Saturday, 21 November 2015

'Lelaki Pilihan' (6)

Lelaki Pilihan (6)

Andai saja kau tahu, aku bukan gadis gadis seperti itu yang mampu meluah kata, yang mampu menzahir rasa, Bukan. Aku lebih suka diam diam. Cold-hearted mereka kata. Aku diam saja. Lebih baik begini, sedang aku tak tahu apa aturan DIA. Aku tak mahu meluka hati, takut habis semuanya. Hati cuma satu. Baik untuk diberi untuk dia yang benar benar berhak, Cukup. Dan mungkin, kau juga diam, kerna memang kau tahu aku gadis sebegitu. Kita hormat hak kita, ini semua hak Dia. Aku cuba jaga, mahu juga seandainya difikir aku sombong. Aku cuma mahu kau tahu, sebabnya cuma itu. Aku cuma aku, bukan yang lain, takkan pernah. Ya, takkan pernah.

Dua tempat berlainan. Dua tempat berjauhan perpisahan. Dua tempat yang diisi dengan dua manusia. Kau dan--aku. Satu tempat berkata. Kenapa meninggalkan sedangkan ada jalan yang mempertahankan. Dan kenapa mencari pengganti, sedangkan kita masih mempunyai satu hati? Jangan pergi, nanti aku rindu sendiri, Dan satu tempat lagi cuma sepatah berkata pergilah. Buat haluan masing masing. Pedih sakit dan tidak berapa lama mereka masih ditempat yang sama cuma dialog antara mereka cuma terbalik. Terima kasih. Hati dan jasad.

Satu saat,
Dua saat,
Tiga saat,

Tak perlu laung kuat apa mahumu,
Cukuplah kau kabarkan pada Tuhan,

Terkadang aku harap,
Kau baca semua tulisan aku,
Biar kau tahu,
Apa yang ada dalam hati aku,
Yang aku tak mampu ungkapkan dengan kata.

Agar kau mengerti apa yang aku rasa.

No comments:

Post a Comment