Thursday, 30 April 2015

Nota Cik Markonah(4)

*******************************

Picisan nota Markonah

*Bercinta dengan buku*

Aku meletakkan buku² yang dipinjam daripada perpustakaan di atas meja.Lengan kananku berasa lenguh kerana menampung buku² yang agak berat itu.Jumlahnya hanya tiga buah,namun setiap buku mencecah sehingga 800 muka surat.
         
      Itulah rutin harianku sebagai seorang pelajar fashion designer disalah sebuah university Malaya.Masaku banyak mengalir didenai ilmu.Apabila perpustakaan tutup,aku akan meneruskan mengulangkaji di kolej yang berupa pangsapuri yang menempatkan tiga hingga empat orang teman seperjuangan yang berkongsi kesenangan dan kesusahan sebagai penuntut ilmu dan aku masih lagi mencari sumber ilham inspirasi untuk mereka pakaian terbaru yang menutup aurat suatu hari nanti.Mencari dan terus mencari sehingga faham dan hadam dengan realiti dunia fesyen masa kini.

           Buku oh buku! Jika aku tidak bercinta denganmu,aku tentu akan bercinta dengan benda² lain.Terlalu banyak tarikan diluar sana.Internet,mainan PSP,hiburan,kenderaan,shopping,lelaki dan banyak yang ingin melamar cintaku,merebut fokusku.Namun,aku jelaskan prioriti.
"Bercinta dengan ilmu,
Bertunang dengan buku,
Ijab kabul dengan peperiksaan,
Berbulan madu dengan kejayaan."
Ilmu nombor satu,yang lain² dikemudiankan. "Study first,love later !" Aku ingin tenggelam dahulu bercinta dengan ilmu.Biar ilmu asyik di kalbu.

         Khazanah bahasa di gedung maklumat itu menghujankan nikmat kepada akal.Akal yang kuat menyimbah nur kefahaman buat hati untuk mengenal Ilahi.Masa menjengah bagaikan kilat menerjah untuk menimba ilmu yang terlalu luas.Singkat yang amat.Sekurang-kurangnya aku telah berusaha untuk menimbanya semampu terdaya.Tetap ku rasakan penaku hanya punya setitis dakwat berbanding lautan.

             Bagiku,seorang pelajar yang membawa buku umpama pahlawan yang siap sedia menggalas senjata di medan perang.Tujuan mereka adalah sama,berkorban demi agama,bangsa dan negara.Kutatapi buku tebal dihadapanku.Ada cintanya yang merayu.

             Aku yakin,ilmu designer ini akan menjana bangsa yang berbusana muslimah menutup aurat.Buku-buku tebal inilah yang mengilhamkan falsafah designer berdenyut dinadiku.Aku mesti amanah menggalas cintanya.Tetaplah disampingku wahai buku.Mari kita bercinta.

            TIGA jam aku asyik dengan buku mencari-cari sumber ilham untuk design baju yang diberi tugas oleh lecturer aku sebelum di design pada kertas drawing dan akhirnya menjahit baju yang di design.Tidak perasan masa cepat berlalu.Aku mengeliatkan badan untuk meregangkan sendi-sendi yang lenguh.Bunyi gemertakan kedengaran.Badanku menuntut hak.Kunafkahinya dengan senaman ringan.Segar terus menerus apabila meneguk air mineral.Belajar terus menerus memenatkan fikiran.Otak yang letih lebih melesukan diri berbanding fizikal yang penat.Namun cintaku pada ilmu tidak pernah mengenal rehat.Cinta itu seolah-olah menjadi satu penawar yang sangat mujarab untuk merawat segala kelelahan.

             Aku kembali meneguk air mineral yang berada di atas mejaku.Ia baik untuk merehatkan minda.Sambil meneguk air,mataku terpandang pada sekeping surat yang dikepil dalam salah sebuah bukuku.Aku terus mengambil surat tersebut dan mambaca tulisan pada sampulnya.

Istimewa buatmu... .
Huriyah Huwaida Osman

        Siapakah si misteri ini? Ah kacau sungguh ! Masih belajar tetapi ada hati hendak tulis surat,getus hati Markonah *nama gelarannya*.Sekiranya mama tahu,tentu aku dimarahinya.Kecil-kecil sudah pandai main mata.Ataupun itu bukan surat tapi secebis surat kosong.Ah. Tidak pasti. Belum dibuka mana hendak tahu surat ataupun kertas kosong !

Hatinya berdebar-debar.Tangannya menggeletar semasa membuka lipatan surat itu.Nasib baik dia seorang diri di dalam bilik.

Surat daripada....

Bersambungg.........

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment