Lelaki Pilihan (27)
Awak dan saya. Ya,kita lah tu. Dah decide nak bina 'masjid'. Nak melakar impian,bersama redha Tuhan. Yang nama jodoh, awak lari jauh mana, jodoh tu tetap datang. Walau tak suka, benci. Dia sudi menjadi pendamping awak. Dari sepi, aku bariskan sebuah puisi tentang rasa kehilangan yang paling dalam di sudut hati. Puisi itu indah, dia tersirat. Biar dibaca sampai bermakna hingga ke tulang hati. Kerana semua ini, sudah tertulis dan tercatit buat kita. Sabarlah kasih, perancangan Tuhan lagi hebat. Dia lebih mengetahui segala, untuk kita. Bila tiba satu saat, kau harus memilih antara aku dengan dia. Aku cuma harap kau akan pilih yang sebaiknya untuk hidup kau selamanya itu kisah--kita awak dan--saya kita
Kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang. Kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan. Kalau tidak mampu setia, jangan pernah mengukir janji.
Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia siakan, dan terlalu berharga untuk di hancurkan.
No comments:
Post a Comment