Lelaki Pilihan (8)
Tak perlu kata,
Bila hanya membuat luka,
Tak perlu sapa,
Bila hanya mengundang duka,
Tak perlu tawa,
Bila hanya kau pura pura,
Tak perlu senyum,
Bila hanya topeng,
Takperlu sembunyi,
Bila hanya untuk menghindar,
Sebab,
Cinta itu apa adanya,
Tak perlu kepalsuan.
"Kau buat aku tersenyum walaupun kau tak buat apa apa"
Mungkin kerana dalam diam diam kau tembak doa untuk sis, membuatkan sis kuat serta yakin diri, tabah menghadapi apa yang terjadi dan akhirnya mampu teguh berdiri.
Siapa pun kau. Siapa pun awak. Terima kasih semoga sentiasa berada dalam jagaan Ilahi.
Happiness is a choice. It is not about having what we want, but wanting what already have. Pesan sis
#sispesan
Dahulukan Allah dalam segala hal walau sekecil kecil perkara. Jangan terlalu asyik dalam mengejar cinta. Ada benda makin kau kejar makin jauh. Maka kejarlah cinta Allah dan nanti kau tak akan sangka 'siapa' yang akan kejar kau pula.
Walau untuk seketika, terima kasih pernah ada.
"Tuhan bukan sengaja temukan kita dengan orang begitu dan begini. Dan takde frasa kebetulan melainkan dengan takdir Allah.
No comments:
Post a Comment