Saturday, 21 November 2015

'Lelaki Pilihan' (9)

Lelaki Pilihan (9)

"I don't write about you anymore. You don't deserve that kind of power any longer. Wanted by many. Taken by none. Looking at some. Waiting for one. At least saya tahu yang saya masih lagi terwujudkan dalam kisah kisah hidup kamu.

Awak, jika dulu kita pernah mencipta kenangan. Jika dulu kita juga pernah berjanji menyimpan memori. Tapi kini tidak, kau pergi. Membawa bersama kenangan. Jauh kau pergi, tanpa menoleh insan dibelakang. Ah ! Sudahlah. Tak kisah kau fikirkan lagi, diri kau yang kau perlu fikirkan. Takkan selamanya kau mahu begini. Laju kala menghayun, dengan sisa airmata. Dikesesakan ramai orang. Tanpaku peduli, biar saja mereka melihat, Tak ku hirau. Tuhan, jika ini jalan yang terbaik, agar kenangan yang pernah aku bina, menjadi memori. Di satu hari kelak, agar kenangan itu dapat aku lempar bersama angin yang membuai. Wahai diri, kau tak sedar diri, orang dah tak mahu cepat cepatlah angkat kaki. Apalagi kau tunggu. Dia, aku dulu kita hidup sama kenangan. Aku mohon aku juga perlu ruang, sembunyikan aku dalam memorimu. Walau sekejap, sebab aku tahu, setiap memori itu punya cerita. Yang aku akan potretkan. Melalui puisi yang tak pernah dibaca oleh orang, yang tak akan dialami orang lain. Sebab kenangan itu kita cipta sendiri. Jangan kau muncul lagi kerana aku pun ingin mula hidup baru. Episod yang baru, serta halaman baru. Jangan kau hadir, demi punahkan hidup aku, Aku pergi dulu. Tak sesaat, tak berminit dan tak berjam. Takkan pernah ku menoleh lagi. Laju akan aku bawa haluan ini. Haluan yang cuma aku bawa diri aku, Biar cuma aku dan Tuhan serta orang yang ku sayangi lupakan kenangan ini, Aku undur diri. Biar saja puisi ini menebar sayap, pergi ke hujung dunia. Aku tahu, tanpa kau aku juga dapat hidup. Tanpa kau aku juga bahagia. Cukuplah, kini aku ingin sendiri, dengan diri aku sendiri. Tanpa kau aku takkan rebah kerana aku tahu Tuhan sentiasa ada dan sebaik tempat pergantungan hanya pada Tuhan. Bukan kepada manusia seperti kau. Terima kasih Tuhan, atas setiap aturan hidup ini. Bukan selamanya aku sunyi, bukan selamanya aku sedih, bukan selamanya aku kecewa kerna di pengakhiran Tuhan akan memberiku bahagia. Yakinlah

Moga bakal mak mertua saya terima saya baik buruk seadanya. Wipe tears. Caption tak win !

No comments:

Post a Comment