Thursday, 16 April 2015

Adakah kita sudah sepenuh hati mencintai Allah?


Tajuk : Adakah kita sudah sepenuh hati mencintai Allah ?
.بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Kte mulakan dgn ummul kitab. Dengan izin Allah, saya harap segala ayat yang telah tersambung acah-acah indah oleh saya yang hina ini bermanfaat untuk kalian. Moga kita semua mendapat redha-Nya. Ameen.
First at all, saya nak tanya. Adakah kita dah meletakkan cinta Allah sepenuhnya dalam hati kita? Berapa percent? 20%? 50%? 100%?
Or berbelah bagi. Or sepenuhnya cinta hati kita kt ajnabi? 😔 Then cinta Allah nak letak mana?

Kadang, kita merasa hanya dengan solat cukup lima waktu, mengaji sehari semalam, sudah cukup untuk memasukkan kita ke dalam syurga. Eh, betul lah itu kan? Betul, siapa cakap salah? Takde yang cakap salah pun, betul lah itu. Tetapi kita betul-betul yakin ke, betul-betul pasti ke hanya dengan solat cukup lima waktu ditambah pula dengan mengaji sehari semalam sudah cukup memasukkan kita ke dalam syurga. Anda, dan anda, dan anda, sudah cukup yakin ke?

Then hanya tu ke tanda kita cinta kt Allah?
Solat kita itu, make sure niat lillahi ta'ala. Niatkan kerana Allah. Hati kita ini, sifatnya berbolak balik. Takut-takut niat itu berubah. Takut-takut niat kita selama ini hanyalah untuk mendapatkan pujian manusia sahaja. Na'uzubillah! Minta dijauhkan daripada kita semua, ameen!
Lagi, adakah kita yakin solat fardhu kita itu sudah cukup sempurna, dan diterima Allah? Bagaimana dengan wudhu' yang kita ambil itu, adakah sempurna? Adakah Allah terima? Yakin ke, anda-anda semua (termasuk saya)? Sebab itulah wujudnya solat-solat sunnat ini. Solat-solat sunnat inilah yang menyempurnakan segala ketidaksempurnaan kita sewaktu solat fardhu. Bukankah saya sudah cakap, Allah ini baik. Andaikata solat fardhu kita tidak sempurna, dia suruh kita tunaikan solat-solat sunnat pula untuk menyempurnakan solat fardhu kita. See, dia bagi peluang untuk kita sempurnakan solat fardhu kita. Bukan dia tolak mentah-mentah andaikata solat fardhu kita itu tidak sempurna. Allahu, baiknya Dia.
Mengaji sehari semalam, adakah kita hanya mengaji dan mengaji sahaja? Tanpa memahami setiap ayat yang kita baca? Tanpa mengamalkan setiap ayat yang kita baca itu? Niat sudah kerana Allah, ataupun hanya untuk mendapat redha manusia?

Keluar rumah, aurat sudah sempurna ditutup ataupun belum? Ataupun masih berlegging lagi? Ataupun masih berpakaian ketat walaupun bertudung? Ataupun masih tidak menutup kaki dan lengan kita yang juga aurat? Ataupun masih lagi menonjolkan dada kita kerana bertudung singkat? Ataupun masih lagi menampakkan bentuk badan kita?
Untuk apa berjubah andai masih lagi menampakkan bentuk badan anda? Tak malu ya? Kononnya berjubah, nak tutup aurat, nak nampak alim sedikit tetapi andai jubah itu ketat gelemat di setiap penjuru badan anda, adakah itu yang anda definisikan dengan menutup aurat? Saya bukan menghukum tetapi inilah kenyataan yang terjadi kepada kita semua. Anda bertudung, cantik, nampak manis je. Tapi sayang! Anda masih lagi menampakkan bentuk badan anda kepada lelaki ajnabi. Na'uzubillahi min zaliq! 😔
Nak tunjuk pada siapa badan anda itu? Nak tayang pada siapa? Kalau body anda yang menggiurkan itu telah diratah pandangannya oleh semua lelaki yang melihat anda, tak special langsunglah suami anda itu. Isk isk isk.. Kesian dia tau! Kata sayangkan suami, kenapa nak tayang benda yang hanya suami je boleh lihat kepada orang lain? 
Banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang, untuk memasukkan kita ke dalam syurga sebenarnya. Walaupun kita solat cukup lima waktu, mengaji sehari semalam, tetapi masih belum mampu untuk memasukkan kita ke dalam syurga-Nya yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang indah. 

Mari, kita lakukan sedikit anjakan paradigma! Ewah, dah lama kot tak guna ayat power tu. Hikhiks. Jom kawan-kawan semua, kita berubah! Semoga Allah meredhai. Ameen.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman,
 'Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu, akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu, akan Aku ampuni.
Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pon, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'"
[Hadith riwayat Tirmidzi]

Nampak tak? Allah tak peduli, Dia tetap nak juga ampunkan kita. Biar dosa kita sebesar apa sekalipun, Dia tetap nak ampunkan kita, andai kita datang kepada-Nya. Ya Tuhan, baiknya Allah :')
“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingati-Ku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Daku akan mengingatinya dalam Diri-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam jemaah manusia, Daku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik dari mereka; Dan jika dia mendekati kepada-Ku sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepada-Ku sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangi-Ku sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari''
Kawan-kawan nak tahu? Ada satu perkara yang bila saya ingat, saya akan tersenyum sambil air mata berlinangan di tubir mata saya.
Apabila seorang hamba Allah sedang bersolat, Allah akan segera memanggil Malaikat-malaikat lalu berkata, "lihatlah. Itu hamba-Ku. Dia sedang bersolat kepada-Ku. Aku amat menyayangi-Nya." Dan Allah akan menghadirkan rasa kasih dan sayang di hati orang-orang yang rapat dengan hamba-Nya yang solat itu tadi melalui malaikat-malaikat tadi. 
Kawan-kawan, masih tidak nampak lagi? Betapa penyayang-Nya tuhan kita itu! Allahurabbi. Jika Dia menyayangi kita, Dia akan membuatkan orang-orang di sekeliling kita juga menyayangi kita. Baiknya Dia. Baiknya Allah saya. Baiknya Allah kita :')

Jadi kenapa kita tak balas balik kasih sayang cinta Allah? ☺
Cinta yang hakiki adalah cinta  kerana Allah, mencintai segala sesuatu yang ada di dunia ini semata-mata kerana mengharap keredhaan Allah bukan kerana hawa nafsu belaka. Jika cinta telah mendua, meninggalkan cinta hakiki kerana mengharap keredhaan makhluk maka dia telah menyekutukan Allah dalam cinta. Nauzubillahi min zaliq.
Cinta kepada Allah s.w.t. adalah kemuncak segala cinta, kemudian cinta kepada Rasul-Nya yang membawa risalah-Nya untuk manusia seluruhnya. Berpaksikan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka barulah cinta-cinta yang lain berfungsi.
Manusia mencintai dirinya, , ahli keluarganya, orang tuanya dan seluruh umat manusia . Berbicara tentang cinta, marilah kita merenungkan salah satu hadis qudsi yang di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

 

“ Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman: “ Barang siapa yang memusuhi wali-Ku ( orang yang dekat kepada-Ku ) maka sesungguhnya Aku telah menyatakan perang baginya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu, lebih Aku senangi dari pada melaksanakan apa yang Aku fardukan atasnya. Dan tidak pula hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri dengan melakukan amalan amalan sunat , sehingga Aku mencitainya. Dan bila Aku mencintainya menjadilah Aku telinganya yang ia gunakan untuk mendengar , matanya yang ia gunakan untuk melihat, tangannya yang dengannya ia menghajar, dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Apabila ia bermohon kepada-Ku maka pasti Ku kabulkan permohonannya, apabila ia meminta perlindungan-Ku maka pasti ia Ku-lindungi. Tidak pernah Aku mundur maju menyangkut sesuatu yang Ku kerjakan sebagaimana mundur maju-Ku terhadap jiwa hamba-Ku yang Mukmin. Dia tidak senang mati, padahal Aku tidak senang menyakiti (hati) nya. “ ( Hadis Riwayat Bukhari )
Sayang sekalian, kita sebenarnya tengah tunggu apa lagi? Marilah. Marilah kita berubah. Tak kan lah nak tunggu Allah dah tarik nyawa kita baru nak menyesal. Tahu tak? Masa itu dah tiada guna lagi. Takkan ada kemaafan daripada Allah lagi masa itu, tau! Dah dah, jom siap-siap diri untu berubah, untuk gapai redha Allah. Jom!

.الحمدلله
Harap sume boleh faham & hadam.
Muhasabah. Sme² pbaiki diri.

Published.
9.50 PM

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman-

No comments:

Post a Comment