Saturday, 25 April 2015

Tarim fil qalbi

Salam alayk. Hari ni saya nk share  usrah yg saya kongsi bersama group Dakwah Mujahidah saya. 😘

☺ Kita mulakan usrah dengan ummul kitab.
K tajuknya : Tarim fil qalbi. 😘

☺ Kita mulakan usrah dengan ummul kitab.

Tarem
Di Tarem... Suasana tenang nyaman di sebalik bukit bukau yang tinggi... sunyi dan tiada kesibukkan duniawi yang kelihatan melainkan semuanya sibuk dengan urusan ukhrawi masing-masing...
تري.موأهلها
اللهم اجعلنامنهم...آمين

Bila di sebut “Bumi Tarim”..
yang tidak kenal kenal pasti bertanya”kenapa Tarim??”
"apa yang ada kat Tarim??"
Bila di ceritakan ttg Tarim„
yg xpernah melihatnya sudah jatuh cinta..apatah lagi yg sudah merasainya..
Pertama kali lihat Kota tu apa yg ku nampak?? 
Kota penuh debu..
Bangunan2 nya kebanyakan yg lama„
seperti zaman dulu..cuaca yang panas membahang manusia..
nampak zahirnya mmg begitu„dimanakah keistimewaannya??dimanakah keindahannya?? 
keindahan dan keistimewaan Kota Tarim tersembunyi di sebalik pakaian kezuhudan..
Sungguh, kisah demi kisah, untaian demi untaian tak akan cukup untuk menggambarkan negeri penuh keberkahan, negeri yang rasulullah saw doakan dalam doanya,
Sungguh akan semakin rindu ketika engkau terus mendengar akan kisahnya..
tidak akan engkau jumpai penduduk diwaktu pagi, mereka akan keluar setelah waktu dhuha, dan tak akan engkau jumpai para wanita disana, ketika engkau bersua dengannya, maka para wanita akan berbelok mengambil jalan lain, dan tiada akan engkau bisa melihat wajahnya,
Sungguh akhlak terindah engkau dapati disana..
dengan binatang pun disana, anggaplah engkau yang paling hina, karena hanya tampak zhahir disana yang terlihat bagai kehinaan namun merupakan kemuliaan tertinggi yang dimiliki para penduduknya,
jangankan engkau membicarakan bagaimana penduduknya, membicarakan jalannya saja maka rahmat yang akan engkau dapati, karena setiap tapak disana selalu terinjak oleh para aulia wa sholihin, bagaimana dengan membicarakan akan penduduknya„
disanalah negeri terindah, walau berpadang pasir tetapi disanalah keindahan yang selalu membuat orang merindukannya,
Engkau akan temui di masjid masjid di sana sangatlah penuh di kala waktu solat datang, semua berbondong2 untuk berjama’ah, dan di sepertiga malam akan tampak seperti waktu siang, kerana indahnya penduduk yang beribadah memenuhi masjid, 
disana di setiap jalan yg engkau lalui, maka engkau akan temui akhlak dan sunnah Rasulullah saw, sungguh negeri yang akan menjadikanmu selalu ingin beribadah dekat kepada Allah dan merindukan Rasulullah saw,
insyaAllah impian dan cita2

Wanita Tareem Yemen ,
kota sejuta wali ....
Alangkah indah sebegini pakaian di Malaysia untuk semua wanita yang sudah baligh ,
Pasti tiada kes rogol,cabul, dan sebagainya .
Wanita Tareem yang sudah baligh (datang haid) maka diwajibkan memakai NIQAB/BURQA .
Lihatlah di gambar ada yang tutup sekali dgn mata ,ini dinamakan BURQA .
MashaaAllah indah pakaiannya .
Nak diambil gambar pun tidak mahu .
Menoleh.
BezA sungguh wanita di Malaysia ini dengan RELA HATI pamirkan diri di media sosial, apatah lagi di luar .
Bebas ke mana sahaja , dengan pakaiannya agak menjolok mata .
Mereka wanita Tareem hanya tinggal di rumah² dan tempat² pengajian . Tempat pengajian semua wanita . Tidak bercampur lelaki perempuan .
Sungguh dijaga .
Dalam gambar ini menceritakan, sangat mengawasi anak² nya yang bermain di luar kawasan  rumah . Walhal hanya kawasan rumah sahaja tetap dipantau sungguh beza dgn kita semua.
Moga² negara Yaman khususnya di Tareem, diselamatkan oleh Allah , InshaaAllah dgn berkat para wali dan solihin yang ramai tinggal di sana .
Moga selamat dr musuh² Islam di sana . Aamiin Allahumma Aamiin .

Wanita Terpelihara
Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Keperluan Rumahtangga
Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Kamar Tidur yang Wangi.
Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?
Marah Wanita Tarim
Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.
Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.

Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.
Rumahtangga Nabawi
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim.

Indah nian gambaran para wanita di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah..Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini.
Aminnn

Ok yang ni kta boleh praktikan bila kita ada anak nanti..kita semua kan bakal2 ibu mithali..in sya Allah...❤

Dari dalam kandungan lagi, anak ahli Tarim telah diberi makan dengan zikrullah dan selawat serta Tilawatul Quran. ibunya pasti amat menjaga pemakanan dirinya dari memakan makanan syubhah apatah lagi yang haram.
kenapa?
kerana apa yang dimakan itu akan membentuk akhlak anaknya yang berada dalam kandungannya itu. begitu juga apabila dilahirkan. mereka hias rumah dan menidurkan bayi dengan suara tilawatul quran dan zikrullah sentiasa diberi makanan buatan tangan mereka sendiri. mereka pastikan apa yang dimakan itu semuanya halal. subhanallah.
bagi ibu yang tidak banyak susu, bagaimana mereka susukan bayi? adakah dengan menggunakan tin susu lembu dipasaran? tidak sesekali mereka akan buat sebegitu. yang tiada susu, akan beri minum air madu atau beri kepada ibu susuan.
ada seorang habib katanya, "setiap malam sejak dari umurku 3 tahun, ayah dan ibuku selalu membangunkanku di tengah malam hanya untuk mengucap 'la ilaha illallah' sampailah umurku 7 tahun, aku langsung tidak pernah meninggalkan solat qiamullail sehingga aku tua. apabila selesai mengucap la ilaha illallah, barulah mereka membenarkanku untuk tidur semula."
ketika ibu mereka ingin memberikan susu, pasti akan dibaca bismillah terlebih dahulu. bagaimana seorang ibu dan ayah ingin menghiaskan akhlak kepada seorang anaknya, pasti ia akan menghiaskan akhlak pada dirinya terlebih dahulu.dari kecil telah diajar surah kecil² berserta azkar (zikir)."
ana (ukhti Syauqul Muhibbin) sungguh kagum dengan anak ahli Tarim. ketika ana menghantar adik ana yang berusia 5 tahun, yang baru ingin bermula masuk kelas tadika, ana dapati anak ahli Tarim yang seumur dengan adikku juga baru nak masuk sekolah. mereka telah menghafal bacaan dalam solat dan azkar (zikir) selepas solat. subhanallah.
darimana mereka belajar semua ni?
bukan itu sahaja, malah sunnah² Nabi SAW juga diajarnya.
semua bawak siwak (kayu sugi) ke madrasah.
Allah.. Allah..
sungguhku kagum dengan akhlak mereka.
di ajar membaca dan menulis.
di ajar cara nak solat, tapi jika dilihat, seolah-olah mereka sudah pandai.
di ajar mengira dan lain.
mereka sangat menekan pada sunnah.
tapi ketika 5 tahun tu, bagaimana dengan al-Quran mereka?
semua sudah boleh baca dengan baik?
tak semua, tetapi surah² kecil sudah dihafalnya.
sikit², tidak semua.
mashaAllah.

Ok setakat tu dulu perkongsian. K sy akhiri usrah dgn tasbih kfrh & surah al-asr. Assif.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment