بيسم الله الرحمن الرحيم
Tajuk : "Menangis kerana takut kepada Allah"
Sering kita diajak melakukan setiap perbuatan tu lillahi ta'ala atau untuk mengharapkan redha Allah swt..tetapi adakah setiap perbuatan itu terselitnya usaha yg sedemikian?....
Disebabkan itu saya nk share sedikit antara usaha utk mndapat redha Allah iaitu takut,dalam lughah arab iaitu khouf.Berdasarkn firman Allah swt,mafhumnya "takutlah kpda Allah,akan mendapat redha Allah"(Bayyinah 98:8).Oleh itu,perasaan takut dlm diri seseorang untuk melakukan perkara yang mungkar sangat digalakkan, dengan ketakutan inilah yang akan membawa kita kepada ketaqwaan yang bertambah.
Berdasarkan sabda Rasulullah saw,mafhumnya: "Dua mata yang diharamkan dari api neraka, iaitu mata yang menangis karena takut kpd Allah, dan mata yang menjaga serta mengawasi Islam & umatnya dari (gangguan)kaum kafir" (HR.Bukhari)...di sini,apakah air mata yang mengalir itu suatu titisan disebabkan oleh manusia? @ kerana Allah?
Allah....Allah...ampunilah kami yg sering alpa atas nikmatMU...jika kita menangis @ takut kerana manusia,apakah sememangnya tujuan kita hidup di dunia ini mengharapkan redha manusia dan bukannya redha Allah?..Sudah tentu tidak,hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.
jika itu benar,prinsip yg kita pegang...biarlah kita dicemuh,dihina kerana memperjuangkan agama Allah selagi perjuangan kita tidak tersasar dri landasan utama iaitu Al-Quran & Al-Hadis.Firman Allah swt,mafhumnya: "karena itu janganlah kalian takut kpda mereka tetapi takutlah kepda-KU jika kalian benar-benar orang yang beriman" dan firman Allah juga,mafhumnya : "orang-orang yg menyampaikan risalah-risalah Allah,mereka takut kepadaNYA & tidak merasa takut kpda siapa pun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan."(Al-Ahzab 33:39).Di dalam ayat ini,menerangkan dimana,Para Rasul dalam menyampaikan syariat-syariat Allah kpda manusia lillahi ta'ala,semata-mata kerana Allah,biarpun hidup sengsara di dunia asalkan bahagia diakhirt serta mndapat rahmat,redha dan keberkatan dri Allah swt...Oleh itu,kita diciptakan mnjadi khalifah di dunia ini dan hamba kpda Allah bukan hamba kpda manusia..hargailah setiap titisan air matamu wahai sahabatku,menangislah kerna takut akan azab Allah...
Di sini konsep takut itu trbahagi kpda tiga iaitu khauf,khosyah dan rohbah...aik,takut pun ada pembahagian,saya reka-reka ke ni?...tak memang ada.konsep ma'rifatullah(mengenal Allah)bukan dengan secara terjah je,kena ada ilmu utk brhadapan dgn Allah....kalau boleh, kutip sesuatu ilmu itu biar lebih mendalam bukan hanya sekadar di pangkalnya sahaja(tak habis)...berbalik kepada yang tadi..apakah yang dimaksudkan dengan khauf?khosyah?Rohbah?...secara ringkasnya.. KHAUF ini perasaan takut yang muncul dalam diri kita dlm bentuk apa pun , KHOSYAH pula, perasaan takut yang lebih khusus diiringi dengan ma'rifatullah (mengenal Allah)iaitu rasa takut yang berkaitan dengan azab,murka Allah dan lain-lain yg berkaitan.seterusnya ROHBAH iaitu perasaan takut kita secara amaliyah(perbuatan) dengan tindakan meninggalkan sesuatu yg dilarang oleh Allah...suka untuk saya sentuhkan disini apabila bercakap tentang perbuatan takut kita kpda Allah dengan berTAUBAT..bukan setahun sekali,jika mampu...lakukan setiap hari,jika tidak mahu bertaubat dengan solat,beristighfarlah...jom kita beristighfar sebentar..(*Astaghfirullahhal'azim,allazila ilahaillah huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik X3)..Alhamdulillah,Allah sentiasa mempermudahkan kita,kita ini jgnlah mempersulitkn diri sendiri ya sahabat2 saya. Janganlah apabila ditanya pada hati"mengapa malas untuk bertaubat?"..hati kita menjawab "kerana aku terlalu banyak angan2"..Allahhurabbi
Demikian yg terakhir buat saya dan sahabat seperjuangan " Janganlah kita menjadi seseorang yang berkeinginan sungguh-sungguh untuk masuk syurga tetapi lemah meninggalkan hal-hal neraka"...nauzubillahhiminzalik...minta dijauhkan.."Jadilah kita seorang yang hilang rasa takut iaitu ketika orang mukmin memasuki syurga."(Fussilat 41:30)..
"Dan barangsiapa taat kepada Allah & Rasul-NYA serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-NYA, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan". (An-Nur 24:52)... Biarlah air mata yg mengalir ini kerna menegakkn agama Allah dan jangan pernah mengalah selagi berpeluang wahai sahabat2ku...biar kekal senyuman kita ini tika menghadap illahi dan waktu itu rehatlah damailah kita dgn nikmat syurga yg kekal abadi. Sekian nota dakwah dari saya,moga manfaat dan pedoman buat saya dan sahabat² utk sama² kejalan Allah.Jika ada kesilapan harap diperbetulkn,saya insan yg lemah masih dlm proses memperbetulkn diri yg sering alpa.Kesempurnaan hanya milik Allah.
Demikian apa yg telah saya nukilkan semalam. Moga ilmu kita sentiasa bertambah.
Jazakallahhu ahsan jazak. Kepada yg sudi membaca😊
Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-
No comments:
Post a Comment