Saturday, 28 November 2015

Lelaki Pilihan (32)

Seandainya melupakan itu semudah melafazkan.

Kau ingat senang nak lupa segala kenangan manis,
Kau ingat senang nak lupakan momento antara kau--aku,
Hati aku jenis mengingat,
Otak aku jenis berfikir,
Minda aku jenis susah untuk,
Melupakan sesuatu yang aku sayang.

Kau aku ingat,
Mungkin selamanya,
Dan aku kini faham,
Bila aku hilang semua mengenai kau,
Aku cuba lupakan,
Lupakan dan lupakan,

Aku faham,
Sebab itu agama suruh menjaga hati,
Sebab semuanya bermula dari hati,

Jujur,
Bukan mudah,
Tahan jari aku nak capai telefon,
Dan tanya kabar macam biasa,

Bukan mudah,
Tahan ingatan aku untuk ingat,
Kau yang buat aku tersenyum,

Bukan mudah,
Tahan jari jemari aku,
Untuk lebih 'stalk' kau.

Sumpah tak mudah.

Kau--aku,
Cuba cari cinta Tuhan,
Kalau kau--aku dah nama jodoh,
Aku yakin,
Kita pasti bersama.

Thursday, 26 November 2015

'Lelaki Pilihan' (31)

Lelaki Pilihan (31)

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan luntur
Ku ambil ikhtiar berdiri semula

Aku gagahkan hati,
Sepenuh nyawa aku tahan,
Ada masa dia datang,
Dalam mimpi.

Aku rindu.
Terlalu rindu,
Cuma aku pendam,
Diam. Sunyi, Sepi.
Berlagak macam langsung tak punya hati.
Kau apa tahu.

'Jaka' pilihan,
Jika Aku mencari ketampanan,
Tentu aku takkan memilihmu,
Jika aku mencari kekayaan,
Tentu aku juga tak memilihmu,
Biarlah tak sempurna,
Aku tau kau punya seribu kekurangan,
Tapi aku juga tau kau punya juta kelebihan
Yang tersembunyi disebalik keimanan,
Tenanglah aku takkan meminta hidup yang mewah,
Aku takkan meminta harta yang melimpah,
Percayalah.
Aku menerimamu apa adanya.
Cintai aku jangan sepenuhnya.
Marahi aku jika aku bersalah tapi dengan marah yang wajar
Aku yakin pilihanku adalah pilihanNya juga.

-------------------------------- Terima kasih untuk itu dan ini, Untuk setiap begitu dan begini, Tidak mengapa aku undur diri, Aku yang akan pergi. Redha

Pergi dulu, sampai bertemu lain waktu. Jika merasa rindu, tanyakan pada Tuhan, DIA tahu segala yang aku ceritakan diam diam.

Walau tidak ku pinta,
Pasti Allah akan tetap menjagamu,

Kerna kita semua hambaNya.

Dijaga dan dilindungi olehNya.

Semoga kita bertemu lagi 😊

Fi hifzillah 😊

'Lelaki Pilihan' (30)

Lelaki Pilihan (30)

Gelap yang kelam akan tiba dengan sendirinya,
Raga dan jiwamu akan lepas sejenak melayang menjadi mimpi,
Kibasan angin gelap merasuk menusuk setiap rona rona kehidupan,
Perlahan namun sengit, menjamahi apa yang ada.

Terlupa sudah memori palsu itu,
Hanya terlewat takkan abadi,
Jiwa luka selalu ditengahi suka,
Inilah dia teratak kasih.

Kelam berubah.
Muram kalah.
Suram tak terjamah.

'Jaka' pilihan
Gubahan jiwaku,
Tiada insan lain yang serupa denganmu.
Kerinduanku melaut,
Alangkah sengsaranya diri ini,
Hidup ini ku lalui penuh gundah duka,
Apabila kita terpaksa berpisah.

Tak kisahlah jauh manapun dirimu berada,
Namun dirimu terus ku genggam kukuh dalam hatiku,
Sekuntum senyumanmu,
Masih ku terpandang pandang,
Akan ku bawa hingga ke akhir hayatku.
Bersama cinta yang terus mekar ku abadikannya,
Untukmu dan hanya dirimu.

Mereka berkata cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan dilupa.

Apa warna cinta?

Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna warna cinta yang terlukis di hatimu,
Semat pada senyum dan tangismu,
Agar mewarnai jiwamu yang tulus,
Seperti sang pelangi selepas gerimis.

"Mulut" memang boleh tipu semua orang.
Tapi cuma satu yang tak boleh tipu, "Hati.

Sebab hati selalu pendam benda yang betul.

Rindu.


'Lelaki Pilihan' (29)

Lelaki Pilihan (29)

"Kadang-kadang tanpa sedar kita bagi harapan pada orang."

Setiap yang kita lakukan adalah dengan izin Allah. Tapi bukan semuanya dengan redha Allah. Moga sidia,  Dalam istikharah awak.

Rindu. Memang tak boleh kawal. Kadang rasa nak je tegur dulu, nak je jumpa. Tapi selalu pesan hati, Allah ada. Allah ada.

Rilex .

Indahnya..
Bila kita menyukainya dalam diam,
Tanpa disangka2 dia lah jodoh kita.
Itu semua 'Rahsia' Allah.
Biar 'Ia' tersimpan rapi sebelum tiba waktunya. 😊

Okay. 😉

Aku diam, banyak benda dalam hati.

Carilah aku sebab rindu, bukan sebab bosan.

Dari luar dia nampak sangat hebat dan bahagia

Namun jika kau tahu kisah hidup dia pasti kau terdiam dan berikan tisu padanya.

Ya. Mungkin dia pernah dilukai.

Lalu dia tutup kemas hati. Agar tiada siapa yang boleh melukai.

Kalau tak jumpa saya dalam doa. Minta Allah jumpakan kita ☺

Jaga diri, Jaga hati, Jaga Iman 😊

Saya sukakan perasaan ini. Perasaan gantungkan sepenuhnya pada Allah.

Dah cukup untuk tembus ke dasar hati.

Sometimes, hati pun boleh bertukar tukar rasa macam cerita winter sonata.

Tipu diri sendiri untuk buat hati sendiri gembira.

Nampak tak yang diri sendiri pun complicated,
Macam mana aku nak jaga hati kau.

Salah satu cebisan koyak rabak.

Tulisan koyak.
Tulisan tanpa manusia.
Tulisan yang ada kenangan.

Wednesday, 25 November 2015

'Lelaki Pilihan' (28)

Lelaki Pilihan (28)

Di satu masa,
Ada seorang insan,
Jejaka high class si rahsia
Indah tutur bicara,
Mungkin indah jua akhlaknya.

Lidah ini kelu
Mata ini tertumpu,
Kaki ini kaku,
Hati ini berdegup,
Siapa dia 'jejaka ini'

Satu saat, dua saat, tiga saat,
Mata ini memandang kejap,
Hanya mampu menjadi pengintip hatinya.
Yang mungkin dia tidak tahu,
Bahawa si 'jejaka' ini sering diperhatikan.

Ah!
Parah kau hati.

Aku terus membiarkannya kejap,
Aku berpesan pada hati.
"Wahai hati, kau jangan mengada. Sedar diri kau, kau bukan sape pada sesiapa." Aku diam.

Tapi aku tak sangka.
Dia memandang kepergianku,
Tanpa sebarang bicara,
Pandang dan terus memanang,
Lalu aku hilang,

Tak sangka dia juga menyimpan perasaan yang sama.
Tapi masing masing kelu lidah memutarkan bicara.

Kini aku mengenalinya,
Tanpa dia tahu perasaan ini.

Kini dia juga mengenaliku,
Tanpa aku tahu perasaannya macam mana.

Aku mula berpijak di nyata,
Biarlah jejaka itu,
Jangan difikir soal dia,
Dan dia "lelaki idaman"

Bipp, bipp,
Mesej mula masuk ke peti masuk,
Siapa gerangan insan tanpa nama,
Dia mula bicara, "Assalamualaikum,"
Aku diam seribu bahasa,
Rupanya lelaki idaman masih mengingati,

Aku pikir dia sudah amnesia mengenai aku.

Benarlah,
Jarak menjauh,
Ada doa sedang mendekat,
Fi hifzillah "lelaki idaman"

Aku mohon menjarak,
Kelak menjadi yang sah kita akan sama sama melayari jannah Ilahi,

Aku pergi,
Terus pergi,

Kau pula aku tidak tahu,
Adakah kau berjuang untuk cuba menghalalkan hubungan ini,

Atau kau masih diam disitu.

Terpulanglah.

Apa yang ku harap,
Moga moga ada jodoh kita,

Jikanya tiada,
Aku 'redha'

Allah dah susun indah jalan hidup kita.
Yakinlah janji Tuhan,
Diam sahaja aksara kata ini,
Tuhan sentiasa ada,
Berdoalah.

'Lelaki Pilihan' (27)

Lelaki Pilihan (27)

Awak dan saya. Ya,kita lah tu. Dah decide nak bina 'masjid'. Nak melakar impian,bersama redha Tuhan. Yang nama jodoh, awak lari jauh mana, jodoh tu tetap datang. Walau tak suka, benci. Dia sudi menjadi pendamping awak. Dari sepi, aku bariskan sebuah puisi tentang rasa kehilangan yang paling dalam di sudut hati. Puisi itu indah, dia tersirat. Biar dibaca sampai bermakna hingga ke tulang hati. Kerana semua ini, sudah tertulis dan tercatit buat kita. Sabarlah kasih, perancangan Tuhan lagi hebat. Dia lebih mengetahui segala, untuk kita. Bila tiba satu saat, kau harus memilih antara aku dengan dia. Aku cuma harap kau akan pilih yang sebaiknya untuk hidup kau selamanya itu kisah--kita awak dan--saya kita

Kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang. Kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan. Kalau tidak mampu setia, jangan pernah mengukir janji.

Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia siakan, dan terlalu berharga untuk di hancurkan.

Monday, 23 November 2015

'Lelaki Pilihan' 26

Lelaki Pilihan (26)

"Jangan hubungi saya lagi dan tolong jauhkan diri awak dari family saya. Saya ni bekas tunang kawan awak. So tolong lupakan saya. Lagi satu takyah ucap 'I LOVE YOU', sikit pun tak cair. Kalau berani ucap depan mak sayalah! "

"Okay kalau ni awak nak saya pergi walaupun berat. Maafkan saya, satu je nak cakap, kalau andai satu hari family saya datang melamar awak. Tolong jangan mengelak lagi. Jaga diri baik-baik Huwaida."

Handphone dimatikan. Perlahan Huwaida sarungkan tudung dan niqab. Ambil beg dan keluar bilik. Tak sampai beberapa minit, adik dengan nafas tercungap cungap berdiri di hadapan.

" Akak, jangan jalan. Abang Irman baru je call mama, dia nak datang sini bawa mamanya merisik. "

Papppp!! Eihhhh mimpikah aku di siang hari ? Baru je tadi dia cakap akan pergi jauh tapi sekarang dia dah kat depan dengan senggih hingga ke telinga.

"Saya dah beritahu mak awak, saya cintakan awak. Mak kata okey. Dia suruh saya tanya awak. Awak terima saya tak ? "

Rasa macam mimpi. Nak je tampar lelaki yang dihadapanku, atau minta dia tampar aku. Tapi tangan jadi beku, lidah kelu, pipi panas bila melihat senyuman dua wanita yang bergelar ibu di sofa.

Kepada kaum lelaki,rebut saf paling hadapan bila datang masjid. Mana tahu duduk sebelah bakal bapak mertua ke.
Omomomomo comel."
tersembur


Sunday, 22 November 2015

'Lelaki Pilihan' 25

Lelaki Pilihan (25)

Kaki ini laju mengatur langkah,
Pergi tanpa destinasi,
Kau tunggu orang yang tak pasti kenapa?
Apa kau lupa?
Cinta Ilahi masih ada untuk kau.

Gadis itu terus berjalan,
Berhenti di satu tempat,
Lalu duduk memandang kehijauan bumi,
Tak dipinta,
Tak disuruh,
Air mata jatuh mencecah bumi,
Meminjam di pipi,

Dia mula monolog diri,
"Sebab aku lupa, aku mengharap benda tak pasti, sebab aku lupa dunia ini pinjaman Ilahi,
Sebab aku lupa dunia ini fantasi"

Air mata deras membasahi pipi,
Walaupun ditutupi sehelai kain hitam diwajahnya,
Namun,

Insan yang melihatnya pasti tahu dia sedang berduka.

Sabarlah duhai hati,
Kau sudah mendapat cinta Ilahi,
Cinta manusia akan datang sendiri,
Kau jangan khuatir wahai diri,
Sungguh,

Allah dah susun baik baik jalan hidup kita,
Kau punya perasaan itu perkara biasa,
Kau jagalah perasaan itu,
Jangan sampai melalaikan diri,
Bimbang,
Hati kau kecewa lagi.

Sebab aku tahu,
Sakitnya memendam,
Tapi percayalah,
Selagi kau terus mengejar cinta Ilahi,
Kau akan bahagia.

Move on,
Lap air mata itu,
Biar air mata itu menjadi airmata berharga,
Bukan sia sia seperti ini.

Gadis itu terus bangun,
Memberi kata semangat pada diri,
Mulai detik dan jam dan saat ini,
Kau bukan yang dulu,
Kau bukan yang sekarang !
Azamkan.

Maaf untuk rindu yang tidak terluah,
Maaf untuk sayang yang tidak dipernah dipersembah,
Maaf untuk setiap rasa yang pernah aku duga.
Ya Allah,
Jaga kami,
Kerna syariat, aku pendamkan.


'Lelaki Pilihan' (24)

Lelaki Pilihan (24)

Aku ada suka someone, tapi..

Tapi apa?

"Aku takut. Takut cinta aku ni melebihi cinta aku pada Tuhan. Maka, aku minta Allah jagakan dia."

Bila Allah hadirkan dia,
Dalam hidup kamu,
Jangan terlalu gembira.

Mungkin,
Kehadiran dia hanya sementara,
Pengubat duka di hati kamu,
Atau mungkin juga,
Sebagai ujian buat kamu.

Kawal hati sebaiknya,
Jangan ada air mata yang mengalir,
Saat biar menguntum senyum.

Nanti dah nikah, jangan jadi seorang isteri yang gagal."

Maksud mama?

Gagal didik anak pasal agama. Gagal jaga aurat dan ikhtilat"

Ma pesan :

Memiliki suami yang penyabar ni satu anugerah. Begitu juga dengan memiliki suami yang soleh.

Jadi hargai sebaik mungkin.
Bukan mudah Tuhan nak beri suami begitu.

Lelaki zaman sekarang ni.
Marah je naik tangan.
Penat je naik sebakul.
Kaki tangan terbang kat muka isteri.
Belum tambah lagi dengan ludah.
Tapi tak semua lah.

Rasulullah SAW pun berlembut dengan para isteri baginda. Kerana dia lebih tahu. Wanita itu bukan untuk dikasari. Tetapi untuk dilindungi.

Cakap kat mak awak cari menantu yang gangster,
Ambiklah saya jadi menantu☺ InshaaAllah keselamatan keluarga terjaga. HAHAHA😂

Biar mata tidak bertemu,
Biar doa yang menyatu,
Kerana sejauh apa pun jarak,
Doa tetap sampai.

Semoga selalu dalam jagaan Dia."

Letakkan pengharapan Allah.
Bukan pada manusia.
Tak terlalu kecewa kalau bukan jodoh."

kunyah biskut

Saturday, 21 November 2015

'Lelaki Pilihan' (23)

Lelaki Pilihan (23)

Jaka pilihan,
Sudah berhari,
Aku cuma memerhati di dalam diam,

Tangan mula berjalan,
Meniti setiap inci si Jaka perhatian,

Parah kau wahai hati,
Apakah sudah jatuh cinta?
Atau kau jatuh suka?

Ah,
Tepis segala perasaan ini,
Buat hati tak menentu lagi,

Dear heart,
Please stop falling in love
With people I can't get.

Cukup kau menjadi Photografi,
Yang cuma mencapai memorinya,
Biarlah dalam diam,

Bawalah nama dia sekali,
Dalam setiap doa kau.
Supaya dia lekas menjadi yang halal.

Bukankah itu yang kau mahu?

Tapi sayang,
Apa yang di puisi itu cuma angan,

Hati berdegup,
Perasaan apa ini Ya Tuhan,

Dijadikan kisah,
Malam itu punya cerita,
Yang buat aku senyum sendiri,

Bip, bip
Sesaat dua saat,
Pantas jari ini lekas melihat,

Dari si Jaka pilihan kah?
Apa saja yang dikatakan itu?
Inilah dia "Sudikah kamu menjadi yang halal dan menjadi yang baik untukku, serta madrasah untuk keluarga kita nanti. Saya akan datang pada keluarga kamu." Speechless.

Aku diam,
Jari kaku,
Hati beku,
Minda kosong,

Lantas sujud syukur pada Tuhan,
Istikharah menjadi pilihan
Airmata saksi ini,

Aku pikir,
Aku sedang berhalusinasi,
Rupanya aku berada di realiti,

Allah,
Sungguh benar janjiMU,

Terima Kasih 'Jaka pilihan'
Mohon aku pada kau,

Bantu aku menjadi wanita solehah,
Bantu aku bina madrasah untuk anak anak,
Serta,
Pimpinlah aku atas agama ini,
Pimpinlah aku bersama ke syurgaNYA.

Walau kita masih menuntut ilmu,
Jarak kita juga jauh,
Aku tahu,
Pasti ada rezeki Tuhan,
Kita sama sama bina kejayaan,
Di dunia dan Akhirah.
Untuk menjadi insan yang soleh & solehah,
Untuk sama sama membantu agama,

InshaAllah,
Moga saja puisi ini buat kau tersenyum riang,
Dengan puisi tanpa kata yang indah,
Sebab aku sedar,

Aku bukan si puisi yang tegar,
Cuma puisi Jalanan Maya,
Yang menconteng di dinding telefon,
Yang menconteng buku buku puisi,

Sebab,
Hanya dengan kata ini,
Dapat aku berikan kata gambar hidup ini,
Yang tak selalunya indah,
Tapi punya 'ibrah'nya,
Yang aku harap ada insan yang sudi mengutipnya,

Agar puisi ini tak tenggelam,
Tapi timbul selamanya,
Terima kasih.

'Lelaki Pilihan' (22)

Lelaki Pilihan (22)

Monday, I'm waiting,
Tuesday, I'm still waiting to see you,
To see, see how you're doing,

Wednesday you still don't come,
Nothing in the late morning
Thursday is empty,
Whether its Friday, Saturday or Sunday,
There isn't a day I don't think of you,
There won't be a day when you'll come back to revisit our past.

The day I met you,
The day we became close,
The day I feel in love with you,
The day I confessed it,
The day that you heard it.

Will it be much longer? I just don't know
Will it be several months or another year?
Of the tens of thousands, countless memories we shared,
I've never not thought of you.

January is endless,
February is dull,
March is also vague,
April I'm restless,
May is painful,
June is empty.

I don't know how much longer that I have to put up with you,
I've been hiding everythings in my heart.

Everytime we meet each other, Everytime we face each other,
Though I am indifferent. Do you know how much have I have to force myself?

Can't you hear my heart calling for you, loving you
But I can't release my heart out for anyone to know,
Can't you hear my heart's waiting there for you,
Waiting for you to feel it. I was hoping that you will realize someday.

Though I love you, though I feel (your love)
But deep down inside, I can't dare to tell you.

Can't you hear my heart waiting for you,
Waiting for you to feel it,
And I was hoping that you will realize that this woman still love you,
Anyway, someday, you will know it.


'Lelaki Pilihan' (21)

Lelaki Pilihan (21)

Kita hanya akan sedar betapa bahaya dan manisnya sebuah doa ketika mendokan kebaikan orang lain.

Pejam mata,
Dalam diam,
Siapa yang sudi mendoakan kita?

-Lailjamil

Di sini penuh dengan kata koyak yang sudah rabak. Sebab tulisan itu sepi. Monolog itu bisu hanya satu perasaan.

Di sini tempat untuk aku membebel sorang sorang macam orang tak betul. So aku nak coretlah sikit untuk tidak menghampakan pesakit jiwa semua.

Kenapa Monolog Bisu ? #monologbisu

#Monologbisu 😱
#Monologbisu 😱

Haha. Sini lah banyaknya tulisan koyak. Banyak tulisan imaginasi sendiri. Banyak tulisan untuk diri sendiri. Tempat mencurhat kedua katakan.

Sorry lah gaisss. Aku penulis yang tak bertauliah. Yang aku tulis cuma suka suka. Aku nak membunuh masa. Aku si pelik yang sukakan suasana suram dan sedikit bising untuk aku lari dari dunia Realiti. 😲🏃

Moga kamu terhibur dengan tulisan koyak ni. Banyak tulisan yang patah. Yang aku cuba rawat sendiri.

Sebab tu perasaan. Dan aku tulisan ini mengambarkan perasaan.

Untuk si misteri Semua.
Maaf jika tulisan ini menganggu hidup kamu. Aku menulis ini kerana percaya.

Mungkin tulisan yang diam diam ditulis dari aku untuk kamu. Kamu juga membaca dalam diam tulisan dalam diam ini dan Tersenyum.☺️

Nah Aku bagi Rose merah tiga kuntum. 🌹🌹🌹😍

'Lelaki Pilihan' (20)

Lelaki Pilihan (20)

Takdir kadang kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun, takdir juga menerpa kita erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi peluang kepada kita untuk menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan kita 😊

"Aku tenang begini.
Tanpa sesiapa lagi dalam hati.
Kau tidak ku temu, tidak juga ku tanyakan khabar.

Tetapi, aku tak mampu membohongi hati masih sayang.
Cuma aku percaya Tuhan menjarakkan kita atas alasan.

Jaga hati, Jaga Iman.

Satu aku minta,
Jika mahu pergi, jangan pernah kembali lagi.

Hati ini bukan persinggahan."

"Perempuan itu sifatnya amat lembut, mudah menangis, mudah merajuk. Tetapi akan ada satu saat sifatnya berubah menjadi kasar. Bukan sebab ingin menjadi dirinya sendiri. Tapi, keadaan yang memaksa dia menjadi kasar dan tidak berperasaan.

Orang kata kalau tiba-tiba mobile network phone kita slow, itu tanda orang nak datang meminang esok.

Ok, kena standby ni."

Gelak kejam

Kalau ada jodoh, nama awak & saya dalam sijil nikah kita. Takde jodoh, awak dapat kad kahwin saya."

Marry someone who will promise to wake you up for fajr."

Bukan perempuan je yg patut jual mahal. Laki pun sama. I taknak future husband I yg senang senang coment gambar perempuan lain "Eh comel"

Mohon Hadam sampai ke tulang jantung hati.

To : Bambam

'Lelaki Pilihan' (19)

Lelaki Pilihan (19)

Macam-macam hal sekarang.

Ada tikus dalam air soya, ada cicak dalam lemang, ada awak dalam hati saya.
Macam-macam hal.

Eh.😂

"Saya minta maaf, Im not deserves for you, kalau betul nakkan saya, jumpa wali saya.

Zapppp.

Irman Hakim diam, hatinya bingung antara dua melepaskan atau terus mengikat janji setia dengan walinya. Ya Allah , kau berilah kepadaku akan petunjukMU.

Hati monolog diri Irman berbicara.

Mulai saat ini , tak perlu contact saya lagi. Saya takutkan Allah, saya takut lalai dengan cinta Awak. Maafkan saya. Saya pergi dahulu. Assalamualaikum.

Irman diam membisu, dipandang Iphone miliknya. Pandangan sepi, kosong. Bila dah sayang, rasa takut nak lepaskan. Tak ada siapa pun yang nak bila hilangnya orang yang dia sayang. Ya Huwaida, pasti Allah tahu segalanya. Allah mengatur setiap gerak langkahku. Aku akan menjadikanmu Halal bagiku.

Irman pantas menuju ke bilik air untuk mengambil Wudhu. Usai sahaja , dihamparkan sejadah mengadap kiblat. Tiada insan mampu meneka hati , biarlah ilahi sahaja mengetahui akan isi hati terpendam ini.

Allahuakbar."

Biarlah aku lepaskan,
Sebab aku takut,
Aku takut lalai dengan engkau,
Biar aku simpan di hati,
Kerna aku yakin,
Janji ilahi itu pasti.
Saya sukakan perasaan ini.

Perasaan gantungkan sepenuhnya
pada Allah.
Pada setiap jiwa.
Allah telah tetapkan bahagia.
Cuma masa je yang belum tiba
Sabar yer hati.

'Lelaki Pilihan' (18)

Lelaki Pilihan (18)

Mencintai dalam diam,
Seperti cinta Fatimah dan Ali.
Biar Allah saja yang tahu hati ini,
Wahai insan misteri.

Aku bimbang,
Hadir perasaan rindu,
Aku khuatir aku hanyut.

Allah,
Dia jejaka high class,
Jodohkan dia dengan muslimah yang baik,
Meskipun ianya bukanlah aku.

Si misteri mengorak langkah,
Aku mendongak langit Ilahi,
Perasaan sukakah?

Aku takut.

Takut cinta aku ni melebihi cinta aku pada Tuhan.

Maka,aku memohon Allah jagakan dia.
Wahai diri,
Lupakah?
Takdir itu boleh diubah dengan berdoa.
Jangan putus doa.
Itu senjata.

Dia dan aku mengorak langkah laju,
Berbeza tempat,
Pergi,
Dan terus pergi.

Biar rasa ini menjadi rahsia,
Kau bukan sesiapa,
Sedarlah diri.
Berhenti berharap pada yang tidak pasti.
Letaklah pengharapan pada Ilahi,
Aku yakin bahagia menanti.

Setelah lama tiada.
Di satu masa,
Ada seorang insan,
Jaka misteri kunamainya,
Indah tutur bicara.

Lidah ini kelu,
Mata ini tertumpu,
Siapa dia "Jaka?"

Satu saat,dua saat,tiga saat,
Mata ini memandang kejap,
Pantas pandangan ini tunduk,
Bimbang kacau di hati,

Aku terus berlalu,
Dia memandang kepergianku,
Tanpa sebarang bicara,
Pandang dan terus memandang,
Lalu aku hilang.

Aku juga memandangnya,
Sekejap,dua kejap.

Kini kami saling kenal
Ya——kita,
Rupanya dia Jaka yang aku kenal dulu,

Dia masih wujud dalam memori aku,

Masih ada harapan yang terpendam dulu,

Bipp,bipp,
Pesanan mula masuk ke peti masuk,
Siapa gerangan insan tanpa nama,

Aku diam,

Assalamualaikum,Fi hifzillah. Moga sentiasa baik sahaja. Allah has better plan for you. Moga ada nama terucap di dalam doa lafaz terucap di bibir."
Aku keliru,

Aku diam seribu bahasa,
Diselidiki,

Rupanya 'si jaka' masih mengingati,

Benarlah,
Jarak menjauh,
Ada doa sedang mendekat,
Fi hifzillah Jejaka high class.

Aku mohon menjarak,
Kelak menjadi yang sah kita akan sama sama melayari jannah Ilahi.

Aku pergi,
Terus pergi,

Kau pun pergi sama,
Moga pergi kau sedang berusaha,
Menjadikan diri ini halal untuknya.

Moga——moga
Ada doa yang sentiasa bersama.

Terima kasih,
Untuk hari Risik yang indah,
Untuk hari kenalan hati kita,
Moga ada bahagia menanti.

"Dah besar dah kamu ni. Bila nak kahwin?"

"Bila makcik sudi terima saya sebagai menantu."

* jatuh kerusi *

'Lelaki Pilihan'(17)

Lelaki Pilihan (17)

Syafakillah untuk hati yang sedang sakit. Untuk jiwa yang sedang sedih, untuk perasaan yang sedang rabak.

Dearself, cuma kamu yg rasa apa yg sakit, dalam mana pedih, luas mana robekan hati.
Astagfirullahal'azim.

Intan,
Lupakan dia sebagaimana kamu lupakan Allah, sebagaimana kamu Asyik dengan cinta si dia.
Belajarlah dimana kuat yang kamu datang saat kamu benar benar ingin kembali pada Allah dulu.
Pandang depan cermin. My old me is dead. Dead.

Im newborn now.
Berjanji pada diri yang kamu akan cari jalan pulang pada Tuhan.
Lupakan semua masalah sementara. Beruzlah lah dengan Tuhan.
Moga hati yang sakit semakin sembuh dengan kekuatan dari Allah.

Orang yang hadir dalam life kita, kadang ujian, kadang satu kebahagiaan.
Didik hati Intan. Didik hati.
Bicara pada hati Intan.
Awak mampu lupakan dia.
Allah dah sediakan seorang lelaki yang soleh buat kamu.

Jangan sedih tan.
Allah tahu kamu kuat. Kamu kuat nak hadap segala rasa bebanan hati

Padam segala memorinya

Hilangkan segala kngn dia.

Mohon Allah tenangkan hati awak Intan.
Biar dia pergi, nnt ada yg lebih baik

Tuhan itu maha baik.
Allah tahu apa yg terbaik buat hambanya
Kadang hidup kita rasa seperti dipenuhi hujan hujan. Tapi jgn  lupa. Ada pelangi yg Allah nak hadiahkan pada kita.

P/s : Nak cari jodoh.
Jangan nampak hensem/cantik.
Seluar berkoyak lutut.
Jeling jeling mata.
Dah buat pasangan hidup.

JANGAN.

Pilih lah yang beragama.
Nescaya kamu akan bahagia.

"Kak Kenapa tak try die ? Tak risau dia kena ambil orang. Nampak Alim?"

"Akak dah ada calon. Inshaallah yang ni pun terbaik. Imam untuk akak inshaallah"

Kalau betul dia untuk kita, dia akan setia menunggu even kita ni tak hebat mana pun."

Senyap. Speechless.

* sengih *

'Lelaki Pilihan' (16)

Lelaki Pilihan (16)

Sesaat kau datang, sesaat kau hilang. Kau insan misteri. Hadir seakan 'chipsmore'. Tak ku kenal, Tak pernah ku jumpa. Biarlah jarak begini, agar aku tidak hanyut menyemai cinta manusia. Mencintai dalam diam, seperti cinta Fatimah dan Ali. Biar Allah je yang tahu hati ini, wahai insan misteri. Aku bimbang hadir perasaan rindu. Aku khuatir aku hanyut,Allah. Dia jejaka high class. Jodohkan dia dengan muslimah  yang baik, meskipun ianya bukanlah aku. Si misteri mengorak langkah. Aku mengorak langit Ilahi. Perasaan sukakah? Aku takut. Takut cinta aku ni melebihi cinta aku pada Tuhan. Maka aku memohon Allah jagakan dia. Wahai diri, lupakah? Takdir itu boleh diubah dengan berdoa. Jangan putus doa. Itu senjata. Dia dan aku mengorak langkah laju. Berbeza tempat, pergi dan terus pergi. Lupakan dia . Tunggu sampai satu masa. Allah pasti akan mempertemukan. Yakinlah janji Ilahi. Kau kena ingat dunia penuh fantasi. Pesan pada hati, jangan lalai. Biar rasa ini menjadi rahsia. Kau bukan sesiapa, sedarlah diri. Berhenti berharap pada yang tidak pasti. Letaklah pengharapan pada Ilahi. Aku yakin bahagia menanti. Terus dia memandang laut, sedangkan laut pun ada ombak membedai. Inikan pula hati manusia, sudah ! Berdirilah di alam realiti, cukuplah dengan fantasi pantas laju kaki menghayun diri. Pergi tanpa menoleh. Laut menjadi saksi, jangan berangan lagi. Kasih Ilahi sedang menanti.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah,kau pasti mencintaiku keranaNya."

Jarak memisahkan?

Jarak menjauhkan?

Doa ada untuk mendekatkan ☺

Tak kisahlah seorang di Timur, seorang di Utara. Yang penting pandai jaga hati, jaga iman, jaga mata, jaga agama, jaga taqwa.
Selagi kita ada sifat men'jaga' inshaAllah akan bersatu hati tu satu hari nanti.

"Kalau orang boleh sayang kita tanpa sebab,tak mustahil orang boleh benci kita tanpa sebab jugak"
Mama

Akhirnya aku faham. Apabila wanita menjadi seorang ibu, dia tak boleh terbang lagi kerana sayapnya telah diberikan kepada anaknya".

Pesan mama bila suka seseorang,

"Biar jauh dimata,
"Dekat dihati"
"Lebih baik begitu daripada dekat dimata, tak singgah dihati."

Ketika kita sabar,Tuhan pasti akan memberikan ending yang bahagia untuk kita 😊

“ Mak saya cakap dia berkenan dekat awak ”

Mak awak dengan mak saya pun bae jugak.

Baesan 😁

'Lelaki Pilihan' (15)

Lelaki Pilihan (15)

Ada tak perasaan-- Aneh
Antara dua
Awak-- Saya
Kamu-- Dia

Senyap senyap ada yang memerhati,
Senyap senyap ada yang ambil peduli,

From my heart
People come and go,
Not because I open the door,
For them to leave,

But,
Because they force it.

Kalau aku tidak pernah merasa kecewa mungkin aku tidak pernah merasa dekat dengan--Doa.

Nak tahu kenapa kau susah nak bahagia?

Sebab kau cari bahagia dari manusia,
Padahal yang beri bahagia tu Allah yang Esa. Disamping kau cari manusia. Allah kau jangan lupa.

Jangan bila Allah bagi bahagia terus kau lupa siapa diri kau. Kau asal dari Tanah, berbumi Tanah. Jangan bersifat langit.

Ingat.

Allah please don't attach my heart to something that's not meant to be mine.☺

Kalau dah jodoh, kita duduk pantai timur dia duduk utara pun Allah akan satukan "

" Tapi kalau dah takda jodoh?

Mama pesan , takde jodoh.
Redha "

"Ya Allah, please ease my studies until I graduate, ease for marriage, have a job, and can afford to take care of my family."

Amin.

Nak ikat suami, kena ikat perutnya dahulu. Apa kata awak bagi saya number phone mak awak. Saya nak mintak resepi dari beliau ni. Nanti senang nak gemokkan budak kecik ni lagi.

* lempar henfone *

Ce try tanye mok awok,
Boleh dokk saye nokk jadi natu dia??
Tanye arhh, patt kett !! 😂

'Lelaki Pilihan' (14)

Lelaki Pilihan (14)

Bila aku bersendirian. Satu persatu kenangan muncul. Kenangan manis, pahit, tawar, masin, masam. Kenangan bercolourful. 😊

Dah namanya dunia, takde yang kekal pun even perkataan 'Forever'

"Bila perempuan tanya soalan, jangan tipu. Sebab dia sebenarnya dah tahu benda betul. Dia just nak tengok kau boleh jujur ke tak ! 😏

Alamak. Sis tiba tiba bebel
#hati perempuan

"Memang membebel itu satu hiburan bagi kita tapi suatu hari nanti bila dah tiada baru kita tahu apa tu rindu ☺"

Memang cantik ni subjektif. Tapi orang yang biasa biasa akan lebih menghargai daripada orang yang cantik ni. Sebab dia tahu seseorang tu   ikhlas terima dia.

Dah. Malas dah bebel sorang sorang

Barangkali disisimu, wujudku hanyalah di hujung tumit yang bakal tercicir. Bila kau melangkah di setiap simpang. Tetapi dalam hidupku kini, wujudmu adalah suatu keajaiban yang menakjubkan. Satu hati sedang singgah bertakhta, memukau mata dan khayalanku. Di bawah pohon pohon ini, manusia kerdil si jubah hitam menanti malam. Biar segala malam ditidurkan, biar segala sunyi dimatikan. Makin jauh hidup ini, hanya satu jalan kembali. Menunduk pada jalan keimanan. Menempat ke asalnya, ke hakikat kehadiran insan. Duhai waktu dulu, aku kini berbalik mengenangimu kembali duduk di tikar budaya, kembali berteduh di payung agama. Ini rantai kalimah, kan ku ikat ke pinggang peribadi. Ini intan ajaran, terima kasih awak. Pertemuan singkat denganmu, menghadiahkan padaku makna hakikat, makna hati sebenar.

Cuma sis nak bagitau. Sis full marks Exam hari ni. 😊😍

'Lelaki Pilihan' (13)

Lelaki Pilihan (13)

Sekejap mata memandang Dan kau pun pergi.
Sekejap hati mengingat Dan kau pun menghilang.

Rindu zaman kanak kanak. Bila aku jatuh cuma kaki dengan tangan je yang luka. Bukan hati. Cehh. Haha

Aku gagahkan hati,
Separuh nyawa aku tahan,
Ada masa dia datang.

"Ya habibi Qalbi, aku rindu. Terlalu rindu."

Cuma aku pendam, Diam. Sunyi. Sepi. Belagak macam langsung tak punya hati. Kau apa tahu. Tak semua yang ada dijiwa ini perlu diluahkan pada sesiapa yang ingin dituju. Sungguh. Aku rindu. Tapi aku belajar untuk memendam. Berkata kata hanya pada Tuhan. Kerana Dia. Dia lebih Mengerti. Pergi dulu, sampai bertemu lain waktu. Jika merasa rindu, tanyakan pada Tuhan. Dia lebih tahu segala yang aku ceritakan diam diam. Walau tidakku pinta, pasti Allah akan tetap menjagamu. Kerana kita semua hambaNya. Penjaga dan dilindungi olehNya. Fi hifzillah.

Tiada yang bisa mengisi ruang dihati, Aku mohon jangan pergi. Jiwa ini perlu kamu.

Kalau kau pergi, siapa lagi yang akan melihat senyum manis ini. Kalau kau pergi, siapa lagi nak dengar celoteh panjang ini. Aku mohon jangan pergi, jiwa ini perlu kamu. Kalau nak pergi, siapa nak pimpin aku menuju jannahNYA. Jadi, aku mohon jangan pergi. Aku sudah jauh terbawa lukisan hatimu. Jika kau pergi, siapa lagi mahu salurkan semangat ini. Tak semua orang boleh faham apa yang kita rasa, kita lalui. Tapi bersyukurlah, dia still beri semangat nasihat. Aku mohon jangan pergi.

Ya Allah, jagakan orang yang aku sayang, yang aku pernah sayang, yang aku masih sayang, yang aku akan sayang. Spent time dengan hadek kesayangan. Nanti dah terbang jauh hati terlekat. Sebab saling rindu. Maybe, you'll happy if I leave. No. I'm happy because you stay. Sedihnya ayat ni.
Saya malas nak caption panjang panjang, cuma nak share resepi nasi minyak. Bahan bahannya:

1)SAYA
2)AWAK
3)TOK KADI

Nasi minyak done. Selamat mencuba. Kerengga overdose ^_


'Lelaki Pilihan' (12)

Lelaki Pilihan (12)

Dia TERSENYUM
Walau hati dia RETAK.

Senyum, jika aku mampu. Aku ingin senyum seluruh dunia tanpa ada rasa duka. Jangan sentuh hati dia. Jangan kacau hati dia. Jangan racuni hati dia dengan cinta yang sia sia. Jangan cuba buat dia jauh dari Tuhan.

Jika kita yakin jodoh dan pertemuan itu ADA ! Pastinya Allah akan tautkan dua hati menjadi satu. Walaupun kadang kadang makan masa bertahun 😊

WANITA, MADRASAH ANAK ANAK

Duhai Muslimah,
Berusahalah untuk jadi madrasah yang terbaik demi generasi akan datang.

Sekiranya berhasrat kepada zuriat yang soleh dan solehah,
Maka perlulah kamu menjadikan madrasahnya sebagai saranan yang utama.
Bertakwa atau tidak ia kepada Allah,
Cinta atau tidak ia kepada Saiyyidina Rasulullah SAW.

Allah, if I am to fall in love,
Let me touch the heart of someone whose heart is attached to You ❤

"Kalau jumpa lelaki yang nangis sebab awak, jaga dia.
Kalau jumpa lelaki yang nangis sebab Allah, jangan lepaskan dia"
Mama

Mama cakap jangan sentuh bunga itu andai tiada niat memetiknya.
Jangan sentuh wanita itu jika tiada niat mengahwininya."

Biar mata tidak bertemu,
Biar doa yang menyatu,
Kerana sejauh apa pun jarak,
Doa tetap sampai.

Semoga selalu dalam jagaan Dia."

Bakal Zauj,

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau pasti mencintaiku keranaNya" ❤

Jarak memisahkan?

Jarak menjauhkan?

Doa ada untuk mendekatkan ❤

           Uhibbuka Fillah❤

'Lelaki Pilihan'(11)

Lelaki Pilihan (11)

Dia, bukan sekuat yang kau sangka, Bukan setabah yang kau duga. Disini aku mampu memekik suara hatiku melalui setiap aksara yang kau baca. Kau nak yang sempurna? Maaf. Kau tak akan jumpa ! Lalu, aku coret sedikit aksara dihati. Dear self, I know you are afraid of facing your fears but somehow you need to get up and face your fears instead of running away. You can do this. And now, I wake up, stand on my feet. I have Allah. Siapa sangka muka yang tak punya riak itu sebenarnya sedang bertarung dengan dirinya sendiri.

Di satu ketika,kau bawa diri dengan hati yang luka bersama airmata menemani. Rupanya kau kecewa. Itu tidak kena, ini tidak kena. Habis yang macam mana? Dapat puas hati kau? Jalan itu, jalan ini, semua kau halang. Aku bagai sang burung di sangkar, Bagai katak di bawah tempurung. Aku juga punya perasaan. Fahamilah, jangan egois ! Lumrah aku ingin berteman, lumrah aku ingin bahagia, jangan halangi aku, Aku juga pantas menjadi insan istimewa. Biar aku menahan luka ini agar derita hati aku hanya Tuhan yang tahu. Aku yakin Tuhan itu Maha Pengasih. Aku redha, ini jalan hidupku. Tuhan sekadar mahu menguji sabar itu ada ganjarannya. Pergilah duka, pergilah derita, bahagia ingin menjelma. Terima kasih Tuhan.

Aku bukak kipas bilik. Aku plan nak sambung penulisan yang tergendala. Buka lappy. Aku nampak katil. Tiba tiba aku terlelap. Yes ! Kita hanya merancang. Rupa rupanya mata pun minta tutup. Hahaha Laila Saeda orang Malaysia. Fi hifzillah

"Sudi tak awak jadi separuh lagi qalbi(Hati) saya?
Kerengga overdose"


'Lelaki Pilihan' (10)

Lelaki Pilihan (10)

Aku melihat aku dalam matamu
Namun apakah kamu melihat kamu dalam mataku.

Sepertinya cuma aku
Yang seperti itu

Kerana jika kamu, sama denganku
Tak mungkin kamu berlalu dan meninggalkan aku.

Akan ada satu orang
Dalam dunia ni,
akan buat,
Kamu menulis,
Tentang jiwa,
Tentang rasa,
Tentang rindu itu.

Meja depan
Pegang tangan

Meja tepi
Kongsi kopi

Aku bangun
Aku jalan

Pasangan depan peluk sakan
Pasangan tepi cubit pipi

Aku balik.
Sakit mata,
Maksiat berleluasa,
Kenapa perlu guna cara haram,
Kalau yang halal kau boleh mula.

Suka dia,
Jumpa wali,

Itu cara terbaik.

Couple sebulan putus,
Couple sebulan lagi putus,
Itu couple atau pakej maksiat bulanan?

Maybe its not about happy ending, maybe its about the story. Mr right won't distract you from your lord. If he distance you from Allah, he's Mr. Wrong. Some people are meant to fall in love with each other. But not meant to be together. Berhenti berharap pada org  yang tak menghargai kau. Jika dia cukup bodoh meninggalkan kau. Kau harus cukup cerdik utk lepaskan dia. And if he's going to be sorry he lost  you. So stop worrying. Forget the past. Forget the pain and remembered what an Incredible woman you are. Okay

Allah  has better plan for you. Just has faith.

Kau manusia. Kau tak boleh ada semua. 👆

Saying goodbye,
Make me realise,
That forever with you,
Was the most beautiful lie,
I could ever,
Have hoped to be true.
" what' s wrong? "

"I'm just tired. "

"Ohhhh"

For once, I want to hear someone ask.

"Tired of what?"

That one question could save someone's life.

'Lelaki Pilihan' (9)

Lelaki Pilihan (9)

"I don't write about you anymore. You don't deserve that kind of power any longer. Wanted by many. Taken by none. Looking at some. Waiting for one. At least saya tahu yang saya masih lagi terwujudkan dalam kisah kisah hidup kamu.

Awak, jika dulu kita pernah mencipta kenangan. Jika dulu kita juga pernah berjanji menyimpan memori. Tapi kini tidak, kau pergi. Membawa bersama kenangan. Jauh kau pergi, tanpa menoleh insan dibelakang. Ah ! Sudahlah. Tak kisah kau fikirkan lagi, diri kau yang kau perlu fikirkan. Takkan selamanya kau mahu begini. Laju kala menghayun, dengan sisa airmata. Dikesesakan ramai orang. Tanpaku peduli, biar saja mereka melihat, Tak ku hirau. Tuhan, jika ini jalan yang terbaik, agar kenangan yang pernah aku bina, menjadi memori. Di satu hari kelak, agar kenangan itu dapat aku lempar bersama angin yang membuai. Wahai diri, kau tak sedar diri, orang dah tak mahu cepat cepatlah angkat kaki. Apalagi kau tunggu. Dia, aku dulu kita hidup sama kenangan. Aku mohon aku juga perlu ruang, sembunyikan aku dalam memorimu. Walau sekejap, sebab aku tahu, setiap memori itu punya cerita. Yang aku akan potretkan. Melalui puisi yang tak pernah dibaca oleh orang, yang tak akan dialami orang lain. Sebab kenangan itu kita cipta sendiri. Jangan kau muncul lagi kerana aku pun ingin mula hidup baru. Episod yang baru, serta halaman baru. Jangan kau hadir, demi punahkan hidup aku, Aku pergi dulu. Tak sesaat, tak berminit dan tak berjam. Takkan pernah ku menoleh lagi. Laju akan aku bawa haluan ini. Haluan yang cuma aku bawa diri aku, Biar cuma aku dan Tuhan serta orang yang ku sayangi lupakan kenangan ini, Aku undur diri. Biar saja puisi ini menebar sayap, pergi ke hujung dunia. Aku tahu, tanpa kau aku juga dapat hidup. Tanpa kau aku juga bahagia. Cukuplah, kini aku ingin sendiri, dengan diri aku sendiri. Tanpa kau aku takkan rebah kerana aku tahu Tuhan sentiasa ada dan sebaik tempat pergantungan hanya pada Tuhan. Bukan kepada manusia seperti kau. Terima kasih Tuhan, atas setiap aturan hidup ini. Bukan selamanya aku sunyi, bukan selamanya aku sedih, bukan selamanya aku kecewa kerna di pengakhiran Tuhan akan memberiku bahagia. Yakinlah

Moga bakal mak mertua saya terima saya baik buruk seadanya. Wipe tears. Caption tak win !

'Lelaki Pilihan' (8)

Lelaki Pilihan (8)

Tak perlu kata,
Bila hanya membuat luka,
Tak perlu sapa,
Bila hanya mengundang duka,

Tak perlu tawa,
Bila hanya kau pura pura,
Tak perlu senyum,
Bila hanya topeng,

Takperlu sembunyi,
Bila hanya untuk menghindar,

Sebab,
Cinta itu apa adanya,
Tak perlu kepalsuan.

"Kau buat aku tersenyum walaupun kau tak buat apa apa"

Mungkin kerana dalam diam diam kau tembak doa untuk sis, membuatkan sis kuat serta yakin diri, tabah menghadapi apa yang terjadi dan akhirnya mampu teguh berdiri.

Siapa pun kau. Siapa pun awak. Terima kasih semoga sentiasa berada dalam jagaan Ilahi.

Happiness is a choice. It is not about having what we want, but wanting what already have. Pesan sis
#sispesan

Dahulukan Allah dalam segala hal walau sekecil kecil perkara. Jangan terlalu asyik dalam mengejar cinta. Ada benda makin kau kejar makin jauh. Maka kejarlah cinta Allah dan nanti kau tak akan sangka 'siapa' yang akan kejar kau pula.

Walau untuk seketika, terima kasih pernah ada.

"Tuhan bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan takde frasa kebetulan melainkan dengan takdir Allah.

'Lelaki Pilihan' (7)

Lelaki Pilihan (7)

Selamat pagi semua cinta hati, moga baik saja disana. Sweet momento, menjadi ruang jendela, Terima kasih untuk rindu ini.

Dalam hidup kita ada 2 jenis manusia; 1-Yang memberi kenangan 2-Yang memberi pengajaran. But the end of the day, you'll thanked for both.

Don't compare me with others.
I'm not like them,
I'm just me.

Not everyone will understand your journey, and that's okay. You are here to live your life, not to make everyone understand. Aku suka tengok orang lain bahagia, aku tak suka kacau kebahagiaan orang. Itu prinsip aku.

Makin lama you kenal I, makin banyak la you nampak kekurangan I, time tulah you akan pilih whether to stay with me or leave.

But, please stay.

Aku jenis aku, nanti dah lama kenal kau akan tahu aku jenis macam mana. Tapi inshaaAllah aku akan banyak salur kasih sayang. Banyak bagi bahagia. Aku cuba.

Nanti dah lama kenal, kalau rasa nak blaah aku okay je. Sebab memang normal life kan.

Tuhan takkan jadikan sesuatu itu sia sia" Aku kena pegang dengan kata kata ni. Mungkin dalam ujian, ada kemanisan.

Nak stay, staylah. Tak nak, sudahlah. Kita dah sama sama besar, dah sama sama faham yang benda yang kekal kat dunia ni, satu je.

Allah.

Someone, somewhere, right now is fighting for his or her life. You still have yours, be thankful and spend it in the obedience of Allah.

'Lelaki Pilihan' (6)

Lelaki Pilihan (6)

Andai saja kau tahu, aku bukan gadis gadis seperti itu yang mampu meluah kata, yang mampu menzahir rasa, Bukan. Aku lebih suka diam diam. Cold-hearted mereka kata. Aku diam saja. Lebih baik begini, sedang aku tak tahu apa aturan DIA. Aku tak mahu meluka hati, takut habis semuanya. Hati cuma satu. Baik untuk diberi untuk dia yang benar benar berhak, Cukup. Dan mungkin, kau juga diam, kerna memang kau tahu aku gadis sebegitu. Kita hormat hak kita, ini semua hak Dia. Aku cuba jaga, mahu juga seandainya difikir aku sombong. Aku cuma mahu kau tahu, sebabnya cuma itu. Aku cuma aku, bukan yang lain, takkan pernah. Ya, takkan pernah.

Dua tempat berlainan. Dua tempat berjauhan perpisahan. Dua tempat yang diisi dengan dua manusia. Kau dan--aku. Satu tempat berkata. Kenapa meninggalkan sedangkan ada jalan yang mempertahankan. Dan kenapa mencari pengganti, sedangkan kita masih mempunyai satu hati? Jangan pergi, nanti aku rindu sendiri, Dan satu tempat lagi cuma sepatah berkata pergilah. Buat haluan masing masing. Pedih sakit dan tidak berapa lama mereka masih ditempat yang sama cuma dialog antara mereka cuma terbalik. Terima kasih. Hati dan jasad.

Satu saat,
Dua saat,
Tiga saat,

Tak perlu laung kuat apa mahumu,
Cukuplah kau kabarkan pada Tuhan,

Terkadang aku harap,
Kau baca semua tulisan aku,
Biar kau tahu,
Apa yang ada dalam hati aku,
Yang aku tak mampu ungkapkan dengan kata.

Agar kau mengerti apa yang aku rasa.

'Lelaki Pilihan' (5)

Lelaki Pilihan (5)

I would be lying if I said I didn't miss you. Cita cita saya nak penuhi impian awak. Will you be part of my life? ☺

Allah mempertemukan untuk satu alasan. Entah untuk belajar atau mengajarkan. Entah hanya untuk sesaat atau selamanya. Entah dia akan jadi yang terpenting atau sekadarnya sahaja. Akan tetapi, tetaplah menjadi yang terbaik di waktu yang ada, meski tak menjadi apa yang diinginkan. Tidak ada sia sia kerana Allah yang mempertemukan. Kerana hal itu bukan suatu yang salah. Aku berdiri di jejantas kayu senja, menatap kosong kehidupan, kita ni ada serasinya. Bukan dengan defini mereka tapi dengan definisiNYA. Allah knows what you're feeling and He knows you're intention and He knows what in your heart. Feed yourself positive thoughts. Wallahi, if you knew how Allah took care of your affairs you would not worry. It's only a matter of time. Before things get better. Patience is bitter, its really bitter actually. But the sweatness of its fruits will prevail and you will forget any bitterness that you're ever tasted.

We're not the same person we were a year ago, a month ago, or even a week ago. We're constantly changing. Experiences don't stop. That's life

Okay 👌

'Lelaki Pilihan' (4)

Lelaki Pilihan (4)

Bila dpt suami tahfiz, tak de lah tiap tiap malam nak buat pillow talk.
----

Tapi akan jadi mcm ni;
-----

"Awak nak surah apa, abang baca. ""
-----

In my dua theres your name. I told Allah to forgive you. send my regards to you. to protect you. increase your sabr level as well as iman Inshaallah we're meant together. Im your Zaujah and You my Zauj my Imam 💂
-----------

Cukuplah aku mencintai Allah dengan sepenuh hatiku kerana dengan mencintai Allah,aku pasti mencintaimu keranaNya.

Jarak memisahkan?

Jarak menjauhkan?

Doa ada untuk mendekatkan.

If your love for me is indeed true, bring me closer to Allah instead of you. Help me in obeying Allah before obeying you. He who created me from your ribs, if you straighten me with harshness you will break me and if you leave me unguided. I will forever remain with my crookedness. So, guide me and guide me right. Allah has not made you my Imam without a purpose. Wherever you lead, I was ordained to follow you. If you refuse them, all blame is on you but if you fulfill them out dream for Jannah will come true. You see, making me lawful is not as easy as you think. With true love comes a very huge responsibility. Rather than preparing a grand marriage for people to attend do know that what I actually need is you preparing yourself for the grand storm that will come ahead in our marriage. Now that you know that our fairytale is not as easy as a Romeo and Juliet. I thank you in advance for loving me sincerely.

🙇🏼

'Lelaki Pilihan' (3)

Lelaki Pilihan (3)

Kita jumpa lagi awak.
Yang bezanya kau milik dia.
Aku hanya mampu pandang kau dari jauh.

Pedih.

Tapi bukan pandang awak.
Aku pandang langit biru tu.

Sebab lawa.

Life is about being happy & taking everything as it comes.

She pretends like nothing happened be. She wants people to see her as a strong lady but only God knows how painful it is inside.

One day you will ask me which is more important either my life or yours? I will say mine and you will walk away without knowing that you're my life. That awkward moment when you're actually telling the truth but you laugh during it and everybody thinks you're lying.

I wonder how many times I forgive someone just because I don't want to lose theirs in my life.

"Nama kau aku akan letak dalam doa aku. Kalau rindu, doa. Malay nakkan sesuatu, doa. Kalau nak luahkan sesuatu, doa. Allah Maha Mendengar, teruskan berdoa.

"Jaka Pilihan"
  ------------------ 💂

'Lelaki Pilihan' (2)

Lelaki Pilihan (2)

Mr.Right won't distract you from Allah. If he distances you from Allah. He's Mr.Wrong.

Yang menguatkan kita itu bukan manusia. Tapi Allah. Put your trust in Him.

Maaf 😖
Aku tersuka kau tanpa sengaja

Maaf😥
Hati ini degil lagaknya"

"Perasan tak, kita selalu suka orang yang tak suka kita. Ironi betul. Its hard to love someone that doesn't love you back. So until, when you stand it? *Tarik nafas

Perasaan cinta yang Allah hadirkan dalam hati ini boleh jadi nikmat atau ujian. Aku tak kisah kalau orang tu tak kongsi rasa yang sama, janji perasaan aku tu Ikhlas. Sebab cinta tu tak semestinya memiliki. Sayang tak semestinya berjodoh. Allah lagi Mengetahui. Yakin pada Allah. Maka kau takkan merana.

Kau dan aku milik Allah.
Kalau dia panggil kau dulu, Aku redha. Kalau dia panggil aku dulu, kau pun kena redha.

Sebab apa?
Baca ayat pertama.

Kalau dah suka memang payah tapi belajar jangan berharap sangat because nothing lasts forever. Memories faded. People changed. That's life

Sometimes when I can't even express things in words, all my things and feeling, I will tell to Text etc become writen suddenly. Such heaven.



'Lelaki Pilihan' (1)

Lelaki Pilihan (1)

Tiada yang istimewa disini. Diri yang sentiasa diperhatikan 👉👈

Disini penuh dengan kata koyak yang sudah rabak. Sebab tulisan itu sepi. Monolog itu bisu hanya satu perasaan.

Maafkan aku. Sungai, pohon pohon dan sungai kampung. Aku lama tak kesini menemuimu, sahabat yang sering menenangkan. Menasihatkan aku tentang kebodohan manusia. Kesibukannya atau ketidakmanusiannya. Tiap kali  aku pulang kesini, kau masih berdiri. Hijau menyamankan, tetap setia menerimaku tanpa rajuk atau bertukar menjadi bosan. Maafkan aku, sungai, laut, pantai dan pepohon pohon kerana lama tidak menjenguk kampung yang mengajarkan aku tentang rentak hidup, keluasan alam dan merendahkan diriku jadi sekecilmu. Sekarang aku disini, ajarlah aku lagi isi pengetahuan. Di ombak, pasir atau daun daunmu.