Perkahwinan itu bukan satu destinasi tapi satu perjalanan. Menuju redha Ilahi. Bila perkahwinan itu kerana tuhan, tuhan akan berkati perkahwinan itu.
Perkahwinan itu melengkapkan agama, menyempurnakan agama.
Perkahwinan itu menyempurnakan masing-masing, saling melengkapi.
Asas perkahwinan itu ialah kepercayaan dan amanah. Kalau kita tidak hormat dan percaya sesama, perkahwinan itu akan bergolak. Asasnya ialah trust.
Never marry someone you couldn't trust and never marry someone who don't trust you.
Bila saling hormati-menghormati dan percaya-mempercayai, perkahwinan itu akan kukuh.
Trust is like a glass, once broken, it will never be the same again.
Kena amanah dalam perkahwinan. This applies to both.
Manusia tiada yang sempurna. Kalau tuhan nak kita jadi malaikat, tak perlu tuhan cipta kita sebagai insan. Insan memang akan buat kesilapan. Sebaik mana pun dia. Terimalah seadanya.
Rahsia bahagia ialah menerima seadanya. Bersyukur dengan milik kita dan cuba bahagiakan perkahwinan itu. Benda-benda yang mengguris hati dan menyinggung eloklah dielakkan.
Rahsia perkahwinan bahagia ialah editing.
Macam movie juga. Babak-babak yang tak elok jangan disimpan. Delete memori-memori yang tak elok macam bertengkar bergaduh sebagainya. Simpan memori yang elok-elok saja.
Memori solat berjemaah.
Memori bermusafir bersama.
Memori belajar memasak bersama.
We keep only the good. Only the good
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.
Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsi. Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri.
Terseksa.
Ini menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.
Terlalu sayangkan diri untuk disakiti.
Sedangkan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Letih sedikit, tidak boleh.
Hendaknya...banyak rehat.
Pahit sedikit sudah mengeluh.
Pedih sekelumit sudah mengaduh.
Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga
Sesungguhnya, jalan mujahadah itu adalah jalan kita. 🌸
Faham. 😉
-Nota Dakwah-
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment