Lelaki Pilihan (1)
Tiada yang istimewa disini. Diri yang sentiasa diperhatikan 👉👈
Disini penuh dengan kata koyak yang sudah rabak. Sebab tulisan itu sepi. Monolog itu bisu hanya satu perasaan.
Maafkan aku. Sungai, pohon pohon dan sungai kampung. Aku lama tak kesini menemuimu, sahabat yang sering menenangkan. Menasihatkan aku tentang kebodohan manusia. Kesibukannya atau ketidakmanusiannya. Tiap kali aku pulang kesini, kau masih berdiri. Hijau menyamankan, tetap setia menerimaku tanpa rajuk atau bertukar menjadi bosan. Maafkan aku, sungai, laut, pantai dan pepohon pohon kerana lama tidak menjenguk kampung yang mengajarkan aku tentang rentak hidup, keluasan alam dan merendahkan diriku jadi sekecilmu. Sekarang aku disini, ajarlah aku lagi isi pengetahuan. Di ombak, pasir atau daun daunmu.
No comments:
Post a Comment