Friday, 1 May 2015

Nota Cik Markonah ( 5 )

        Namaku tertera dengan lakaran pena berdakwat hitam.Atas rasa ingin tahu aku segera membuka sampul surat tersebut.Terdapat sehelai kertas bercorak cantik yang dilipat dengan kemas. Lantas aku melurut kertas itu menjadi rata agar senang dibaca.
 
              Salam buatmu yang ku kagumi,
              Melihat dirimu yang tekun study.
              Perasaan ini makin menjadi²,
              Tiada malam yang melenakan.
              Tanpa senyumanmu kukhayalkan
              Tiada hari yang menggelisahkan,
              Tanpa kelibatmu kuintaikan.
              Puas ku halau,
              Bayanganmu tetap mengacau.
              Aku tidak berdaya lagi,
              Sudikah salamku kau miliki?

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap awak balas.

                                               Secret admire.

"Boleh tahan ayat mamat ni.Berbunga gila ayatnya".getus hati kecil Markonah.Aku menggeleng-geleng sebaik sahaja selesai membaca isi surat tersebut.Aku mengambil surat itu dan membuangnya ke dalam bakul sampah di sebelah meja tulis. Tersenyum ku sendiri.Cintaku dilamar saat ilmu terlalu memerlukan fokus cintaku.Tipulah jika aku katakan,aku tidak memiliki fitrah ingin disayangi dan belum bersedia untuk menerima cinta seorang lelaki.Hatiku ingin memohon maaf kepada cinta itu kerana ia datang bukan pada waktu yang sesuai.

            Namun,aku tidak mahu lemah dalam menguruskan fitrah.Biar rasional dan kebijaksanaan yang mengungguli tindakan.Aku katakan pada diri,aku mesti ada kemampuan untuk berkata "Ya" atau "Tidak" pada sesetengah keinginan.Aku tidak akan mengalah dalam membiarkan fokusku lari.

           Kuakui,memilih itu bukan hanya hak wanita.Lelaki juga berhak memilih.Aku menyokong jika lelaki ingin memulakan dahulu.Tiada masalah.Cuma,menggunakan orang tengah itu lebih bersopan.Lebih menepati sifat lelaki Muslim dan budaya Timur.

          Aku teruja dengan kata-kata Saiyidatina Aisyah r.a. ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita mulia, "Iaitu wanita yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan(mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki."

        Begitu,sekiranya kita jatuh cinta biarlah kita jatuh cinta dengan orang yang mencintai Allah dan agama :') Jika seseorang itu serious ingin menjadi sebahagian daripada hidup kita dia pasti akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah pernikahan.Cinta itu perlu dibuktikan dengan tindakan bukan sekadar menabur janji kosong.

         Lelaki yang bijak dapat dikenal daripada bijaknya dia menangkis tipu muslihat wanita.Itu sifirku.Jika lelaki sebegini dijadikan suami,dia akan bertindak bijak juga dalam melaksanakan amanahnya. Ciri-ciri lelaki sebeginilah yang terlukis dalam impian hidupku.

          Aku ingin melangkah ke syurga perkahwinan dengan mengecap cinta,kasih sayang dan ketenangan.Aku tidak mahu berkahwin tanpa memahami kaedah yang betul untuk bahagia.Akibatnya,perkahwinan menjadi perkara cinta yang menyesakkan dada.Dipertahankan hanya kerana kasihan.Anak-anak tertekan melihat ibu bapanya tidak berkasih sayang.

          Inilah akibat perkahwinan bagi orang-orang yang menjadikan rumahtangga medan cuba-cubaan atau perjudian.Rasa bahagia atau tidak diserahkan pada takdir yang menentukan tanpa dia sendiri berusaha menciptakannya.

        Usaha untuk bahagia itu pula perlu bermula daripada pemilihan pasangan hidup yang tepat.Aku inginkan insan yang terpelihara.Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana sebab-sebab murahan seperti sudah terlanjur bercinta,kasihankan insan yang diberikan harapan,puas hidup membujang atau desakan sesiapa. Kata Ibnu Qayyim, "Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab." Ku ingin mencintainya kerana Allah.Lantaran aku yakin,hanya Allah tidak akan lenyap.

        Istikharahku menambahkan kekuatan.Hatiku tidak cenderung kepada mereka.Aku yakin kerana belum sesuai masanya. Mungkin juga kerana aku belum bertemu dengan si "Encik Bunga" agama.Aku mesti amanah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.Cintaku kini dengan ilmu dan perjuangan.Biarlah prioriti cintaku berjalan lancar satu demi satu.

           Aku mengambil buku dihadapanku lalu menciumnya.Kening kiriku terangkat.Kujeling ke kanan dan ke kiri.Malu juga jika ada yang nampak.Tidak kisahlah.

          "Buku".Aku sedang sibuk bercinta denganmu kerana Allah.Aku tiada masa untuk cinta-cinta yang lain.Ikhlas terhadap impian sendiri adalah point paling utama dalam mencapai impian !" Kataku lagi dalam hati.

Bersambung

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman



No comments:

Post a Comment