Mujahadah?
Pebende tu? :o
Mujahadah membawa maksud bersungguh-sungguh. Bersungguh melawan kehendak NAFSU demi agama. Demi Allah ! Nafsu couple. Nafsu pakai pakaian ketat. Nafsu message dgn ajnabi (lain jantina) tak tentu halal. Nafsu gayut tak hengat dunia. Nafsu berlagha sana sini. N A F S U bukan sejenis keropok kruk krak kruk krak yg ringan2 tu. Tp sesuatu yg 'BERAT'. Yang nanti akibatnya akan dipersoalkan. Segalanya berpunca dgn satu,NAFSU. Hanya kerana NAFSU, seorang ustaz boleh hilang jubah kopiah. Hanya kerana NAFSU seorang isteri lupa akan status diri sebagai ISTERI. ALLAH..ALLAH....Mujahadah melawan nafsu tu susah. PAYAH.PERIT.PAHIT. Asyik tergelincir sahaja. Asyik terlagha.Asyik 'ter.ter.ter'.Allah. Letih? Penat? Syg,bukankah Allah itu sebaik-sebaik pengampun? Terlagha minta ampun.Taubat.Taubat+mujahaddah+istiqamah=SYURGA. Mujahaddah. Biarpun pahit tawar payau. Percayalah.Sesuatu yg indah sdg menanti. Sikit shj lagi ^^ Percaya.Percaya. Demi DIA ! QOWIY QOWIY !
Syaitan itu tak kuat,iman kita yg lemah. Kata ustazah "cuba kamu hidup tanpa gadjet.kamu akan terkejut betapa banyaknya masa yg kamu ada". SETUJU? Iman kita jatuh bukan sebab tarikan graviti ye. Tapi,iman kita jatuh sebab magnet NAFSU !? Ingat ye,NAFSU :/ Maka oleh itu,tinggalkan permainan cinta jahiliyyah,pikul tanggungjawab ummah.
Teguran tu daripada Allah. Manusia ni cuma wasilahNya. Terimalah teguran dengan berlapang dada. Hasbunallah wani'mal wakil. Itu saja coretan intan . Mana yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Yang kurang itu dari diri sendiri. InshaAllah intan perbaiki.
Salam sayang untuk semua.
Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment