'Muhasabah ikhtilatmu sebelum dan selepas nikah'
.
Kalau setiap hari kita makan chicken chop selama setahun, dan tiba-tiba satu hari kawan kita ajak kita ke satu event yang dia cakap ada chicken chop, adakah kita akan berasa teruja untuk pergi? Berbanding dengan event yang dia cakap ada nasi briyani gam yang sedap sampai menjilat jari, sudah pasti kita lagi teruja nak pergi event kedua tu kan? Apatah lagi kita tak pernah rasa nasi briyani gam yang orang selalu bercakap tentangnya tu.
.
Samalah macam berkahwin. Kahwin tujuannya untuk menghalalkan perkara yang haram kita buat sebelum itu. Tapi, kalau sebelum kahwin pon kita dah rasa dan buat apa yang orang kahwin buat, pegang-pegang, rindu-rindu, sayang-sayang, nanti bila dah berkahwin nescaya keterujaannya tak seberapa. Bak kata ustazah, hilang debar.
.
'So, cinta ni salahlah?'
.
Seharusnya, kita mengambil kira 'hakikat di sebalik nama', bukan ambil kira 'nama'.
.
Hotdog - Anjing Panas. Haram ke makan? Dah namanya anjing?
.
Tak bukan? Sebab hakikatnya hotdog itu bukan dibuat dari isi anjing, tapi isi sesuatu yang halal. Samalah seperti cinta. Cinta itu hakikatnya suci, bersih. Tapi, perbuatan pasangan yang bercinta itu yang selalunya memberi gambaran buruk pada cinta.
.
'Tapi, pada pandangan saya, setakat sms, atau belajar sama-sama dekat library dengan couple, tak salah kottt. Tak payah nak syadid sangatlah kannnnnn?'
.
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha,
.
'Kalau nanti rasa boleh jawab dengan Allah bila Allah persoalkan berkenaan perbuatan kita dengan couple kita tu, silalah teruskan perbuatan tu.'
.
: 'Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang 'bercinta sebelum kahwin', kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar.' [Sheikh Yusof al-Qardawi]
.
Bermain 'pakwe makwe', bimbang cinta menyala-nyala di neraka.
.
: 'Macam mana nak tahu dia jodoh kita ke tak?'
.
Couple - trial and error.
.
Kata mereka, perlu couple ni sebab nak tahu siapa yang layak jadik suami/isteri. Kata ustazah,
.
'Nak tahu dia adalah jodoh kita atau tak, lihat bagaimana cara dia menawarkan cintanya. Kalau caranya membawa murka Allah, jangan bersedih kehilangan dia.'
.
Sangat penting untuk kita kenal pasangan kita sebelum nikah. Tapi, bagaimana caranya?
.
Haa, hantarlah spy. Hehe. Tanya sahabat yang rapat dengannya bagaimana 'dia'. Kalau perlu, stalk FB dia. Tengok dia jaga ikhtilat ke tak. -.- Tapi hanya selepas dia melamar dengan cara yang dicintai Allah. Dan, yang paling penting, istikharah.
.
: Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?
.
'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu.'
.
: Bila aku boleh kahwin ni?
.
Bak kata ustazah, nak tahu bila kita dah boleh kahwin, tengok cara kita dengan roommate kita.
.
'Kalau dengan roommate kita masih tak dapat bertegur sapa,
kalau dengan roommate kita tak dapat pujuk,
kalau dengan roommate kita berbalah asyik nak menang jek,
kita TAK LAYAK lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.'
.
Haa, down sekarang! :P
Tumbuk dada tanya iman
Assalamualaikum :-)
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida
.
Kita boleh plan buat buku hasil dari penulisan semua ni
ReplyDelete