Bila sebut perkataan tarbiah,mesti ada di kalangan korang yg dah muak dgn perkataan tu. Sikit-sikit tarbiah,tarbiah,tarbiah. Argh,dah lali. Bahkan,ramai sangat yg merasakan bahawasanya dia telah IKUT TARBIAH,lantas mendabik dada dgn bangganya:
"Aku dah ikut tarbiah!!!"
Tapi,saya nak cetuskan persoalan kepada korang semua,yang mengaku ikut tarbiah atau yang baru first time dengar perkataan tarbiah. Persoalan yang saya nak cetuskan ialah:
"Tarbiah tu apa?!!"
Saya pernah tanya ramai gila bapak orang yang dah ikut tarbiah,dan ikut usrah semua,tentang APA MAKSUD TARBIAH.Macam-macam jawapan yang saya terima. Dan,90% menjawab dengan jawapan yang salah!
Antara jawapan yang biasa dapat:
"Tarbiah ialah satu pendidikan islam..."
"Tarbiah ialah suatu suasana islam..."
"Tarbiah ni ialah satu keadaan di mana kita ada pembimbing dan kita di bimbing..."
Dan macam-macam lagi.
Juga,jawapan famous:
"Tarbiah ialah kita ikut usrah..."
Adakah betul semua jawapan di atas? Apakah itu tarbiyah yang sering di gembar-gemburkan??
Definisi Tarbiyyah
Kenapa saya mulakan topik"tarbiah" kali ini dengan definisi? Kerana,disebabkan ramai orang tak tahu apa itu tarbiah,disebabkan ramai orang yang salah tafsir apa itu tarbiah,maka akan lahirlah golongan yang merasakan bahawa mereka ikut tarbiah,tetapi hakikatnya mereka masih belum ikut tarbiah. Bahkan,merekalah yang menghancurkan tarbiah.
So,back to the point,apakah itu tarbiah?
Actually,TARBIAH bermaksud BERUBAH.
TARBIAH=BERUBAH.
Bermakna,segala perkara yang membawa kita kpd perubahan dari buruk ke baik,dan dari baik kpd yang terbaik,itu adalah tarbiah. Key pointnya ialah BERUBAH. Bermakna,kalau kita masih lagi tak tinggalkan jahiliah,tak tinggalkan dosa noda,dan tak berubah,bermakna,kita masih belum ikut tarbiah!!!
Tarbiah ni adalah tunjang segala benda. Kalau dalam satu jemaah,orgsnisasi or persatuan misalnya,kalau tak tekankan tarbiah,pergh....
Hancur,akan berlaku kelam-kabut,kucar-kacir dan yang sama waktu dengannya.
Sebab orang yang tak ikut tarbiah ni,hatinya akan kosong,hidup tak ada matlamat yang jelas,kalau ada matlamat pun,matlamat itu tak tinggi. Tanpa memandang rendah orang yang tak ikut tarbiah,tapi itulah hakikat yang memandang rendah orang yang tak ikut tarbiah tapi itulah hakikat yang memaksa kita untuk ikut tarbiah walau apa keadaan kita pun.
Tarbiah,Bagaimana Caranya?
Bagaimana cara nak ikut tarbiah? Atau bahasa gempak sikit:
"Apa KAYU UKUR kita dah ikut tarbiah?"
Serious saya cakap,ramai yang salah faham dengan tarbiah.Mereka ingat tarbiah ni adalah usrah semata-mata. Lantas ramailah persatuan atau organisasi buat usrah untuk ahlinya,lantas merasa puas dengan merasakan itulah tarbiah.
Sebenarnya, kalau betullah kita ni kata kita ikut tarbiah,kita bukanlah ikut usrah sahaja.
Bukan !
Tetapi,sejauh mana kita bersungguh ikut segala program tarbiah yang telah diaturkan,hadam segala buku-buku ketika usrah,fahami tasawur tarbiah dengan mendalam,cinta tarbiah,rindu tarbiah,amalkan segala input yang kita dapat sepanjang ikut tarbiah,BERUBAH dan tinggalkan jahiliah,dan lain-lain.
Ada orang ikut tarbiah,tapi still main game. Dah bertahun-tahun ikut usrah,game still tak boleh tinggal. Ikut tarbiah,tapi layan movie-movie inggeris,jepun,korea,anime dan sebagainya. Ikut tarbiah,tapi lagu lagha nenjadi hiburan harian. Ikut tarbiah tapi pergaulan lelaki perempuan tak jaga.
TIDAK!!! Itu bukan hasil orang yang di tarbiah!
Jujur saya kata....
Kalau betul kita relakan diri untuk ikut tarbiah,kita nak tak kena TEKAD untuk tinggalkan jahiliah. Kita tak boleh biarkan hidup kita statik. Kita kena tunjukkan perbezaan antara ORANG YANG IKUT TARBIAH dengan ORANG YANG TAK IKUT TARBIAH,terutama dari sudut akhlak,cara fikir,hidup seharian dan lain-lain.
Kalau kita pun sama macam orang lain,so,apa specialnya pakai kopiah,pakai tudung labuh?
Tolong,kalau betul-betul kita nak ikut tarbiah,berubah!! Sikit-sikit. Kalau kita tak berubah dan tak "tamayyuz" (special) dari orang lain,maka muhasabahlah. Sebab tarbiah sifatnya BERUBAH.Dan,kuasailah segala bahan usrah,bacalah buku-buku fikrah dan dakwah,bacalah sirah arrasul,bacalah tulisan-tulisan yang menghidupkan jiwa. Baca,bincangkan,bertanya,amalkan.
Baru feel.....!!
Kalau kita just datang usrah,balik. Datang usrah,dengar tazkirah sikit,makan,lepas tu balik,sekejap datang,sekejap tak datang... Pergh,rugi syeikh. Rugi,sangat rugi. Isk isk isk.. Sama-sama try ubah. Tetapkan matlamat,apa yang kita nak sepanjang ikut tarbiah. Jangan sekadar menadah,ikut membabi-buta,tak proaktif,pasif dan tak semangat.
Ikut Usrah Tapi Tak Berubah?
Soalan:Kenapa ada ramai orang yang ikut usrah,tapi dia still tak berubah jugak? Bagi saya,janganlah salahkan usrah tu. Tapi,salahkan diri sendiri!
Tarbiah ni,ada TIGA bahagian secara ringkas:
1)Tarbiah jam'iyyah (Tarbiah beramai-ramai).
Contohnya,usrah,katibah,daurah dan yang sama waktu dengannya.
2)Tarbiah fardiah(Tarbiah seseorang kepada seseorang yang lain). Seperti naqibah kita datang personal kat kita,atau ada orang datang tegur dan bimbing kita face to face,personal.
3)Tarbiah Dzatiah(Tarbiah diri kita kepada diri kita sendiri). Seperti amal fardi kita,pembacaan kita dan segala-gala amal yang kita buat untuk diri kita.
Antara TIGA ni,sebenarnya, TARBIAH DZATIAH adalah penentu,kau jadi orang yang hebat dalam tarbiah dan dakwah atau tidak!
****
Bayangkan,kalau kau just harapkan tarbiah jam'iyyah dan fardiyyah untuk kau jadi baik,mustahil. Kenapa? Kau tengok betul-betul.
Usrah setiap minggu sekali. Sekali paling-paling pun jam.Kalau sebulan,jadi 12jam. Itupun kalau kita datang tiap minggu. Katibah dan darurah,sebulan sekali. Katibah biasa start lepas maghrib. Campur-canpur,ada dalam 15 jam. Itupun kalau kita datang. Riadhah tiap minggu sekali ada 3 jam. Sebulan,jadi 12jam. Di tambah program-program umum dan sebagainya,kasi extra 5 jam. Juga,kuliah-kuliah di surau dan masjid yang kita pergi,tambah lagi 5jam. Dan,masa yang kita ulang untuk pegang anak buah usrah(bagi yang menjadi naqib/naqibah)tambah lagi 12jam.
Jadi,kalau tambah-tambah:
12+15+12+5+5+12=61jam.
Sebulan ada 720 jam.
61/720x100=8% !!!
Bermakna,kita pergi usrah selama ni,katibah dan lain-lain,kita baru guna 8% jam kita untuk agama! Inipun ramai yang tak dapat komit. Baru 8 peratus syeikh! Takkan itu pun kita tak mampu dan sering memberi alasan?
Lagi 92% jam adalah,kita dengan diri kita srndiri. Tarbiah Dzatiah!!
Sebab itulah,kalau kita guna 92% jam tu untuk tarbiah diri kita,qiam,baca quran,zikir pada Allah,tingkatkan pembacaan buku-buku fikrah dan dakwah,solat jemaah 5 waktu,tinggalkan maksiat dan sebagainya,kita akan jadi orang yang hebat!
Kerana itu,kita boleh tengok,ramai je orang yang ikut usrah,tapi kenapa dia tak berubah lagi? Kerana,dia gunakan 92% waktunya untuk perkara yang sia-sia.
Muhasabahlah. Dahlah 8% tu pun kita datang tak datang,92% lagi buat benda yang mengarut. Adakah kita layak masuk syurga dengan pengorbanan yang amat memalukan ini?
Ya Allah...
Tarbiah,Apa Hasilnya?
Bab ni,saya rasa paling penting. Kerana dengan tahu hasil,baru boleh kita nilai diri kita. Kerana tarbiah menghasilkan seseorang yang sangat special dan lain dari yang lain. Sebelum saya cerita dan terangkan tentang hasil orang yang di tarbiah,saya nak korang semua nampak apakah TASAWUR(gambaran)tarbiah.
Pernah saya tanya beberapa orang tentang apakah dia dapat sepanjang ikut tarbiah. Lebih kurang begini perbualan yang terhasil.
Aminah:
"Sejak kau ikut usrah,apa kau dapat?"
Siti:
"Serious doh,aku syukur gila dapat ikut usrah. Kalau tak,aku tak tahulah apa jadi sekarang.."
Aminah:
"Apa gambaran kau tentang tarbiah ni,best tak?"
Siti:
"Best,gila kot. Dapat feel ukhwah,dapat bincang buku-buku fikrah,program macam-macam dan lain-lain. Serious best."
Aminah:
"Tak rasa,tension ke ikut tarbiah ni? Stress ke,something like that..."
Siti:
"Takla. Rilek je. Best kot. Aku syukur la dapat rasa nikmat tarbiah ni..."
Aminah:
"Lagi,apa lagi pandangan kau tentang tarbiah?"
Siti:
"Tu jelah. Dapat ubah hidup kita dari jahat ke baik,best,banyak program dan lain-lain..."
Aminah:
"Hmmm..."
Rasa ada apa-apa silap tak? Rasa-rasanya,begitukah TASAWUR tarbiah? Hanya just dapat ubah diri kita? Yes,BERUBAH adalah kayu ukur. Tapi,tarbiah tak melahirkan orang yang "hanya baik". Tarbiah menghasilkan orang yang FAHAM ISLAM secara menyeluruh dan berusaha menyampaikannya pada orang lain,yabg mana,hasil tarbiah,dia juga akan berusaha sedaya upaya untuk tarbiah ORANG LAIN!
"Kalau kita rasa tarbiah yang kita ikut adalah "seronok","Osem","Best" dan tak tertekan,maka tasawur kita tentang tarbiah adalah salah. Ya,tarbiah memang best dan seronok. Tapi,keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi ketika melalui tarbiah".
Percayalah.
Ibarat orang yang makan sambal belacan,sampai nangis,nampak macam terseksa,tetapi hikmahnya nikmat! Sambal belacan yang tak berjaya mengeluarkan air mata kita adalah sambal yang tak jadi dan kurang. Begitu juga TARBIAH. Selagi kita tak pernah menangis tertekan,selagi otak kita tak stress dan risau kerana memikirkan dakwah,selagi kita tak pernah balik rumah dalam keadaan "lunyai",hakikatnya,kita masih belum merasakan NIKMATNYA TARBIAH.
Tarbiah menghasilkan seorang DAIE(pendakwah). Andai kita tak pernah memikirkan dakwah,bagaimana nak ubah orang,macamana nak selamatkan kawan kita,risau akan umat,menangis dengan beban dakwah,sedih kerana di kutuk dan dipandang "sombong","poyo" oleh orang lain,maks muhasabah semula,adakah kita dah ikut tarbiah.
Soalan simple:
"Sekarang,siapakah orang yang sedang aku dakwah?"
"Buku fikrah apa yang aku kena hadamkan bulan ni?"
"Qiamullail aku istiqomah atau tidak?"
"Pernahkah aku menangis memikirkan mad'u aku?"
Teruskan menyalahkan diri sendiri. Itulah sifat muhasabah. Sentiasa menempelak,merasakan diri salah,lenah dan longlai,tak lengkap,cacat,cela,lantas taubat pada Allah.
Wallahua'lam.
Moga huraian saya kali ni serba sedikit menjelaskan kita tentang tasawur tarbiah. Bukanlah bermakna saya sudah beramal,tetapi doakanlah saya dapat beramal. Moga dapat beramal bersama,fahami dan sebarkan.
Dakwah bukan untuk menyentap tapi untuk menyentuh!
"Kadang-kadang,ummah hari ini perlu diberi santapan agar mereka yang lalai dibuai mimpi,kembali bangkit menjadi singa!"
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida
No comments:
Post a Comment