Saturday, 18 April 2015

Si Niqab Mula Coretan

BAGAIMANA MULANYA DIA. SI NIQAB

Ini bukan kisah awan dania,mahupun Transformer si robot kuning langsat. =.="

Baca je.Tajuk ni mesti macam² respon kan?
"Eleh,macam dia sorang je pakai niqab nga tudung labuh.."
"Diam² sudah la. Orang lain pun ada pakai.."
"Ko share satu dunia pun ko dapat apa?"
"Ko dah kehabisan idea nak post entry kat blog usang ko ke?"
"Ko nak sgt makan kuaci? *err*"

Sekiranya korang manusia yg berfikir.Diam,muhasabah dan baca sehingga habis.Maaf sebab saya bukan tergolong dalam akhowat yg indah tutur kata ayatnya,sungguh tersusun dan bermadah penuh karisma. (Seriously,saya sangat lemah bahasa Melayu) apa yang saya kongsikan bukan entry suka suki mengenai apa yang saya buat,apa yang saya makan,saya pergi mana,saya nak membengang nga sapa dan sewaktu dengannya.Sekali lagi saya tegaskan dari pihak kerajaan,ini bukan entry suka suki.

Saya membesar dalam keluarga sederhana.Mak saya orang biasa,ayah saya bukan ustaz.Tapi mereka adalah ibubapa yang terbaik.Meskipun saya bukanlah seorang yg berdisiplin dan anak yg nakal,berkat kesedaran pentingnya AdDeen dalam hidup,mereka menghantar saya ke sekolah biasa.Sehabis sahaja saya ambil UPSR,saya ada minta izin utk sambung pelajaran ke SMA tetapi ma saya tak mengizinkan.Saya sedih dan go on jelah apa yg ma saya nak sebab saya yakin ma lebih kenal diri saya dan dia tahu apa yg terbaik utk saya.Jika nak dapat redha Allah kenalah dapat redha mak ayah dulu.Jadi,saya ke sekolah biasa tapi yg ada jurusan agama.Guru² saya adalah guru² yg baik,mereka tegas tentang solat berjemaah,penghayatan agama yg cukup,tetapi saya??

Sungguh.Mesti anda bayangkan saya adalah pelajar cemerlang 5 bintang dan harapan sekolah?

*perasan*

TEET! Anda salah.Saya benci peraturan sekolah! Masuk tingkatan satu kena pakai stoking.Saya kena pakai tudung labuh,sarung lengan jgn harap.Saya malas nak pakai. Saya jugalah student yg kerap escape masa tadarus.Ya,saya akui saya agak nakal dan memberontak.Jiwa memberontak berkobar² dalam diri saya.Setisp peraturan saya nak langgar.Sesal tak berguna,sampai sekarang saya tercari² suasana itu 😊

Tudung saya KECIK-BESAR.Dalam sekolah pakai tudung labuh.Luar sekolah saya kadang² pakai tudung biasa 45.Alasan saya?
BELUM BERSEDIA NAK BERUBAH SECARA DRASTIK.NAK BERUBAH SLOW SLOW.

Saya berlanjutkan berkeadaan sebegitu sampai saya form 3.

Sehinggalah suatu masa semasa saya form 3.Dia sahabat perjuangan saya.Namanya NUR NABILLAH BT JEFNY.Sahabat perjuangan saya dari form 1.Kami sering berkirim balas surat dan dia selalu tegur dan nasihatkan saya walaupun dengan hanya picisan² nota.Pada awalnya saya malas nak baca sebab saya tak layan benda² tarbiyah macam ni.Tapi,semakin saya simpan sokmo nota dari sahabat saya tu,semakin hati saya meronta² nak explore.Akhirnya,sampai satu malam saya terbaca satu artikel.Mengenai betapa Allah mengangkat darjat wanita yg menjaga agamanya.Betapa islam melindungi wanita,betapa mulianya darjat wanita solehah disisi Ilahi.Pada waktu itu saya sedar,betapa saya sebagai wanita Islam tidak bersyukur.Islam menjaga saya tetapi saya sendiri hipokrit dalam menjadi Islam itu sendiri.Saya menangis.Hati saya tak tertahan menahan sebak.Saya baca artikel itu berkali² dan setiap kali saya baca setiap kali itu jugalah saya menangis.Ya!Saya teringin utk menjadi wanita yg diredhai.Tapi saya rasa saya tak layak.Terlalu jauh saya dari mereka.Saya malu dan cemburu setiap kali saya terpandang mereka yg istiqamah menjaga jilbabnya.Pada seawal tahun 2015 ada orang kirim bungkusan tudung labuh dan handsock.Rupanya kiriman itu dari sahabat saya yg kini sambung pelajarannya di Golok,Thailand.Dia seorang sahabat yg baik dan sangat bagus dalam agama.Allahu 😣 Hati saya malu hendak berkata.Yah,sahabat ukhuwwah fillah.

Kadang² saya rasa down,tetapi dalam masa yg sama Allah sentiasa pertemukan saya dengan ilmu² baru.Seakan² Allah menyambut doa saya dan membantu saya.Sungguh saya rindu proses permulaan tarbiyah.Rasanya cukup manis.Dan ketika saya mengenang kembali proses itu ketika ini,saya rasa sebak.Saya tercari² org yg boleh ajar saya pakai tudung labuh.Saya paksa diri saya utk patuh peraturan sekolah.Mula² saya rasa rimas.Lama kelamaan saya terbiasa.Sehingga satu masa,saya tidak rasa,selesa keluar rumah tanpa stoking dan tudung tidak menutupi dada.

Akhirnya,setelah cuba istiqamah memakai stoking dan melabuhkan tudung menutupi dada.Saya memulakan fasa baru iaitu ingin menyempurnakan lagi penutupan aurat saya dengan tudung labuh.Maka saya bersungguh² utk memujuk ma saya membelikan saya tudung labuh bidang 50-55.Akhirnya saya bertudung labuh.Tetapi ON-OFF jugak.Keadaan tu berlanjutan sehingga saya menduduki SPM pada tahun 2013.Saya mengaku pada awalnya saya diperlekehkan dan digelar "trip alim" "puteri skema" dan macam² lagi ejekan yg dilemparkan kpd saya. Tetapi saya telan je dan yakin apa yg saya buat ini betul.Saya cuma tersenyum bila dituduh hendak menunjuk² kealiman saya dan berkelakuan suci.Tetapi saya yakin apa yg saya buat.Saya pertahankan prinsip saya bila mereka mula menghasut saya dan menuduh saya kolot.Saya mampu menelan segala macam sindiran pedas mereka dan kritikan sinis yv saya berpura² baik,berlagak solehah.Tetapi kadangkala saya teruji bila suatu keadaan saya terpaksa jua tinggalkan tudung labuh saya. Dan betapa lemahnya saya,akhirnya saya menangis.Tetapi lama kelamaan sindiran demi sindiran yg bertubi² akhirnya mereka pasrah juga dgn keadaan saya macam ni.Kedegilan saya telah menjadi sebati dgn mereka akhirnya.Alhamdulillah Allah lembutkan hati² mereka.

Sehabis sahaja SPM,saya dapat banyak tawaran belajar.Syukur Allah berikan saya rezeki.Tapi saya tolak.Tahun 2014 saya dapat masuk UiTM. Sepanjang tahun itu saya memulakan proses tarbiyah saya secara perlahan². Tarbiyah yg banyak saya tinggalkan sewaktu sekolah dulu.Saya berusaha sedaya upaya utk menebusnya kembali dimana majlis ilmu.Maka saya rajinkan diri saya utk terlibat dalam program² ilmu.Saya kutip semaksima mungkin artikel² tarbiyah.Dan berkawan dgn mereka² yg rajin ke majlis ilmu.Saya hadam setiap ilmu itu perlahan² dan sekali dgn penghayatan saya cuba hayati satu persatu.

Dan akhirnya setelah dimotivasikan oleh senior² yg berniqab,ligatnya tangan saya utk search pengalaman² memakai purdah dari akhowat lain dan kajian demi kajian dari segi khilaf dan hukum,akhirnya saya kuatkan diri saya utk memakai niqab.Sekali lagi says bina kekuatan semula dan memujuk ma saya.Purdah itu sunat,perintah ibubapa itu wajib.Berkat doa restu ma,akhirnya saya berniqab.

Saya bertudung labuh buksn bererti saya terbukti saya solehah,
Saya berniqab bukan bererti saya terbukti solehah.Ketahuilah saya hamba yg hina yg masih tercari² cinta Ilahi yg masih sirna digenggaman saya.
Ini proses tarbiyah saya pilih dan saya yakin dgnNya.

Saya mesti berusaha utk menjadi wanita solehah,meskipun saya tahu saya tidak layak utk menjadi wanita² yg diredhai disisi Ilahi itu.Saya mungkin tidak sesolehah mana,
Saya tidak layak digelar wanita solehah,
Tetapi Allah sentiasa akan bantu hamba²Nya.
Yakin! Janji Allah itu benar!
Dan sampai bila² pun saya harap saya sentiasa berada dijalan ini walau betapa jahil dan hinanya saya.
Allah akan sentiasa membantu hamba²Nya.
Yakin dan yakin! Kasih sayang Allah itu tiada bertepi 😊

NASIHATKU KEPADA KALIAN.

Jangan kau dengan wajahmu kelangit,belum tentu yg berniqab dan bertudung labuh itu sempurna amalnya.Belum tentu nilai solehah dalam pakaianmu mewakili solehahnya iman dihatimu.Tetapkan hati utk terus berubah dan bertarbiyah. Solehah itu bergantung pada iman dan hatimu bukan pada niqab dan tudung labuhmu. Bimbinglah saudari² seislammu itu utk terus bertarbiyah.Jangan jadikan golongan kita dan mereka 2 golongan yg berbeza. Dekati mereka dan berkongsi ukhuwah dari hati ke hati.Kita tetap dalam sesuatu perhitungan.Belum tentu bangkit belum tentu rebah.Teruskan bertarbiyah dan perbaiki diri.Jangan berhenti sehingga Allah menjemput kita bertemuNya nanti.

Ketahuilah bahawa,kritikan terhadap mereka yg mendedahkan aurat bukannya satu jalan yg terbaik dgn hentaman dan sindiran sinis semata². Sungguh hawa dicipta mempunyai naluri dan rasa hati yg lembut.Bertegaslah tetapi jgn tidak diiringi dgn penghayatan.Sungguh,sentuhlah kelembutan hati itu dgn motivasi dan kata² berbaur semangat utk berubah. Beri mereka penghayatan utk berubah. Kita cuma penyeru,bukan pemberi hidayah.

Jgn kalah dan rebah jika diuji dgn kritikan. Yakin Allah berada disisi. Teruskan mencari penghayatan dan perbaiki diri.Sungguh bukan manusia yg menilaimu,pandangan Allah lebih utama. Sesungguhnya,tiada perkara yg mustahil jika Allah inginkan.Jika kamu berusaha dijalanNya,Dia pasti akan menolongmu. Teruskan menghayati dan teruskan berusaha. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis 😊

Saya sentiasa akan mengalu²kan dgn tangan terbuka bagi mereka yg inginkan targhib dan sokongan dari saya. Saya sentiasa ada disini menanti saudari² lain yg memerlukan sokongan dan motivasi.Kerana saya sedar,betapa peritnya proses tarbiyah tanpa sokongan dari sahabat².Kerana saya sendiri melalui fasa² itu.Saya faham situasi anda,kita tetap saudara seislam samada kenal atau tidak. Bagi ukhti² yg ingin berubah,saya alu²kan ukhuwah kita dgn tangan yg terbuka. Mulakan perubahan perlahan demi perlahan. With Allah,everything is possible.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Published.

No comments:

Post a Comment