Sunday, 31 May 2015

Apa itu 'JIHAD'?

Apa itu JIHAD?

🌹ISTILAH👉 Mencurahkan usaha (badz al-juhd), kemampuan dan tenaga.
🌹BAHASA👉 Menanggung kesulitan.

Jihad itu bukan semata perangi orang kafir, bom sana bom sini. Bukan ❌❌❌
Ingat, Islam itu Rahmatan lil 'Alamin.

Betul, jihad itu peperangan untuk membela agama / bangsa. TAPI mungkin apa yang kita faham selama ini adalah pengertian yang disempitkan dan dihadkan pada peperangan sahaja. SEDANGKAN, jihad itu memiliki makna yang lebih luas dari peperangan.

🍀Imam Hassan Al-Banna menyebut bahawa jihad itu adalah suatu kewajipan Muslim yang berterusan sehingga hari kiamat. Peringkat terendah adalah penolakan hati terhadap keburukan dan peringkat tertinggi adalah berperang di jalan Allah.

🍀Ibnu Manzur dalam Lisan Al-Arab menyatakan bahawa jihad adalah memerangi musuh, mencurahkan segala kemampuan dan tenaga dalam bentuk kata kata, perbuatan atau segala sesuatu yang mampu dilaksanakan.

🍀Manakala Yusuf Al-Qardhawi pula menyatakan bahawa setiap perang dengan niat yang benar adalah jihad. Namun TIDAK SETIAP JIHAD ADALAH PERANG.

🎈Ibnu Taimiyyah menjelaskan jihad dengan maksud berikut;
🔶JIHAD DENGAN HATI
👉Istiqamah untuk berjihad dan mengajak kepada syariat Islam.
🔶JIHAD DENGAN HUJAH
👉Memberi hujah kepada sesebuah kebatilan.
🔶JIHAD DENGAN PENJELASAN
👉Menjelaskan kebenaran, menghilangkan kesamaran dan memberikan idea yang bermanfaat untuk umat Islam.
🔶JIHAD DENGAN TUBUH
👉Berperang

Jadi, perkara yang harus sentiasa diingat tentang jihad adalah;
🐚Tujuan utama jihad adalah untuk menegakkan kalimah ALLAH
🐚Bukanlah untuk berperang atau mengadakan medan peperangan
🐚Perang itu adalah salah satu cara yang digunakan dalam berjihad.

Dalam Fiqh Jihad dicatatkan beberapa peringkat jihad yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim berdasarkan dalil dalil syariat.

Secara umum, jihad terdiri daripada 4 peringkat iaitu,
🐳Jihad terhadap hawa nafsu
🐳Jihad melawan godaan syaitan
🐳Jihad melawan orang kafir dan munafik
🐳Jihad melawan kezaliman dan kefasikan

💦JIHAD TERHADAP NAFSU💦
💧Melakukan jihad terhadap diri untuk mempelajari kebaikan, petunjuk dan agama yang benar.

💧Berjihad terhadap diri untuk mengamalkan ilmu yang diperolehi.

💧Berjihad terhadap diri untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang orang yang belum mengetahui.

💧Berjihad dengan kesabaran ketika mengalami kesusahan dan seksaan dari makhluk dalam nerdakwah di jalan Allah dan menanggung segala galanya hanya dengan mengharap keredhaan Allah.

💦JIHAD MELAWAN GODAAN SYAITAN💦

💧Berjihad melawan syaitan dengan membuang segla kebimbangan dan keraguan dalam keimanan seseorang hamba yang diberikan olehNya.

💧Berjihad melawan syaitan dengan menangkis keinginan melakukan kerosakan dan memenuhi syahwat yang lahir daripadanya.

💦JIHAD MELAWAN ORANG KAFIR DAN MUNAFIK💦

💧Jihad dengan menggunakan hati.

💧Jihad dengan menggunakan lidah.

💧Jihad dengan menggunakan harta.

💧Jihad dengan nyawa.

💦JIHAD MELAWAN KEZALIMAN DAN KEFASIKAN💦

💧Jihad dengan kekuatan sekiranya memiliki kemampuan untuk melakukannya.

💧Jihad dengan menggunakan lisan.

💧Berjihad dengan hati, apabila belum mampu berjihad dengan kekuatan dan lisan.

Jihad adalah ketika seorang Muslim mencurahkan usahanya untuk melawan keburukan dan kebatilan. Dimulai dengan jihad terhadap keburukan yang ada dalam dirinya yang berbentuk godaan syaitan, diteruskan dengan melawan keburukan di sekitar masyarakat, dan berakhir dengan melawan keburukan di mana jua, bersesuaian dengan kemampuan.

💕Yusuf Al-Qardhawi💕

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Friday, 29 May 2015

Kisah 'dia'

Kisah 'dia'

Kalau dulu-dulu selalu fikir.
"Kenapa aku diuji. Kenapa bukan orang lain."
"Aku dah ikut perintahNya. Tapi aku still diuji seperti ini. Tak layakkah aku merasa bahagia cuma seketika?"

"Akak duduk bersimpuh * (dengar molek deh)
Untung awak. (Sengih). Awak insan terpilih.Allah sedang menguji kesabaran dan keimanan awak sayang. Apa guna menjadi seorang hamba tapi tak dihujani ujian/dugaan. Sabarlah. Allah nak uji je tu. Doalah.Doalah.

Allah tidak akan menguji hambanya diluar daripada kemampuan hambanya sendiri.Kak intan nak awak rujuk surah Al Baqarah ayat:286.

senyum

Cerita hati. Dari insan comot. Yang sedang tersenyum.

Nak dengar cerita. Dulu 'dia' terima ujian yang sangat hebat. Hati dia luluh jatuh ke bumi.Jantung dia seakan henti berdegup.Dakwah dia terasa seperti terhenti.Dia menangis. Hampir dua malam menangis.

Kesian dia sampai bengkak mata.Dia dulu ketua usrah.Hebat motivate orang.Tapi sampai satu masa dia mendapat ujian yang sangat hebat.

Awak tahu dia buat apa?

Dalam tangisan sendu dia selama dua hari.Dia mula berfikir.

"Ujian ini tanda cintanya Allah pada hambaNya".

Semua kawan dia hilang.Yang berbaki boleh dikira dengan jari.Yang setia mendampingi dia.Yang sudi mendengar suka dan duka dia.Yang sentiasa memberi kata semangat pada dia.Dia bangun dari jatuh itu awak. Dia kutip kembali sisa kekuatan dia.

Mashaallah. (Nangis)

Dia bangkit sendiri dengan pertolongan Allah.Tiada teman yang menemaninya.Hanya keluarga disisinya serta kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah untuknya.

"Ma,Huwaida tak kuat sebenarnya.Huwaida jatuh. Mata hati Huwaida rapuh.Izinkan Huwaida memeluk jasad ma.Izinkan Huwaida mengalirkan air mata di riba ma.Izinkan Huwaida meminjam kekuatan dari ma" (baca dengan nada menangis)

Ma dia memeluk erat.Ma dia mengerti.

"Sayang,
Huwaida,peluklah erat ma sayang.Biarlah air mata itu mengalir.Tangan ma akan mengesat air dipipi Huwaida selagi nyawa ma bernafas dimuka bumi Allah ini.Seluruh kekuatan ma salurkan untuk Huwaida.Ma tahu anak ma ada punya jiwa yang cekal dan matang.Allah datangkan ujian supaya dari situ Huwaida membina kekuatan yang ada pada diri Huwaida. Mungkin disepanjang ujian yang menghempap Huwaida akan mengalir air mata kepahitan ujian. Tapi yakinlah sayang,nanti anak ma ni akan mensyukuri kemanisan harga kekuatan yang Huwaida bina yang Huwaida sedang miliki."
Mama

Dia menangis untuk kesekian kali.

"Aku bukan wanita yang hebat.Tapi aku akan menjadi hebat.Aku akan mujahadah.Aku akan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu dan bapaku.Untuk ma dan abah.Aku tahu,aku akan rawat segala sakit aku,aku akan cari trek tarbiyah aku,aku bukan lemah.Ya Allah,meski sesusah apa pun jalan yang aku pilih keranaMu ini akan aku terus gagahi dan langkahi.
Allahuakbar.

Dia mengambil Al Quran.Digenggam erat.Jari jemarinya tiba-tiba terbuka surah Yusuf ayat:108...

Allah,Allah,Allah.

Maha suci Allah.Benar ujian didalamnya sangat kuat.Ujian harta,ujian kedudukan,ujian lelaki,ujian kesusahan,ujian kesenangan dan sebagainya. Siapa boleh tahan?

Sekarang dia sedang mentarbiyah diri.Kesian adik dan kakak usrah dia. Merindukan dia.

Yakinlah satu hal.Dia akan kembali.Dia sedang mempersiapkan diri.Biarkan dia disana.Dia ingin melakukan yang terbaik untuk deen ini. Untuk Islam.

"Kita adalah hamba kepada DIA.Bukan kepada dunia."

Doakan dia.Dia akan menyambung study ke Perak.Sebelum pergi dia akan masuk usrah kembali.Dia minta agar sahabat-sahabat mendoakannya agar kuat menghadapi 'mehnah' dunia. Agar dia kembali senyum pada diri sendiri.

Allah ada... sedang memerhati
Allah ada... sedang menjadi teman.

Bukanlah setiap masa untuk terus menerus diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Ada bahagia sedang menanti.

Jika tidak sekarang,atau dunia sekalipun. Allah telah sediakan ganjaran itu disyurga sana.

senyum pada diri sendiri

Intan Nurul Aida Osman
300515
Pena intan.

Tuesday, 26 May 2015

Mata Lelaki

Topik : 👀🙌 Mata Lelaki❗
Karya : Intan Nurul Aida Osman

💓 Mukadimah :

💌 Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

💌 Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

💌 Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

💌 Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

*

💓 Point 1 : Scanner!

📯 Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

📯 Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

👀 Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

👀 Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

👀 Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

👀 Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya.

👀 Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.

👀 Maka lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit.

👀 Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan.

👀 Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan.

👀 Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

👀 Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

*

💓 Point 2 : Tabarujj!

❄ Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

❄ Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah.

*

💓 Point 3 : Ikhtilat!

🔰Jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai.

🔰 Perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar.

🔰 Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

🔰 Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

*
💓 Kesimpulan :

🌎 Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat.

🌎 Pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah.

🌎 Wahai wanita lindungilah aurat mu agar kami (laki2) tidak memandang dan melayan mu dengan cara terhina.

Wallahualam.

*

Teruskan menyokong ana :

📱Facebook : Intan Nurul Aida
📇 Blog : notadakwahintan.blogspot.com

🌷 Bidadari itu Tempatnya di Syurga 🌷

Sunday, 24 May 2015

Nota Cik Markonah (21)

  "Huwaida ! Huwaida !" Tidur ke budak ni.

Tiba-tiba lamunan Huwaida terhenti apabila Lya keluar dari biliknya dan menegurnya.Huwaida segera bangun dari katil.Badannya terasa lenguh-lenguh akibat terlalu lama di dalam bas tadi.Huwaida tersenyum memandang Lya yang sedang melilit shawl di kepalanya.

     "Lega rasanya apabila sudah mandi.Cepatlah pergi mandi,yang awak tercegat kat pintu tu kenapa? Ini tentu berangan lagi ! Cepatlah perut saya dah lapar.Kita solat dulu.Lepastu kita turun makan eh." Lya mencampakkan tuala ke arah Huwaida dan sempat juga Huwaida mengelak daripada terkena tuala itu.Huwaida segera berlalu dan masuk ke dalam bilik air.

       "Huwaida ! Nanti siap mandi turun bawah tau.Saya dan Fazlin makan dulu eh." Pekik Lya dari  luar.

    "Ya." Ringkas Huwaida menyahut.

*****

     Alhamdulillah selesai makan malam dengan sepupu dan sahabat istimewa.Fazlin dan Lya.Huwaida melihat muka sahabatnya .Tinggal beberapa hari lagi mereka akan pulang ke halaman rumah tercinta.Bakal merindui Bandar Kuala Lumpur.Banyak tercipta kenangan di Kuala Lumpur.Dan di Kuala Lumpur juga dia dipertemuan dengan insan Tengku Danish Rayyan.

      "Huwaida nanti balik rumah nak buat apa cuti lama ni?"

      "Nak nikah lah.Bawak Zauj datang sini.Nak tinggalkan korang berdua nanti." Huwaida menjawab spontan soalan Fazlin.

    "Ooooo.Gatal ye.Sampai hati nak tinggalkan kami.Kesianlah kita orang.Takde orang nak bagi usrah nanti." Lya bertutur nada sedih.

      "Tak tahu lagi.Planning untuk Penang pun tak tahu.Melepas rindu kat Mama and family jelah jawabnya.Jomlah tidur. Mengantuk sangat dah hari ini." Tutur Huwaida seraya bangun menuju ke bilik.

       "Okkk.Laila saeda.Selamat malam cinta hati." Gurau Lya seraya tersenyum gembira.

*****

       Huwaida mengambil telefonnya di birau katil.Satu pesanan mesej yang belum dibaca.Mesej dari Mama.

      "Assalamualaikum,anak mama.Buat apa tu.Esok mama akan ke Kuala Lumpur,kita balik Penang neh.Esok pagi mama sampai mama bagitahu balik.

Mama

    Lalu jari jemari menekan reply

"Waalaikumussalam.Ya mama.Kenapa tak inform Huwaida awal-awal.Ok set time.Kalau mama sampai Kuala Lumpur bagitahu neh,nanti Huwaida jemput mama."

    Terus butang ditekan sent.Hatinya melonjak gembira.Huwaida menuju di birai katil.Huwaida memandang langit sepi malam.Cuma ada bintang dan bulan.Dan bulan dan bintang itu seakan tahu gerak hatinya.Sebab itu Huwaida suka memandang langit ciptaan Ilahi.Mungkinkah ini sudah takdir ! Dia tersenyum sendiri.Hatinya berbunga rindu dan kasih.

       Ah ! Terlalu awal untuk menelaah hati Tengku Danish Rayyan.Adakah dia menerima diriku yg serba kekurangan ini? Adakah dia dapat terima budak comot seperti aku ini? Tidak baik membuat andaian sendiri.Dia sendiri belum pernah bertanya secara peribadi pada Tengku Danish Rayyan mengenai pandangan sadis itu pada dirinya.Mungkin terlalu awal ! Dia berdoa kepada Tuhan semoga semuanya berjalan dengan lancar.Tiada rintangan atau masalah yang melanda.Ataupun ujian orang-orang. Ujian-ujian orang berkasih seperti cerita-cerita yang pernah dia dengar daripada kawannya.Adakah benda ini suatu yang susah? Siapa yang menyusahkan,adakah manusia itu sendiri ataupun memang manusia perlu diuji? Bukan mudah hendakkan sesuatu tanpa sebarang ujian.Lagi banyak ujian,hasilnya tentu manis dan terbaik.Adakah aku sanggup menghadapinya?

     Malam itu,matanya masih belum dapat dipejamkan.Rasa seperti tidak kena dengan dirinya.Terkenangkan kisah siang hari tadi bersama dengan orang yang kini bertakhta di hatinya. Terbayang di ruang matanya seorang insan yang bernama Tengku Danish Rayyan.Sungguh indah nama itu seindah wajah pemiliknya.Adakah dia sudah gila bayang? Adakah itu cinta? Sukar untuk dirinya mengungkap cinta !

      Fikirannya mengimbas kembali pertemuan pertama.Tatapan pertamanya yang menggoncangkan nadinya dengan kuat.Berjumpa dengannya secara tidak sengaja pada hari pertama di Kuala Lumpur.Ketika itu,hatinya bagaikan direnggut dengan kuat.Dadanya berdebar-debar.Dia tidak mengenali lelaki itu yang baginya bagaikan putera agamawan.Dia tidak tahu pendapat orang lain,tetapi kata matanya itulah bidadara dunia. Lelaki sederhana tinggi terlalu manis elok budi pekertinya. Matanya yang redup meskipun sedikit sepet ala-ala kacukan.Dihiasi janggut pada dagunya.Ketampanan aslinya begitu mengasyikkan.Ya Allah,sungguh indah ciptaan-MU.Insan berlawanan jenis ini yang terindah di matanya.Namun,fikirannya masih waras dan terkawal.Jangan hanyut dengan hasutan syaitan yang suka membuat larut dalam khayalan yang tidak nyata. Astaghfirullahhal'azim ! Huwaida meraup mukanya. Tersenyum. Tapi yang pasti Tengku Danish Rayyan menepati ciri-ciri pilihannya secara zahir.Huwaida berharap Tengku Danish Rayyan itu kuat imannya.

     Siapakah Tengku Danish Rayyan? Itu yang menjadi masalahnya.Pada siapa dia akan mengorek rahsia putera idamannya? Lelaki yang telah berjaya memikat hatinya. Akhirnya,dia memendam rasa sekian lama.Huwaida bertanyakan hal Tengku Danish Rayyan serba sedikit kepada Rafiq Aiman,kawan baik Tengku Danish Rayyan. Itu semua takdir Allah. Yang paling menggembirakan,si putera belum menjadi milik sesiapa.Aduh! Bertuahnya diriku !

      Adakah ini cinta? Cinta adalah anugerah Allah kepada makhluknya.Setiap makhluknya perlu ada rasa cinta.Yang lebih utama cinta kepadaNya tetapi manusia mudah lupa. Mudah asyik cinta sesamanya. Cinta pada yang satu diketepikan. Apabila masalah melanda barulah insaf dan kembali menggamit cintaNya.Allah itu Maha Pengasih,Penyayang dan Pengampun meskipun sejauh mana hambaNya tersesat dan balik ke pangkal jalan. Dia pasti menerima taubat hambaNya. Dia pasti menerima cinta hambaNya.

    Cinta pada sesama manusia itu fitrah. Apatah lagi cinta.......

Bersambung......

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Nota Cik Markonah (20)

*********************************

Finger'styuiop

   2605.

        Hampir terlupa harini birthday arwah Maktok.Ya Allah,rindu arwah.Setiap kali ingat kat arwah,arwah selalu pesan "Jadi seorang anak jangan derhaka kepada ibu bapa.Belajar sampai menara gading". Yes,ayat ni simple tapi tal mudah diamalkan.Malah anak zaman sekarang pun tak takut neraka.Allahurabbi. Al-Fatihah untuk arwah.Fi hifzillah disana.Ada asbab,memori itu kita simpan rapi dalam hati walau sungguh jauh dari realiti.Sekurangnya,punya secebis untuk kita ingati.Rindu itu kalau diucap,akan semakin rindu.Tapi jika didoakan,akan semakin tenang.La haula wala quwwata illa billah. "There is no might nor strength except through Allah".

        "My heart is sheltered in stillness,I remember your name in longing. :'(
Rindu arwah. Halijah Hamid
 
     Sejarah itu kekal sejarah.Apa yang penting cara kita merenung sejarah kita untuk masa depan kita.Jika sejarah itu negatif jadikan ia sebagai kekuatan untuk kita UPGRADE diri kita.Jika sejarah itu positif teruskan usaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.Pintu taubat Allah terbuka luas.Menunggu mereka yang mencari redha Allah.

     Aku tahu Allah tu sangat penyayang.Bila malam aku menangis.Esok pasti DIA hantarkan senyuman bilamana aku bersedih.Allah kembalikan kegembiraan.Ya Allah,terima kasih atas kasih sayang.Moga aku tak lupa setiap cebisan kasih KAU berikan.

     Tanamkan dalam diri.Aku kuat.Bila jatuh,ada kaki kan? Bangun sendiri.Sampai bila kau nak harapkan orang lain? kesat air mata Yah,aku bangun ! Qawiy lillahita'ala. pergi ambil wudhu

      Aku tidak mahu usia mudaku dihabiskan dengan perkara yang sia-sia dan juga hanyut dalam percintaan.Kata seorang tokoh ulama silam yang begitu terkenal kerana menguasai pelbagai cabang ilmu,Ibnu Sina " Waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai bidang ilmu."

       Aku banyak menekuni kisah-kisah remaja pada zaman awal untuk mencari tokoh inspirasi.Aku termotivasi dengan kisah Yahya bin Akhtam Al-Tarmimi,Abu Muhammad al-Marwazi(wafat 242h)

   Pada usia 21 tahun,Khalifah al-Makmun melantiknya menjadi hakim agama di Kota Baghdad.Beliau menjadi pakar rujuk bagi semua menteri kerajaan.Pernah satu hari seseorang ingin memperlecehkan Yahya kerana usia mudanya itu.Dia sengaja bertanya di hadapan orang ramai, "Berapakah usia tuan hakim?"

     Bijak membaca sinis lelaki itu,Yahya lalu menjawab dengan hikmah, "Usiaku lebih tua daripada 'Attab bin Usaid' apabila Rasulullah SAW melantiknya menjadi penguasa Makkah.Usiaku lebih tua daripada Muadz bin Jabal apabila Rasulullah SAW mengutusnya menjadi kadi di Yaman.Dan usiaku lebih tua daripada Kaab bin Siwar apabila Umar bin al-Khattab melantiknya menjadi kadi di Basrah."

    Subhanallah ! Bagaimanakah mereka mengisi masa muda mereka? Bukankah dengan persiapan cinta ilmu dan perjuangan? Kubandingkan diriku dengan mereka,bagaikan bumi dan langit.

       Bagaimana aku sanggup tidak serious dengan cinta ilmu dan perjuangan.Sedangkan ilmu yang ku tuntut ini bukanlah semata-mata untuk lulus exam dan mendapat pekerjaan.Maksudku,peperiksaan perlu cemerlang.Disitu ilmu diuji.Pekerjaan perlu bagus.Disitu,ilmu diaplikasikan.Namun lebih jauh daripada itu,ilmu merupakan satu kewajipan yang dituntut oleh agama sejak lahir sehinggalah ke liang lahad.Bahkan kedudukan orang yang berilmu adalah lebih tinggi di sisi Allah SWT berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

      Firman Allah : "Allah meninggikan orang yang beriman diantara kamu,dan juga diberi ilmu pengetahuan akan darjat."
                              (Al-Mujadilah 58:11)

     Menjadi orang berilmu lagi bertakwa adalah kemuliaan yang kuimpikan. Maka,mempersiapkan diri dengan cinta ilmu dan perjuangan adalah sebaik-baik jalan.Nyahlah cinta-cinta penuh dosa! Aku hanya bercinta dengan Allah dan apa-apa yang Allah redha sahaja.Prinsipku mengakar dan aku menjadi lebih bertenaga dijalan cintaku.

Bersambung

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Nota Cik Markonah (19)

*********
       Mengimbas kembali pertemuan pertama yang terngiang-ngiang segar lagi di dalam fikiran Ku Danish.

Tengku Danish Rayyan masih memandang Huwaida yang berjalan dengan pantas meninggalkan ruang kedai itu. Dia tersenyum sendiri apabila teringat peristiwa beberapa hari yang lalu. Sikap Huwaida gementar apabila bertemu dengannya membuatkan dia tersenyum lagi. Sebenarnya , dia pun merasakan sedemikian tetapi baginya itulah peluangnya untuk bercakap dengan Huwaida yang terlalu sukar didekati. Namun begitu , dia sendiri tidak mengerti mengapakah Huwaida berjaya menambat hatinya sedangkan dia sendiri bukannya mengenalinya. Dia mengorek maklumat secara ringkas tentang Huwaida daripada Rafiq Aiman , sahabat baiknya yang kebetulan satu kampus dengan Huwaida.

          Menjadi salah seorang siswa di University Technology Mara Shah Alam sudah tentu ramai gadis yang tergilakannya. Tetapi dia bukannya seorang yang jenis suka mengambil kesempatan. Semasa dalam semester pertama lagi ada wali perempuan yang datang mengutuskan salam kepadanya. Tetapi Tengku Danish menolak dengan lembut. Buat masa itu , dia mahu menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

         Entah mengapa pada suatu hari dia terpandang Huriyah Huwaida bersama dengan Lya. Dari situ bermula coretan hati.

Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to You ♡

Benar kata mak. WANITA, MADRASAH ANAK-ANAK

" Muslimah itu  berusaha  untuk jadi madrasah yang terbaik demi generasi akan datang. Sekiranya berhasrat kepada zuriat yang soleh dan solehah, maka perlulah kamu menjadikan madrasahnya sebagai sarana yang utama. Bertakwa atau tidak ia kepada Allah, cinta atau tidak ia kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ, kenal atau tidak ia kepada sirah Islam, dan hebat atau tidak ia dalam pencapaian duniawi, adalah lahir daripada madrasah yang dihadirinya.  Jika benar kamu menganggap dirimu adalah madrasah untuk zuriatmu, jadilah madrasah yang membawa kepada kecintaan kepada Pencipta, kasihnya pada RasulNya ..  "

        Huwaida. Ya Huriyah Huwaida orangnya. Kertas yang berada di dalam genggaman Tengku Danish Rayyan dipegang kemas.

***********

        Penat Huwaida berlari anak. Malu , pelbagai rasa yang ada bila berdepan dengan Tengku Danish. Huwaida mengingat kembali detik masa bersama Tengku Danish Rayyan. Ahhh!

         Kalau dah suka memang payah tapi belajar jangan berharap sangat because nothing lasts forever. Memories faded. People changed. That's life. Biar mata tidak bertemu. Biar doa yang menyatu.
Kerana sejauh apapun jarak,
doa tetap sampai.Semoga selalu dalam jagaan Dia. Aku tak mahu terlalu berharap  pada benda yang tak pasti. Hati manusia Allah yang pegang
Tak pelik kalau perasaan tu berubah dlm sekelip mata . Allah yang Maha Kuasa
Allah  yang mengawal . Allahurabbi!"  Desis hati Huwaida sendiri.

Cukuplah aku mencintai Allah dengan sepenuh hatiku kerana dengan mencintai Allah, aku pasti mencintaimu keranaNya."

Jarak memisahkan?
Jarak menjauhkan?

Doa ada untuk mendekatkan .

Bersambung....

Nota dakwah.
-Intan Nurul Aida Osman -

Wednesday, 20 May 2015

Picisan Nota(NCM)

Kau tak rasa apa yg aku rasa,kau tak tahu what she've been thru.Kau tak tahu macamana dan how hard aku pick up the pieces of myself bila aku patah semangat and trying and pretend to be happy.Apa yg kau nampak semua salah dia.Kau marah,terasa sebab aku diam tak cerita apa-apa.You know why? It is better that way,because if aku cerita all that I feel is pain and make me wanna cry again and again.That's why aku choose to be happy even she's not.And you dont realize that every single day.The smile that she wore is just another to for her to be strong.
Kau nak cakap belakang pasal aku?
Then,
Just do it.
But I think it is way better if kau try doakan dia untuk be strong or try to ask how she's been doing because that's all she need run.She's broken enough.And she need someone who really came and not someone yg ego.Yang fikir diri sendiri yg fikir dia tak cari aku why should aku cari dia.Ego makan diri bro,sis,trust me.Sebab macam ni aku choose to keep it to myself instead of telling everyone because everyone leave.
Sebenarnya aku tak kisah pun kau nak pergi or not.But bila kau pergi please jangan datang balik dalam hidup aku.Kau mesti faham kan.Aku pun dah choose what the best for me.So hilang sorang aku boleh cari,hilang semua pun aku yakin Allah ada.Nak letak pengharapan kat manusia?
Oh no.
Aku lebih suka menggantungkan pengharapan aku pada Allah.Manusia ni dia datang dan pergi silih berganti dan aku tahu mana satu yg akan stay dengan aku,yg ada dengan aku saat susah senang aku.And I'm choosen for myself.
Bukan yg ada bila aku senang,and blahh bila aku susah.
Kau ingat kau sape?
And yg still ada dengan aku.Thanks a lot.Tak chat,tak tegur bukan aku lupa.Cukup aku  hembuskan doa angin rindu utk kau and you know what.
Kita akan ada seorang kawan yg kita tak sangka pun kita boleh jadi seperti yg macam sekarang Dan yg sudah pergi,terima kasih sebab pernah datang dalam life aku.Aku harap kau tak ada kacau lagi life enjoy yg aku ada sekarang ini tanpa kamu.Cukup aku bahagia
Intan Nurul Aida Osman
210515
Kawan
Nota Cik Markonah(NCM)

Saturday, 16 May 2015

Nota Cik Markonah (18)

SEUSAI menunaikan sembahyang subuh,Huwaida mengumpul segala kekuatan dalaman fizikal dan mental bagi mencoret sepucuk warkah.Kini,perasaannya semakin tenang dan mampu berfikir selaras waras.Mungkin ini adalah berkat daripada amalan istikharah yang sentiasa dilakukannya supaya keputusan untuk diambil itu adalah ikhlas kerana Allah.Huwaida mengambil laptop di meja menekan butang on dan memulakan mencoret bait-bait comot bagi tatapan si dia yang mungkin sudah sekian lama menanti jawapan.

Huriyah Huwaida Osman

Kepada
Saudara Tengku Danish Rayyan B. Tengku Harith

Assalamualaikum.

   Kedatangan warkah ini adalah bagi membalas warkah saudara kepada saya.Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana lambat membalas surat saudara kerana saya sendiri tidak boleh memberi jawapan yang terburu-buru.Itulah hakikatnya,saya tidak pandai membuat keputusan yang mendadak kerana saya rasa perkara ini memerlukan ketenangan berfikir supaya saya tidak silap membuat keputusan. Itulah prinsip saya.Lagipun,saya tidak biasa menulis surat kepada seorang lelaki.

   Selepas saya fikir dan melakukan sembahyang istikharah,saya harap saudara menerima jawapan daripada saya dengan baik.Dengan izin Allah saya menerima lamaran saudara.Mungkin saudara terkejut.Alhamdulillah saya sudah bermusyawarah dengan keluarga saya.Saya meminta pihak saudara tidak menghebohkan perkenalan antara kita kerana ini boleh mengaibkan diri saya dan diri saudara.Biarlah hubungan yang bakal terbina ini menjadi rahsia antara kita dengan Allah dan keluarga.

   Tiada keistimewaan pada diri saya.Serba sedikit mengenai diri saya,saya anak sulung daripada tiga beradik.Dua orang perempuan dan seorang lelaki.Ibu ayah saya sudah lama berpisah semenjak saya masih dibangku sekolah rendah lagi.Saya berasal daripada Penang.

    Saudara Tengku Danish Rayyan,
Mungkin warkah ini satu titik awal saya mengenali saudara dan saudara mengenali diri saya.Namun saya bagitu yakin dengan keikhlasan hati saudara dengan cara yang sihat dan ikhlas.Sepanjang menjalinkan hubungan ini saya mengharapkan kita dapat menjaga batas-batas pergaulan seperti yang disarankan oleh agama kita,agama Islam.Sekiranya saya lupa,saudara tolonglah mengingatkan supaya kita sama-sama tidak terjerumus ke lembah yang hina disisi Islam.

     Berbekalkan ilmu agama yang masih cetek ini saya cuba amalkan seperti yang disuruh oleh Allah.Saya berpegang kepada peringatan Allah dalam surah An-Nur ayat ke 30 dan 31.

      "Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bahagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
(AnNur:30)

    "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan(auratnya). Kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)
..........................
(AnNur:31)

    Tengku Danish Rayyan,
Anggaplah jalinan yang dibina ini sebagai satu ibadah kerana Allah.Saya tidaklah terlalu memilih tetapi kita perlu juga dalam memilih supaya kita terdorong melakukan kebaikan dan yang mengingatkan kita apabila melakukan kesilapan.Kalau ada jodoh we will end up being together in future.Allah knows better.He has better plans for you and me.Just have faith.Kalau dah berkenan,nasihat saya satu.Letakkan pengharapan Allah,bukan pada manusia.Tak terlalu kecewa kalau bukan jodoh. Kita berkenalan kerana ada sesuatu yang menggerakkan kita,Allah dan takdir. Subhanallah.

      Akhi Tengku Danish Rayyan.
Jika aku mencari ketampanan,
Tentu aku takkan memilihmu.
Jika aku mencari kekayaan,
Tentu aku juga tak memilihmu.
Biarlah tak sempurna. Aku tahu kau punya seribu kekurangan tapi aku juga tahu kau punya juta kelebihan yang tersembunyi disebalik keimanan. Tenanglah aku takkan meminta hidup yang mewah,
Aku takkan meminta harta yang melimpah.
Percayalah.
Aku menerimamu apa adanya.
Cintai aku jangan sepenuhnya.
Marahi aku jika aku bersalah tapi dengan marah yang wajar.
Aku yakin pilihanku adalah pilihanNya juga.

    Bantulah aku menjadi seorang yang sempurna dengan menyenpurnakan separuh dari agama.
Menjadikan engkau suami untukku seorang hamba yang inginkan cintaNya.

      Ya Rabb..
Berikan jodoh yang terbaik bagi yang menantikan.

    Jadikanlah pernikahannya yang barakah,rumahtangga yang sakinah,mawaddah,wa rohmah,keturunan yang soleh dan solehah.Janganlah terlahir dari kami keturunan yang derhaka pada ibu bapa lebih-lebih padaMu.Allahumma aamiin.

     Tengku Danish Rayyan,
Saya tahu jauh disudut hati saudara,ada rahsia yang tersimpan.Ada tangisan yang tersembunyi.Ada harapan yang terlukis terang.Namun disitu,saudara memilih untuk senyum.Saudara bertahan dalam diam.Saudara yakin dengan doa.Tapi saya percaya di sebaliknya,saudara kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.Saudara menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami.Saudara serahkan hati saudara sepenuhnya.Hanya untuk DIA.Sebab itu saudara nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.Kerana hati saudara teguh bersama Pencipta.Maaf andai khilaf dari insan ini.

        Setakat ini sahaja warkah saya buat saudara.Mungkin saudara bosan membacanya kerana isinya panjang dan meleret leret.Saya minta maaf sekiranya isi kandungan warkah ini tidak memenuhi kehendak saudara ataupun tidak menjawab persoalan saudara inginkan.Itulah kelemahan saya sebagai insan biasa.Segala yang baik itu adalah datangnya daripada Allah.Semoga jodoh kita kekal bersama hingga ke Syurga.

Sekian,Wasalam.

Huriyah Huwaida Osman
Insan Menanti
HuriyahHuwaidaOsman@gmail.com
  
       Huwaida menekan butang sent. Hatinya berdegup kencang.Pelbagai rasa singgah pada hatinya kini.Hanya Allah yang tahu.Satu kepuasan dirasai apabila dia berjaya mencoret kata comot kepada insan yang telah mencuri hatinya.Insan yang sedang mengintai nota dakwah. Kini ada insan yang telah menambat hatinya menerima utusan warkah darinya.Memang sukar! Kali ini mencoret rasa hati kepada insan yang tak pernah dikenalinya.Lebih-lebih lagi insan itu lelaki yang hendak mengisi ruang kosong hatinya.

     Benarkah Tengku Danish Rayyan ditakdirkan untuk Huwaida.

    Adakah sudah bermula kisah antara dua insan perantau tanpa tahu latar belakang.

Bagaimana akhirnya.

Bersambungg...

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman



Two love in My Heart

Kak Ain.Dimana saja kau berada.Aku harap kau akan baca tulisan comot ini.Mana kau nak lari kakak.Lepas kau ambik hati aku.Aku takkan pernah biarkan kau pergi tinggalkan aku macam tu.Kau kakak aku.

Teringat kenangan kakak.Buat aku mengalir air mata tiba-tiba.

"Nama kakak Nurul Aindila Zainudin.Anak kelahiran Johor.Membesar di Parit Sulong Batu Pahat,Johor.Kak budak Quantity Survey university.

Kakak ain.Kau tahukan aku rindukan kau.Muncullah kakak.Walau cuma seketika.

kesat mata

"Hahahaha.Kalau kakak comel.Adik kakak Intan mesti cantik.Intan kan adik kakak."

Allah kau tahu kak.Tiap hari aku ada nama kau jua.Aku cuma mampu berharap kau pulang segera.Aku nak kau bawa aku bersama.Aku nak bersama kau.Sama-sama menjalani mehnah hidup ini.

HATI aku rapuh saat mendapat berita mengenai kau.Rapuh sangat.Tapi aku masih kuat.Sebab aku dah tembak doa kat kau.Tembak doa tu.Biar sampai terus kat kau kakak.

Bila nak tido.Mesti kau aku kan kakak.Haha (nangis dalam tawa) kan sengaja mengamit sweet dengan aku.Sebab tu tiap kenangan kita aku tak dapat lupakan kau kak.

Kau nak tahu tak.

"Nabi SAW pernah menasihatkan sesiapa yang tidak menyayangi orang lain dia tidak akan disayangi.Allah suka pada orang yang penyayang.Jika kawanmu bersalah maafkan dia jika kamu yang bersalah cepat-cepat meminta maaf dengan wajah yang manis.Mungkin suatu hari nanti kita juga akan membuat silap dan ingin orang memaafkan kita,bukan.

Sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya.Nescaya Allah meninggikan darjatnya disisi manusia. Imam Syafie

Kakak ain.

Kehidupan ajar aku.Mungkin kita,satu perkara.Hak untuk menilai orang bukan pada kita.Sebab walau terang,depan-depan macam mana pun seseorang tu buat kesalahan,buat dosa depan kita. Kita tak boleh nak kata dia jahat.

Well,
Luar nampak dia buat benda jahat.
Hati dia?
Perhaps dia sendiri tak nak buat benda tu.
Perhaps dia sendiri tengah cuba lawan nafsu sendiri.
Perhaps tiap-tiap malam dia doa pada Allah supaya ubah dia.

Kau,aku semua pernah alami perkara ini.
Tahu benda tu Allah tak suka.
Tapi nafsu,susah nak kalahkan.

End up with asking for Allah's help to change us,kan?

Senang cakap macam ni-benci lah.Tapi benci dosa.Bukan orang yang buat dosa.

Payah kan.Sebab ego dekat dalam diri kita yang asyik cakap "kau baik kau alim kau layak judge orang tu" tak kita usaha untuk buang.

Banyak benda kita sharing kan kak ain.

Takpe nanti suatu saat,satu masa kita sama-sama bersama.Aku tahu kakak.Kau dan Kak May memang ada untuk aku sentiasa.

Ohh lupa.Kak Maizatul Fatin Amira Mohammad.Kak May.Hadir dalam hidup aku lepas kau pergi Kak ain. Dia jaga aku Kak Ain.Jangan risau kakak May ada ni.

Kakak May pun sama macam kau kakak ain.
Sentiasa jaga siang dan malam aku.

Aku sayang dia. Kau pun kakak ain.

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah aku di alam syurga.

Nahh special untuk kedua kakak aku.
Lupa kakak May.Jangan tinggalkan aku tau.
cium pipi
salam tangan

Kakak ain>3 intan>3 Kakak May

Nota Dakwah
Intanainmay
Intan Nurul Aida Osman



Nota Cik Markonah (17)

-----------------------------------------------------------------
UiTM Shah Alam,Selangor.
Kolej Perindu,10.00PM.

      Melupakannya memang tidak mampu.Apa yang terdaya,mengalihkan tumpuan untuk persediaan peperiksaan yang bakal menjelma beberapa hari lagi.Masa yang ada ku manfaatkan sebaik-baiknya untuk ulang kaji,perbincangan dan juga menekuni nota-nota kuliah serta buku-buku rujukan.Aku tidak boleh bermain-main.

       Malam sudah larut.Aku setia di meja study menekuni pelajaran.Sistem internet percuma(wireless) yang disediakan oleh pihak universiti memudahkan aku mencari info-info tambahan dari serata dunia.Semuanya di hujung jari.

     Tengku Danish Rayyan membuka e-mel sekadar untuk memberi ruang otaknya berehat.Tengku Danish Rayyan yang mengambil kos DEG IN http://GEO.SC (GEOGRAPHICAL INFOR. SYSTEM).Semangatnya untuk menekuni pelajaran semakin membuak-buak.

   "Hah?" Terkejut mukanya dengan perasaan bercampur baur.

Ada e-mel dari sahabatnya yang belajar di pusat pengajian yang sama dengan Huriyah Huwaida,'Rafiq Aiman' yang kini menjadi pengintip misteri buatnya untuk mengetahui isu-isu semasa.Bertajuk, 'Biodata.' Sangkaannya,Rafiq akan menghubunginya semula apabila Ku Danish telah selesai menduduki peperiksaan.

"Secepat ini?"Getus Ku Danish.

   Sukar untuk dia percaya.Peluh memercik di dahi.Jejari sedikit menggigil.Kelopak mata berkedip-kedip.Perasaan apakah ini? Ku Danish nenoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada rakan-rakan yang berdekatan.Ku Danish tidak mahu perkara ini disalah sangka dan menimbulkan fitnah.

      Dengan lafaz bismillah,Ku Danish membuka fail biodata yang diletakkan di dalam Microsoft Word 2010.

     "Hmm,ada letter head."

     Terpampang sebuah biodata seorang Muslimah berserta cita-citanya yang besar.Di sudut kanan sebelah atas terdapat sekeping gambar berukuran passport.Gambar itu kelihatan di-copy paste dengan bantuan pengimbas.Agak kabur.Sekiranya aku terserempak dengan pemilik gambar itu di mana-mana,aku mungkin tidak dapat mengecamnya.Biarpun begitu,gambarnya menyejukkan mata.Getus hati kecil Tengku Danish Rayyan.

   Ku Danish dapat rasakan ada getaran di jiwa.Sekeping gambar samar itu bagaikan elektrik yang mengecas haba cinta.Cantik sekali pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu'bah, "Lihatlah terlebih dahulu wanita itu,kerana sesungguhnya hal itu dapat menekunkan kalian berdua." (HR At-Tirmizi dan An-Nasa'ie)

      E-mel tersebut kemudian diakhiri dengan pesanan Rafiq agar Ku Danish segera beristikharah dan memberikan keputusan secepat mungkin.

     "Subhanallah!" Hatinya bertasbih.

      "Dia bukanlah seorang wanita yang sembarangan.Dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai kegiatan dakwah di kampus.Dia juga seorang pelajar cemerlang dengan keputusan akademik yang memberansangkan sehingga layak untuk menerima Anugerah Dekan," Ku Danish menilai.

    Ku Danish menatap gambarnya sekali lagi.Sekejap sahaja. Err,rasa malu.Teringat pada pesanan Nabi, "Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya."
(HR Ahmad dan Azh-Zhahiri)

        Salahkah perasaan maluku ini? Hmm,aku rasa tidak.Rasulullah SAW sendiri digambarkan lebih malu daripada anak dara di dalam kelubung dalam situasi situasi tertentu.Kepada yang berani,silakan.Tiada salahnya.

      Ku Danish baca wawasan hidup Huriyah Huwaida berhati-hati.Dia ingin menjadi hamba Allah yang taat,remaja yang beradab,anak yang solehah,isteri yang disayangi,ibu yang berakal,pendidik yang bertakwa,penulis yang tajam penanya,mujahidah yang beriman serta ingin mati syahid di jalan Allah.

       "Ya Allah! Betulkah insan yang sebegini hebat ingin dipadankan denganku? Layakkah aku?" Getus diri Ku Danish.

    "Aku bukanlah seorang yang alim dalam bidang agama.Bahkan ilmu agama di dadaku sentiasa haus bak musafir di sahara." Hati kecilnya mula membandingkan.

      "Ya Allah,semakin jauh aku berangan.Apa yang berada dalam lingkungan kuasaku sekarang ialah aku sendiri perlu berusaha menjadi penyayang terhadap wanita-wanita kesayanganku iaitu ibuku,adik-adikku,anak-anak saudaraku,nenekku dan lain-lain.Moga sifat penyayang itu akan melayakkan aku disandingkan dengan wanita yang penyayang.Amin." getus hati Ku Danish.

     Dia menutup buku-buku rujukan di hadapan.Pesona si mawar agama lebih mencuri fokusnya saat itu.Jika study diteruskan juga,pasti tiada ilmu yang melekat.Ku Danish menyandarkan badan ke kerusi.Jari-jari tangan disilangkannya lalu diangkatnya ke belakang kepala.Matanya merenung dinding.Berselirat kotak fikirannya mengandaikan pelbagai kemungkinan di hadapan.

    Mungkin kerana status dirinya yang masih lagi belajar,dia menjadi ragu-ragu untuk membuat apa-apa keputusan.Sekiranya saat ini Ku Danish telah pun mempunyai pekerjaan dan ekonomi yang stabil,pastinya dia tidak teragak-agak mengambil tindakan susulan.Istikharah,berbincang(musyawarah), risik,taaruf,bertunang(khitbah) dan nikah.

     "Siapa tidak inginkan isteri solehah?" Bisik hatinya. Risau juga jika melepas.Dia berfikir kembali cadangan ustaz agar aku berkenalan dengan keluarganya terlebih dahulu dan membuat perancangan bernikah kemudian.

  "Bagus juga!"

      Ku Danish menghormati hak kaum wanita untuk menilai dan memilih bakal pasangannya sebagaimana lelaki berhak membuat pilihan.Rasulullah SAW sendiri memberi hak bagi wanita bermusyawarah dalam urusan jodoh.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak dikahwini wanita janda hinggalah dibincangkan dengannya,dan tidaklah dikahwini anak dara hinggalah diminta izin." (HR Bukhari)

   Maka Ku Danish dengan kadar segera persiapkan biodatanya untuk tatapan si mawar agama Huriyah Huwaida.Dia akan mengirimkan biodata itu melalui perantaraan ustaz selaku pensyarah di tempat pengajian Huriyah Huwaida.
Dia sedar,saranan Nabi agar melihat terlebih dahulu bukan hanya untuk lelaki bahkan untuk wanita juga.Justeru,Ku Danish lampirkan sekali gambarnya yang terbaik.

   Teringat pula pada kisah Habibah binti Sahl,isteri Tsabit bin Qais.Beliau lari pada malam pertamanya.Tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit.Rupa-rupanya,beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin.Maka,pada malam pertama,beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit penutup khemah.Kelihatan suaminya bersama dengan beberapa orang pemuda Dalam kalangan mereka,didapati Tsabitlah lelaki yang paling hitam kulitnya,paling pendek ketinggiannya dan yang paling buruk wajahnya. Ketika ditanya Rasulullah SAW tentang perbuatannya,isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai.Dia juga menjawab, "Wahai Rasulullah,aku tidak menpersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik,tapi aku takut menjadi kufur." Lalu Rasulullah SAW meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu (HR Bukhari)

     Luaran bukan syarat utama.Namun,ia mempunyai kesan rasa cinta bagi sesetengah orang.Islam meraikan kondisi ini.Terima kasih buat Habibah binti Sahl,isteri Tsabit bin Qais.Kisah ini memberi pelajaran berharga betapa Islam meraikan pilihan.Permohonan cerai secara khuluk ini memberikan hak kepada wanita untuk memilih bercerai jika lebih menjaga urusan akhiratnya.

Bersambung.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman


Nota Cik Markonah (16)

        "Tetapi tuan puteri ini tidak bersedia.Pesan bonda perlu belajar hingga setinggi langit biru baru boleh terima pinangan sang putera kayangan!" Huwaida mengajuk kata Lya.Dia membalas dengan kata-kata klasik.Suaranya juga dibunyikan seperti filem hitam putih. Mereka saling berpandangan dan kemudiannya terhambur deraian ketawa besar.

      "His! Tidak elok tuan puteri ketawa terbahak-bahak ini,nanti saham jatuh!" Kata Lya sambil menggayakan ala-ala dayang yang menghormati seorang puteri.Tangannya digayakan ke atas dan kemudian dijatuhkan ke bawah. Huwaida melihat gayanya itu dan ketawa lagi.Geli hati melihat tingkah laku Lya.

     "Betul itu wahai sahabatku.Tetapi puteri ini belum cukup usianya hendak bercinta.Belum sampai masa.Lagipun layakkah hamba ini menerima salam daripadanya.Hamba ini bukannya cantik dan hendak kata bijak tidak juga serba serbi sederhana." Kata Huwaida merendah diri.Dia melembutkan suara seperti orang yang berlakon di teater.

     "Sudahlah,penat berbahasa hitam putih.Awak sudah baca surat yang saya berikan itu?" Tanya Lya yang sedang mengorak langkah untuk keluar. Huwaida menggelengkan kepala.

    "Nantilah saya baca." Ringkas jawapan Huwaida.

******

Hari ini sepupunya Fazlin dan Maymyra berganding bahu berkongsi resepi masakan untuk juadah makan malam bersama nanti.Mereka yang tinggal sementara di rumah Fazlin untuk menghabiskan masa terluang dengan menikmati cuti di Bandar Kuala Lumpur selama 2 minggu sebelum pulang ke Iskandarian,Perak.

   Selepas menjamu selera hasil masakan Fazlin dan May.Mereka bersama-sama mengemas pinggan mangkuk.Kerja mereka mudah dan cepat sekiranya dilakukan secara berjemaah.Huwaida mengambil air sembahyang bagi mengerjakan solat Isya.Apabila selesai menunaikan solat dia menghidupkan komputer ribanya bagi menyambung tugasan yang diberi oleh pensyarah yang belum selesai.

      Huwaida membuka laci mencari buku nota berwarna yang sering digunakan bagi mencatat nota penting dan ditampalkan di dinding. Tiba-tiba dia terlihat surat yang diberi oleh Lya petang tadi.Hampir terlupa! Dia belum lagi membuka dan membaca surat itu. Sampul berwarna biru dan bersaiz panjang itu dikoyaknya dibahagian tepi.Tangannya terketar-ketar dan diikuti hatinya yang berdebar-debar. Dia mengeluarkan dan membuka lipatan surat itu.Ada dua helai surat saiz A4. Huwaida bangun dari kerusinya lalu menuju ke katilnya dan merebahkan diri. Huwaida mula menatap tulisan tangan yang cantik dab kemas.Matanya tertancap tajam membaca tulisan itu satu demi satu.

Tengku Danish Rayyan B Tengku Harith
Insan Perantau

Kepada,
Huriyah Huwaida Osman

Assalamualaikum,

    Apa khabar? Semoga saudari berada dalam keadaan sihat dan juga ceria menghadapi hari-hari yang akan ditempuh dengan penuh cabaran.Terlebih dahulu saya meminta maaf sekiranya kehadiran surat yang tidak diduga ini mengganggu ketenteraman hati saudari Huwaida.Saya pun sebenarnya tidak berani hendak mengutus surat ini buat saudari tetapi atas desakan naluri ikhlas yang mahu menghulurkan salam persahabatan dengan saudari,saya gagahkan diri ini. Saya harap saudari tidak melipat surat ini ataupun mengoyaknya tetapi terus membacanya sehingga habis.

    Sudah lama saya mahu mengutuskan salam perkenalan dengan saudari tetapi lidah kelu hendak berkata.Ini kerana saya bukan seorang yang pandai berkata-kata apatah lagi apabila berhadapan dengan gadis yang boleh menggugah perasaan.Kita pernah bertemu sebelum ini.Pertama semasa di Restoran tempoh hari dan kemudiannya di Sogo Mall,KL. Mungkinkah saudari masih mengingati saya Mungkin jodoh barangkali ! Takdir menemukan kita.Tetapi saya hanya mampu melihat saudari dari jauh sahaja dan hasrat hati mahu mengenali diri saudari tetapi saya tidak tahu caranya. Saya juga insan perantau dan pelajar mahasiswa UiTM Shah Alam.Hanya dua hari lagi saya akan pulang ke perantau.Niat di hati saya ingin menjadikan saudari suri dihati saya.Sudikah saudari membina masjid bersama saya.Mengisi ruang kosong dihati saya.Andai saudari sudi,saya akan menghantarkan wakil ibu bapa saya ke rumah saudari kerana saya sendiri akan mendapatkan saudari dengan cara yang terhormat. Kenapa perlu mengorat kalau saya boleh dapatkan secara terhormat? Saya tahu saudari mempunyai pendirian prinsip muslimah.Sebab itu saya ingin melamar saudari.

     Mungkin berat untuk saudari menerimanya.Ambillah seberapa banyak masa saudari.Saya setia menunggu jawapan saudari.InshaAllah sepanjang tempoh perkenalan ini saya akan menjaga batas syariat agama. Sebab saya tahu saudari perempuan dan saya lelaki.Kita mempunyai sempadan yang jauh untuk saling mendekati.

      Saya memilih saudari kerana saya tahu,saudari merupakan seorang muslimah solehah.Saya jatuh cinta pada agama saudari.Benarlah agama tiada maka rosaklah segalanya.Saya tidak memandang pada,harta saudari.Saya juga tidak memandang pada rupa,dibalik wajah yang melindungi saudari.InshaAllah.Jika ada agamanya pasti bahagia untuk kita hingga ke jannahNya.

      Saya nak cinta saudari,saya bermohon pada malam dinihari kedinginan malam pada Allah.Saya akan minta izin wali saudari,saya tak akan buat dengan cara membawa usung ke hulu,ke hilir,lepas dah bertahun kenal baru nak jumpa wali,TIDAK. Saya tahu sungguh tak macho kalau guna ayat sweet talker text.Sebab tu saya mengajak saudari menuju yang halal.Bab umur itu belakang kira.Sekiranya saudari sudi,InshaAllah saya akan menghantar rombongan ke rumah saudari.Apapun jawapan saudari saya terima dengan hati yang terbuka.Saya juga sedang mengintai nota dakwah di hati saudari.Mungkin juga masih ada ruang kosong dihati saudari untuk saya.

    Maafkan saya kerana mengganggu masa saudari.Sekiranya saudari sudi menerima huluran salam perkenalan daripada saya ini,sudilah kiranya saudari membalas surat ini atau menghantar melalui email kepada saya.

     Akhir sekali,saya mengharapkan balasan khabar berita daripada saudari.

Sekian.Wasalam.
Tengku Danish Rayyan B. Tengku Harith
Tengku_D@yahoo.com

Huwaida melipatkan surat dan menarik nafas dengan perlahan.Samada dia berasa lega ataupun satu bebanan perasaan sudah menimpa hatinya kini.Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul lalu memandang jam dinding menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.Huwaida mengambil kotak kayu hadiah daripada emaknya.Kotak itu berkunci dan didalamnya tersimpan segala yang dirahsiakan.Dia mengambil keputusan membiarkan dahulu surat itu dan dia terus ke bilik air.Dia mengambil air sembahyang untuk sembahyang sunat istikharah bagi mencari jawapan samada dia perlu menerima salam perkenalan daripada Tengku Danish Rayyan ataupun menolaknya.

       Malam kedinginan dinihari,di kala semua insan masih lena diulit mimpi,Huwaida sujud kepada Pencipta Alam ini.Mencari dan memohon keredhaan daripadaNya.Meminta petunjuk dan hidayah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.Menyembah diri yang hina kepada kekasih supaya memberi kekuatan kepada hambaNya yang lemah dan sedang mencari haluan hidup di dunia ciptaanNya.

    Dengan penuh khusyuk,doa dilontarkan lahir daripada hati yang ikhlas.Semoga doa-doa didengar dan diterima olehNya.Dengan iringan air mata keinsafan,hatinya merintih.

     "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu,dengan ilmuMu,aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.Aku meminta dariMu dan kelebihanMu yang banyak.Maka sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.

    Wahai Tuhan,sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku,pada duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan dariku daripadanya,tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada.Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.

    Air matanya mengalir lesu.Sepenuh jiwa dan raga diserahkan kepada Allah.Moga isi-isi hatinya diterima dan diberi petunjuk kepada insan-insan yang lemah.Apatah lagi jiwa yang lemah sepertinya mudah tergoda dan digoda.Dia minta supaya keputusan yang dibuatnya adalah yang terbaik bagi dirinya.Dia tidak mahu tersalah perhintungan.Yang akhirnya membebankan perasaannya. Itu yang dia takut.Takut menghadapi hakikat kecewa.Patah hati membawa padah kepada diri.

   Bukan dia tidak mahu bercinta.Sesiapa yang tidak mahu cinta itu hadir. Cinta waktu itu tiada dua,hanya setia pada yang satu.Kini hadir pula cinta Tengku Danish Rayyan.Namun begitu kasih Allah itu tiada terbatas.

Semoga Allah menjawab segala istikharah ku untuk Tengku Danish Rayyan.

******

Bersambung.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Nota Cik Markonah (15)

AMBOI ! Asyiknya dia dengan komputer riba sampai kawan baik sendiri disisi tidak disedarinya, "kata Lya sambil menghulurkan sampul surat berwarna biru kepada Huwaida. Huwaida mengelipkan matanya berkali-kali dan menaikkan kening tanda ingin tahu daripada siapa surat bersampul biru itu.

      "Daripada peminat yang meminati awak dari jauh tetapi ikhlas.Dah bertemu dua kali mungkin jodoh,mula bertengkar tapi sudah jatuh cinta." Ujar Lya ketawa kecil mengusik sahabatnya.Lya membaringkan diri.Dia membengkokkan badan dan memeluk bantal peluk berbentuk hati berwarna merah muda hadiah harijadi daripada Maymyra.

       Tiba-tiba kedengaran bunyi isyarat kiriman email masuk ke komputer riba Huwaida.Huwaida menggerakkan tetikus dan mengklik logo berbentuk sampul surat.Dia memasukkan kata laluan.

      Kiriman itu menunjukkan alamat yang ringkas iaitu 'Tengku_D' siapa individu ini? Bagaimana dia tahu alamat emailku? Huwaida berkata kepada dirinya.Bagi memecahkan kebuntuan di fikirannya,dia membuka tajuk email.Terpapar satu catatan:

Assalamualaikum...

Saudari Huriyah Huwaida Osman,

Saya harap kehadiran utusan email ini tidak mengganggu saudari.Semoga saudari berada dalam keadaan sihat disamping sibuk melakukan tugasan yang diberi pensyarah.Mungkin saudari berasa hairan dengan email ini.Saya bertanya adakah saudari sudi menerima kiriman surat yang saya titipkan melalui sahabat saudari,Lya?

Sekian,Wasalam.

Tengku Danish Rayyan b. Tengku Harith
Insan Perantau

    Email yang diterimanya ringkas sekali.Mungkinkah ini Tengku Danish yang sudah bertembung dengan dia tempoh hari.Huwaida tidak berapa kenal dengan Tengku Danish.Satu pertanyaan perlu diajukan kepada Lya.Mungkin dia tahu mengenai Tengku Danish. "Lya,awak kenalkah orang yang mengirim surat untuk saya?" Huwaida bertanya Lya yang baring di katilnya.Tiada jawapan.Tidur rupanya dia!

    "Lya,tidak elok tidur selepas asar.Awak sudah sembahyang asar? "Huwaida menggerakkan badan Lya dengan perlahan tetapi dia tidak bergerak. Huwaida menggoyangkan kaki Lya hingga tersedar dan memandang Huwaida hairan.

     Ehh! Huwaida! Saya tertidurkah?" Lya menggosok matanya.Huwaida mengangguk.

    "Penat.Banyak perkara perlu diuruskan dalam persatuan." Kata Lya tanpa perlu Huwaida meminta penjelasan.

     "Kasihan! Orang pentinglah katakan.Persatuan itu tidak berjalan dengan sempurna sekiranya awak tidak ada. "Huwaida mengusik Lya.Lya membeliakkan matanya memandang Huwaida yang tersengih.

     "Maaf ya.Saya hanya bergurau.Saya mahu tanya sikit.Siapakah yang mengirimkan surat ini. Tengku Danish kah?" Tanya Huwaida tanpa sempat Lya menarik nafasnya.

    "Awak sudah membacanya?" Tanya Lya.Huwaida menggelengkan kepala.

   "Bagaimana awak tahu dia yang hantar sekiranya awak tidak membaca surat itu?" Lya hairan. Dia membesarkan matanya yang kecil itu.Huwaida tergelak kecil melihat reaksi lucu Lya.

     "Saya terima email daripada Tengku Danish Rayyan tadi.Saya mahu tanya bagaimana dia tahu alamat email saya. Ini tentu awak punya kerja.Betul ataupun tidak?" Huwaida menyerang Lya dengan soalan itu.

   Saya memberi alamat email awak kepadanya dalam keadaan terpaksa.Tetapi itu adalah demi kebaikan bagi membina masjid yang baru!" Lya ketawa terkekeh kekeh. Huwaida melihatnya dengan penuh geram.Dia menghampiri Lya dan menggeletek pinggangnya.Lya tidak dapat menahan rasa geli dan terus ketawa sampai berair mata sambil menjerit "Jangan ! Jangan !" Lya menahan tangan Huwaida daripada terus menggeletek.

      "Maafkan daku sekiranya kehadiran surat itu mengganggu tuan puteri yang selama ini kesunyian. Mungkin dengan kehadiran surat itu boleh mengisi ruang kosong yang masih belum berpunya. "Lya menuturkan kata-kata yang berbunga pula.Dia memang pandai bergurau menyusun kata-kata yang berunsur klasik. Adakalanya Huwaida terhibur dengan sikapnya yang sentiasa riang,orang kata happy go lucky.

      "Tetapi tuan puteri....

Bersambung..

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Sunday, 10 May 2015

Nota Cik Markonah (14)

Sogo Mall,2.45p.m.
Bandar Kota Kuala Lumpur

Huwaida sendiri ke bandar Kuala Lumpur.Lya tidak sihat dan berehat dirumah sepupunya Fazlin yang menetap di Kuala Lumpur.Huwaida dan Lya menghabiskan masa cuti mereka di Kota Kuala Lumpur untuk menenangkan fikiran dan menikmati keindahan di kota Kuala Lumpur.Amazing and wonderful. Kebetulan pula Huwaida ada masa terluang hari ini.Huwaida mengambil keputusan untuk ke mall terdekat di Sogo Mall,KL untuk membeli segala barang keperluannya.

         "Pasti Lya dan Fazlin belum makan lagi. Getus hati Huwaida sambil memilih barang-barang keperluannya dan membeli sedikit makanan untuk bidadari hatinya Lya dan sepupunya.

       Dalam perjalanan pulang Huwaida terserempak lagi dengan lelaki semalam.Tiba-tiba terasa hatinya seakan berirama.Ya Allah,jaga hatiku daripada segala rasa gemuruh Ya Allah. "Huwaida menguatkan juga hatinya.Dia perlu selesaikan hari ini segala hutang lelaki itu.Mujur juga dia berada ditempat awam.Bimbang menjadi fitnah orang pula.

    "Encik! Encik!" Panggil Huwaida.

     "Ya saya?" Tanya Ku Danish.

       "Ya Encik,saya minta maaf.Saya wanita semalam.Kebetulan pula saya terserempak dengan Encik.Saya ingin bayarkan ganti rugi baju Encik semalam. "Tutur Huwaida.

"Ya! Dialah wanita itu.Tak salah lagi.Aku kenal matanya.Ya Allah.Terima kasih mempertemukan kami lagi."Dia memandang Huwaida.Segera Huwaida mengalihkan matanya ke arah jalan raya di hadapannya.

  "Ohhh..Saya ingat.Tak sangka bertemu lagi.Tak perlu berEncik dengan saya.Saya Tengku Danish Rayyan bin Tengku Harith.Panggil sahaja Danish. Untuk peristiwa semalam,saya minta maaf.Saya benar-benar tak berniat bersikap biadab dengan saudari.Kebetulan saya terburu-buru untuk ke stesen bas kerana tiket saya ditangguhkan selama 3 hari.Untuk ganti rugi itu tak perlulah. Ini saya pulangkan kembali wang saudari.RM100. "Ujar Ku Danish sambil menghulurkan wang bernilai RM100.

   Huwaida agak terkejut. "Maaf saudara Danish,tapi saya merosakkan baju dan saya perlu mengganti rugi baju saudara.Dan maaf juga kerana peristiwa semalam dan sikap rakan saya yang emosi semalam. Sebelum itu,saya Huriyah Huwaida Osman.Panggil sahaja Huwaida. Pelajar di Uni Perak. "Tutur Huwaida menahan rasa debar di hati.Mahu sahaja dia berlari laju lari daripada lelaki itu.

    "Ya,Huwaida.Saya juga meminta maaf atas kejadian semalam.Saya terlalu mengikut amarah syaitan sehingga lupa beristighfar. Ini saya pulangkan wang semalam. "Ku Danish menghulurkan wang kertas kepada Huwaida.

     "Tak mengapa.Simpan sahaja duit itu.Tanda maaf saya untuk baju awak semalam.Kalau tiada apa-apa lagi saya ingin meminta diri dahulu.Banyak hal yang saya perlu buat. "Ujar Huwaida ingin melarikan diri.

        "Baiklah,kalau macam tu.Untuk sama-sama adil awak ambillah duit ini juga sebagai tanda maaf saya."jawab Ku Danish.

     "Baiklah,kalau tiada apa-apa lagi saya beredar dahulu. Terima kasih. "Ucap Huwaida lalu terus memulakan langkah,mahu dia lari sahaja seperti merentas marathon.

   "Huwaida! Huwaida!" Panggil Ku Danish.

Terasa darah menyirap naik ke muka. Huwaida memalingkan wajah.

    "Ya,saya? Kenapa?" Tanya Huwaida.

     "Terima kasih juga.Andai ada jodoh kita bertemu lagi.Semoga pertemuan ini tidak berakhir disini. "Ujar Ku Danish.

Huwaida sekadar menganggukkan kepala.Ku Danish tersenyum gembira. Huwaida memulakan langkah.Terus sahaja dia pergi meninggalkan Ku Danish.

    Ku Danish melihat sahaja Huwaida pergi meninggalkannya dengan tanda tanya. Siapakah gadis misteri itu.Gadis itu mengorak langkah terus maju menapak tidak berpaling lagi.Huriyah Huwaida, Insan biasa. Cuma namun azamnya luar biasa menbawa jiwanya kembali kepada DIA.

Gadis itu,lembut hatinya bak sutera
Mudah tangisnya saat berduka
Namun jiwanya teguh menahan derita.
Dia tidak banyak bicara
Suaranya memecah saat pandangan diminta bicaranya pada yang perlu bukan sia-sia.
Benarlah dia tidak suka pujian mahu dengan sanjungan
Lemas dalam taksuban insani.Huriyah Huwaida terus mengorak langkah terkadang dia lelah
Namun mujahadah dia kekal. Subhanallah aku sudah mula ingin mengenali hatinya.
Bicara hikmahnya,akhlaknya sunnah,
Ibadahnya ikhlas
Jihad pilihannya, Syuhada impiannya
Syurga impiannya. Aku tahu Huriyah Huwaida pasti disayangi manusia. Sungguh misteri empunya diri.

Bersambung..

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman


Nota Cik Markonah (13)

TENGKU DANISH RAYYAN berkalih ke sisi katil.Matanya dibuka perlahan.Lampu masih terang benderang.Bayangan si gadis berniqab yang hanya memiliki sepasang mata bermain-main di tubir mata.Teringat pula akan kata-kata si gadis itu.Sungguh deep hingga menyusuk ke dalam dasar hati.Lembut tapi tegas,pendiam tapi kata menyengat.

       Siapa agaknya wanita disebalik kain hitam yang menutupi wajahnya itu.Sungguh misteri. Ku Danish mengetap bibir.Kali ini dia mengutuk diri sendirinya pula.Kalaulah dia bercakap baik tadi pasti perkara ini tidak berpanjangan.

    Ah...hati! Memang parah kalau kau ni terlebih dahulu bersuara daripada akal.Bukan ke senang kalau aku settle kan sahaja perkara tadi.Kenapa aku bersikap begitu.Hanya kerana amarah aku pada petugas tiket bas,aku telah menghamburkan segala rasa marah seorang insan bernama wanita. Tiket untuk balik ke Kelantan ditangguhkan selama 3 hari.Ini bermakna dia masih ada peluang meminta maaf kepada wanita itu.Tapi,aku tidak tahu dimana wanita itu tinggal. Getus hati Ku Danish.

  Astaghfirullahalazim "Ku Danish beristighfar. Terus dia meraup wajahnya. "Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah.Aku sedang mengingati seseorang dilayar mataku.Ampunkan aku Ya Allah.Peliharalah hati seorang insan yang belum halal bagiku.Ya Allah. "Bicara rintih hati Tengku Danish Rayyan.

  Sedar akan sikapnya.Terus Ku Danish mengambil wudhu.Mengerjakan solat sunat istikharah.Sebaik-baik petunjuk adalah daripada Allah.Andai benar kau jodohku,sungguh aku sedang mengintai kasih Huwaida.Seorang insani yang belum layak,belum halal untukku.Semoga ada jodohku untuk bertemu dengannya.

**************

Usai solat sunat.
2.00 a.m, Shah Alam.

Ku Danish membuka laptopnya kerana dia masih belum dapat melelapkan matanya.Ku Danish seorang yang suka mencoretkan isi hatinya dalam Microsoft Office lalu save,tangannya laju menaip sesuatu.

"Still,most of the time spend my time lying around and doing nothing.Huah~ always sleepy some more and I find one vulnerability in my ow self. Every time I turn on my music player,satu lagu tak habis lagipun,sudah aku di send ke alam mimpi. Confused? But that is what reality is;confusing.So,lately itulah my daily routine.Sudah ketandusan idea untuk perkara-perkara lain. Oh! Back again to the music issue, ^^! Petang tadi macam biasa,mendengar lagu lagi.Anyway my intention memang nak tido pun so okay jelah.But then,masa petang dengar satu lagu yang dah lama tak dengar,warna-warna cinta by Brothers,Satu group nasyid yang memang aku minat dulu.So,masa dah nak lelap tu my ears tangkap this one catchy phrase ni.

            "Warna-warna cinta
             Yang terlukis di hatimu
              Semat pada senyuman dan tangismu
              Agar mewarnai
              Jiwamu yang tulus
              Seperti Sang Pelangi selepas gerimis."

Yeah,colours.Touching kan lyrics ni? For me it is? Dah yeeeeeesssss,it is true.Memang warna banyak pengaruh setiap aspek kehidupan kita.Bila baca balik perkataan 'pelangi' tu,teringat kat sahabat Ismi Hafidz .Time tu,ada apa ye? Tak ingat sangat tapi masa tu budak-budak perempuan solat kat musolla putera.Bestnya time tu,oops not because of the girls tapi sebab masa rushing-rushing nak turun musolla tu nampak one of the many amazing scenery kat MOZAC.Double Rainbow! Whoa~ tak pernah tengok pun kat mana-mana pun.Masa tu,Ismi Hafidz kata 7 colours tu melambangkan 7 masalah manusia.Betul lah apa yang orang kata,kadang-kadang Allah berikan kita hujan lebat,sebab lepas itu akan muncul pelangi nan indah.

     Warna or colours? Well,aku sedia maklum warna yang berbeza melambangkan personaliti orang.Hmm,for me aku tak mampu nak discuss perkara ini sebab it's too complicated.Tapi just nak state sikit how colours made up life.Kalau nak tahu macamana mesti mula dekat closet dulu.Bila buka je alamari ni,gloomy nyer.Sebab kebanyakan pakaian aku semuanya warna hitam je.Oho...That is a fact because it suits me the best  then.But bukan lah nak katakan my favourite colour is black.I don't think I have favourite colour by the way.But setiap kali nak beli baju je mesti nak warna hitam je.Ada banyak jugak warna-warna yang attrack me.Putih,hijau,biru,oren dan purple.Sometimes,aku rasa macam the true colours within me selalu je berubah-ubah.I find it hard to be explained or expressed.But do I do thanks Allah for creating such beautiful colours in our life.Colours make us different but they unite us at the same time as well.I really live to end this entry dengan thing that came across my mind petang tadi.

      Wahai hati,jangan hilang merahmu sebab disitu terletak keberanianku.
       Wahai akal,jangan hilang birumu sebab disitu terletak ketenanganku.
        Wahai mata,jangan sekali hilang hijaumu sebab didalamnya ada kedamaianku.
         Wahai tangan,jangan hilang unggumu sebab disitu terletak ketenanganku.
          Wahai senyumanku,jangan hilang jinggamu sebab disitu terletak keriangan orang-orang yang ku sayangi.
           Wahai jiwa,jangan hilang putihmu sebab disitu ada kenurniaanku.
            Wahai rohku,jangan sekalipun kau hilangkan imanku sebab iman itu kurniaan Allah yang terbesar buat diriku.

kalau kita suka dia..
Banyakkan Mengadu pada Ilahi di sepertiga Malam, bukan mengadu kat kawan,
" wey aku suka minah tu wey, oh hatiku terpaut "
-
bukan kat kawan nnti kawan yang kau luah tu punya pandai , dia bagi tahu la pula dekat minah yang kau suka tu..
-
bila minah tu tahu, kau pun lupa apa itu,
* zina,jemaah,Dan Allah *
sebab kau rasa nak luangkan
masa bersama dengan dia..
-
kadang Manusia pun jatuh cinta dah memang fitrah, berkasih sayang, ya sayang tu pun ada batas, selalu ingatkn diri
" releks, kalau jodoh doa hari hari, nnti kita kawen "..
-
apatalah lagi bila kita ni student usha la dalam hati sambil kata,
" Aku nak bangga kan mak abah aku dulu, rumah tangga aku tu nanti, kalau aku mampu, minta izin mak abah aku nak juga Nikah Khitbah "
-
janggan Nikah lari pula,
nak berkat kan,  nak redha kan,
redha Mak Abah dulu, akan menyusul Redha Allah.

                                                    Isi hatiku;
                                Tengku Danish Rayyan.

Bersambung

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Saturday, 9 May 2015

Khas Untuk Bidadari-Bidadari Intan

Assalamualaikum.

Gementar hati saat menulis secomot warkah ini untuk bidadari-bidadari intan.Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

"Intan kenapa?"

"Takde pape,okay. Chill lah.Ni bukan air mata.Habuk masuk mata tadi. Maklum saja mata manja. Kann.

Tetapi intan disedarkan dengan ungkapan paling positif dari seorang yang bernama Mama.

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh.Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia bersungguh-sungguh."
          Saidina Umar Al Khattab

Kalau Allah dah kata KUN tetap akan KUN.Takde siapa dah yang boleh mengubah KUN Dia tu suka-suka.

Begitu juga dengan takdirNya.
Kalau Allah dah tetapkan takdir tu untuk kita.Kenapa mesti nak mengeluh? Kenapa nak menangis. Teruskan perjuangan ini sayang.

Allah berikan sesuatu perkara terjadi pada kita bukan sebab Dia membenci.Tapi sebab Dia memuliakan kitalah makanya Dia menurunkan ujian juga musibah.

Allah.Rasa mahu rebah di sisi Mama. Rasa tak ingin berjauhan dengan Mama.

To all my bidadari intan.
"Allah jarakkan kita,supaya Doa itu mendekatkan kita.Intan tak ungkap cinta,bukan makna tak sayang tapi intan serah pada yang Esa. Sesungguhnya dekatnya penyerahan kita kepada Allah. Allah takkan uji jika sekiranya hambanya tidak dapat mengatasinya berhadapan dengan ujian itu.
Kan.

Setiap ujian itu memang padan dengan kekuatan diri intan.

To all my dearest friend,
Thanks for everything,
Because of your smiles,
Because of your tears,
When we are together.

Both of you all gives me hopes
Sponsor me with your courages
To make ma be
A good muslimah person.

Dear,
I will never forget you all,
For all your efforts,
Nothing could i give........
Just...

Thanks a lot and...

May Allah bless you.

******

Intan akui,disini kita berjumpa. Yelah kan selama ni korang tak kenal intan pun.Intan mencari warna seindah pelangi. And NOTA PERSON menghulurkan tangan.Membawa intan ke daerah yang lain.Dan ini NOTA hidup ceria.

Tapi kini...

Tanda ingatan intan pada antunna semua kepada mama,kakak,adik,bonda,sayang,mummy dan semua intan harus pergi.Buksn lari dari segmen dakwah.Tapi lari untuk personally diri intan.

Kenangan indah intan bersama bidadari semua tidak akan intan lupa. Walau badai datang melanda.Walau bercerai jasad dan nyawa.

Mengapa kita ditemukan.Dan akhirnya kita dipisahkan.

Mungkin ke sedang diuji kesetiaan dalam berukhwah?
Kejujuran dan kemanisan iman.
Allah berikan intan kekuatan.

Atau mungkin intan terlupa.
Allah ada janjinya.
Bertemu dan berpisah kita ada rahmat dan kasihnya.

Dan kepada semua.

Andai diuji terangilah dengan kamar kesabaran.

Pergilah derita dan hadirlah cahaya untuk selamanya.

kesat mata

Dah malu orang duk tengok.Nanti tak gentlegirl intan nangis macam ni.Comot.Takpe.Intan tinggalkan kalian seketika.InshaAllah nanti ada jodoh kita jumpa lagi ye.

hulur tisu

Dahh.Jangan nangis.Nanti comot macam intan.

Fi hifzillah semua.
Intan sayang korang semua.

Ans uhibbukum fillah abadan abada dunya hatta Wal Akhirah.

Salam Sayang.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

USRAH ITU TIDAK BULAT

Dengan nama Allah Yang Maha Mengampuni lagi Maha Memudahkan segala sesuatu.

Assif.Banyak tertangguh jadual penulisan di blog nota dakwah ini.Alhamdulillah,Allah beri banyak kesulitan supaya diri ini faham dan menghargai erti sebuah kesenangan kelak,inshaAllah.

Baru-baru,intan ada membaca sebuah entry di blog mega hebat tulisan Inche Gabbana.Entry beliau, "Di Bawah Mentari Usrah." Secara umumnya menbincangkan keadaan bahawa walaupun realiti hidup berusrah itu indan dan amat mempersonakan.Namun hakikatnya,tidak semua sebenarnya sesuai hidup berusrah.Tidak semua sesuai apatah lagi bersedia untuk menghadiri setiap sesi bulatan gembira,konferens kebahagiaan ataupun seminar kegemilangan itu.Tidak semua.

Kerana apa?

Mungkin kerana faktor diri,keluarga,ekonomi,pendidikan dan juga perasaan alergik yang menebal terhadap istilah arab seperti 'usrah' itu sendiri.Bahkan saat membaca entry tersebut intan jadi teringat kepada kata² naqibah intan sewaktu intan sendiri merasakan bahawa mad'u intan time jatuh dalam kategori tidak sesuai hidup berbulatan gembira.Naqibah intan kembali bertanya,

"Untuk apa sebenarnya kita join usrah ni?"
"Untuk apa sebenarnya perjuangan mereka yang sibuk bawak usrah sana sini,dakwah tanpa henti dan tarbiyyah syol bersama ni?"

Satu soalan yang ringkas yang perlu ditanyakan semula buat mereka semua yang berkeyakinan tinggi dengan manhaj yang dibawa ini.Jawapan naqibah time tu juga simple.

"Untuk bawa mereka semua kepada Islam yang sebenar,kembali menuju Allah"

Nampak tak betapa jelas dan padat jawapannya disitu?

Hakikatnya ramai daripada kita tersilap.Bila kita melaksanakan dakwah dan tarbiyyah dengan semangat juang yang tingginya melakukan dakwah fardhiyyah kepada hampir semua orang yang kita kenal,rupa-rupanya para daie,ikhwah dan akhawat pada hari ini terlupa kepada tujuan asal mereka.

Tujuan asal dakwah tarbiyyah tak pernah berubah.Tetapi ingin menarik umat manusia kembali kepada cara hidup (ad deen) Islam yang sebenar.Kembali menuju Allah.

Tapi para ikhwah dan akhawat seakan terlupa.Akhirnya tujuan dakwah fardhiyyah yang dijalankan ialah untuk meramaikan lagi ahli bulatan gembira mereka.Seolah-olah jumlah usrah yang dibawa ataupun saiz usrah mereka yang jumbo dan mega itu menjadi KPI untuk diukur sejauh manakah keberjayaan perjuangan tarbiyyah mereka.

Mungkin kerana terlalu asyik dengan manisnya ukhuwwah sampai terkadang buat para daie hilang arah?

Bukan sekali ataupun dua kali intan mengalami sendiri keadaan dimana apabila seorang mad'u itu gagal di'bulatan'kan untuk usrah bersama,maka mad'u itupun terus diabaikan.Intan yakin dan percaya,terkadang bukan kerana mad'u itu tidak tersentuh hatinya,bukan mad'u itu tidak mahu melihat bersama Islam itu kembali gemilang,bukannya mad'u itu tidak mahu mencapai ustaziyatul alam dan pasti sekali bukan kerana mad'u anda itu tidak mahu berpimpin tangan menuju ke syurga nan luas itu.Yang mad'u itu hanya keberatan ialah pada frasa perlu 'berbulatan gembira' itu.

Mungkin kerana dia tidak mampu untuk komited.Mungkin juga kerana sebab² lain yang amat² tidak dapat dielakkan.Mungkin juga kerana dia berasa selesa dengan anda 'begitu sahaja.'

'Begitu sahaja'? Maksudnya?

Maksudnya.Intan amat yakin bahawa sebelum setiap usrah itu bermula pasti dan pasti usaha untuk menyemai rasa ukhuwwah dan cinta itu dibuat dengan amat rancak.Selalu solat bersama,keluar makan bersama,selalu bertanya khabar,keluar bersama,study bersama,beriadah bersama dan semuanya kalau boleh hendak bersama.Akhirnya mad'u itu jadi selesa dan jatuh cinta dengan anda.

Rasa ukhuwwah itu semakin mengerat.Rasa sangat boleh menerima segala nasihat dan pandangan anda.Sehinggakan kalau ketika sedang bermain futsal dan anda menyampaikan erti Shahadatul Haq kepadanya pun dia boleh menerima dan menelannya bulat-bulat.Begitu sekali tsiqah yang anda telah mampu bina sebelum menarik mereka ke dalam sebuah 'bulatan gembira'.

Dan ketika anda menghulurkan tangan,dengan senyuman paling menawan untul mengajak mereka untuk berbulatan bersama,mereka menolak kerana keberatan untuk ber'bulatan' itu.Bukannya kerana mereka tidak meyakini akan fikrah yang anda ingin bawa dan semaikan. Mereka percaya dan bahkan rasa lebih selesa andai fikrah itu disemai dengan cara 'begitu sahaja',ketika makan ataupun waktu bermain futsal.

Akhirnya,disebabkan ikhwah dan akhawat sedia ada terlalu sibuk untuk meramaikan dan memeriahkan lagi bilangan ahli usrah mereka,maka semua pun terlupa tujuan utama. Maka,mad'u yang keberatan untuk berusrah ini pun jadi terabai tarbiyyah untuk mereka.

Dan akhirnya para ikhwah dan akhawat melahirkan fenomena terbaharu;Usrah itu Bulat.

Sedangkan bukan itu hakikatnya.
Hakikatnya usrah itu tidak mewajibkan kita untuk bertemu setiap minggu,duduk dalam sebuah bulatan.Bahkan usrah boleh jadi empat segi,tiga segi,bujur ataupun sebuah garisan lurus.

Bermain futsal bersama.Itu boleh menjadi usrah.
Berkhemah dan memasak ayam panggang di tepi sungai,itu juga boleh jadi usrah.
Belajar di library law bersama,usrah juga itu.
Asalkam daie itu amat pandai dan cermat dalam menyemai fikrah.Usrah bukan sebuah perkara yang rigid.Ia amat mudah kerana ia sebahagian daripada fitrah.Intan pinjam kata² penulis buku 'Usrah,Ini Semua Poyo', "Dakwah ialah seni memikat hati."

Cuba kita kembali fikirkan bersama adakah hanya kita yang setiap minggu menghadiri bulatan gembira ini yang menjadi penggerak kepada revival ummah? Muliakah kita yang berusrah ini berbanding mereka yang tidak?

Intan tegaskam semula,intan sendiri juga mengikuti dan menghadiri sesi bulatan gembira.Tidak pernah intan ragui kerana sistem usrah menyediakan platform untuk follow up dalam kalangan uarahmates.Namun tidak semua daripada kita sesuai dalam keadaan begitu.

Nasihat intan buat diri sendiri dan para ikhwan dan juga akhawat yang lain jangan sampai kerana kita asyik mengejar ahli bulatan gembira sehingga akhirnya hak tarbiyyah mereka yang lain jadi terabai. 'Usrah Itu Tidak Bulat!'

Dan,tidak mahu berusrah sekarang bukan ertinya tidak mahu berusrah buat selama-lamanya. Doakan kita bersama.

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya,dan berjihadlah dijalanNya agar kamu beruntung."
[Al-Maidah 5:35]

Wallahua'lam , moga kita semua selalu dibawah redhaNya dan jauhkn dari maksiat.

aamiin

Kita sudahi usrah dengan tasbih kafarah dan surah al Asr.

Asiff jiddan atas kekurangan perkongsian.

Assalamualaikum.

http://notadakwahintan.blogspot.com

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

Nota Cik Markonah (12)

Bunyi telefon bimbit yang seolah-olah menjerit meminta diangkat segera.Huwaida mencapai telefonnya.

"Assalamualaikum Huwaida,ini mama.Apa khabar disana? "Tutur ibu memulakan bicara.

"Waalaikumussalam wbt,mama.Alhamdulillah Huwaida baik-baik saja disini,mama. Ma dan keluarga macam mana? Baik-baik sahaja kan? "Tanya Huwaida gembira.

"Alhamdulillah semua baik sahaja Nak.Ma ada berita untuk kamu.Tadi ada orang datang ke rumah menuturkan hasrat ingin menjadikan kamu suri dihatinya.Ma tidak memaksa kamu memberi jawapan.Ma pun sudah beritahu bahawa kamu pun sedang ingin fokus pada pelajaran,bukan. "Ujar Mama.

"Apa-apa pun Huwaida hanya serah pada Ma.Apa yang terbaik pada Ma,itu jugalah yang terbaik buat Huwaida.Tapi jujur Huwaida katakan Ma.Sebenarnya Huwaida ada menyimpan rasa suka pada seseorang.Kami tidak kenal.Perkenalan ini hanyalah perkenalan yang mungkin hanya kebetulan.Kami bertembung sekali je Ma dan Huwaida tak kenal dia melainkan hanya namanya.Tengku Danish Rayyan. "Tutur Huwaida lembut meluahkan rasa dihati. Kerana hanya mamanya sahaja yang senantiasa menjadi pendengar setia.

"Huwaida,ma faham.Jauh di sudut hati kamu ada rahsia yang tersembunyi.Ada harapan yang terlukis terang.Namun di situ,kamu memilih untuk senyum.Kamu bertahan dalam diam.Kamu yakin dengan doa.Tapi ma percaya disebaliknya,kamu kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.Kamu menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami.Kamu serahkan hati kamu sepenuhnya.Hanya untuk DIA.Cuma satu ma nak pesan. "Kalau dah suka memang payah tapi belajar jangan berharap sangat.Sebab tiada benda yang selamanya kekal dengan kita.Manusia ini hatinya berubah-ubah.Itulah kehidupan.Istikharahlah sayang.Tapi ingat pelajaran jangan terabai. "Lembut bicara mama menerpa gegendang telingaku.Nasihat ma satu persatu akanku hadam.

"Baiklah ma,inshaAllah.Lagipun Huwaida ini memang bakal zaujah(isteri) tetapi ada yang pasti Huwaida akan menjadi Bakal Jenazah. "Kata Huwaida.

"Sudahlah.Ingat pesan ma.Belajar molek-molek deh.Jangan banyak mengelamun pula dekat sana.Belajar itu penting.Nanti kamu itu nak menjadi madrasah pada anak-anak. "Getus mama di talian.

"Ya,ma.Huwaida faham.Sayang mama sangat-sangat.Kirim salam pada semua ya Ma.Lain masa Huwaida akan telefon ma.Assalamualaikum cinta hati. "Jawab Huwaida mengakhiri perbualannya dengan mama.

Syukur Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan seorang ibu yang begitu penyayang.Yang sentiasa ada pada anaknya.Yang sentiasa mendengar luahan hati anaknya.

Jam hampir pukul 1.00 pagi.Lya dan Maymyra sudah lama dibuai mimpi.Huwaida masih tidak dapat melelapkan matanya.Huwaida termenung seketika.Diambil kad yang berada di dalam tas tangannya.

Tengku Danish Rayyan bin Tengku Harith.Ah! Lelaki ini.Siapakah kau.Kadang-kadang aku juga keliru dengan sikap misteri kau.Disimpan kembali kad yang berada di tangannya.

Huwaida membuka laptopnya.Laju menaip sesuatu.

"What if someone you never met,someone you never saw,someone you never knew,was the only someone for you.

Semoga pilihan kita adalah daripada Allah dan kerana Allah.

Innallaha 'alimun bizatissudur.
Allah Maha Mengetahui segala isi hati. :')

"Kalau orang boleh sayang kita tanpa sebab.
Tak mustahil jugak orang boleh benci kita tanpa sebab jugak."

Mama

Akhirnya aku faham.Apabila wanita menjadi seorang ibu,dia tak boleh terbang lagi kerana sayapnya tepsh diberikan kepada anaknya."

Pesan mama bila suka seseorang,
"Biar jauh di mata,dekat di hati."
"Lebih baik begitu,daripada dekat di mata,tak singgah di hati."

Nota Dakwah
1.00 a.m.

Huwaida menutup kembali laptop miliknya dan disimpan di atas meja study.Dia ingin menunaikan solat sunat istikharah dan solat sunat tahajjud.Dia yakin,petunjuk daripada Tuhan akan menyelesaikan segala kekusutan.

********************************************

Bersambung

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman


Nota Cik Markonah (11)

Lya seakan tidak sabar dengan sikap kebiadaban pemuda itu. Perasaan marahnya mula menular.Dia seperti tidak sanggup melihat Huwaida di tengking di khalayak ramai.

"Kalau pun kawan saya ini buat salah,tidak bolehkah berbahasa elok sedikit? Macam salahnya itu besar sangat! Agaknya awak ini tidak tahu adab.Bercakap dengan orang guna sedap mulut sahaja."

Huwaida memegang Lya.Dia cuba memberi isyarat supaya Lya menahan kemarahannya.Pemuda itu seperti tercabar keegoannya dan seperti mahu menegakkan haknya.

"Sekarang ini salah siapa? Salah sayakah?Saya tidak tahu berbahasa indah.Apa yang saya tahu,yang salah tetap salah!"

"Awak ni ego tahu! Kalau kawan saya salah pun,tidak perlu tengking-tengking begini.Kami ini boleh dengar dengan baik! Tidak perlu jerit-jerit!" Memalukan rakyat Malaysia je. "Marah Lya.

"Sekarang siapa yang jerit-jerit? Awak ataupun saya?Sekarang ini,kawan awak tidak cakap apa-apa pun.Awak sahaja yang beremosi sangat! Bukan saya bercakap dengan awak pun."

"Lya mahu membalas kata-kata pemuda itu,tetapi pandangan Huwaida membuatkan dia menahan sahaja perasaan geramnya.Kalau hendak diikutkan hatinya kini,mahu sahaja dicili-cilikan pemuda itu yang kurang sopan bahasanya.

Kata-kata Huwaida mengendurkan sedikit suasana yang agak tegang.

"Begini sahaja.Saya mungkin tidak mampu membayar harga baju saudara ini.Tetapi..ini sahaja yang saya ada.Sekiranya kurang mencukupi,saudara boleh beri saya nombor telefon.Sekiranya perlu nanti,saya akan menghubungi saudara bagi menjelaskan baki bayaran."

"Banyak duit?Baik. Saya terima cadangan awak.Ini kad saya.Saya terima bayaran awak ini.Tetapi,ada baki RM100 yang perlu dijelaskan.Ini baju berjenama tahu."

"Baik.Saya faham.Sekali lagi saya minta maaf.InshaAllah ,saya akan hubungi saudara kemudian."

Lya menyampuk. "Entah-entah baju bundle,tidak pun baju tiruan. Siapa tahu.Berlagak lebih!"

Huwaida mengerling sekilas kepada Lya.Lya mendiamkan diri.

"Saudara,sebenarnya kita manusia banyak sebab kenapa kita memilih untuk berdiam diri daripada melawan atau melayan kata-kata sinis dari manusia lain.

Kita berfikir sejenak.

Apakah dengan melayan atau melawan itu dapat meredakan lagi keadaan yang sedang marak ketika itu?

Siapa tahu.
Mungkin dengan cara berdiam diri itu mampu mendidik hati kita untuk belajar sabar menahan setiap amarah kita pada manusia. Saudara,tiada salah dan ruginya bila kita mengalah dan merendahkan ego kita pada mereka yang berkata sinis terhadap kita.

Fikirkan satu saja.
Mungkin kita ada kelebihan yang mereka tidak ada.
Mungkin kita lebih istimewa yang mereka tidak ada.

Dan.
Mungkin saudara baik hati memberi sedikit pahala saudara pada saya untuk menampung diri saya ke sana.

Siapa tahu.
Kan?
Ini semua ada hikmah.Jangan di lawan tusukan syaitan yang suka menyerang orang-orang yang diam dan terus beriman.

Selagi kita boleh sabar dan beristighfar.Maka teruskan.

Ingatlah,
Syurga itu ada untuk orang yang bersabar dan beriman kepada Allah.
Istighfarlah.

"Astaghfirullahal azim."

"Ohh,saya terlupa sesuatu.Dalam islam tiada permusuhan apatah lagi menyakiti hati sesama saudara muslim.

Nabi tak ajar umatnya memecah belahkan hubungan silaturrahim dari ciptaan syaitan.

Jangan mudah terpedaya dengan bisikan syaitan laknatullah.Yang tidak akan pernah duduk dan terus menghasut dan mengganggu umat nabi dari terus berbuat kebaikan.

ELAKKAN.
JAUHKAN.

Istighfar sokmo.
"Auzubillahimi nal syaitonirojim"

(Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam)

Baca selalu ketika datangnya niat jahat mahupun kita sedang marah.Assalamualaikum. "Sambung Huwaida dan terus mengalihkan pandangan.Huwaida meminta diri dan menarik Lya supaya meninggalkan tempat itu.

Tengku Danish Rayyan diam seribu bahasa.Sungguh berani wanita dihadapannya ini bersyarah kepadanya.Siapakah wanita ini? Hati Ku Danish mula tertanya-tanya,mula berteka-teki.Apa yang pasti dia hanya tahu wanita itu bernama Huwaida.

Huwaida tidak mahu terus-terusan bertekak disitu.Tiada faedah yang diperoleh.Lya masih membebel menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada pemuda tadi.Tiba-tiba Lya bersuara.

"Ehh,Huwaida mamat tadi tu bukan ke yang awak langgar hari tu,semasa kita hendak pergi makan? "Tanya Lya memalingkan mukanya menghadap Huwaida.Huwaida cuba mengingati kembali.

Huwaida mengeluarkan kad nama yang diberikan pemuda kepadanya.Tengku Danish Rayyan bin Tengku Harith. Ya! Nama yang sama dengan pemuda yang dilanggarnya hari tu. Ah! Lelaki.

"Ya lah Lya.Baru saya ingat. "Ujar Huwaida.

"Kalau hari tu saya melting melihat dia,sekarang saya meluat melihat kebiadaban dia terhadap awak. "Jawab Lya slamber.

"Sudahlah Lya.Jangan diingatkan lagi.Kita buat seperti perkara tidak pernah terjadi.Okay? "Jawab Huwaida tenang.

"Tapi...dia dah mengherdik awak! Tak ada rasa marahkah awak pada dia.Kalau saya dah lama saya cili-cilikan mulut dia.Mulut takde insurans." Ujar Lya memandang Huwaida.

Huwaida memegang lembut tangan Lya.

"Lya,kita bukan manusia yang tak pernah lari dari dosa.Pasti akan tergelincir dari landasan yang sama.Sebab itu Allah sifatnya Maha Pengampun.Kita siapa nak menghukum dia.Maafkan dia.Memang sukar betul hati dan kotak fikiran kita ni untuk bersangka baik kan?

Kadang dengar perkataan 'entah' itu pun boleh menyebabkan sangka buruk.

Siapa tahu dengan perkataan "entah-entah"  itu tercalit sikit dosa yang kita sendiri tak tahu dan sedar.

Memang sukar.
Memang payah nak didik hati ni bersangka baik.

Sebab kita dah terbiasa memandang sesuatu perkara tu dengan negatif.
Tentulah sangka buruk tu terdidik dan bertapak sentiasa dalam hati dan diri kita.

Kan?

Apa pun.Kita kena belajar untuk mendidik diri kita.
Apa pun yang kita nampak.Apa pun yang kita fikir.
Cari dulu dan fikir dulu sesuatu perkara yang bernama "positif". Mungkin dia sedang marah waktu itu.Mungkin juga dia sedang tergesa-gesa tadi.Walau apa pun ,kita Husnudzon ya.Tak mahu bersangka buruk pada orang.

Okay :') Tenang Huwaida menuturkan katanya kepada sahabatnya itu.

************************************************

Bersambung

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman