Lelaki Pilihan (18)
Mencintai dalam diam,
Seperti cinta Fatimah dan Ali.
Biar Allah saja yang tahu hati ini,
Wahai insan misteri.
Aku bimbang,
Hadir perasaan rindu,
Aku khuatir aku hanyut.
Allah,
Dia jejaka high class,
Jodohkan dia dengan muslimah yang baik,
Meskipun ianya bukanlah aku.
Si misteri mengorak langkah,
Aku mendongak langit Ilahi,
Perasaan sukakah?
Aku takut.
Takut cinta aku ni melebihi cinta aku pada Tuhan.
Maka,aku memohon Allah jagakan dia.
Wahai diri,
Lupakah?
Takdir itu boleh diubah dengan berdoa.
Jangan putus doa.
Itu senjata.
Dia dan aku mengorak langkah laju,
Berbeza tempat,
Pergi,
Dan terus pergi.
Biar rasa ini menjadi rahsia,
Kau bukan sesiapa,
Sedarlah diri.
Berhenti berharap pada yang tidak pasti.
Letaklah pengharapan pada Ilahi,
Aku yakin bahagia menanti.
Setelah lama tiada.
Di satu masa,
Ada seorang insan,
Jaka misteri kunamainya,
Indah tutur bicara.
Lidah ini kelu,
Mata ini tertumpu,
Siapa dia "Jaka?"
Satu saat,dua saat,tiga saat,
Mata ini memandang kejap,
Pantas pandangan ini tunduk,
Bimbang kacau di hati,
Aku terus berlalu,
Dia memandang kepergianku,
Tanpa sebarang bicara,
Pandang dan terus memandang,
Lalu aku hilang.
Aku juga memandangnya,
Sekejap,dua kejap.
Kini kami saling kenal
Ya——kita,
Rupanya dia Jaka yang aku kenal dulu,
Dia masih wujud dalam memori aku,
Masih ada harapan yang terpendam dulu,
Bipp,bipp,
Pesanan mula masuk ke peti masuk,
Siapa gerangan insan tanpa nama,
Aku diam,
Assalamualaikum,Fi hifzillah. Moga sentiasa baik sahaja. Allah has better plan for you. Moga ada nama terucap di dalam doa lafaz terucap di bibir."
Aku keliru,
Aku diam seribu bahasa,
Diselidiki,
Rupanya 'si jaka' masih mengingati,
Benarlah,
Jarak menjauh,
Ada doa sedang mendekat,
Fi hifzillah Jejaka high class.
Aku mohon menjarak,
Kelak menjadi yang sah kita akan sama sama melayari jannah Ilahi.
Aku pergi,
Terus pergi,
Kau pun pergi sama,
Moga pergi kau sedang berusaha,
Menjadikan diri ini halal untuknya.
Moga——moga
Ada doa yang sentiasa bersama.
Terima kasih,
Untuk hari Risik yang indah,
Untuk hari kenalan hati kita,
Moga ada bahagia menanti.
"Dah besar dah kamu ni. Bila nak kahwin?"
"Bila makcik sudi terima saya sebagai menantu."
* jatuh kerusi *
No comments:
Post a Comment