Kenapa saya pakai purdah???
Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam ataupun “ustazah”.
Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar “ustazah” oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan padanya.
purdah
Purdah adalah antara gaya pemakaian yang dipandang pelik oleh masyarakat. [Shanbay]
Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat untuk pulang. Termasuklah Aishah.
“Erm Aishah, hendak tanya sedikit, purdah itu wajib ke?” Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya.
“Entahlah” jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali.
“Aik? Entah? Habis tu, Aishah pakai purdah ini sebab apa? sekadar suka suka? ke nak nampak macam “ninja”? hehe..” gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.
“Erm..okeylah. Sebelum itu, Aishah hendak tanya Aqilah dahulu. Apa itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?” Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir.
“Ala mudah sahaja, sunnah itu segalanya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. Manakala hukum sunat, seperti mana semua orang selalu cakap, buat dapat pahala, tida buat tidak dapat apa-apa. Kan? Kan?”
“MashaAllah, hebat Aqilah. Boleh jadi ustazah sudah begini. Boleh ganti Ustaz Amirul. Hehe.” Aishah bergurau.
“Ada jelah Aishah ni. “Aqilah bersuara malu.
“Gurau sahaja.Okey okey. Kita sambung semula eh?” Aishah mengembalikan perbincangan.
“Betul sangatlah apa yang Aqilah cakap tadi. Tentang sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi saw, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran Baginda saw. Cuma ada sedikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi.”
“Eh, salahkah? Astaghfirullahalazim” kerisauan Aqilah jelas terpancar.
“Aishah tidak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam. Aishah pun tidak berani hendak kata orang lain salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin.”
Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.
“Alah, Aishah ni rendah diri pulak. Macamlah Aqilah tidak tahu. Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal-hal agama,” Aqilah memuji Aishah.
“Segala pujian kembali kepada Allah swt, Aishah cuma ikut sedikit sahaja.” Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.
“Baiklah, sambung ya! Tentang hukum sunat itu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnahlah. Jadi, sesiapa yang buat maka dirinya memperolehi pahala, sesiapa yang tidak buat bukan sahaja tidak dapat apa-apa tetapi berada dalam keadaan rugi.
Bukankah Allah swt sudah menyebut di dalam surah al-‘Asr, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.
masa
Demi masa, semua manusia berada di dalam kerugian.
Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tidak memperolehi untung masih boleh diterima lagi kerana masih boleh mempunyai modal. Tetapi bagaimana jika rugi? Sudah tentu rasa tidak mahu berniaga lagi bukan?
Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tidak baik untuk kita.” Hurai Aishah.
“Oh, macam itu? Betul betul betul. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak budak yang datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. Setuju.
Jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunatlah ya? Buat dapat pahala, tidak buat rugi. Begitu?” Aqilah kembali bertanya.
“Tidak jugak” sekali lagi mudah Aishah menjawab.
“Pula, habis itu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?” Aqilah inginkan penjelasan.
“Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi.” Aishah menjelaskan.
“Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunatlah ya?” Aqilah inginkan kepastian.
“”Ya”
Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. "Harap tudung je LABUH tapi perangai.." Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH. Tudung tak SALAH yang SALAH pemakainya. Kita tak tahu betapa susahnya seseorang untuk tarbiyyah diri?
Andai kami SALAH, TEGURLAH bukan CEMUHAN yang DIBERI. usah disalahkan labuhnya tdung kami kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN. Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah. Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan? Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas. Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. Kita ingat siapa kita. Kita tak mahu diri terfitnah. Kita tak mahu agama terfitnah.
Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian. Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh. Kalian menimbulkan rasa ingin beragama di kalangan sebahagian manusia. Samada lelaki atau wanita, rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul. Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya, kalian akan diredhai ALLAH. Akhir sekali, ingatlah! Bahawa beramallah kerana ALLAH. Ikhlas kerana ALLAH. Ikut cara ALLAH. Bermatlamatkan ALLAH. KERANA AKU NAMANYA MANUSIA, aku tidak sempurna. Minta maaf.
Dari tak pakai tudung.
Mula memakai tudung.
Dari tudung singkat.
Mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung.
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah.
Mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dengan baju.
Mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka.
Mula tutup biar tak terdedah.
Ingat senang ke semua tu?
Ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian.
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH.
Bila orang pandang kita baik.
Pandang kita sempurna.
Pandang kita cukup terjaga.
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa. Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa. Lagha sini sana. Kpop merata rata. Ikhtilat entah kemana. Gelak tak ingat dunia. Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat.
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya. Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya. Sedih bukan dianggap begitu? Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu. Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh. Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar. Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Nota Dakwah
Isi hati;
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment