mari kita mulakan usrah ini dengan umul kitab al-fatihah. Semoga allah swt memudahkan urusan kita semua & mendapat redha khaliq. Ameen.

Tajuk : 💍KAMI LUPA ASAH KAPAK💍

Mesti ramai tertanya2 kenapa tajuknya camni kn?😉

Mari kita tunggu kenapa eh.

KAMI LUPA ASAH KAPAK 
Kita semua hanyalah manusia biasa.selepas seharian bkerja @pulun dok study, mesti kepenatan melanda,lesu serta keletihan.
Kdg2 berasa lemah dan hilang kekuatan. Adakalanya prestasi semakin menurun & kualiti kerja@belajar terjejas.. kita tertanya tanya.. apakah sebabnya: -
lantas kita semakin berusaha melipat gandakan usaha, menambah amal, tetapi apa yg terjadi penurunan.. turun dan semakin turun..
mengapa????? ini kerana, kita terlupa "MENGASAH KAPAK KITA"..

Pinjam 2 minit utk baca cerita ne 👇..

KISAH SEORANG PEMOTONG POKOK 
 terdapat seorg pemotong pokok bsama kapaknya yg tajam.dia mahu bkrja mencari makan.. one day, dia btemu dgn seorg tuan tanah yg dipenuhi byk pokok. tuan tanah itu mmerlukan org bg mnebang pokok..
bermulalah kerjanya. first day, dia berjaya tumbangkan 30batang pokok.dia mmulakan hari keduanya dgn gembira.30 batang pokok lg bjaya dtumbangkan.
tuan tanah berasa sgt gembira&pemotong pokok juga senang hati.esoknya dia bjanji mahu datang lagi.namun, pada hari ke3, dia hanya dapat mmotong 20batang pokok sahaja.
pemotong pokok berasa hairan. kerna dia xmerasa staminanya menurun. lalu dia bkata kepada tuan tanah."esok pasti sy akan lakukan yg tbaik."azamnya lgi..
namun,pada hari ke4 dia hnya mampu mmotong 10batang sahaja. lagi la sdikit bbanding smlm.walaupun dia sudah pun berusaha. dia berasa xsenang hati dgn prestasinya. sekali lagi dia bjanji dgn tuan tanah.. "esok sy pasti mperbaiki prestasi sy."
pada hari ke5,dia bermatian berusaha. sgt mngejutkan apabila pokok yg mahu dipotongnya mngambil masa yg lama.pada hari terakhir, dia dapat menebang 5batang pokok shja..
dia menangis semahunya.. menghentam dirinya dgn pelbagai pertanyaan. tuan tanah dtg menghampirinya.. lalu bertanya "SUDAHKAH KAMU MENGASAH KAPAK KAMU?"
*ketika itu, pemotong pokok tersentak*
Ya, dia terlupa utk mengasah kapaknya...
[4/18, 9:44 PM] Intan Nurul Aida: Kapak dalam kehidupan kita 
didefinisikan sebagai "daya keimanan"..
selepas mengharungi pelbagai halangan, cabaran,pasti muncul dugaan dlm kehidupan seharian kita.. kita pasti berasa penat, lemah,dan tak bermaya bagi melakukan kerja.
kita sedar ianya berlaku tetapi kita mengmbil langkah yg silap.biasanya kita bertindak melipat gandakan usaha & sebagainya.
Sebenarnya kita terlupa cari punca sebenar.!!!
 Apakah sumber daya keimanan????mari kita lihat ..

Boleh faham eh setakat ne ☺

Okay takpe saya teruskan lagi..
MHIDUPKAN DAYA INGATAN  
setelah myedari kurangnya kualiti dan prestasi kita sbg hamba Allah, langkah bg mhidupkn semula keimanan perlu dilaksanakan..
pertamanya:-perhatikan hubungan kita dgn Allah swt. muhasabah semula diri. antara kata2 para sahabat rasulullah saw ialah, "mari kita duduk sebentar dan beriman, "
bukannya beriman dgn sebentar, ttpi dlm waktu yg sebentar itu kita CAS kembali iman yg mngalir dalam sgenap kehidupan,kerja,dan amalan..
jiwa kita jgn dibiarkan kosong.. ianya perlu diisi dgn pelbagai pngisian manfaat. perlu wujud perhentian bg mgambil bekalan tambahan..
cara2 lain adalh dgn duduk bsama sama rakan2 yg soleh solehah.lakukan aktiviti bsama spt solat subuh bjemaah, qiamullail dlm kadar yg sederhana. amalan ziarah jgk adalah bentuk kkuatan..

Mengapa kita xdapat mgamalkan al-quran dengn bsungguh sungguh??
mengapa kita xdapat mdirikan solat dgn khusyuk??
mengapa kita xdapat mnundukkan pandangan??
mengapa kita xdapat beristiqomah atas kebaikan??
mengapa kita xdapat mmikul kebaikan sepanjang kehidupan?
ini kerana daya keimanan kita semakin tumpul. keimanan dapat mnolak manusia utk kekal taat kpdanya.. apabila keimanan semakin tumpul, kkuatan kita utk beramal jgk mnurun....
⛔PERHATIKAN KAPAK KITA ⛔
dalam kehidupan, kita perlu menebas jahiliyah..
apabila mahu beramal, kita perlu menebas:-
kemalasan
hasutan
godaan dan sbgnya..
kita wajib taat kepada Allah swt.. kita perlu menebas syaitan dan cinta pada hawa nafsu...
kita memerlukan kapak kehidupan.. jd jgn lupa utk mngasahnya!!!!
kekuatan tidak tbina dgn tiba2..pasti ada sumbernya. apabila kekuatan itu milik kita, pasti selesai semua masalah..
Tepuk dada kita, tnyalah iman.. bagaimanakah sikap kita... bagaimanakah keadaan kapak kita? Adakah sudah diasah@belum...

Nampknya sampai di sini sahaja usrah intan pada hari ini. Yang lain2 boleh scroll up when free. Semoga mendapat manfaat. 😘

Ingat satu☝ "Biar gelap tanpa lampu,jangan gelap HATI tanpa IMAN"
Istiqamah, Jati diri, Teruskan Risalah Nabi

Assif jiddan atas segala kekhilafan dan kekurangan. Mohon kita semua mendapat manfaat . Faham dan hadam

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Published
19.04.2015
10:10 a.m.

Dua Mata

Assalamualaikum? Saya nak bkongsi sedikit usrah dgn semua. Usrah ni saya dah kongsi bersama group Dakwah Mujahidah intan. 🙈
Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillahhirabbil alamin.. wassolatu wassala muala asrofil anbiya iwalmursalin... waala alihi wasohbihi ajmain. Mari kita mulakan dgn umul kitab al-fatihah. Semoga semuanya diberkati oleh Allah swt . Ameen.Malam ni intan akan berkongsi mengenai 👀 dua mata.

Saya rasa,semua dah sedia maklum betapa hancurnya umat hari ini,betapa tunggang langgangnya masyarakat hari ini. Saya rasa,korang confirm tahu macamana keadaan umat hari ini. Kita tengok sahaja kat Malaysia. Buka mata,dan lihatlah!!

🌴Allah kurniakan semua manusia dgn 2mata.mata adalah nikmat jasad yg tbesar. Melalui mata juga, manusia boleh melihat.
🌴 Mata myumbang maksiat yg besar. kerana apa yg dilihat, akal pula berfikir pelbagai perkara yg merosakkan.
🌴Ada 2 mata lagi yg perlu manusia wujudkn dlm diri mereka..iaitu (1)mata melihat masa belakang, (2)mata melihat masa hadapan...

MATA MELIHAT MASA HADAPAN,(MERANCANG) 
Antara kelemahan manusia ialah xmpunyai prancangn.. hidupnya x dirancang, pgurusan dirinya x dirancang, keluarganya x dirancng, pkerjaannya x dirancang,tarbiyah anak-anaknya x dirancang, pljarannya x dirancang &begitu juga dlm kehidupan seharian yg tiada perancangn...
Ada juga mgatakan "APA GUNANYA PERANCANGN, SEKIRANYA TIDAK DAPAT APA YG DIRANCANG, "...manusia yg bkata sdemikian adlah manusia yg mhancurkan diri mereka sendiri &org lain..

Apakah pbezaan manusia yg merancang dgn yg x merancang???? manusia yg merancang, pastinya bsedia.. psediaan yg kita lakukan adlah pakej perancgn.. jgn samakan merancang dgn harapan@omong kosong.. merancang means mpunyai strategi..
Apabila kita bsedia &tidak mdapat apa yg kita rancang, at least psediaan kita bmakna pada medan2 lain.. cthnya: -kita merancang mahu bkahwin, kita mula mgumpul wang. smpai pada masanya, dia x mahu bkahwin dengn kita.. apa yg kita rancang x bjaya..but duit still ada.. duit itu masih bmakna di medan2 lain...kgagalan satu perancangn, bukanlah penamat pada kehidupan seterusnya..

MATA MELIHAT MASA BELAKANG,(MUHASABAH) 
Kesilapan manusia adlh  mbuat ksilapan yg sama berulang kali. manusia yg baik adlh manusia yg tidak mgulangi silap lepas...
Rasulullah saw mgatakan, "SEORANG MUKMIN ITU TIDAK JATUH DI DALAM LUBANG YG SAMA SEBANYAK 2KALI"..hadis ini dilaporkan oleh muslim..
Dengan mata,kita boleh bmuhasabah diri&dan merenung silap lepas.. ramai manusia mngingati kelebihannya..kbaikannya serta kgemilangannya.namun sedikit shja yg mngingati kkurangannya, kjahatannya serta krendahannya.. ada juga mgatakan, "barang yg lepas usah dikenang ".....Actually Wrong...
perkara tidak baik yg org lakukan thadap kita, kita xperlu ingt.. tetapi.....................!!!! benda2 xbaik yg kita pernah lakukan, kita perlu ingt.. bukan utk mmendam@keep sbg ssuatu yg xelok.. jadikannya sbg muhasabah diri.. supaya ianya x berulang..bkn sekadar xberulang pd diri sendiri ttpi juga xberulang pada diri anak2 kita dan manusia skliling kita..
SEKIRANYA KITA TIDAK SEDAR, KITA ADALAH ORANG YANG RUGI
muhasabah & perancangn adalah penting.. sy mulakan dengan muhasabah, kerna sy melihat tidak guna merancang ssuatu yg pasti mgulangi Kesilapan yg sama pada masa yg lalu..
Bsama manusia adlah masa. masa kita mmg xdpat dkembalikn antum semua..orang yg x bmuhasabah &asyik mgulangi ksilapannya yg sama, dia sudah kehilangan masa-masanya yg bharga.. org yg x merancang dan khidupannya tunggang langgang, dia juga mgalami nasib yg sama iaitu kehilangan masa lepas yg bharga.. dia juga dalam krugian.
Allah swt mnerangkan dlm surah al-asr, ayt 1 hingga 2 yg mbawa maksud:
"DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN "..
Lebih mrugikan lagi apabila kita x bmuhasabah.. kita still lgi mgulangi silap yg sama.. dan mwariskan pula Kesilapan itu kepada anak2,pada kturunan, pada shbat2,dan manusia dsekliling kita.. lebih merugikan, kita tidak merancang, lalu keluarga kita rosak, pelajaran kita tbengkalai, dan diri kita thumban dalam krosakan.. ini adalah krugian yg nyata.. Allah mnerangkan dlm surah az-zumar, ayat 15 yg mbawa maksud:
"SESUNGGUHNYA ORANG YANG RUGI ADALAH MEREKA YANG MERUGIKAN DIRI MEREKA DAN KELUARGA MEREKA DI AKHIRAT"..
bukankah dunia ini ladang akhirat? di sini kita menanam, di sana kita menuai.. rugi di sini, di akhirat sana juga mnanti hasil krugiannya..

Begitu juga dalam mjadi hamba Allah swt..
Apakah prancangn kita??
di mana strategi kita dlm mggapai redhanya??
Apakah jalan yg mahu kita ambil?
Pernahkah kita merancang?
Allah swt juga mggalakkan perancangn. Allah menegaskan dlm surah Al-hasyr, ayat 18 yg bmaksud:
"WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN,BERTAKWALAH KAMU KEPADA ALLAH DAN HENDAKLAH SETIAP KALIAN MMERHATIKAN APA YANG DIA SEDIAKAN UNTUK HARI ESOK"

Apakah yg kita sediakan utk hari esok?  
(tepuk dada, tnya iman,tnya diri)
Bagaimana mahu mwujudkan 2 mata ini dalam kehidupan?? 
Bagaimana??
@memilih tidak melakukan apa2 pningkatan?
semuanya dalam tgn kita semua.. tidak ada paksaan..
namun, kita jelas mana yg dapat mcapai kgemilangan @yg mana mngecap kehancuran...
sekian saja pkongsian dr intan... mohon antum kesayangan semua, baca &fahami.. hadam..Syukran alaik semuanya..
Cuba bayangkan.
Saat kita sedang berseronok.
Bumi bergegar dengan dahsyat.
Kita panik cari keluarga kita.
.
Kita cari tak jumpa, waktu tu manusia berlari, berlanggar
antara satu sama lain.
Kita nampak dunia waktu tu penuh dengan ketakutan, bukan
keseronokan lagi.
.
Bintang mulai jatuh.
Gunung, bukit terbelah.
Langit jatuh.
Haiwan dan manusia berlari untuk selamatkan diri.
.
Saat itu kita tidak dapat lari lagi.
Nak lari ke london? Sepanyol? Turkey? Korea?
Tidak.! Kau berhadapan dengan
'Hari Kiamat'.
.
Pintu taubat dah tutup.
Amalan tak banyak sebab seronok dengan 'dunia' .
Tibalah kita untuk dibicarakan di hadapan mahkamah Allah.
.
Waktu dekat dunia tak sempat......
•Tak sempat minta maaf dengan orang yang kita buat
salah.
•Tak sempat tutup aurat.
•Tak sempat baca Al Quran.
•Tak sempat nak qada' sembahyang.
•Tak sempat nak berdakwah.
•Tak sempat nak zikir, selawat, istighfar.
•Tak sempat nak pergi masjid.
Semua tak sempat.
.
Apa yang sempat?
Sempat bukak 'facebook','twitter','wechat'.
"aduh, amalan tak banyak, puasa tak qada' lagi."
"aduh, sapa nak tolong aku ni?"
"aduh, sempat tak aku nak solat, puasa, zikir semua tu?"
Jawapannya TIDAK!!.
.
Ya, sekarang kita masuk ke padang mahsyar dimana orang
yang terdahulu, orang kafir, orang alim, para syuhada', akan
di hisab .
Semua menjerit .
Matahari sejengkal atas kepala kita.
Malaikat bagi buku amalan kita. Beruntung sapa dapat
terima tangan kanan. Rugilah sapa dapat terima tangan
kiri. Allah.
.
Waktu dihisab tu, Allah tunjukkan semua apa yang kita buat
dekat dunia. SEMUA!
Selesai dihisab, kita pergi titian As Sirat.
Ada yang, berlari sepantas kilat, naik kenderaan,
tunggangan, berjalan, merangkak, menyerot.
.
Semua bergantung pada amalan.
Selesai As Sirat, kita berjumpa dengan Timbangan Al Mizan.
Dimana, kita berat yang mana satu. Pahala? Dosa? Kita
sendiri tahu.
.
Lepastu, baru jumpa 'syurga' dan 'neraka'.
Rasulullah ada setiap perhentian kita. Rasulullah yang mula
mula dihisab.
.
Beruntunglah, kalau sapa dapat syurga.
Malanglah, kalau sapa dapat neraka.

p/s: dari sekarang tutup apa yang patut, tingkatkan amalan,
tunaikan apa yang patut. Sedar sedarlah. Cukup cukup dah
berseronok dengan dunia. Sekarang fokus untuk akhirat.
Assif atas kekurangan

"Biar gelap tanpa lampu,
Jangan gelap HATI tanpa IMAN".

Istiqamah,jati diri,teruskan Risalah Nabi.

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-

Published.

Thursday, 16 April 2015

Chinta

To dear yg dicintai @ yg mencintai

P/S: Hanya untuk hawa !

Assalamualaikum awak.

Terlebih dahulu saya minta maaf andai ada terasa hati atau terkasar bahasa.

Persahabatan kita terjalin lillahita'ala. Jadi cuma naj habaq meh.

Nak try jawab soalan dalam hati awak tu eh.

CINTA

Kalau sebut tentang cinta semua akan gambarkan seseorang dalam kepala kan?
Cinta tu fitrah. Manusia jatuh cinta?
Awak jatuh cinta.
Saya jatuh cinta.
Dia jatuh cinta.
Orang yg bacanya ni jatuh cinta.

Oops. Maaf.

Tiada yang pelik,cinta itu adalah kenikmatan yang terindah yang Allah anugerahkan pada yang dikehendakinya.

Tapi cinta itu bukan untuk disalah ertikan.
Bukan untuk diserah pada yang bukan haq.
Bukan untuk dijadikan mainan.

Jatuh cinta pada ajnabi. Alhamdulillah . Tahniah itu tandanya awak normal.

Namun begitu,awak kena faham. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Ya,saya tahu kalian ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Tapi itu tidak menjamin dialah jodoh awak.

Even,awak dah discuss dengan parents awak dan dia. Dah bertunang bagai. Dah duduk depan tok kadi siap salam tok kadi lagi.

Selagi akad nikah belum terlafas,jodoh still rahsia Allah. Jadi,jangan nak kata awak dah jumpa jodoh awak lepas ni. Sebab Allah yang mentaqbirkan segala isinya.

Allah melarang kita menghampiri zina.

Tapi saya tak buat apa-apa pun dengan dia wak. Kami tak berzina pun.

Soalan macam ni sokmo sangat timbul.

Allah berfirman: Janganlah kamu menghampiri zina. Allah tak kata jangan berzina sebaliknya Allah berkata jangan MENGHAMPIRI ZINA.

Rasulullah bersabda:

Mata boleh berzina dengan melihat,
Lidah boleh berzina dengan bercakap,
Tangan boleh berzina dengan berpegang,
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat,
Hati boleh berzina dengan merindu @ membayangi si chinta.

Perasaan yang ada di dalam hati awak tu selagi mana si chinta belum halal untuk kita maka ia haram.

Jadi pasang tembok antara awak dan dia agar hijab mu tak tersingkap.
Biarkan tandus tak bersiram rasa itu,agar ia tak tumbuh bersemai.
Siram dan baja hati itu dengan zikrullah agar dapat tercuci dengan air mata penyelesaian.
Kemudikan layar hati awak agar berpatah balik pada Rabb yang satu.

Janganlah khuatir akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama,maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.

Tetapi jika sebaliknya,
Bermunajatlah kepadaNya agar hati awak sentiasa bermujahadah dijalanNya sekiranya qada' dan qadarNya bukan kemahuan awak. Bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Kerana jodohmu sudah tertulis di luth mahfuhz sekian lama.

Wanita yang solehah tak perlu berasa risau akan jodohnya kerana muslimin yang baik(soleh) tidak akan terpaut pada wanita yang meruntuhkan imannya.

Keperibadiannya ditentukan dari sejauh mana ketinggian peribadimu.
Nak suami seperti Saidina Ali,jadikan dulu dirimu seperti Saiditina Fatimah. :')

InshaAllah si chinta turut seiringan dijalan yang sama seperti mu.
Jadikanlah dirimu sebagai pemandu untuk nafsumu.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Adakah kita sudah sepenuh hati mencintai Allah?


Tajuk : Adakah kita sudah sepenuh hati mencintai Allah ?
.بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Kte mulakan dgn ummul kitab. Dengan izin Allah, saya harap segala ayat yang telah tersambung acah-acah indah oleh saya yang hina ini bermanfaat untuk kalian. Moga kita semua mendapat redha-Nya. Ameen.
First at all, saya nak tanya. Adakah kita dah meletakkan cinta Allah sepenuhnya dalam hati kita? Berapa percent? 20%? 50%? 100%?
Or berbelah bagi. Or sepenuhnya cinta hati kita kt ajnabi? 😔 Then cinta Allah nak letak mana?

Kadang, kita merasa hanya dengan solat cukup lima waktu, mengaji sehari semalam, sudah cukup untuk memasukkan kita ke dalam syurga. Eh, betul lah itu kan? Betul, siapa cakap salah? Takde yang cakap salah pun, betul lah itu. Tetapi kita betul-betul yakin ke, betul-betul pasti ke hanya dengan solat cukup lima waktu ditambah pula dengan mengaji sehari semalam sudah cukup memasukkan kita ke dalam syurga. Anda, dan anda, dan anda, sudah cukup yakin ke?

Then hanya tu ke tanda kita cinta kt Allah?
Solat kita itu, make sure niat lillahi ta'ala. Niatkan kerana Allah. Hati kita ini, sifatnya berbolak balik. Takut-takut niat itu berubah. Takut-takut niat kita selama ini hanyalah untuk mendapatkan pujian manusia sahaja. Na'uzubillah! Minta dijauhkan daripada kita semua, ameen!
Lagi, adakah kita yakin solat fardhu kita itu sudah cukup sempurna, dan diterima Allah? Bagaimana dengan wudhu' yang kita ambil itu, adakah sempurna? Adakah Allah terima? Yakin ke, anda-anda semua (termasuk saya)? Sebab itulah wujudnya solat-solat sunnat ini. Solat-solat sunnat inilah yang menyempurnakan segala ketidaksempurnaan kita sewaktu solat fardhu. Bukankah saya sudah cakap, Allah ini baik. Andaikata solat fardhu kita tidak sempurna, dia suruh kita tunaikan solat-solat sunnat pula untuk menyempurnakan solat fardhu kita. See, dia bagi peluang untuk kita sempurnakan solat fardhu kita. Bukan dia tolak mentah-mentah andaikata solat fardhu kita itu tidak sempurna. Allahu, baiknya Dia.
Mengaji sehari semalam, adakah kita hanya mengaji dan mengaji sahaja? Tanpa memahami setiap ayat yang kita baca? Tanpa mengamalkan setiap ayat yang kita baca itu? Niat sudah kerana Allah, ataupun hanya untuk mendapat redha manusia?

Keluar rumah, aurat sudah sempurna ditutup ataupun belum? Ataupun masih berlegging lagi? Ataupun masih berpakaian ketat walaupun bertudung? Ataupun masih tidak menutup kaki dan lengan kita yang juga aurat? Ataupun masih lagi menonjolkan dada kita kerana bertudung singkat? Ataupun masih lagi menampakkan bentuk badan kita?
Untuk apa berjubah andai masih lagi menampakkan bentuk badan anda? Tak malu ya? Kononnya berjubah, nak tutup aurat, nak nampak alim sedikit tetapi andai jubah itu ketat gelemat di setiap penjuru badan anda, adakah itu yang anda definisikan dengan menutup aurat? Saya bukan menghukum tetapi inilah kenyataan yang terjadi kepada kita semua. Anda bertudung, cantik, nampak manis je. Tapi sayang! Anda masih lagi menampakkan bentuk badan anda kepada lelaki ajnabi. Na'uzubillahi min zaliq! 😔
Nak tunjuk pada siapa badan anda itu? Nak tayang pada siapa? Kalau body anda yang menggiurkan itu telah diratah pandangannya oleh semua lelaki yang melihat anda, tak special langsunglah suami anda itu. Isk isk isk.. Kesian dia tau! Kata sayangkan suami, kenapa nak tayang benda yang hanya suami je boleh lihat kepada orang lain? 
Banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang, untuk memasukkan kita ke dalam syurga sebenarnya. Walaupun kita solat cukup lima waktu, mengaji sehari semalam, tetapi masih belum mampu untuk memasukkan kita ke dalam syurga-Nya yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang indah. 

Mari, kita lakukan sedikit anjakan paradigma! Ewah, dah lama kot tak guna ayat power tu. Hikhiks. Jom kawan-kawan semua, kita berubah! Semoga Allah meredhai. Ameen.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman,
 'Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu, akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu, akan Aku ampuni.
Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pon, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'"
[Hadith riwayat Tirmidzi]

Nampak tak? Allah tak peduli, Dia tetap nak juga ampunkan kita. Biar dosa kita sebesar apa sekalipun, Dia tetap nak ampunkan kita, andai kita datang kepada-Nya. Ya Tuhan, baiknya Allah :')
“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingati-Ku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Daku akan mengingatinya dalam Diri-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam jemaah manusia, Daku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik dari mereka; Dan jika dia mendekati kepada-Ku sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepada-Ku sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangi-Ku sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari''
Kawan-kawan nak tahu? Ada satu perkara yang bila saya ingat, saya akan tersenyum sambil air mata berlinangan di tubir mata saya.
Apabila seorang hamba Allah sedang bersolat, Allah akan segera memanggil Malaikat-malaikat lalu berkata, "lihatlah. Itu hamba-Ku. Dia sedang bersolat kepada-Ku. Aku amat menyayangi-Nya." Dan Allah akan menghadirkan rasa kasih dan sayang di hati orang-orang yang rapat dengan hamba-Nya yang solat itu tadi melalui malaikat-malaikat tadi. 
Kawan-kawan, masih tidak nampak lagi? Betapa penyayang-Nya tuhan kita itu! Allahurabbi. Jika Dia menyayangi kita, Dia akan membuatkan orang-orang di sekeliling kita juga menyayangi kita. Baiknya Dia. Baiknya Allah saya. Baiknya Allah kita :')

Jadi kenapa kita tak balas balik kasih sayang cinta Allah? ☺
Cinta yang hakiki adalah cinta  kerana Allah, mencintai segala sesuatu yang ada di dunia ini semata-mata kerana mengharap keredhaan Allah bukan kerana hawa nafsu belaka. Jika cinta telah mendua, meninggalkan cinta hakiki kerana mengharap keredhaan makhluk maka dia telah menyekutukan Allah dalam cinta. Nauzubillahi min zaliq.
Cinta kepada Allah s.w.t. adalah kemuncak segala cinta, kemudian cinta kepada Rasul-Nya yang membawa risalah-Nya untuk manusia seluruhnya. Berpaksikan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka barulah cinta-cinta yang lain berfungsi.
Manusia mencintai dirinya, , ahli keluarganya, orang tuanya dan seluruh umat manusia . Berbicara tentang cinta, marilah kita merenungkan salah satu hadis qudsi yang di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

 

“ Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman: “ Barang siapa yang memusuhi wali-Ku ( orang yang dekat kepada-Ku ) maka sesungguhnya Aku telah menyatakan perang baginya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu, lebih Aku senangi dari pada melaksanakan apa yang Aku fardukan atasnya. Dan tidak pula hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri dengan melakukan amalan amalan sunat , sehingga Aku mencitainya. Dan bila Aku mencintainya menjadilah Aku telinganya yang ia gunakan untuk mendengar , matanya yang ia gunakan untuk melihat, tangannya yang dengannya ia menghajar, dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Apabila ia bermohon kepada-Ku maka pasti Ku kabulkan permohonannya, apabila ia meminta perlindungan-Ku maka pasti ia Ku-lindungi. Tidak pernah Aku mundur maju menyangkut sesuatu yang Ku kerjakan sebagaimana mundur maju-Ku terhadap jiwa hamba-Ku yang Mukmin. Dia tidak senang mati, padahal Aku tidak senang menyakiti (hati) nya. “ ( Hadis Riwayat Bukhari )
Sayang sekalian, kita sebenarnya tengah tunggu apa lagi? Marilah. Marilah kita berubah. Tak kan lah nak tunggu Allah dah tarik nyawa kita baru nak menyesal. Tahu tak? Masa itu dah tiada guna lagi. Takkan ada kemaafan daripada Allah lagi masa itu, tau! Dah dah, jom siap-siap diri untu berubah, untuk gapai redha Allah. Jom!

.الحمدلله
Harap sume boleh faham & hadam.
Muhasabah. Sme² pbaiki diri.

Published.
9.50 PM

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-

Saturday, 11 April 2015

Teman Maya

Istimewa: Khas for Kak Afiqah Hanania

Kak Afiqah.

Intan sejujurnya akan tersengih setiap kali memikirkan bagaimana ukhuwah kami terbina.

Intan&Afiqah.

Sedap tak agaknya kombinasi nama kami berdua?

Sudah, mengarut. =)

Saya sememangnya tidak mengenali sama langsung dengan Kak Afiqah. Begitu juga dengan dia.

~internet connection~

Erm,waktu itu umur intan 18tahun.Ya,umur intan berapa tahun dengan Kak Afiqah.Kak Afiqah waktu itu 19tahun kan? Hehe, ukhti tak marah kan? :)

Intan tulis blog acah acah ni.

Er,intan ni jenis kalau tak kenal memang tak reti sembang. Sama juga dengan Kak Afiqah kot. So,the result is dua-dua tak saling menegur. Intan ni bising juga[tak adalah bising pun] tapi fun bila dah kenal. Kan kak.

Alam Maya

Bermula dengan sepatah dua kata di alam Maya. Menjadi berpatah-patah kata di alam maya. Persamaan kami,masing-masing adalah seorang yang peramah di alam maya tapi di alam realiti belun tahu lagi. Sebab since kami kenal tak pernah berjumpa punnn. Wuuu

Makin lama,ukhuwah makin rapat. Betul kan Kak? Sila angguk. Aeceh, macam memaksa pulak!

Persamaan kami kedua pula,kami ni adalah private person. Chewah! Jenis susah untuk menceritakan masalah pada sesiapa. Itu pandangan intan. Heeehe.

Tapi,entah kenapa,bila dengan kak, intan rasa lebih terbuka. Sedangkan bersembang di alam realiti pun tidak.

Namun,bila dah nama private person,masing-masing ada masalah atau rahsia tersendiri yang tidak diceritakan. Perkara normal lah tu. Tapi,kira istimewa juga dia, banyak tahu masalah saya lagi berbanding kawan-kawan saya sendiri.

Kami juga saling nasihat-menasihati satu sama lain dan bergurau. Semestinya! :)

Sebenarnya,sengaja hendak mengenang ukhuwah kami berdua. Sepatutnya,saya buat artikel ini pada tahun lepas tahun 2014 tetapi dilewatkan sebab sengaja nak kenal lebih akak ni. Ececcce...

Sekarang Kak Afiqah berada dalam keadaan sedih ke. Intan pun tak tahu.

Dia sedang diuji kesabaran,yang intan sendiri tidak tahu. Oh, tetapi tak kisah pun,itu hak dia hendak bercerita atau tak. Kadangkala,kami memang tak terkata bila masalah berat menimpa.

Kak Afiqah,sabar,sabar,sabar. Itu yang mampu intan pesankan, kerana mahu tak mahu pilihan kita adalah sabar selain cuba menyelesaikan masalah tersebut. Memang senang untuk ucap namun sukar untuk dilaksanakan. Righto?

Intan sendiri turut terasa bila akak bersedih. Sewaktu di class, teringatkan akak. Ok ke tak? Masih sedih lagi? Ujian baru pula?

Tiada apa yang mampu untuk intan tolong anti. Sekadar artikel tidak seberapa ini ana tujukan pada anti. Anti sentiasa ada ana di sisi, InsyaAllah. Masih ramai menyokong anti, InsyaAllah. Dan Dia sendiri sentiasa menolong hamba-hambaNya. Ameen.

Yeah,ada hikmah behind semua ini. What to do is, just still stand! You can Kak Afiqah, I believe you can!

Just still stand

and keep living on

dont ever lose hope

or else I always by your side

I hope so..

Just close your eyes

the light always ready

to be with you.<3

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Thursday, 2 April 2015

Lumpuh

Rentak menulis yang kaku.
Ritmanya tak berlagu.

Aku lumpuh dalam ingatanku.
Aku gugur dalam pertempuranku.
Aku masih mencari aku.
Dalam detik payah.
Dalam kabut resah.
Aku mencari diri yang rebah lemah.
Terbaring lelah.

Aku ini yang kau kata futur.

"Mana pengisian rohani?"
"Mana kata-kata kau yang memberi kesan pada hati?"
"Kenapa engkau begini?"
"Kenapa engkau begitu?"

Kritikan manusia dulu ku ambil menjadi pedoman.
Namun kritikan menjadi hentaman.
Makin aku diam makin aku terasa aku menyimpan dendam.

Lakuku disalah erti.
Tatkala aku lemah malah dicaci.
Bila aku yang sering memberi nasihat memerlukan nasihat.
Yang cuna disebut "Aku tahu kau kuat".
Aku tahu itu cuma kata penyedap.
Kerana jika benar kau kenal aku.
Mana mungkin kau berani kata aku kuat.

"Kenapa kau berubah?"
"Legend mana boleh putus asa"
"Bangunlah dan langkah semula".

Sudah beratus malah beribu kata-kata sama aku terima.
Kadang aku cuma mahu bersendiri.
Mencari erti dalam kehidupan.
Hidup seperti teman-temanku yang pada mereka cuma ada hiburan dan kegembiraan.

Aku juga ada masa sendu.
Ada masa menyorok pilu.

Aku juga ada masa perlu dipapah.

Namun egoku membongkah.
Keras kepalaku menjadi parah.

Aku cuma ingin diterima tanpa aku perlu berpura-pura.
Aku cuma ingin dilihat bukan malaikat tapi manusia yang juga terkadang penat.

Lalu dahiku menyembah bumi.
Tuhan,aku perlukan sokongan.
Kerana manusia takkan pernah mengerti betapa lopongnya segumpal organ ini.
Organ yang bahasa melayunya dipanggil hati.

Aku ini,yang kau kata futur.

Momentum terlontar begitu tinggi.
Namun tatkala ia jatuh kembali.
Ia terhempas kuat mencerai-beraikan semangat yang ku sangka kukuh.

Pergilah pergi.
Tinggalkan aku mengisi hati.
                                
Tengah berkira-kira nak cari gambar sesuai selepas siap entri ni,dapat email dari seorang pembaca blog ni. Kiriman gambar yang sangat tepat pada waktu yang tepat.

Tuhan,kadang Kau hantar manusia yang aku tak jangka. Untuk hiburkan luka dalam yang seolah-olah tak mungkin mampu disembuhkan.

Published
8:34 PM

http://notadakwahintan.blogspot.com