Tuesday, 3 February 2015

Thadiyah fil Mujahadah

Islam datang dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.
-Hadith Riwayat Muslim-

Teruskanlah perjalananmu ini,biarpun terasa jauh dan sukar. Biarpun kau berkali-kali jatuh tersungkur dan terpatahnya semangatmu. Biarpun terkadang jiwa dan ragamu lelah tak bermaya. Biarpun harus kau berlari mengejar atau merangkak sekalipun. Jangan pernah mengalah. Jangan kenal putus asa. Teruskan perjuangan ini biarpun terasa berat yang kau pikul dibahu mu itu. Teruskan jua biarpun terasa goyah dan belum cukup kuat langkahmu itu. Teruskan jua biarpun harus kau meraba mencari jalan dalan kegelapan yang menyelubungi. Pasti Allah akan titipkan semangat kekuatan dalam hatimu,menyinari perjalananmu dan menghantar insan-insan untuk memapah dan memimpinmu. Teruskanlah biar apa pun. Bukan dikatakan bermujahadah jika ianya mudah.

La haula wala quwwata illa billah.
"Tidak ada daya upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH."

Be not afraid of going slowly,be afraid only of standing still.

Pujuklah hatimu agar terus thabat dan qowiy di jalan ini hingga ke akhirnya.

Sahabatku,
Biar ujian sehebat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruskan melangkah.

Terusksn melangkah,
Walaupun ia tak mudah,
Biar langkahmu kecil atau tidak gagah.
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya,asalkan kau terus melangkah.

Bangkitlah !
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu !

Sahabatku,
Teruskan langkahmu,
Lagi dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan dan jangan
Kerana aku
Amat-amat kepinginan
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.

Teruskan langkahmu,wahai sahabatku.
Jangan mengalah dan teruskan melangkah kerana Allah.
Kau tidak keseorangan,Allah bersamamu.

                      -Nota Dakwah-

                                                      Isi hati;
                              Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment