Lelaki Pilihan (16)
Sesaat kau datang, sesaat kau hilang. Kau insan misteri. Hadir seakan 'chipsmore'. Tak ku kenal, Tak pernah ku jumpa. Biarlah jarak begini, agar aku tidak hanyut menyemai cinta manusia. Mencintai dalam diam, seperti cinta Fatimah dan Ali. Biar Allah je yang tahu hati ini, wahai insan misteri. Aku bimbang hadir perasaan rindu. Aku khuatir aku hanyut,Allah. Dia jejaka high class. Jodohkan dia dengan muslimah yang baik, meskipun ianya bukanlah aku. Si misteri mengorak langkah. Aku mengorak langit Ilahi. Perasaan sukakah? Aku takut. Takut cinta aku ni melebihi cinta aku pada Tuhan. Maka aku memohon Allah jagakan dia. Wahai diri, lupakah? Takdir itu boleh diubah dengan berdoa. Jangan putus doa. Itu senjata. Dia dan aku mengorak langkah laju. Berbeza tempat, pergi dan terus pergi. Lupakan dia . Tunggu sampai satu masa. Allah pasti akan mempertemukan. Yakinlah janji Ilahi. Kau kena ingat dunia penuh fantasi. Pesan pada hati, jangan lalai. Biar rasa ini menjadi rahsia. Kau bukan sesiapa, sedarlah diri. Berhenti berharap pada yang tidak pasti. Letaklah pengharapan pada Ilahi. Aku yakin bahagia menanti. Terus dia memandang laut, sedangkan laut pun ada ombak membedai. Inikan pula hati manusia, sudah ! Berdirilah di alam realiti, cukuplah dengan fantasi pantas laju kaki menghayun diri. Pergi tanpa menoleh. Laut menjadi saksi, jangan berangan lagi. Kasih Ilahi sedang menanti.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah,kau pasti mencintaiku keranaNya."
Jarak memisahkan?
Jarak menjauhkan?
Doa ada untuk mendekatkan ☺
Tak kisahlah seorang di Timur, seorang di Utara. Yang penting pandai jaga hati, jaga iman, jaga mata, jaga agama, jaga taqwa.
Selagi kita ada sifat men'jaga' inshaAllah akan bersatu hati tu satu hari nanti.
"Kalau orang boleh sayang kita tanpa sebab,tak mustahil orang boleh benci kita tanpa sebab jugak"
Mama
Akhirnya aku faham. Apabila wanita menjadi seorang ibu, dia tak boleh terbang lagi kerana sayapnya telah diberikan kepada anaknya".
Pesan mama bila suka seseorang,
"Biar jauh dimata,
"Dekat dihati"
"Lebih baik begitu daripada dekat dimata, tak singgah dihati."
Ketika kita sabar,Tuhan pasti akan memberikan ending yang bahagia untuk kita 😊
“ Mak saya cakap dia berkenan dekat awak ”
Mak awak dengan mak saya pun bae jugak.
☺
Baesan 😁
No comments:
Post a Comment