Sunday, 22 February 2015

Isu Utama:Ikhtilat

Assalammualaikum.. bismillahhirahmanirrahim.

Alhamdulillah hi rabbil alamin. Segala pujian tertentu kmbali pada allah . Wosalatul wasalam asyrafil anbiyai wal mursalin. Mari kita mulakn sunnatul dakwah ini dgn nama allah yg maha pgsh lagi maha penyayang. Dan ucapkan syukur alhamdulilah kepadanya yang tlh beri kita taufiq dan hidayah. Dan juga selawat & salam kpd junjungan besar Nabi muhammad SAW, serta kpd ahli keluarganya ,para sahabat dan para pengikutnya yang tegar atas jalan sunnah hingga hr kiamat. Dakwah.

Bismillah.
hari ni intan akan mulakan penulisan terlalu over ringkas jelah ye.Haaa jom kita berdating satt.

In sha Allah hari ni intan nak kupas isu hangat pasal tajuk 'ikhtilat'.

Boleh ? 🙋🙈
Ikhtilat 👬👭👫

Mesti rata rata orang dah tahu

Tapi 😖

Begitulah..nak menjaganya amat susah

kena sebetul betul istiqamah.

Mujahadah kena lebih kuat

Namun.. bila kita melibatkan sesuatu pekerjaan

jangan laa kita syadidkan pulak ikhtilat tu. 😊
Beluncas. Beluncas di kaki?

Pergh. confirm berlari seribu langkah lajunya.

Hahaha. Ke ada dalam ni yang suka main ulat. 🙈

Siapa yang tak geli dengan Ulat ala-ala beluncas itu. Lagi-lagi bila dia bergerak-gerak, ew!

* lari laju laju *🏃🏃🏃

Kalau kita dapat tu nk dtg Ngapp kita. Or  Ulat itu dapat didetect, jarak 100 meter daripada makhluk itu akan dilakukan secara spontan sambil berkata, "Eeeh Ulat!". Amboih!

Jumpa ulat, reaksi: Eeeh Ulat!

Eeh = Ikh.
Ulat = Tilat.

Eeeh Ulat = Ikhtilat.

Hahaha. 🙈🙊
Haha. Maksudnya intan kat sini, ramai yang geli dengan konsep Ikhtilat sepertimana gelinya dengan dengan kewujudan makhluk ulat.

(Intan geli ulat. Kfine. baii. )

Sebenarnya, intan nak cakap pasal Ikhtilat je pun. Kebanyakan orang yang baru kenal dengan Ikhtilat akan bereaksi seperti mana reaksi dia dengan Ulat. 🐛🐛

Ada kaitan sebenarnya antara Ulat dan Ikhtilat ni... 🐛 X👫

Kenapa ramai yang tak suka dengan Ikhtilat ni?

Buruk sangat ke dia? Jangan dengar khabar angin je, moh ler kita berkenalan dengan Ikhtilat.

* bagi senyum paling lawoo kat antumna semua*
Kadang-kadang, kita membenci sesuatu benda itu dengan kebencian yang sedalam-dalamnya padahal kita belum kenal benda itu dengan sebenar-benarnya.

Kann😏

* muka takleh blah *

Kadang-kadang, kita cinta sesuatu benda itu dengan kecintaan yang sedalam-dalamnya padahal kita belum kenal benda itu dengan sebenar-benarnya.

kann 😏

Buat masa ni, jangan benci atau cinta Ikhtilat dan jangan benci atau cinta Ulat.

🐛 ulat
👫 ikhtilat

Apa kata intan introduce beliau kepada kalian? Hot sale ni. Haha

Ramai yang salah faham, katanya Ikhtilat ini hanyalah sekadar rekaan recehan semata-mata.

Adoyai, uolsssss silap!

😪
Meh intan perkenalkan produk intan. Haha.

*Qu intan Qu intan . Barulah intan *

Sorri. Melalut. 🙈

Back to the point.

Ikhtilat ialah satu konsep yang bukannya direka oleh sembarangan manusia tetapi para ulama', bahkan ada juga dimention dalam Al-Quran Kareem.

Sedikit sebanyak biodata Ikhtilat yang intan boleh dokumentasikan, acewah!

Biodata Ikhtilat.
Nama: Ikhtilat.
Hobi: Mendekatkan manusia kepada Zina
Cita-cita: Manusia terjebak dalam gaung Zina
Alamat: MANUSIA YANG ABAIKAN SYARIAT ISLAM
Kesukaan:  Manusia yang tak jaga Ikhtilat
Kebencian:  Manusia yang jaga ikhtilat molek

Wah. Macam watak villian dah Ikhtilat nih! Meh intan explain secara terperinci mengikut garis panduan yang sebaik-baiknya agar kalian boleh berkenalan dengan Ikhtilat dengan lebih dalam.

Ikhtilat. Apa itu Ikhtilat?

Ikhtilat ialah apa-apa sahaja jenis interaction, pergaulan antara ajnabi seperti...
1. borak
2 .chatting
3. mesej
4. video cam
5. dan lain-lain interaction sama ada alam realiti atau alam maya.

Conclusion: Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi dikira sebagai Ikhtilat.

p/s : Ajnabi ialah manusia yang boleh dikahwini seperti kawan kelas, sepupu. Adik-beradik, mak ayah bukanlah ajnabi.

Faham dok?😳

Respon kalian?

Ikhtilat perlulah dijaga molek, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Penjagaan yang rapi kena beri dengan sebaik-baiknya kerana khuatir akan membawa HAVOC!

Para Ulama' sepakat mengatakan bahawa hukum Ikhtilat ialah Haram.

Haramnya Ikhtilat ini dengan berdalilkan:

وَلا تَقرَبُوا الزِّنىٰ

Dan janganlah kamu menghampiri zina

Allah dengan jelas mengatakan: Janganlah kamu menghampiri Zina. Maka, apa-apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri kita kepada zina walaupun sekecil langkah anak kuman, maka Haram hukumnya.

Conclusion: Ikhtilat haram

"What!?

Haram!?

borak, chatting, mesej, video cam dan lain-lain interaction sama ada alam realiti atau alam maya tak boleh la kiranya?

Huwaa nak boikot. Tak nak jaga Ikhtilat!"😭😭

Adehhh. Intan buat gilooo nangs. kah kah kah kah.

* suka jahat *😏

Relax. Relax. Relax.
Para Ulama' juga sepakat bahawa hukum Ikhtilat ini Harus tapi dengan beberapa terma dan syarat.

Acewah seronok la tu dah takde title haram dah. Kehkeh.

* jangan ngada ngada *

* guling guling *

Terma dan Syarat Ikhtilat:
1. Hajat
2. Darurat.

Hajat dan Darurat ialah tiket untuk membolehkan kita Ikhtilat. Maksudnya di sini, Ikhtilat ini perlulah dijaga molek dengan menggunakan tiket Hajat dan Darurat sahaja.

Macam mana Hajat dan Darurat tu? Intan kongsikan beberapa guideline Ikhtilat:

Hajat
1.  Mengajar dan belajar daripada seseorang, Ikhtilat antara penyampai dan penerima Ilmu. Contohnya seperti antara student dan guru-guru di sekolah ataupun antara student dengan pensyarah di Universiti.

2.  Urusan kerja. Ikhtilat antara rakan sepejabat, boss, majikan dan mana-mana manusia yang perlu kita berurusan atas alasan kerja.

3.   Urusan mustahak. Seperti dalam group perbincangan persatuan ataupun study group. Perlu komitmen antara ahli kumpulan. Maka boleh Ikhtilat.

4.   dan interaction lain yang ada sebab logic yang boleh diterima akal manusia yang normal.

Dharurat.
Bagi darurat pula perkara yang daruratlah, contohnya seperti ada manusia yang lemas di tengah lautan luas.

🙇 * tak jumpa emoticon lemas😭

Takkan la nak tengok orang lemas itu sambil makan popcorn je dengan alasan nak jaga Ikhtilat.

No no no. 🙅🙅🙅

Dalam mana-mana keadaan darurat seperti itu, maka bolehlah nak interact dengan manusia lemas tuh dengan selamatkannya. Bolehlah Ikhtilat!
Ikhtilat dengan adanya Hajat & Dharurat. Boleh ajaa!

😍😍💂
Maka dapatlah kita fahami bahawa:

Ikhtilat
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.

Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.

Tiket Hajat
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.

Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.

Bagaimana pula sekiranya interaction antara ajnabi itu seperti...
1. Borak kosong.
2. Mesej saja-saja. Tanya:  dah makan belum? dah mandi belum?
3. Chatting tanya khabar. Tanya khabar kawan lama tak jumpa. Macam jejak kasih la ni.

* terharu. *

*Jejak kasih rindu 😭*

Seperti yang telah intan bgtau 👆👆 ini, jika tiada hajat dan darurat maka tidak boleh.

Bagaimana pula dengan beberapa situasi ala-ala di atas itu? Hajat tiada, darurat apatah lagi!

Mesej-mesej, borak kosong dan apa-apa sahaja interaction ala-ala sebegitu actually something yang tiada matlamat.

Study the equation below:

Tiada matlamat = Lagha
Lagha = Makruh

Apa-apa benda yang tiada matlamat, maka itulah lagha. Hukum lagha ialah makruh. Andai anda melakukan perkara-perkara lagha tersebut, maka anda akan dijatuhkan hukuman atas Akta Ikhtilat(1) iaitu Makruh.

Amboih suka hati mak baba intan je letak  akta-akta bagai! 😷😷

Sebenarnya uolss tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "makruh" yang sebenarnya?

Makruh bermaksud kamu tidak mendapat pahala dan juga dosa jika melakukan perkara tersebut. Perbuatan tersebut tidak mencapai taraf haram.

Okk kita sambungg.

Tergendala jap. 🙊

Makruh menjadi Haram apabila adanya Zina Hati.
Makruh + Zina Hati --->  Haram

Zina Hati. Zina hati itu macam mana?

Zina Hati
Equation mudah macam ni laa:Zina Hati = Ada Syahwat

Zina Hati ni macam kita membayangkan sesuatu yang haram untuk kita lakukan dengan seorang ajnabi.

Contohnya seperti:
1. membayangkan kita berjalan kat taman sambil berpegang tangan dengan seseorang. Padahal hukum pegang tangan ajnabi bukan mahram hukumnya HARAM

2. membayangkan kita melakukan seks dengan seseorang. Padahal hukumnya HARAM melakukan seks dengan ajnabi bukan mahram.

Conclusion: Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram selama-lamanya.

Cepat-cepat Istighfar apabila kita Zina Hati!

😷😷
Aiwah. rasanya pasal Ikhtilat ni dah well-explained. Kann😊😊

360 darjah kefahaman inshaaAllah. Kita buat revision deh? Maka dapatlah kita fahami bahawa:

Ikhtilat
Apa-apa sahaja interaksi antara lelaki dan perempuan ajnabi sama ada di alam realiti atau alam maya.

Ikhtilat Haram
Kalau tiadanya tiket hajat dan tiket darurat.

Tiket Hajat
Adanya hajat seperti menuntut ilmu, urusan kerja dan sebagainya.

Tiket Dharurat
Adanya dharurat seperti menyelamatkan ajnabi yang lemas di tengah lautan.

Tiada Tiket Hajat & Dharurat
Bermaksud tiada hajat dalam pergaulan, tiada dharurat dalam pergaulan. Hukumnya Makruh

Makruh
Perkara yang dibenci oleh Allah!

Transformasi Makruh
Teramat-amat mudah berlakunya transformasi Makruh kepada Haram apabila adanya Zina Hati.

Zina Hati
Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram!

Conclusion:
2 Sebab jaga ikhtilaT...
MAKRUH & ELAK ZINA HATI
"Yeayy boleh nak berborak kosong, bergosip-gasap, berchat-chatting. Makruh je pung!"

😏😏 jap nak cari kulit manggis nak lempoo.

Boleh tu boleh. Tak dapat dosa pung. Hukumnya makruh je pung. Buat apa nak kabut. Keep calm and relax tak payah sangat jaga Ikhtilat. Jom la kita berborak kosong, lagha-lagha dengan ajnabi berjemaah! Jom!

* nak sental tepung kat muka * 🙈🙈

Sudah selesai berkenalan dengan Ikhtilat?

Jatuh cinta atau jatuh benci? ❤ @ 💔

Apakah hubungan Ikhtilat dengan ulat? Apakah kita perlu sayang ataupun benci kepada Ikhtilat?

Wahai. Banyak persoalan yang berada di minda!?

Konklusi keseluruhannya ialah, kita perlulah layan Ikhtilat sepertimana kita layan Ulat Beluncas.

Ikhtilat perlulah dijaga, perlulah dijauhi dengan sekadarnya, tidak melebih-lebih. Anggaplah Ikhtilat itu suatu perkara yang jijik, maka jauhkanlah diri daripadanya dengan sekadarnya.

Namun, janganlah kita abaikkannya. Jauhkan diri at the same time diberikan penjagaan. Andai kita beri penjagaan yang rapi, tidak over dalam Ikhtilat, inshaaAllah kita akan dapat "kemanisan" dan "keindahan" Ikhtilat.

Sudah tentu ada hikmah mengapa Allah letakkan peraturan Ikhtilat dalam kehidupan seharian kita. Adanya Ikhtilat daripada Allah, maka sudah tentu ada hikmah yang besar daripada Allah juga!.

Samalah seperti Ulat Beluncas.

Kita nak jauhkan diri daripadanya kerana kehodohannya. Nak jaga Ikhtilat pun susah dan hodoh. Namun ulat beluncas itu lama kelamaan akan menjadi kepompong. Kann. 😊😊

wallahu'alam..asifni ala kullihal.

Asiff jiddan atas perkongsian intan yang serba ringkas.

doakan perjalanan intan. 🙈

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment