Saturday, 14 February 2015

Sentap? Tumbuk dada,Tanya Iman !

... Usrah semalam betul2 deep . aku masuk pun dah last2 sebab sebelum tu Ade test ..

tak tahu nak cerita mcm mana ..
kak ain (kak Naqibah) ..
ade sentuh pasal "Hati" ..
hmm ..
mula2 tu.. aku tak rasa apa2 pun ..
rasa biase je ..
*hati keras sikit*

tiba2 .. dia cakap .. lingkungan umur 19~22 .. mmg hati kita ,diri kita .. climax nak cari pasangan . nak nikah . nak... nikah muda .. konon nya .. nak elak maksiat .. nak menjaga , ada target konon nya .  nak kahwin selepas 20 and sebelum 25 ..

*dushh
betul2 rasa kena betul2 dekat muka aku .
yaa , betul . sangat betul.
aku rasa semua tu .
rasa nak nikah .. rasa nak bina "baitul muslim" .

kak ain ade cakap ,
"hati2 dengan hati kita . fitrah kita rasa semua tu .. semua akan alami .. terlebih2 lagi seorg muslimat .. asyik nak fikir soal kahwin .. sampai terlupa pasal ajal .. pasal seorang muslimat yang akan jadi "Madrasah Tarbiyyah".."

*zapppp
Rasa betul2 aku punya muka kena sembah air sejuk .
lagi tersentap .
hmm. .
"macam mana nak nikah .. kalau diri pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah .. kita ni nanti .. madrasah untuk anak2 .. kita yang akan tarbiyyah anak2 ..kalau kita pun xkuat nak cri ilmu .. nak tahu pasal agama .. agak2 .. yg lahir dr rahim kita nanti .. akan jadi pejuang agama ? akan jadi mujahid mujahidin Islam ?" ... tak salah nak fikir soal jodoh .. nak minta pada Allah jodoh kita yang baik2 .. tapi .. ustaz ada cakap , "jodoh kita adalah cerminan dari diri kita" .. jadi .. antumna tahu diri antumna macan mana ..? "

*aku terus tertunduk*
malu nak angkat muka.
aku ni .. ilmu pun tak sampai sebesar zarah .. bangun qiam pun kadang2 alam yang gerak .. dhuha pun kalau sempat baru aku buat .. nak baca al quran pun malas ..
lepas tu .. asyik fikir soal kahwin ..

*tampaq muka
sedar sikit diri tu tak tara mana pun .

rasa nak menangis .. 
terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta .
di akhir Doa solat ,
selalu sebut pasal jodoh.
fuhh .

bila Allah hantar betul2 .
terus ,

setiap masa ingat kan "Jodoh".
masa makan .
masa belajar .
sampai kan waktu solat pun asyik terbayang .
nak baca Al Quran pun dah tak kusyuk macam sebelum ni.

Allah .
cepat sungguh lupa pencipta .
bila dah pandai kenal "pencinta".
konon nya , "bakal Imam "
haha . tak sedar diri ni tak lama lagi nak kena tanam .

betul lah kata seorang murabbi ni ,
"malapetaka besar itu datang nya dari percintaan"

*Glup
rasa macam nak kena campak ke neraka jahanam.
yaa .
niat Sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan keretA Api .
hmm .

kejar balik.
cari balik.

kadang , bila dah niat lari .. automatic.
allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni .

"Jodoh" .

mohon jauh2 dari diri ini .
mohon .. jangan hadir saat aku sedang mencari cinta ilahi .
mohon ...
kerana hati ni lemah .
iman ini goyah.
diri ini terkadang lemah  .

muslimah pun iman goyah ?
ya .
lagi besar ujian sebenar nya .
lagi kita menjauh.  
lagi dia menghampiri .

cinta ?
hati ?

simpan untuk yang layak memiliki .
biar lah untuk Ilahi.
jika kerana dia ,
aku lalai dari menyintai Ilahi.

mohon.
pergi jauh~jauh .
aku mohon.
aku nak jadi bidadari syurga .
aku nak jadi srikandi Islam.
aku nak jadi Madrasah tarbiyyah .

pegang hati .
cakap pada hati ,
"aku kena berubah . letak simen banyak2 dekat hati .. jadi benteng ...agar tak runtuh dengan penyakit hati , selalu pergi "gym Tarbiyyah" .. baru sado Iman tak lemah tak gundah tak rebah .."

Bagi remaja yang dilamun cinta saat ini. Tersyok. Terindu dekat sapa sapa. Kita kena pause. Fikir. Bagaimana dia menawar cinta kepada kita. Atau kita menawar cinta kepada si dia. Adakah ia menghampiri redha. Ataupun menghampiri murka Allah ? Adakah kita memilih jalan taqrabu zina. Atau memilih jalan menjauhi zina. Dan memuliakan wali. Memuliakan keluarga. Dan meraikan adat adat yang tak bercanggah dengan syariat.

Bila kita jatuh cinta. Jatuh hati. Itu fitrah. Bagaimana kita nak uruskan fitrah ni ? Adakah bila kita suka dekat seseorang kita pun cepat cepat call. Sms gn dia. Cakap benda benda tak penting. Tak perlu. Kita duk main api awal awal. Ia akan menyebabkan kita rasa stress. Nak nikah cepat. Ataupun nak buat maksiat

"Mcmna nak jaga hati?"
Jaga mata dulu :)

Nak nikah muda?
Maka,lawan sosial dijadikan 'alat' utk mencari pasangan.Berkenal-kenalan,chatting,bertukar-tukar gambar.Sdgkan kita tak tahu pun siapa dia?Zaman skrg,bkn semua yg kita boleh percaya.Harus juga letakkan sedikit prasangka.Nk cari jodoh boleh tp sebaliknya gunakan org tengah.Org tengah yg kenal akhlak si dia.Yg boleh cerita bagaimana peribadi si dia.Nk jd seperti Khadijah yg meminang Nabi Muhammad?Tak salahkan perigi cari timba?Tak salahkan lori cari kereta?Ok.Bagaimana cara Khadijah meminang Nabi Muhammad?Khadijah gunakan perantaraan org tengah kn?Khadijah minta Maisarah risik akhlak Nabi Muhammad.Takde pun Khadijah SMS Nabi Muhammad.Hantar mesej rindu,merayu2 dkt Nabi Muhammad.Sebaliknya,Khadijah gunakan cara yg terhormat.Nah.Apa lagi?Islam sentiasa memberikan kita solusi.Pilihan di tgn kita! Jd muslimah "terhormat" please.
*Merayu sangat-sangat*

Sentap?

Tumbuk dada,tanya iman.
..👆👆
Bacalah😉

Nota Dakwah
-Intan Nurul Aida Osman

3 comments:

  1. penulisan yang baik! thumb up!

    ReplyDelete
  2. Teruskan menulis..seinci ayat mungkin memberi kesan pada hati seseorang untuk berubah..

    jazakillah khairan khatira

    ReplyDelete