Saturday, 28 February 2015

Ini Kisah Si nota Intan

Ini Kisah Si nota Intan
Kisah Budak Nota

#monologbisu

Manusia puisi. Tiada menarik.

Aku budak nota. Ya si nota yang menagih kasih ilahi. Aku bukan sesiapa. Aku insan biasa. Tak lebih dari seorang insan yang mendamba kasih Ilahi. Tak perlu tahu detail siapa aku. Ya aku Si Niqab. Aku clumsy. Funny to maybe.
Dulu aku ada ramai kawan. Tapi kini sekelumit je. Boleh kira dengan jari. Aku yang putuskan untuk menyendiri tanpa teman. Kadang kadang dalam hidup aku tak nak kenal langsung semua orang. Baru takde rasa suka duka sayang. Honestly aku cakap. Aku bila dah kenal orang akan sayang gila. Tapi sesama jantina lah.

Ok bila masuk bab laki ni aku memang tak pernah nak rapat dengan laki . Orang cakap " tak ngam " itulah hakikat sebenar hidup aku. Sorry bab laki aku takde kisah menarik.

Kalau kawan kawan masa sekolah menengah dulu yang kenal aku konfem tahu perangai gila gila budak aku macam mana. Aku suka buat lawak.
Lepas tu aku cuba buat lawak Kat kawan kawan aku.
Kononnya nak tarik perhatian orang lain
Aku paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak bodoh aku
Terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua aku tak layan. Aku tak pernah kamcing dengan lelaki.
Tapi aku tak kisah..
Asalkan ada yang terhibur dengan aku. Macam menagih kasih orang kan.

Tapi aku tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang aku rasa..
Aku tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm, sms pakwe sampai pagi..
Ada yang call pakwe sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Aku mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang budak nota itu..

Ada seorang akhi yang mula ingin melamar aku. Happy ya ! Bukan kepalang. Sebab aku memang inginkan hubungan halal. Senang aku nk contact. Dia still student. Sama macam aku. Aku suka dia. Dan dia jugak first Love aku. Tapi aku still jaga batasan sampai dia jadi betul betul yang halal buat aku.
Aku nak hati dia terjaga. Tak nak dia mengikut cinta Nafsu. Sampai saat ini aku still mengharapkan dia datang dan terus nikah dengan aku.

But....

Kalau aku dengan dia takde jodoh. Aku kena terima konsep " REDHA" . sebab aku tahu. Even aku merancang hingga hujung dunia sekalipun , kalau dia bukan jodoh aku. Apa aku mampu buat. Tapi aku yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. Nama dia selalu meniti di dalam doa kudusku. Ya yakin dengan janji Allah.

Satu hari aku dengar ceramah..
Alhamdulillah.. aku suka dengar ceramah Ustaz Adnin Roslan.
Hidup aku mesti selari dengan Islam..
Aku kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan?
Tak terkecuali aku. 

Dalam proses perubahan aku,
Aku mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
Surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

***********

Kini aku seorang penuntut dan penagih ilmu di UiTM Seri Iskandar, dalam bidang Fashion Design dan juga seorang Daiegraphy . AdDunya WalAkhirah. Then,suka menulis apa sahaja,cuba untuk tidak keluar dari radar tarbawi. Membaca,meneliti dan juga seorang penulis blog. Cuma kebanyakan orang,yang hidup bawah jambatan kehidupan. Cuma juliet picisan yang mengarang bait-bait sayang.Pastinya aku,hamba Dia,pekerja Dia. Semua aku tinggalkan. Ya kasih sahabat pun aku tinggalkan. Apa yang aku bawa sekarang hanya Kasih keluarga dan kasih Ilahi.

Tak kira apa pandangan orang terhadap aku. Aku tak kisah dah dengan semua tu. Katalah apa yang diorang nak kata. Sebab aku tahu. Lama lama mulut tu akan berhenti jugak berkata.
Aku bukan alim. Aku bukan budak baik . Sebab aku bukan yang sempurna , aku sering buat silap , sering khilaf.
After aku buat silap. Kau tahu apa aku buat. Aku lari hujung dunia. Aku yang jenis memang tak suka meluah. Seriously aku cakap. Sebab tu , sesiapa yang nak kenal aku , aku mohon jangan kenal aku rapat sangat. Aku takut bila kau dah sayang aku , bila kau kasih pada aku. Dan bila aku pergi kau menangis sebab aku.

No ! Jangan.

Aku bukan sesiapa.

Kadang aku terpaksa buat benda yang aku sendiri tak suka semata mata memuaskan hati dan perasaan orang lain walaupun aku yang sakit :)

Pertemuan kita itu takdir, bukan kebetulan. Perpisahan? Itu ketentuan.

Dah namanya manusia, normal la bila buat silap. Yang tak normalnya, bila dah buat silap tapi tak terasa nak taubat.

Haaa."

Kalau aku diam nanti. Jangan tanya kenapa. Jangan cari aku di mana."

Aku happy.

Sebab nak jaga hati semua orang dengan keputusan ini.

She pretends like nothing happened because she wants people to see her as a strong lady but only Allah knows how painful it is inside.

Macam aku cakap. Jangan terlalu berharap dengan manusia
nanti kau sakit"

"Pelangi cantik kan?"

"Yup"

"Tapi, kenapa pelangi muncul sebentar ?"

"Allah suruh kita fikir, kecantikkan takkan bertahan lama."

Kau faham kan maksud aku. Relakan aku pergi jauh. Sebab aku dah penat sebenarnya. Aku rasa nak je restart balik hidup ni. If I can. Kan.

Tapi hakikatnya. TAK !

Aku still on road. Aku kena teruskan langkah aku. Mana kaki aku berada. Kat situlah aku berpijak.

Everything is going to be alright, maybe not today, but eventually. Allah knows sayang.

Banyak kali Aku jatuh tanda kuat. Sebab orang yang lemah, sekali je jatuh lepas tu dah tak bangun. Banyak kali jatuh bukti banyak kali bangun."

Got it .

Aku dakwah kecil sebab aku bukan berilmu.
Aku pun nak raih redha Dia.

Kalau kau nampak aku salah,
Memang kau betul
Sebab itulah aku."

And Alhamdulillah. Aku dah sharing ilmu aku kat Dakwah Mujahidah. First group yang aku tubuhkan. Until now. Ya sampai sekarang.

Dari DM. Aku masuk dengan group-group usrah yang lain. Alhamdulillah.

Terima kasih untuk anak anak ahli DM semua. Sebab still kekal dengan aku.

Penatnya dengan duniawi ni

Rehatlah

"Rehat? How?"

"Rehat dengan solat""

Allah cuit kita dengan beri ujian pada kita. Dia sebenarnya rindu kita. Dia rindu mendengar kita seru namaNya.

Ya Allah"

Itu semua dugaan. Apa guna jadi seorang hamba tapi tak dihujani dugaan? Sabarlah. Allah nak uji je tu. Allah rindu doa

Sebab Allah tak akan uji kita luar daripada kemampuan hambaNya sendiri. Kan :)

Di uji? ingat :

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tak beri kesusahan seseorang hamba melainkan apa yg terdaya olehnya

[Al-Baqarah: 286]"

Faham baik baik.

************

I wish to travel far, to leave everything and everyone behind. Just me and HIM .

Sometimes, I want to travel alone and nobody can find me ,just  leave in the care of Allah ✈✈

* nangis *

"La yukallifullahu nafsan illa wus'ahaa."

Tidaklah Allah timpakan ujian kepada seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya."

People mad because has 3 reasons :

Too much love
Hate that people
Emotion not stabil, sometimes "

Ya Allah, only You know the problems in my heart, for you are the Knower of all things. Ya Allah, give me the strength to be patient."

Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.

* senyum *

Nobody's perfect, we screw up, we make mistakes, have heartbreaks, go through hard times. But you need to know that,  this is life."

There's a story behind every person. There's a reason why they're the way they are. Think about that before you judge someone."

Don't worry about tomorrow. Come closer to Allah and you will be far away from worries."

Sampai satu tahap, aku dah tak larat nak peduli apa orang cakap. Asal benda tu dapat restu mak ayah, Allah redha, teruskan.

This"

Jika hati dah membuat pilihan , datanglah seribu hensem mana pun . Pilihan hati itu tetap menjadi pilihan .
Being married someday is going to be so cool like you get to come home to your best friend every single day and just do life together."

To Adam,
"Jangan sentuh kalau tak berniat nak petik."

So Hawa, don't easily take it to your heart. Jaga hati. Jaga diri. Ingat Allah ✌"

When I'm quiet:

1) tired

2) don't have anything to talk about

3) over-thinking

4) upset

5) falling apart

6) all of the above "

"I know that I'm not 100% a nice person but I do have feelings and heart too.""

Ya Allah, remove all the unimportant feelings that I have in my heart and filled it with love for you instead Ya Allah "

*********

I dont care how I look, I don't care how I act, as long as I can be happy with my life, I enjoy it. "

"humans ni kalau takde mood, memang dia senyap je." kan"

whoever wants to leave, go ahead but make sure don't come back when u're lonely or in need. i'm so done with these type of people already"

Actually Allah dah atur kita bertemu . Bukan saje-saje Allah nak aturkan macam tu . Ada hikmahnya.

*smile"

Tak payah nk nampak flawless sangat, terima je dgn paras rupa yg kita ada sekarang ni sebab rupa kita ni takkan kekal sampai bila bila "

Hati wanita bukan untuk "touch n go", sekali touch kena "let's go" hingga ke Jannah "

Paham. Hadam. Pikir.

And sorry. Aku bukan ambik sastera. Aku suka ber ' blogging' sebab ni je cara yang aku suka. Kau tak suka.

Pergi main jauh jauh.
Kau kata aku kasar. Hirau apa ?
Aku tak kisah. Asal apa yang aku kata. Apa yang aku tulis dapat sentuh hati kau.

Yang tak suka tolong pergi jauh jauh.
Inilah cara si nota. Inilah Intan. Inilah diri dia sebenar.

Quote nota dakwah budak jalanan..

-.- Yang tak fham tu padan muka :p takde translation . Open your dictionary kalau interest nk tau . Grammar mistake ke apa ke . Abaikan .

So here goes !

*grins from ear to ear*

1 . I'm an extreme clumsy and blur person . I tend to forget things easily so don't ask me to remind you because in the end you'll be the one reminding yourself and me . As for my clumsiness , I have bruises on my body constantly and I can never remember how I got them in the fact place . Hence these two goes hand in hand with each other .

*trololo*

2 . I am officially " kampung Girl ". My mom and my dad also from kampung. Im not " city Girl " sorry. As you know how " kampung Girl " react. Please accept how I am if you wanna be my frens.

3 . I cherish my good friends especially my best friends . My stupid joke . You know who you are . xoxo

4 . I used to learn study of religion since childhood . And I'm interested very much on something religious . I love to gain knowledge and increase my knowledge .  Pray for me. ❤

5 . I don't like the girl who pretends to be cute when they're not cute at all . Not trying to insult but , why not you just share something good to instructions than selfie too much .

6 . Currently I can't swim since young and I have a slight phobia when comes to water as I nearly drawn twice when I was young . I love sea . But its so huge that make me scare and feel like a sea giant monster wants to eat me and make me drawn :p

7 . I hate people lying , cheating and betraying behind my back . Once you did any of those to me , you'll be off my friends list and no , I'm not joking on this matter . Also I dislike it very much when I see people take others for granted and not appreciate them for what they have done so far .

8 . I take relationship very seriously . If you can't commit to me in a relationship , then don't even bother to approach me in the beginning . Once I start a relationship , I intend to be together with the same man for the rest of my life . (so mean no couple) . And my bambam is my first love. And if he's go and our relationship broke down i must accept. I must   "Redha"

9 . I hate people who wear not indecent but go iftar. With a guy ! Are you thought that God's law was just a game you can play with ? Huh ?

10 . I love desserts insanely . Especially chocolates . I can say 'no' to every food there is but I can't say 'no' to desserts . It's like my kryptonite :p Heee .

11 . I am an honest person . If I don't like you , I'll tell or show you straight to your face so it's either take it or leave it .

12 . I'm not a sports kind of girl . I really do love playing sports such as badminton only. (in the process of learning) and etc . Such a sunnah sports .

13 . I don't have proper meals everyday . In fact I usually have 1 or 2 meals per day because that's how my family eats so yah I'm a small eater as I always can't finish my meal .

14 . I'm a fairly not easy sick person . I'm not fall sick every month . I see the doctor about 1 times per 2 years minimum ? I guess :p

15 . I enjoy baking . However I'm not able to do it often as my house don't have the necessary utensils xD. And I not able to cooking. Future , one day please teach me to Cooking.

* tears*

16 . I like branded stuffs . Yes , I like branded bags , clothes , shoes and so forth . I'm a girl after all . Not everything I use are branded stuffs but most of the time I would opt for branded ones if I can afford it . Don't need to buy branded stuffs all the time just so you know . Also . I use my own money to buy and not the other way around which many people think so for some odd reasons .

17 . I love men dresses more than women dresses cause women's is so girly . Eeuu . I don't like it . Just one I like . Jubah , hoodie shirt ,coat , cool dresses for men . Thats what I like . So if you meet me somewhere don't feel weird if I got into men's dress xD kahkah

18 . My ultimate dream is to travel to every country in the world before I die . It would be absolutely perfect if I can do it with the man I love . Or just go alone . Its better cause I can feel more peace . Hehe :p oppss. First place wanna to go is to Makkah wif my dearest love one.

Done . Not to interesting . Its me . I just want to remind you . This is my wall so I can post , say and do whatever I want . As long as I didn't ruin your life or your dignity , that's good enough . So if you wanna bash or block me . Whatever . I don't care . Go on . Chau ! 

* lari *

Sincerely.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

http://notadakwahintan.blogspot.com

Monday, 23 February 2015

Sebelum menuju ke medan 'Perkahwinan'

Perkahwinan itu bukan satu destinasi tapi satu perjalanan. Menuju redha Ilahi. Bila perkahwinan itu kerana tuhan, tuhan akan berkati perkahwinan itu.

Perkahwinan itu melengkapkan agama, menyempurnakan agama.

Perkahwinan itu menyempurnakan masing-masing, saling melengkapi.

Asas perkahwinan itu ialah kepercayaan dan amanah. Kalau kita tidak hormat dan percaya sesama, perkahwinan itu akan bergolak. Asasnya ialah trust.

Never marry someone you couldn't trust and never marry someone who don't trust you.

Bila saling hormati-menghormati dan percaya-mempercayai, perkahwinan itu akan kukuh.

Trust is like a glass, once broken, it will never be the same again.

Kena amanah dalam perkahwinan. This applies to both.

Manusia tiada yang sempurna. Kalau tuhan nak kita jadi malaikat, tak perlu tuhan cipta kita sebagai insan. Insan memang akan buat kesilapan. Sebaik mana pun dia. Terimalah seadanya.

Rahsia bahagia ialah menerima seadanya. Bersyukur dengan milik kita dan cuba bahagiakan perkahwinan itu. Benda-benda yang mengguris hati dan menyinggung eloklah dielakkan.

Rahsia perkahwinan bahagia ialah editing.

Macam movie juga. Babak-babak yang tak elok jangan disimpan. Delete memori-memori yang tak elok macam bertengkar bergaduh sebagainya. Simpan memori yang elok-elok saja.

Memori solat berjemaah.

Memori bermusafir bersama.

Memori belajar memasak bersama.

We keep only the good. Only the good

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsi. Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri.

Terseksa.
Ini menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.
Terlalu sayangkan diri untuk disakiti.

Sedangkan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Letih sedikit, tidak boleh.
Hendaknya...banyak rehat.

Pahit sedikit sudah mengeluh.
Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga
Sesungguhnya, jalan mujahadah itu adalah jalan kita. 🌸

Faham. 😉

-Nota Dakwah-
Intan Nurul Aida Osman

Sunday, 22 February 2015

Isu Utama:Ikhtilat

Assalammualaikum.. bismillahhirahmanirrahim.

Alhamdulillah hi rabbil alamin. Segala pujian tertentu kmbali pada allah . Wosalatul wasalam asyrafil anbiyai wal mursalin. Mari kita mulakn sunnatul dakwah ini dgn nama allah yg maha pgsh lagi maha penyayang. Dan ucapkan syukur alhamdulilah kepadanya yang tlh beri kita taufiq dan hidayah. Dan juga selawat & salam kpd junjungan besar Nabi muhammad SAW, serta kpd ahli keluarganya ,para sahabat dan para pengikutnya yang tegar atas jalan sunnah hingga hr kiamat. Dakwah.

Bismillah.
hari ni intan akan mulakan penulisan terlalu over ringkas jelah ye.Haaa jom kita berdating satt.

In sha Allah hari ni intan nak kupas isu hangat pasal tajuk 'ikhtilat'.

Boleh ? 🙋🙈
Ikhtilat 👬👭👫

Mesti rata rata orang dah tahu

Tapi 😖

Begitulah..nak menjaganya amat susah

kena sebetul betul istiqamah.

Mujahadah kena lebih kuat

Namun.. bila kita melibatkan sesuatu pekerjaan

jangan laa kita syadidkan pulak ikhtilat tu. 😊
Beluncas. Beluncas di kaki?

Pergh. confirm berlari seribu langkah lajunya.

Hahaha. Ke ada dalam ni yang suka main ulat. 🙈

Siapa yang tak geli dengan Ulat ala-ala beluncas itu. Lagi-lagi bila dia bergerak-gerak, ew!

* lari laju laju *🏃🏃🏃

Kalau kita dapat tu nk dtg Ngapp kita. Or  Ulat itu dapat didetect, jarak 100 meter daripada makhluk itu akan dilakukan secara spontan sambil berkata, "Eeeh Ulat!". Amboih!

Jumpa ulat, reaksi: Eeeh Ulat!

Eeh = Ikh.
Ulat = Tilat.

Eeeh Ulat = Ikhtilat.

Hahaha. 🙈🙊
Haha. Maksudnya intan kat sini, ramai yang geli dengan konsep Ikhtilat sepertimana gelinya dengan dengan kewujudan makhluk ulat.

(Intan geli ulat. Kfine. baii. )

Sebenarnya, intan nak cakap pasal Ikhtilat je pun. Kebanyakan orang yang baru kenal dengan Ikhtilat akan bereaksi seperti mana reaksi dia dengan Ulat. 🐛🐛

Ada kaitan sebenarnya antara Ulat dan Ikhtilat ni... 🐛 X👫

Kenapa ramai yang tak suka dengan Ikhtilat ni?

Buruk sangat ke dia? Jangan dengar khabar angin je, moh ler kita berkenalan dengan Ikhtilat.

* bagi senyum paling lawoo kat antumna semua*
Kadang-kadang, kita membenci sesuatu benda itu dengan kebencian yang sedalam-dalamnya padahal kita belum kenal benda itu dengan sebenar-benarnya.

Kann😏

* muka takleh blah *

Kadang-kadang, kita cinta sesuatu benda itu dengan kecintaan yang sedalam-dalamnya padahal kita belum kenal benda itu dengan sebenar-benarnya.

kann 😏

Buat masa ni, jangan benci atau cinta Ikhtilat dan jangan benci atau cinta Ulat.

🐛 ulat
👫 ikhtilat

Apa kata intan introduce beliau kepada kalian? Hot sale ni. Haha

Ramai yang salah faham, katanya Ikhtilat ini hanyalah sekadar rekaan recehan semata-mata.

Adoyai, uolsssss silap!

😪
Meh intan perkenalkan produk intan. Haha.

*Qu intan Qu intan . Barulah intan *

Sorri. Melalut. 🙈

Back to the point.

Ikhtilat ialah satu konsep yang bukannya direka oleh sembarangan manusia tetapi para ulama', bahkan ada juga dimention dalam Al-Quran Kareem.

Sedikit sebanyak biodata Ikhtilat yang intan boleh dokumentasikan, acewah!

Biodata Ikhtilat.
Nama: Ikhtilat.
Hobi: Mendekatkan manusia kepada Zina
Cita-cita: Manusia terjebak dalam gaung Zina
Alamat: MANUSIA YANG ABAIKAN SYARIAT ISLAM
Kesukaan:  Manusia yang tak jaga Ikhtilat
Kebencian:  Manusia yang jaga ikhtilat molek

Wah. Macam watak villian dah Ikhtilat nih! Meh intan explain secara terperinci mengikut garis panduan yang sebaik-baiknya agar kalian boleh berkenalan dengan Ikhtilat dengan lebih dalam.

Ikhtilat. Apa itu Ikhtilat?

Ikhtilat ialah apa-apa sahaja jenis interaction, pergaulan antara ajnabi seperti...
1. borak
2 .chatting
3. mesej
4. video cam
5. dan lain-lain interaction sama ada alam realiti atau alam maya.

Conclusion: Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi dikira sebagai Ikhtilat.

p/s : Ajnabi ialah manusia yang boleh dikahwini seperti kawan kelas, sepupu. Adik-beradik, mak ayah bukanlah ajnabi.

Faham dok?😳

Respon kalian?

Ikhtilat perlulah dijaga molek, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Penjagaan yang rapi kena beri dengan sebaik-baiknya kerana khuatir akan membawa HAVOC!

Para Ulama' sepakat mengatakan bahawa hukum Ikhtilat ialah Haram.

Haramnya Ikhtilat ini dengan berdalilkan:

وَلا تَقرَبُوا الزِّنىٰ

Dan janganlah kamu menghampiri zina

Allah dengan jelas mengatakan: Janganlah kamu menghampiri Zina. Maka, apa-apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri kita kepada zina walaupun sekecil langkah anak kuman, maka Haram hukumnya.

Conclusion: Ikhtilat haram

"What!?

Haram!?

borak, chatting, mesej, video cam dan lain-lain interaction sama ada alam realiti atau alam maya tak boleh la kiranya?

Huwaa nak boikot. Tak nak jaga Ikhtilat!"😭😭

Adehhh. Intan buat gilooo nangs. kah kah kah kah.

* suka jahat *😏

Relax. Relax. Relax.
Para Ulama' juga sepakat bahawa hukum Ikhtilat ini Harus tapi dengan beberapa terma dan syarat.

Acewah seronok la tu dah takde title haram dah. Kehkeh.

* jangan ngada ngada *

* guling guling *

Terma dan Syarat Ikhtilat:
1. Hajat
2. Darurat.

Hajat dan Darurat ialah tiket untuk membolehkan kita Ikhtilat. Maksudnya di sini, Ikhtilat ini perlulah dijaga molek dengan menggunakan tiket Hajat dan Darurat sahaja.

Macam mana Hajat dan Darurat tu? Intan kongsikan beberapa guideline Ikhtilat:

Hajat
1.  Mengajar dan belajar daripada seseorang, Ikhtilat antara penyampai dan penerima Ilmu. Contohnya seperti antara student dan guru-guru di sekolah ataupun antara student dengan pensyarah di Universiti.

2.  Urusan kerja. Ikhtilat antara rakan sepejabat, boss, majikan dan mana-mana manusia yang perlu kita berurusan atas alasan kerja.

3.   Urusan mustahak. Seperti dalam group perbincangan persatuan ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh Ikhtilat.

4.   dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal manusia yang normal.

Dharurat.
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah, contohnya seperti ada manusia yang lemas di tengah lautan luas.

🙇 * tak jumpa emoticon lemas😭

Takkan la nak tengok orang lemas itu sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat.

No no no. 🙅🙅🙅

Dalam mana-mana keadaan darurat seperti itu, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya. Bolehlah Ikhtilat!
Ikhtilat dengan adanya Hajat & Dharurat. Boleh ajaa!

😍😍💂
Maka dapatlah kita fahami bahawa:

Ikhtilat
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.

Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.

Tiket Hajat
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.

Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.

Bagaimana pula sekiranya interaction antara ajnabi itu seperti...
1. Borak kosong.
2. Mesej saja-saja. Tanya:  dah makan belum? dah mandi belum?
3. Chatting tanya khabar. Tanya khabar kawan lama tak jumpa. Macam jejak kasih la ni.

* terharu. *

*Jejak kasih rindu 😭*

Seperti yang telah intan bgtau 👆👆 ini, jika tiada hajat dan darurat maka tidak boleh.

Bagaimana pula dengan beberapa situasi ala-ala di atas itu? Hajat tiada, darurat apatah lagi!

Mesej-mesej, borak kosong dan apa-apa sahaja interaction ala-ala sebegitu actually something yang tiada matlamat.

Study the equation below:

Tiada matlamat = Lagha
Lagha = Makruh

Apa-apa benda yang tiada matlamat, maka itulah lagha. Hukum lagha ialah makruh. Andai anda melakukan perkara-perkara lagha tersebut, maka anda akan dijatuhkan hukuman atas Akta Ikhtilat(1) iaitu Makruh.

Amboih suka hati mak baba intan je letak  akta-akta bagai! 😷😷

Sebenarnya uolss tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "makruh" yang sebenarnya?

Makruh bermaksud kamu tidak mendapat pahala dan juga dosa jika melakukan perkara tersebut. Perbuatan tersebut tidak mencapai taraf haram.

Okk kita sambungg.

Tergendala jap. 🙊

Makruh menjadi Haram apabila adanya Zina Hati.
Makruh + Zina Hati --->  Haram

Zina Hati. Zina hati itu macam mana?

Zina Hati
Equation mudah macam ni laa:Zina Hati = Ada Syahwat

Zina Hati ni macam kita membayangkan sesuatu yang haram untuk kita lakukan dengan seorang ajnabi.

Contohnya seperti:
1. membayangkan kita berjalan kat taman sambil berpegang tangan dengan seseorang. Padahal hukum pegang tangan ajnabi bukan mahram hukumnya HARAM

2. membayangkan kita melakukan seks dengan seseorang. Padahal hukumnya HARAM melakukan seks dengan ajnabi bukan mahram.

Conclusion: Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram selama-lamanya.

Cepat-cepat Istighfar apabila kita Zina Hati!

😷😷
Aiwah. rasanya pasal Ikhtilat ni dah well-explained. Kann😊😊

360 darjah kefahaman inshaaAllah. Kita buat revision deh? Maka dapatlah kita fahami bahawa:

Ikhtilat
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.

Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.

Tiket Hajat
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.

Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.

Tiada Tiket Hajat & Dharurat
Bermaksud tiada hajat dalam pergaulan, tiada dharurat dalam pergaulan. Hukumnya Makruh

Makruh
Perkara yang dibenci oleh Allah!

Transformasi Makruh
Teramat-amat mudah berlakunya transformasi Makruh kepada Haram apabila adanya Zina Hati.

Zina Hati
Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram!

Conclusion:
2 Sebab jaga ikhtilaT...
MAKRUH & ELAK ZINA HATI
"Yeayy boleh nak berborak kosong, bergosip-gasap, berchat-chatting. Makruh je pung!"

😏😏 jap nak cari kulit manggis nak lempoo.

Boleh tu boleh. Tak dapat dosa pung. Hukumnya makruh je pung. Buat apa nak kabut. Keep calm and relax tak payah sangat jaga Ikhtilat. Jom la kita berborak kosong, lagha-lagha dengan ajnabi berjemaah! Jom!

* nak sental tepung kat muka * 🙈🙈

Sudah selesai berkenalan dengan Ikhtilat?

Jatuh cinta atau jatuh benci? ❤ @ 💔

Apakah hubungan Ikhtilat dengan ulat? Apakah kita perlu sayang ataupun benci kepada Ikhtilat?

Wahai. Banyak persoalan yang berada di minda!?

Konklusi keseluruhannya ialah, kita perlulah layan Ikhtilat sepertimana kita layan Ulat Beluncas.

Ikhtilat perlulah dijaga, perlulah dijauhi dengan sekadarnya, tidak melebih-lebih. Anggaplah Ikhtilat itu suatu perkara yang jijik, maka jauhkanlah diri daripadanya dengan sekadarnya.

Namun, janganlah kita abaikkannya. Jauhkan diri at the same time diberikan penjagaan. Andai kita beri penjagaan yang rapi, tidak over dalam Ikhtilat, inshaaAllah kita akan dapat "kemanisan" dan "keindahan" Ikhtilat.

Sudah tentu ada hikmah mengapa Allah letakkan peraturan Ikhtilat dalam kehidupan seharian kita. Adanya Ikhtilat daripada Allah, maka sudah tentu ada hikmah yang besar daripada Allah juga!.

Samalah seperti Ulat Beluncas.

Kita nak jauhkan diri daripadanya kerana kehodohannya. Nak jaga Ikhtilat pun susah dan hodoh. Namun ulat beluncas itu lama kelamaan akan menjadi kepompong. Kann. 😊😊

wallahu'alam..asifni ala kullihal.

Asiff jiddan atas perkongsian intan yang serba ringkas.

doakan perjalanan intan. 🙈

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman

Monday, 16 February 2015

Redha

Mengapa harus kita rasa kecewa
Sedangkan Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya
Bukan ditakdir untuk menyiksa.

Biarpun nikmat terasa berjauhan
Namun jiwa bagaikan tiada sempadan
Itu yang terbaik bagi setiap insan
Selagi memahami
Redha dengan kehendak Ilahi.

Ya Rabbi auzi'ni an asykur
Ni'matakallati
An'amta'alayya wa'ala walidayya

Wahai Tuhanku
Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur atas nikmatMu
Yang engkau kurniakan kepadaku juga kepada ibu bapaku.

Walau pedih
Ku terima
Ia hanya sementara
Jua redha dengan qada' qadarNya
Ada hikmah disebalik ketentuanNya.

Sekali kaki melangkah di jalan Allah, jangan undur. Biar masa berganti, akidah jangan mati.  Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah jangan goyah. Berjihad di jalan Allah, dan biarlah mati juga di jalan Allah

-------------

Street Da'wah

                                             Nota Dakwah
                                                 Intan'

Saturday, 14 February 2015

Sentap? Tumbuk dada,Tanya Iman !

... Usrah semalam betul2 deep . aku masuk pun dah last2 sebab sebelum tu Ade test ..

tak tahu nak cerita mcm mana ..
kak ain (kak Naqibah) ..
ade sentuh pasal "Hati" ..
hmm ..
mula2 tu.. aku tak rasa apa2 pun ..
rasa biase je ..
*hati keras sikit*

tiba2 .. dia cakap .. lingkungan umur 19~22 .. mmg hati kita ,diri kita .. climax nak cari pasangan . nak nikah . nak... nikah muda .. konon nya .. nak elak maksiat .. nak menjaga , ada target konon nya .  nak kahwin selepas 20 and sebelum 25 ..

*dushh
betul2 rasa kena betul2 dekat muka aku .
yaa , betul . sangat betul.
aku rasa semua tu .
rasa nak nikah .. rasa nak bina "baitul muslim" .

kak ain ade cakap ,
"hati2 dengan hati kita . fitrah kita rasa semua tu .. semua akan alami .. terlebih2 lagi seorg muslimat .. asyik nak fikir soal kahwin .. sampai terlupa pasal ajal .. pasal seorang muslimat yang akan jadi "Madrasah Tarbiyyah".."

*zapppp
Rasa betul2 aku punya muka kena sembah air sejuk .
lagi tersentap .
hmm. .
"macam mana nak nikah .. kalau diri pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah .. kita ni nanti .. madrasah untuk anak2 .. kita yang akan tarbiyyah anak2 ..kalau kita pun xkuat nak cri ilmu .. nak tahu pasal agama .. agak2 .. yg lahir dr rahim kita nanti .. akan jadi pejuang agama ? akan jadi mujahid mujahidin Islam ?" ... tak salah nak fikir soal jodoh .. nak minta pada Allah jodoh kita yang baik2 .. tapi .. ustaz ada cakap , "jodoh kita adalah cerminan dari diri kita" .. jadi .. antumna tahu diri antumna macan mana ..? "

*aku terus tertunduk*
malu nak angkat muka.
aku ni .. ilmu pun tak sampai sebesar zarah .. bangun qiam pun kadang2 alam yang gerak .. dhuha pun kalau sempat baru aku buat .. nak baca al quran pun malas ..
lepas tu .. asyik fikir soal kahwin ..

*tampaq muka
sedar sikit diri tu tak tara mana pun .

rasa nak menangis .. 
terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta .
di akhir Doa solat ,
selalu sebut pasal jodoh.
fuhh .

bila Allah hantar betul2 .
terus ,

setiap masa ingat kan "Jodoh".
masa makan .
masa belajar .
sampai kan waktu solat pun asyik terbayang .
nak baca Al Quran pun dah tak kusyuk macam sebelum ni.

Allah .
cepat sungguh lupa pencipta .
bila dah pandai kenal "pencinta".
konon nya , "bakal Imam "
haha . tak sedar diri ni tak lama lagi nak kena tanam .

betul lah kata seorang murabbi ni ,
"malapetaka besar itu datang nya dari percintaan"

*Glup
rasa macam nak kena campak ke neraka jahanam.
yaa .
niat Sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan keretA Api .
hmm .

kejar balik.
cari balik.

kadang , bila dah niat lari .. automatic.
allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni .

"Jodoh" .

mohon jauh2 dari diri ini .
mohon .. jangan hadir saat aku sedang mencari cinta ilahi .
mohon ...
kerana hati ni lemah .
iman ini goyah.
diri ini terkadang lemah  .

muslimah pun iman goyah ?
ya .
lagi besar ujian sebenar nya .
lagi kita menjauh.  
lagi dia menghampiri .

cinta ?
hati ?

simpan untuk yang layak memiliki .
biar lah untuk Ilahi.
jika kerana dia ,
aku lalai dari menyintai Ilahi.

mohon.
pergi jauh~jauh .
aku mohon.
aku nak jadi bidadari syurga .
aku nak jadi srikandi Islam.
aku nak jadi Madrasah tarbiyyah .

pegang hati .
cakap pada hati ,
"aku kena berubah . letak simen banyak2 dekat hati .. jadi benteng ...agar tak runtuh dengan penyakit hati , selalu pergi "gym Tarbiyyah" .. baru sado Iman tak lemah tak gundah tak rebah .."

Bagi remaja yang dilamun cinta saat ini. Tersyok. Terindu dekat sapa sapa. Kita kena pause. Fikir. Bagaimana dia menawar cinta kepada kita. Atau kita menawar cinta kepada si dia. Adakah ia menghampiri redha. Ataupun menghampiri murka Allah ? Adakah kita memilih jalan taqrabu zina. Atau memilih jalan menjauhi zina. Dan memuliakan wali. Memuliakan keluarga. Dan meraikan adat adat yang tak bercanggah dengan syariat.

Bila kita jatuh cinta. Jatuh hati. Itu fitrah. Bagaimana kita nak uruskan fitrah ni ? Adakah bila kita suka dekat seseorang kita pun cepat cepat call. Sms gn dia. Cakap benda benda tak penting. Tak perlu. Kita duk main api awal awal. Ia akan menyebabkan kita rasa stress. Nak nikah cepat. Ataupun nak buat maksiat

"Mcmna nak jaga hati?"
Jaga mata dulu :)

Nak nikah muda?
Maka,lawan sosial dijadikan 'alat' utk mencari pasangan.Berkenal-kenalan,chatting,bertukar-tukar gambar.Sdgkan kita tak tahu pun siapa dia?Zaman skrg,bkn semua yg kita boleh percaya.Harus juga letakkan sedikit prasangka.Nk cari jodoh boleh tp sebaliknya gunakan org tengah.Org tengah yg kenal akhlak si dia.Yg boleh cerita bagaimana peribadi si dia.Nk jd seperti Khadijah yg meminang Nabi Muhammad?Tak salahkan perigi cari timba?Tak salahkan lori cari kereta?Ok.Bagaimana cara Khadijah meminang Nabi Muhammad?Khadijah gunakan perantaraan org tengah kn?Khadijah minta Maisarah risik akhlak Nabi Muhammad.Takde pun Khadijah SMS Nabi Muhammad.Hantar mesej rindu,merayu2 dkt Nabi Muhammad.Sebaliknya,Khadijah gunakan cara yg terhormat.Nah.Apa lagi?Islam sentiasa memberikan kita solusi.Pilihan di tgn kita! Jd muslimah "terhormat" please.
*Merayu sangat-sangat*

Sentap?

Tumbuk dada,tanya iman.
..👆👆
Bacalah😉

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman

Monday, 9 February 2015

PEREMPUAN VS MUSLIMAH !

Terdapat perbezaan di antara istilah yang kita gunakan.  Seorang perempuan tidak semestinya muslimah, tetapi seorang muslimah adalah tetap seorang perempuan.

PEREMPUAN

  

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya ..
Apabila teruna mendekati selangkah,Perempuan datang berpuluh langkah ..

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya ..

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah .. 

MUSLIMAH

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan ..

Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah ..

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis ..

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana ..

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak mudah dicemar.

ALLAHU Ta'ala a'lam bissowab. (PERBEZAAN antara PEREMPUAN dan MUSLIMAH).

TUTUP AURAT dan BALUT AURAT adalah dua perkara BERBEZA.Kata sygkn ibubapa dan suami,tp kenapa pakaian tu mengheret mereka ke neraka? Syg hanya di bibir?
Pilih diantara MURAH dan MARUAH .

Jadilah seperti kaktus berduri.

Teguran tu drp Allah.Manusia ni cuma wasilahNya.Terimalah teguran dgn berlapang dada.
Hasbunallahu wani'mal wakil.

Dear Hawa. <3
Jaga iman.
Jaga akhlak.
Jaga mulut.
Jaga pandangan.
Hah,lagi satu.
Tolong ye syg.
Jaga hati kamu.
Jgn cepat cair dgn yg tak halal :)
-Jaga molek-molek nah-

Andai rasa dirimu lemah dlm perjalanan hijrahmu,Tika dirimu tidak mampu kala bersendirian,Mohonlah pd Allah moga dipermudahkan hijrahmu.Hijrah ini mmg susah,hijrah ini juga mmg payah.Berhijrahlah menuju Allah

Teguran sentap untuk kita semua wanita islam 😔

                                                 Nota Dakwah
                                        Intan Nurul Aida

Mad'una,sahabat ana :-)

Ikhtilat sebelum dan selepas nikah

'Muhasabah ikhtilatmu sebelum dan selepas nikah'
.
Kalau setiap hari kita makan chicken chop selama setahun, dan tiba-tiba satu hari kawan kita ajak kita ke satu event yang dia cakap ada chicken chop, adakah kita akan berasa teruja untuk pergi? Berbanding dengan event yang dia cakap ada nasi briyani gam yang sedap sampai menjilat jari, sudah pasti kita lagi teruja nak pergi event kedua tu kan? Apatah lagi kita tak pernah rasa nasi briyani gam yang orang selalu bercakap tentangnya tu.
.
Samalah macam berkahwin. Kahwin tujuannya untuk menghalalkan perkara yang haram kita buat sebelum itu. Tapi, kalau sebelum kahwin pon kita dah rasa dan buat apa yang orang kahwin buat, pegang-pegang, rindu-rindu, sayang-sayang, nanti bila dah berkahwin nescaya keterujaannya tak seberapa. Bak kata ustazah, hilang debar.
.
'So, cinta ni salahlah?'
.
Seharusnya, kita mengambil kira 'hakikat di sebalik nama', bukan ambil kira 'nama'.
.
Hotdog - Anjing Panas. Haram ke makan? Dah namanya anjing?
.
Tak bukan? Sebab hakikatnya hotdog itu bukan dibuat dari isi anjing, tapi isi sesuatu yang halal. Samalah seperti cinta. Cinta itu hakikatnya suci, bersih. Tapi, perbuatan pasangan yang bercinta itu yang selalunya memberi gambaran buruk pada cinta.
.
'Tapi, pada pandangan saya, setakat sms, atau belajar sama-sama dekat library dengan couple, tak salah kottt. Tak payah nak syadid sangatlah kannnnnn?'
.
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha,
.
'Kalau nanti rasa boleh jawab dengan Allah bila Allah persoalkan berkenaan perbuatan kita dengan couple kita tu, silalah teruskan perbuatan tu.'
.
: 'Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang 'bercinta sebelum kahwin', kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar.' [Sheikh Yusof al-Qardawi]
.
Bermain 'pakwe makwe', bimbang cinta menyala-nyala di neraka.
.
: 'Macam mana nak tahu dia jodoh kita ke tak?'
.
Couple - trial and error.
.
Kata mereka, perlu couple ni sebab nak tahu siapa yang layak jadik suami/isteri. Kata ustazah,
.
'Nak tahu dia adalah jodoh kita atau tak, lihat bagaimana cara dia menawarkan cintanya. Kalau caranya membawa murka Allah, jangan bersedih kehilangan dia.'
.
Sangat penting untuk kita kenal pasangan kita sebelum nikah. Tapi, bagaimana caranya?
.
Haa, hantarlah spy. Hehe. Tanya sahabat yang rapat dengannya bagaimana 'dia'. Kalau perlu, stalk FB dia.  Tengok dia jaga ikhtilat ke tak. -.- Tapi hanya selepas dia melamar dengan cara yang dicintai Allah. Dan, yang paling penting, istikharah.
.
: Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?
.
'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu.'
.
: Bila aku boleh kahwin ni?
.
Bak kata ustazah, nak tahu bila kita dah boleh kahwin, tengok cara kita dengan roommate kita.
.
‎'Kalau dengan roommate kita masih tak dapat bertegur sapa,
kalau dengan roommate kita tak dapat pujuk,
kalau dengan roommate kita berbalah asyik nak menang jek,
kita TAK LAYAK lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.'
.
Haa, down sekarang! :P

Tumbuk dada tanya iman

Assalamualaikum :-)

                                                         Nota Dakwah
                                        Intan Nurul Aida
.

Sunday, 8 February 2015

Jangan Jadi Niqabis Yang Tertipu

Kenapa saya pakai purdah???

Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”.

Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan padanya.

purdah
Purdah adalah antara gaya pemakaian yang dipandang pelik oleh masyarakat. [Shanbay]

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat untuk pulang. Termasuklah Aishah.

“Erm Aishah, hendak tanya sedikit, purdah itu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya.

“Entahlah” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali.

“Aik? Entah? Habis tu, Aishah pakai purdah ini sebab apa? sekadar suka suka? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.

“Erm..okeylah. Sebelum itu, Aishah hendak tanya Aqilah dahulu. Apa itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir.

“Ala mudah sahaja, sunnah itu segalanya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. Manakala hukum sunat, seperti mana semua orang selalu cakap, buat dapat pahala, tida buat tidak dapat apa-apa. Kan? Kan?”

“MashaAllah, hebat Aqilah. Boleh jadi ustazah sudah begini. Boleh ganti Ustaz Amirul. Hehe.” Aishah bergurau.

“Ada jelah Aishah ni. “Aqilah bersuara malu.

“Gurau sahaja.Okey okey. Kita sambung semula eh?” Aishah mengembalikan perbincangan.

“Betul sangatlah apa yang Aqilah cakap tadi. Tentang sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi saw, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran Baginda saw. Cuma ada sedikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi.”

“Eh, salahkah? Astaghfirullahalazim” kerisauan Aqilah jelas terpancar.

“Aishah tidak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam. Aishah pun tidak berani hendak kata orang lain salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.”

Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.

“Alah, Aishah ni rendah diri pulak. Macamlah Aqilah tidak tahu. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal-hal agama,” Aqilah memuji Aishah.

“Segala pujian kembali kepada Allah swt, Aishah cuma ikut sedikit sahaja.” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.

“Baiklah, sambung ya! Tentang hukum sunat itu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnahlah. Jadi, sesiapa yang buat maka dirinya memperolehi pahala, sesiapa yang tidak buat bukan sahaja tidak dapat apa-apa tetapi berada dalam keadaan rugi.

Bukankah Allah swt sudah menyebut di dalam surah al-‘Asr, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.

masa
Demi masa, semua manusia berada di dalam kerugian.

Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tidak memperolehi untung masih boleh diterima lagi kerana masih boleh mempunyai modal. Tetapi bagaimana jika rugi? Sudah tentu rasa tidak mahu berniaga lagi bukan?

Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tidak baik untuk kita.” Hurai Aishah.

“Oh, macam itu? Betul betul betul. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak budak yang datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. Setuju.

Jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunatlah ya? Buat dapat pahala, tidak buat rugi. Begitu?” Aqilah kembali bertanya.

“Tidak jugak” sekali lagi mudah Aishah menjawab.

“Pula, habis itu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.

“Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan.

“Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunatlah ya?” Aqilah inginkan kepastian.

“”Ya”
Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. "Harap tudung je LABUH tapi perangai.." Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH. Tudung tak SALAH yang SALAH pemakainya. Kita tak tahu betapa susahnya seseorang untuk tarbiyyah diri?
Andai kami SALAH, TEGURLAH bukan CEMUHAN yang DIBERI. usah disalahkan labuhnya tdung kami kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN. Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah. Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan? Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas. Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. Kita ingat siapa kita. Kita tak mahu diri terfitnah. Kita tak mahu agama terfitnah.
Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian. Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh. Kalian menimbulkan rasa ingin beragama di kalangan sebahagian manusia. Samada lelaki atau wanita, rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul. Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya, kalian akan diredhai ALLAH. Akhir sekali, ingatlah! Bahawa beramallah kerana ALLAH. Ikhlas kerana ALLAH. Ikut cara ALLAH. Bermatlamatkan ALLAH. KERANA AKU NAMANYA MANUSIA, aku tidak sempurna. Minta maaf.

Dari tak pakai tudung.
Mula memakai tudung.
Dari tudung singkat.
Mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung.
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah.
Mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dengan baju.
Mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka.
Mula tutup biar tak terdedah.
Ingat senang ke semua tu?
Ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian.
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH.
Bila orang pandang kita baik.
Pandang kita sempurna.
Pandang kita cukup terjaga.
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa. Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa. Lagha sini sana. Kpop merata rata. Ikhtilat entah kemana. Gelak tak ingat dunia. Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat.
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya. Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya. Sedih bukan dianggap begitu? Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu. Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh. Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar. Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Nota Dakwah

                                                       Isi hati;
                                  Intan Nurul Aida Osman

Saturday, 7 February 2015

Adakah Cinta Itu Fitrah?

Bila sebut bab sosial,bab ikhtilat semua,kita tak boleh lari dari isu cinta dan couple. Sebab,ianya sangat terkait.

Terus-terang saya cakap,hari ni,masalah masyarakat,khususnya remaja dan belia,ialah berkenaan isu CINTA.Yang mana,hasil dari masalah ni,lahirlah remaja dan belia yang lemah,jiwa kosong,cepat down,takde matlamat jelas,terumbang-ambing,tak mampu memberi manfaat untuk umat,anak derhaka,zina berleluasa,memberi fitnah pada agama,dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.

Sepanjang saya memberi perkongsian dalam group usrah saya,tak kisahlah yang sekolah agama atau tak,yang bertudung labuh atau tak,banyak yang terperangkap dalam masalah cinta ni. Haish... Tension gak lha,serious...

Sedih gak rasanya. Nabi dan sahabat dah korban macam-macam,menangis tiap malam,bermandi darah untuk bina umat,tapi hari ni ramai yang nenggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara-perkara yang menalukan.

Nangis ingat awek,nangis ingat pakwe,nangis ingat crush,nangis tengok drama cinta Korea,nangis dengar lagu Justin Bieber dan yang sama waktu dengannya. Sungguh,cukup memalukan. Kalau nabi tengok umat hari ni,memang nabi nangis teresak-esak.

Semuanya hancur,hancur,hanyut dengan cinta. Kemudian,bila di tegur,masing-masing menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang guna ialah:

"Apa salahnya bercinta?? Cinta itu fitrah! Yang penting,tak lupa Allah dan rasul..."

So,saya nak kemukakan satu persoalan: "Adakah cinta itu fitrah?"

Disebabkan ramai orang guna hujah ni,maka topik kali ni,bertujuan untuk SENTAP mereka-mereka yang selalu guna hujah ni,seterusnya memberi penerangan secara jelas tentang isu ini. Moga-moga,ramai dapat faham!

Apa Itu Fitrah?

Firstly,saya nak terangkan dulu,apa makna fitrah. Kalau orang tak faham,nanti berlakulah salah faham. So,fitrah tu?

"Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang..."

Contoh sifat fitrah ialah,inginkan tuhan,sifat takut,marah,sayang,cinta,sedih,dan lain-lain. Semua sifat ni,tak payah belajar,tak payah berguru pun,semua orang akan ada sifat-sifat ni.

Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta,Atheis yang kononnya tak percaya tuhan,di sudut hati dia,dia percaya adanya tuhan. Ada seorang atheis masuk islam,dia cerita macamana dia masuk islam:

"Aku berada di tengah-tengah laut,ombak kuat,aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba,ketika aku jerit tu,aku tersebut nama Allah!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu,aku teringat yang aku ada jerit nama Allah,sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian,aku bertanya kepada orang tentang Allah.Bila bertemu orang Islam,dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam,aku terus terkejut,terkasima dan masuk islam!!"

So,setakat ni,faham makna fitrah?

Fitrah Perlu Diurus!

Tapi,saya nak bagitahu satu benda. Actually,FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana,kalau tak diurus,seseorang tu boleh jadi sesat,menyeleweng dan 'lari dari fitnah'. Fitrah boleh jadi baik,fitrah boleh jadi jahat! Saya bagi contoh.

Marah.

Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah,maknanya dia lari dari fitrah. Cuma,persoalannya,bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?

Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah,mencarut,mengamuk sini sana? Dan bila kita tegur,dia jawab:

"Apa salahnya aku marah? Marah itu fitrah!"

Rasanya,valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun,ia perlu diurus! Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran,kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah,kita kena rasa marah bila orang hina rasul,kita kena rasa marah! Yang mana,dengan marah baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang  kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!

Umar Al-Khattab,seorang yang panas baran,cepat marah. Sebelum dia masuk islam,dia memang gangster mekah,semua cuak dengan dia. Sekali dis mengamuk,silap besarla. Tapi,bila dia masuk islam,adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi,apa yang nabi buat ialah,nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu,terkenallah Umar,sebagai "Al-farouq",pemisah haq dan batil,yang mana Umar sangat sensitif dan sangat marah,bila ada orang yang memperlekehkan islam.

Sebab tu saya cakap,tak semua fitrah tu Allah redha. Sebab tu,fitrah itu perlu diurus.

Cinta Itu Fitrah?

Bila kita sebut cinta,cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu ibarat iman. Perlu diucapkan dengan lisan,membenarkan dengan hati,dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut,tu namanya sembang kencang!

Ya. Cinta itu fitrah. Tapi,ingat,cinta boleh hancurkan kita,cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah,bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong,tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat,cinta ni setakat cinta awek,crush,bf/gf bagai. Janganlah sampai sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba..

Cinta ada banyak.

Cinta Allah. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang,just kat mulut kata cinta Allah,tapi langsung takde bukti?

Kalau betul cinta Allah,patutnya kau selalu fikir pasal Allah,rindu Allah,menangis teringat Allah,tak berani nak buat Allah marah dan tersinggung,kau akan berusaha untuk cinta kau di balas,kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira,kau takkan berani buat maksiat,kau akan rasa marah bila kau nampak ada orang yang buat Allah marah lalu kau tegur orang tu. Kau selalu berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah,tika sujud.

Kau akan selalu sembang dengan Allah,mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang bila fikir azab dan kemurkaan Allah.

Itu kalau kau betul cinta Allah!

Cinta rasul. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul,patutnya kau akan ikut sunnah dan ganjaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa,kau takkan sanggup berfashion pelik-pelik,kau akan rasa ghairah untuk berpakaian mengikut sunnah,tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya,kau akan menangis rindu baginda. Dan,yang paling penting,kau sambung usaha dakwah baginda!!

Itu kalau kau betul cinta rasul!

Banyak lagi. Cinta ilmu,cinta mak ayah,cinta adik beradik,cinta suami isteri,dan banyak lagi cinta-cinta yang baik,cinta-cinta yang Allah redha.

Tapi,kenapa hari ni,ramai di kalangan kita menggunakan fitrah cinta tu ke arah yang Allah murka?!

Cinta sebelum nikah? Menangis fikir awek,menangis fikir pakwe,teringat crush,belajar pun sebab awek,habis berjam-jam fikir pasal awek/pakwe,duit banyak habis sebab awek/pakwe,kredit habis sebab chatting,call,belanja topup awek kononnya caring,belanja makan,pastu duit habis,mintak mak ayah. Apa masalah sebenarnya?!

Pastu,gunakan alasan tunang untuk terus couple,cintan cintun,mesej bagai,pastu ada yang zina time tunang,apa semua ni? Pastu,tengok drama korea jepun pasal cinta,pastu lagi pelik dan gerun,jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi,minat dan obses Justin Bieber,One direction,Lee Min Ho dan lain-lain. Pelik gila!!

Pastu guna alasan"cinta itu fitrah" untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?

Makan pun fitrah. Tapi bila makan babi,jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah,tapi bila minum arak,jadi haram wahai kawan! Cinta itu fitrah,tapi bila cinta sebelum nikah,dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu,jadi haram wahai kawan!

"Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!"

Apa ke gerun alasan macam ni?

Kau telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi,untuk benda yang kau tak patut cinta! Dan akhirnya,kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat,sebab tengok drama,kau sanggup buat dosa ikhtilat,semata-mata nak chat dengan awek/pakwe. Semua ni syirik! Syirik!

Kau takut untuk tinggalkan couple kau,kau takut untuk unfriend awek/pakwe kau,kau takut untuk tak balas nesej pakwe kau,hanya semata-mata sebab takut diorang kata kau ni sombong,poyo,ekstrimis,bajet jual mahal dan lain-lain. Sedangkan,kau lupa pandangan Allah!!

"Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang dicintainya melebihi keredhaaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut,dia sanggup mengorbankan benda yang berharga,sedangkan untuk Allah,dia hanya berkorban ala kadar..."
(Ibn Qayyim)

Kau rasa,adakah cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak,cinta islamik lah,apa-apalah.

"Aku tak couple,aku just bercinta!"

Apa-apa alasan yang kau bagi,semuanya tak menghalalkan cara. Ingat,couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!

Kesimpulan
Cinta ni nikmat. Tanpa cinta,kita takjan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi,bila Allah bagi sifat cinta,dan kita gunakan ia untuk cinta Allah,maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!

Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya.

Saya yakin,ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan.

Ramai yang nak sedar,dan ada dikalangan korang yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini,lantas bertanya:

"Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia,dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!"

Maka,ingatlah pesanan ini:

"Seperti mana kita lupakan Allah,abaikan Allah,langsung tak hiraukan Allah,langsung tak berkorban untuk Allah dan sentiasa buat Allah marah,sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah,seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai..."

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni,takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya,cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU,penipu,dan hipokrit. Pun begitu,adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu,taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padaNya. Dan,berubahlah!

"Allah telah beri kau pelbagai nikmat,kesenangan,harta,pangkat dab kedudukan,kemuliaan disisi manusia,makanan yang mencukupi,pancaindera yang serva lengkap dan sempurna,serta pelbagai lagi nikmat yang tak mampu di hitung. Namun,apakah yang Allah rasa andai kau balas segala nikmat yang telah diberikan kepada kau dengan kau bermaksiat padaNya??"

Tumbuk dada,Tanya iman!
Dakwah bukan untuk menyentap tapi untuk menyentuh!

                                                 Nota Dakwah,
                                     Intan Nurul Aida Osman

Friday, 6 February 2015

Hoping And Dreaming. Desperately.

Assalamualaikum.

Few updates.i'm back into the debating world,this time in Bahasa Malaysia. And I sincerely hope that I will get better in it and use the potential well to develop the ummah.

I am seriously filling up my Mutabaah Amal. Seriously when you hisab(calculate) your own ibadah,you will always feel that it is not enough to drag you all the way to His Jannah that urge will drive you to do more.

To those who don't know me very well,I always have this huge interest about future. You know. All those stuff like setting down,get married,raising children and spending time in the evening with the whole family gazing the sunset. Phew. I am seriously playing for that day to come :') I am being very hopeful here. Be it early or late,I am hoping.

Whatever it is. Allah knows the best and I hope He will make me His good and loyal servant.

I am desperately trying my best to become the best daie (preacher) in His eye and the best khalifah(leader) for the ummah. We will never stop striving until both our feet reach His jannah.

For those who have kids,please do inculcate the spirit to be the ummah's leaders in their heart. I do hope that day will come for myself as well. Rise of Islam begins :)

Wassalam

                                                 Nota Dakwah
                                          Intan Nurul Aida

Thursday, 5 February 2015

Tarbiyyah Itu Apa?

Bila sebut perkataan tarbiah,mesti ada di kalangan korang yg dah muak dgn perkataan tu. Sikit-sikit tarbiah,tarbiah,tarbiah. Argh,dah lali. Bahkan,ramai sangat yg merasakan bahawasanya dia telah IKUT TARBIAH,lantas mendabik dada dgn bangganya:

"Aku dah ikut tarbiah!!!"

Tapi,saya nak cetuskan persoalan kepada korang semua,yang mengaku ikut tarbiah atau yang baru first time dengar perkataan tarbiah. Persoalan yang saya nak cetuskan ialah:

"Tarbiah tu apa?!!"

Saya pernah tanya ramai gila bapak orang yang dah ikut tarbiah,dan ikut usrah semua,tentang APA MAKSUD TARBIAH.Macam-macam jawapan yang saya terima. Dan,90% menjawab dengan jawapan yang salah!

Antara jawapan yang biasa dapat:

"Tarbiah ialah satu pendidikan islam..."
"Tarbiah ialah suatu suasana islam..."
"Tarbiah ni ialah satu keadaan di mana kita ada pembimbing dan kita di bimbing..."

Dan macam-macam lagi.

Juga,jawapan famous:

"Tarbiah ialah kita ikut usrah..."

Adakah betul semua jawapan di atas? Apakah itu tarbiyah yang sering di gembar-gemburkan??

Definisi Tarbiyyah

Kenapa saya mulakan topik"tarbiah" kali ini dengan definisi? Kerana,disebabkan ramai orang tak tahu apa itu tarbiah,disebabkan ramai orang yang salah tafsir apa itu tarbiah,maka akan lahirlah golongan yang merasakan bahawa mereka ikut tarbiah,tetapi hakikatnya mereka masih belum ikut tarbiah. Bahkan,merekalah yang menghancurkan tarbiah.

So,back to the point,apakah itu tarbiah?

Actually,TARBIAH bermaksud BERUBAH.

TARBIAH=BERUBAH.

Bermakna,segala perkara yang membawa kita kpd perubahan dari buruk ke baik,dan dari baik kpd yang terbaik,itu adalah tarbiah. Key pointnya ialah BERUBAH. Bermakna,kalau kita masih lagi tak tinggalkan jahiliah,tak tinggalkan dosa noda,dan tak berubah,bermakna,kita masih belum ikut tarbiah!!!

Tarbiah ni adalah tunjang segala benda. Kalau dalam satu jemaah,orgsnisasi or persatuan misalnya,kalau tak tekankan tarbiah,pergh....

Hancur,akan berlaku kelam-kabut,kucar-kacir dan yang sama waktu dengannya.
Sebab orang yang tak ikut tarbiah ni,hatinya akan kosong,hidup tak ada matlamat yang jelas,kalau ada matlamat pun,matlamat itu tak tinggi. Tanpa memandang rendah orang yang tak ikut tarbiah,tapi itulah hakikat yang memandang rendah orang yang tak ikut tarbiah tapi itulah hakikat yang memaksa kita untuk ikut tarbiah walau apa keadaan kita pun.

Tarbiah,Bagaimana Caranya?

Bagaimana cara nak ikut tarbiah? Atau bahasa gempak sikit:
"Apa KAYU UKUR kita dah ikut tarbiah?"

Serious saya cakap,ramai yang salah faham dengan tarbiah.Mereka ingat tarbiah ni adalah usrah semata-mata. Lantas ramailah persatuan atau organisasi buat usrah untuk ahlinya,lantas merasa puas dengan merasakan itulah tarbiah.

Sebenarnya, kalau betullah kita ni kata kita ikut tarbiah,kita bukanlah ikut usrah sahaja.

Bukan !

Tetapi,sejauh mana kita bersungguh ikut segala program tarbiah yang telah diaturkan,hadam segala buku-buku ketika usrah,fahami tasawur tarbiah dengan mendalam,cinta tarbiah,rindu tarbiah,amalkan segala input yang kita dapat sepanjang ikut tarbiah,BERUBAH dan tinggalkan jahiliah,dan lain-lain.

Ada orang ikut tarbiah,tapi still main game. Dah bertahun-tahun ikut usrah,game still tak boleh tinggal. Ikut tarbiah,tapi layan movie-movie inggeris,jepun,korea,anime dan sebagainya. Ikut tarbiah,tapi lagu lagha nenjadi hiburan harian. Ikut tarbiah tapi pergaulan lelaki perempuan tak jaga.

TIDAK!!! Itu bukan hasil orang yang di tarbiah!

Jujur saya kata....

Kalau betul kita relakan diri untuk ikut tarbiah,kita nak tak kena TEKAD untuk tinggalkan jahiliah. Kita tak boleh biarkan hidup kita statik. Kita kena tunjukkan perbezaan antara ORANG YANG IKUT TARBIAH dengan ORANG YANG TAK IKUT TARBIAH,terutama dari sudut akhlak,cara fikir,hidup seharian dan lain-lain.

Kalau kita pun sama macam orang lain,so,apa specialnya pakai kopiah,pakai tudung labuh?

Tolong,kalau betul-betul kita nak ikut tarbiah,berubah!! Sikit-sikit. Kalau kita tak berubah dan tak "tamayyuz" (special) dari orang lain,maka muhasabahlah. Sebab tarbiah sifatnya BERUBAH.Dan,kuasailah segala bahan usrah,bacalah buku-buku fikrah dan dakwah,bacalah sirah arrasul,bacalah tulisan-tulisan yang menghidupkan jiwa. Baca,bincangkan,bertanya,amalkan.

Baru feel.....!!

Kalau kita just datang usrah,balik. Datang usrah,dengar tazkirah sikit,makan,lepas tu balik,sekejap datang,sekejap tak datang... Pergh,rugi syeikh. Rugi,sangat rugi. Isk isk isk.. Sama-sama try ubah. Tetapkan matlamat,apa yang kita nak sepanjang ikut tarbiah. Jangan sekadar menadah,ikut membabi-buta,tak proaktif,pasif dan tak semangat.

Ikut Usrah Tapi Tak Berubah?

Soalan:Kenapa ada ramai orang yang ikut usrah,tapi dia still tak berubah jugak? Bagi saya,janganlah salahkan usrah tu. Tapi,salahkan diri sendiri!

Tarbiah ni,ada TIGA bahagian secara ringkas:

1)Tarbiah jam'iyyah (Tarbiah beramai-ramai).
Contohnya,usrah,katibah,daurah dan yang sama waktu dengannya.

2)Tarbiah fardiah(Tarbiah seseorang kepada seseorang yang lain). Seperti naqibah kita datang personal kat kita,atau ada orang datang tegur dan bimbing kita face to face,personal.

3)Tarbiah Dzatiah(Tarbiah diri kita kepada diri kita sendiri). Seperti amal fardi kita,pembacaan kita dan segala-gala amal yang kita buat untuk diri kita.

Antara TIGA ni,sebenarnya, TARBIAH DZATIAH adalah penentu,kau jadi orang yang hebat dalam tarbiah dan dakwah atau tidak!

****

Bayangkan,kalau kau just harapkan tarbiah jam'iyyah dan fardiyyah untuk kau jadi baik,mustahil. Kenapa? Kau tengok betul-betul.

Usrah setiap minggu sekali. Sekali paling-paling pun  jam.Kalau sebulan,jadi 12jam. Itupun kalau kita datang tiap minggu. Katibah dan darurah,sebulan sekali. Katibah biasa start lepas maghrib. Campur-canpur,ada dalam 15 jam. Itupun kalau kita datang. Riadhah tiap minggu sekali ada 3 jam. Sebulan,jadi 12jam. Di tambah program-program umum dan sebagainya,kasi extra 5 jam. Juga,kuliah-kuliah di surau dan masjid yang kita pergi,tambah lagi 5jam. Dan,masa yang kita ulang untuk pegang anak buah usrah(bagi yang menjadi naqib/naqibah)tambah lagi 12jam.

Jadi,kalau tambah-tambah:

12+15+12+5+5+12=61jam.

Sebulan ada 720 jam.

61/720x100=8% !!!

Bermakna,kita pergi usrah selama ni,katibah dan lain-lain,kita baru guna 8% jam kita untuk agama! Inipun ramai yang tak dapat komit. Baru 8 peratus syeikh! Takkan itu pun kita tak mampu dan sering memberi alasan?

Lagi 92% jam adalah,kita dengan diri kita srndiri. Tarbiah Dzatiah!!

Sebab itulah,kalau kita guna 92% jam tu untuk tarbiah diri kita,qiam,baca quran,zikir pada Allah,tingkatkan pembacaan buku-buku fikrah dan dakwah,solat jemaah 5 waktu,tinggalkan maksiat dan sebagainya,kita akan jadi orang yang hebat!

Kerana itu,kita boleh tengok,ramai je orang yang ikut usrah,tapi kenapa dia tak berubah lagi? Kerana,dia gunakan 92% waktunya untuk perkara yang sia-sia.

Muhasabahlah. Dahlah 8% tu pun kita datang tak datang,92% lagi buat benda yang mengarut. Adakah kita layak masuk syurga dengan pengorbanan yang amat memalukan ini?

Ya Allah...

Tarbiah,Apa Hasilnya?

Bab ni,saya rasa paling penting. Kerana dengan tahu hasil,baru boleh kita nilai diri kita. Kerana tarbiah menghasilkan seseorang yang sangat special dan lain dari yang lain. Sebelum saya cerita dan terangkan tentang hasil orang yang di tarbiah,saya nak korang semua nampak apakah TASAWUR(gambaran)tarbiah.

Pernah saya tanya beberapa orang tentang apakah dia dapat sepanjang ikut tarbiah. Lebih kurang begini perbualan yang terhasil.

Aminah:
"Sejak kau ikut usrah,apa kau dapat?"

Siti:
"Serious doh,aku syukur gila dapat ikut usrah. Kalau tak,aku tak tahulah apa jadi sekarang.."

Aminah:
"Apa gambaran kau tentang tarbiah ni,best tak?"

Siti:
"Best,gila kot. Dapat feel ukhwah,dapat bincang buku-buku fikrah,program macam-macam dan lain-lain. Serious best."

Aminah:
"Tak rasa,tension ke ikut tarbiah ni? Stress ke,something like that..."

Siti:
"Takla. Rilek je. Best kot. Aku syukur la dapat rasa nikmat tarbiah ni..."

Aminah:
"Lagi,apa lagi pandangan kau tentang tarbiah?"

Siti:
"Tu jelah. Dapat ubah hidup kita dari jahat ke baik,best,banyak program dan lain-lain..."

Aminah:
"Hmmm..."

Rasa ada apa-apa silap tak? Rasa-rasanya,begitukah TASAWUR tarbiah? Hanya just dapat ubah diri kita? Yes,BERUBAH adalah kayu ukur. Tapi,tarbiah tak melahirkan orang yang "hanya baik". Tarbiah menghasilkan orang yang FAHAM ISLAM secara menyeluruh dan berusaha menyampaikannya pada orang lain,yabg mana,hasil tarbiah,dia juga akan berusaha sedaya upaya untuk tarbiah ORANG LAIN!

"Kalau kita rasa tarbiah yang kita ikut adalah "seronok","Osem","Best" dan tak tertekan,maka tasawur kita tentang tarbiah adalah salah. Ya,tarbiah memang best dan seronok. Tapi,keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi ketika melalui tarbiah".

Percayalah.

Ibarat orang yang makan sambal belacan,sampai nangis,nampak macam terseksa,tetapi hikmahnya nikmat! Sambal belacan yang tak berjaya mengeluarkan air mata kita adalah sambal yang tak jadi dan kurang. Begitu juga TARBIAH. Selagi kita tak pernah menangis tertekan,selagi otak kita tak stress dan risau kerana memikirkan dakwah,selagi kita tak pernah balik rumah dalam keadaan "lunyai",hakikatnya,kita masih belum merasakan NIKMATNYA TARBIAH.

Tarbiah menghasilkan seorang DAIE(pendakwah). Andai kita tak pernah memikirkan dakwah,bagaimana nak ubah orang,macamana nak selamatkan kawan kita,risau akan umat,menangis dengan beban dakwah,sedih kerana di kutuk dan dipandang "sombong","poyo" oleh orang lain,maks muhasabah semula,adakah kita dah ikut tarbiah.

Soalan simple:

"Sekarang,siapakah orang yang sedang aku dakwah?"

"Buku fikrah apa yang aku kena hadamkan bulan ni?"

"Qiamullail aku istiqomah atau tidak?"

"Pernahkah aku menangis memikirkan mad'u aku?"

Teruskan menyalahkan diri sendiri. Itulah sifat muhasabah. Sentiasa menempelak,merasakan diri salah,lenah dan longlai,tak lengkap,cacat,cela,lantas taubat pada Allah.

Wallahua'lam.

Moga huraian saya kali ni serba sedikit menjelaskan kita tentang tasawur tarbiah. Bukanlah bermakna saya sudah beramal,tetapi doakanlah saya dapat beramal. Moga dapat beramal bersama,fahami dan sebarkan.

Dakwah bukan untuk menyentap tapi untuk menyentuh!

"Kadang-kadang,ummah hari ini perlu diberi santapan agar mereka yang lalai dibuai mimpi,kembali bangkit menjadi singa!"

                                                    Nota Dakwah
                                           Intan Nurul Aida

Jaga-Jaga,Ikhtilat itu Penting

"Warkah Tarbiyyah Buat Muslimin & Muslimat yg disayangi".

Assalamu'alaikum..

Jawabla salam tu.. Kita kan sesama saudara seIslam.

Alhamdulillah.. Syukran jazilan 

Jom berselawat ke atas Rasulullah s.a.w , okay awak dah pun berselawat. 

Maaf..Sbnrnya.. Sy tkde niat nak mainkan awak semua.. Saya cuma nak ceriakan hati awak awak dan awak.

Terus kepada agenda kita. Seyes pulak...

Situasi di tempat awam.

Pandang kanan pandang kiri.. Saya tgk ramai yg ddk berdua-duan.

Nak tegur takut salah.

Bukan tak nak tegur..

Cuma takut insan yg ditegur tu mmng suami isteri.

Cenggitu.

Seandainya, boleh scan and detect terus mereka mereka dan mereka ni bukan suami isteri kan bagus!

Sbb.... Nak tampar hati tu sikit..

Ehh?? Bukan sikit bnyk laa.. Hehe....

Jadi..saya tulis warkah ini.

Warkah? Apa tu?

Hehe.  Warkah tu dlm bahasa mudah ia adalah "surat".

Kita sebagai sesama muslim.

Wajib!

Menegur sesama kita. Faham? 

Okay. Knapa nak tegur?

Sbb.. Itu tanda kita kasihkan sahabat-sahabat seIslam kita semua. Syg semua (muslimat only) ~~ muahh cikit. 

Tegur itu ada bnyk jenis jika tidak mampu tegur

"onnn the spott"

Tulislah warkah utk dia dia dan dia.

Okay. Got it? 

Awak awak dan awak. Jika sayang dia dia dan dia. Jgn buat mcm ni lg tau.

Berdua-duaan mahupun welfiee welfiaq bagai!

Hatta di tempat terbuka mahupun di tempat tertutup.

Jaga! Jaga! dan Jaga! .  ..

Jaga apa? Ikhtilat.

Haaa?? Apa natang tu??

Ikhtilat tu..

Bahasa mudahnya. Pergaulan antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram kita.

Aikk?? Bukan mahram tu apa pula?

Bukan mahram tu yg tiada apa -apa pertalian darah dgn kita.

Maknanya selain dari ayah,mak,  atuk, nenek, abg, kakak, adik, anak saudara.

Faham dah? Alhamdulillah. 

Hayati ayat ni. 

"La taqrabu zina".
"Dan jgn kamu mendekati zina".

Sudah jelas lg bersuluh suluh 

Mcm ni la ye...

Khas buat muslimat yg disayangi sngt2 ni...

Knpa tuju dkt muslimah?

Sbb kbnyakan penghuni neraka adalah dari kaum hawa.

Allahu rabbi. ..

Sbb syg sngt2.. Jadi nak fokus dkt muslimah.

Muslimin pun amik ikhtibar juga deh.

Kalau kamu kamu dan kamu berkawan dengan seseorang muslimin tu.

Jika dlm tempoh "sebulan" dia tk PERNAH! Sekalipun dia lafaz nak jadikan kamu permaisuri hati dia yakni "isteri"

Lupakan dia. Tinggalkan dia. Buangkan perasaan cinta itu jauh jauh dan jauh.

Got it? .. Tak boleh?? Syg dia sngt2? Atototo sooo cuweeett... Cuweeet la angt...

Itu bukan cinta sygku. Itu nafsu nafsu dan nafsu.

Tertarik dgn satu tweet ni..

"Mcm mana nak lupakan si dia? Haaa... Buatla mcm kau lupakan Allah dulu. Tak kan dah lupa??"

Sentap+makan dalam dalam. 

Jadi... Tinggalkan dia.

Apa?? Kalau tinggalkan dia.. Kita tkde siapa yg nak? .. Jgn risau.

Ada seseorang insan yg sngt hebat dah lama tunggu kita sblm kita lahir lg... Dia sngt3x syg dkt kita!

Nak tahu siapa??

Haaa... Meh sini... Nak habak lembut2...

Dia adalah..........

"Nabi Muhammad s.a.w"

hang tknk ka? Saya nak!! ..

Gila sapa yg tknk tu. Perfectoo n kekasih Allah lg tu. .

Ahack!

Hmmm... Taknak ceramah panjang2 takut masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Ehhh?? Jap! Lupa pula.. Ni kan warkah.. Hahaha.. Assif jiddan.

Jadi...

Wahai muslimin dan muslimat..

Jika benar kamu betul betul dan betul nak jadikan dia seseorang yg......

"only the one for the rest of your life"

after Allah & Rasulullah and your Parents. Nikah la cepat2 ye..

Tapi tak mampu la... 

Tak mampu?? Jgn gatal2 nak nikah.

Hahaha... Gurau je.

Sini ada penyelesaian.

Jika kamu betul-betul seyes 

"Nikah khitbah"

Maksudnya nikah gantung.

Tapi! Ingat.... Dptkan persetujuan dari kedua dua belah pihak.

Haaa... Cenggitu.

Sbb apa?? Kami kaum muslimat ada wali! Jika nak dia ambil dia dgn cara terhormat.

Faham?????

Thumb up sikit ...

Kalau takde jodoh dgn si dia jgn bersedih. Allah itu maha adil lagi saksama.

Yg patah akan tumbuh semula, yang hilang akan berganti.

Tapi...

Ingat! Ingat! dan Ingat! Sebelum raih cinta dari manusia...

Rebut dan jagalah cinta khas utk illahi dulu,

dan Cintailah Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.. Balas lah cinta dari baginda terlebih dahulu...

Baru boleh pinang si dia.

Sbb apa???haaa...

Jika kita jaga hubungan kita dengan Allah. Pasti pasti dan pasti. Allah akan jagakan si dia yg telah ditakdirkan utk awak awak dan awak.

Paling penting. Your parent will proud with you you and you. Dont you want it? Jaga hati parents kita. Bnyk sudah mereka berkorban jiwa dan raga. Semata-mata hanya utk kita.

Sekian. "Princess Muslimah"

Sebarkan. Jika anda syg syg dan syg sahabat3x seIslam dgn anda.

Bukan apa.. Kalau Allah sudah murka. Bukan si pelaku dosa shj yg kena, semua orang akan kena tak kira dia tu siapa pun..

Hatta yang baik-baik sekalipun.

Jap2... Kalau tk tegur ..Kena apa???

Betul nak tahu??

B A L A !

Sempatkah kita bertaubat masa tu??

Allahu rabbi.

Jika masih ada kesempatan. Pintu taubat itu sentiasa terbuka luas.

Allah sngt angat dkt itew tau.

Moga kita dimatikan dalam iman

Errr... Kbye. Lalalalalalala...
Dakwah bukan untuk menyentap tapi untuk menyentuh .

Sentap?

Tumbuk dada,tanya Iman !

#salamtarbiyyahsentapgituew.

                                       
Wallahu'alam.

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman