To dear yg dicintai @ yg mencintai
P/S: Hanya untuk hawa !
Assalamualaikum awak.
Terlebih dahulu saya minta maaf andai ada terasa hati atau terkasar bahasa.
Persahabatan kita terjalin lillahita'ala. Jadi cuma naj habaq meh.
Nak try jawab soalan dalam hati awak tu eh.
CINTA
Kalau sebut tentang cinta semua akan gambarkan seseorang dalam kepala kan?
Cinta tu fitrah. Manusia jatuh cinta?
Awak jatuh cinta.
Saya jatuh cinta.
Dia jatuh cinta.
Orang yg bacanya ni jatuh cinta.
Oops. Maaf.
Tiada yang pelik,cinta itu adalah kenikmatan yang terindah yang Allah anugerahkan pada yang dikehendakinya.
Tapi cinta itu bukan untuk disalah ertikan.
Bukan untuk diserah pada yang bukan haq.
Bukan untuk dijadikan mainan.
Jatuh cinta pada ajnabi. Alhamdulillah . Tahniah itu tandanya awak normal.
Namun begitu,awak kena faham. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Ya,saya tahu kalian ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Tapi itu tidak menjamin dialah jodoh awak.
Even,awak dah discuss dengan parents awak dan dia. Dah bertunang bagai. Dah duduk depan tok kadi siap salam tok kadi lagi.
Selagi akad nikah belum terlafas,jodoh still rahsia Allah. Jadi,jangan nak kata awak dah jumpa jodoh awak lepas ni. Sebab Allah yang mentaqbirkan segala isinya.
Allah melarang kita menghampiri zina.
Tapi saya tak buat apa-apa pun dengan dia wak. Kami tak berzina pun.
Soalan macam ni sokmo sangat timbul.
Allah berfirman: Janganlah kamu menghampiri zina. Allah tak kata jangan berzina sebaliknya Allah berkata jangan MENGHAMPIRI ZINA.
Rasulullah bersabda:
Mata boleh berzina dengan melihat,
Lidah boleh berzina dengan bercakap,
Tangan boleh berzina dengan berpegang,
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat,
Hati boleh berzina dengan merindu @ membayangi si chinta.
Perasaan yang ada di dalam hati awak tu selagi mana si chinta belum halal untuk kita maka ia haram.
Jadi pasang tembok antara awak dan dia agar hijab mu tak tersingkap.
Biarkan tandus tak bersiram rasa itu,agar ia tak tumbuh bersemai.
Siram dan baja hati itu dengan zikrullah agar dapat tercuci dengan air mata penyelesaian.
Kemudikan layar hati awak agar berpatah balik pada Rabb yang satu.
Janganlah khuatir akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama,maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.
Tetapi jika sebaliknya,
Bermunajatlah kepadaNya agar hati awak sentiasa bermujahadah dijalanNya sekiranya qada' dan qadarNya bukan kemahuan awak. Bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Kerana jodohmu sudah tertulis di luth mahfuhz sekian lama.
Wanita yang solehah tak perlu berasa risau akan jodohnya kerana muslimin yang baik(soleh) tidak akan terpaut pada wanita yang meruntuhkan imannya.
Keperibadiannya ditentukan dari sejauh mana ketinggian peribadimu.
Nak suami seperti Saidina Ali,jadikan dulu dirimu seperti Saiditina Fatimah. :')
InshaAllah si chinta turut seiringan dijalan yang sama seperti mu.
Jadikanlah dirimu sebagai pemandu untuk nafsumu.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment