Nota Cik Markonah (1)
Penang
Huriyah Huwaida atau dikenali sebagai Cik Markonah. Budak nota.Ya,si nota yang menagih kasih Ilahi.Seorang yang sangat perahsia dan cuma juliet picisan yang mengarang bait² sayang.
Nota :
"Jangan kenali aku. Baca sahaja penulisan dan coretan aku. Kenali saja nama aku Huriyah Huwaida. Hanya gadis kampung.Segala kekurangan rencah dalam blog ini datang dari aku.Jangan salahkan sesiapa.Aku pendosa tanpa noktah. Sekadar luahan hati.Hanya blog menjadi tinta hati. Tinta yang comot. Yang hanya menagih simpati.
Petang itu Cik Markonah berasa sangat sedih.Dia berjalan ditemani oleh sahabat baiknya Maymyra.Markonah berjalan agak laju kehadapan meninggalkan May dipersisiran Pantai Merdeka.
Markonah tak menghiraukan apabila namanya dipanggil.Markonah berjalan laju meninggalkan Maymyra. Muka masam Markonah apabila terpandang Maymyra seolah² ada sesuatu yang tak kena.
"Markonah ! Markonah ! Tunggu aku ! Kenapa laju sangat? May berlari anak cuba menyaingi Markonah. Temannya dari zaman sekolah lagi.Dia hairan dengan tingkah sahabatnya ini.Comel sekali kelakuannya apabila marah. Mesti mukanya kemerahan tatkala pancaran matahari yang menyengat.
Terik matahari berada tepat diatas kepalanya.Pedih menahan perit yang menghalang matanya membuka dengan besar.Markonah berjalan dengan tenang.Peluh yang menitik tak dihiraukan.
"Markonah ! Markonah ! Berhenti kejap!" May menarik lengan kanan Markonah.
Markonah terhenti dek menoleh kearahnya.
"Kenapa kau tarik tangan aku? Sakitlah!" Markonah bersuara. Merenung wajah Maymyra tajam.Mulutnya dijuihkan.
"Kau ni laju sangat. Nak tercabut kaki aku kejar kau.Mana kau nak pergi.Ada masalah apa lagi ni? Macam hangin satu badan je ni." Tanya May yang satu universiti dengannya.Maymyra. Mereka berdua belajar di sekolah yang sama. Dan sekarang masih jua bersama².
"Markonah cakaplah.Sebab apa kau laju sangat.Kau ada marah aku ke? May tak henti memujuk.
Bersambungggg.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment