Monday, 2 February 2015

KERANA ALLAH ATAU SEBALIKNYA

😶 KAU TAHU? 😶

Kau tahu?
Ramai so-called 'da'ie' tak perasan ttg ni, termasuk aku.

Kau tahu?
Benda ni sakit tau kalau kau kena.
Bukan sakit rasa, tp, sakit sebab kau tak sedar.
Hati kau.
Teruk penyakit ni kau tahu?

Kau tahu?
Apa yg aku ckpkan ni?

Cuba cek diri kita.

Cuba cek hati kita.

Cuba cek ibadah kita.

Cuba cek niat kita.

Adakah kita buat semuanya lillah atau linnas?

***

Fenomena yg aku nampak sekarang adalah fenomena yang sgt bahaya dan melanda para ' da'ie ' .

Cukuplah aku katakan,
Tgk sahaja di Facebook, Twitter, Instagram dan lain2 laman sosial terkemuka dunia.
Tengoklah.
Tengoklah.

Cuba baca status2 kita tu.
Baca.
Cuba tengok likers yg ada.
Tengoklah.
Kira.
Banyak?
Rasa apa?

Tahniah jika anda rasa 'takut'.
Takziah jika anda bangga.

Dengan likers yg ramai itu.

Kawan,
Aku tahu,
Niat kita mengupload status2 islamik itu kerana igin berdakwah kpd masyarakat.
Alhamdulillah.
Bagus tu.

TAPI

Kena ingat,
Syaitan itu ada di mana2,
Sentiasa mencari peluang utk pesongkan niat kita.

Mungkin mula2 kau post utk dakwah.

Ada lah 3 org like.

Kemudian, mereka share status kau.

Alhamdulillah.

Dakwah disebarkan.

Tp,
Hati2,
Jgn sampai kau bangga dgn likers dan org share status kau.
Jgn fikir kau hebat.
Jgn fikir kau baik taraf wali.

Dan kemudian,
Kau terima beratus2 friend request.
Kau jd seronok.
Seronok sbb 'dakwah' kau tarik perhatian ramai.

Jadi,
Kau post dan post ayat2 dakwah yg mengancam.
Dan beratus2 org like.
Kau suka.
Kau bangga.

Kemudiannya kau post lagi,
Tapi sayang,
Bukan lg lillah,
Tetapi linnas,
Tanpa kau sedar.

Kau tak sedar.

Kemudian,
Kau dah mula berani,
Buat status cinta islamik.

Lebih ramai yg like status kau.

Cinta. Siapa tak suka? Kan.

Dan kemudian,
Kau menjadi lebih berani,
Kau post status 'dakwah' kau tu,
Dan selitkan sekali sekeping gambar berposing.

Aku tak kata kat perempuan sahaja.
Lelaki pun sama.

Kemudian,
Kau mula buka fanpage,
Khas untuk peminat kau.

Kau dah mula syok tak sedar diri,
Bila org puji melambung,
Mengatakan kau soleh@solehah.

Malah, ada yg cuba mendekatkan diri kpd kau.

Kawan,
Sakit kan?
Sakit tau kalau terkena virus ni.
Bahaya.

Apabila kau rasa kau cukup hebat dan alim,
Maka kau rasa,
Kau tak boleh terima sebarang teguran.

Jika ditegur,
Kau akan memarahinya.

Kawan,
Bersyukurlah ada org nk tegur,
Org tegur sbb sayang.

Mmg tak dinafikan,
Ada yg rasa termotivasi tatkala membaca status kau.
Kau tahu.

Tapi,

Mohon,

Mohon luruskn niat lillah.
Mohon sedar diri.
Mohon terima teguran.

Jika kau rasa kau bukan dalam kelompok 'da'ie perasan' ini, maka alhamdulillah dn berhati2lah.

Kpd yg tersedar,
Mohon bertindak segera.

Knp aku ckp mcm ni?

Kawan,
Aku bukannya suudzon dgn kalian.
Tetapi,
Ini adalah perkara2 yg aku pernah lalui,
Dan alhamdulillah ada yg sudi menegurku.
Alhamdulillah.

Aku cuma takmahu kawan2 yg lain jd sama sepertiku.

Boleh post status2 dakwah.
Bagus.
Tp mohon.
Hati tu jaga.
Niat tu jaga.
Jgn sampai semuanya linnas.

Segala tutur kata yg menyinggung perasaan anda, sy minta maaf dr hujung rmbut hingga ke hujung kaki.

Dakwah bukan untuk menyentap tapi untuk menyentuh.

Assif jiddan atas kekurangan.

                                                 Nota Dakwah
                                                          Intan'

No comments:

Post a Comment