Saturday, 9 May 2015

USRAH ITU TIDAK BULAT

Dengan nama Allah Yang Maha Mengampuni lagi Maha Memudahkan segala sesuatu.

Assif.Banyak tertangguh jadual penulisan di blog nota dakwah ini.Alhamdulillah,Allah beri banyak kesulitan supaya diri ini faham dan menghargai erti sebuah kesenangan kelak,inshaAllah.

Baru-baru,intan ada membaca sebuah entry di blog mega hebat tulisan Inche Gabbana.Entry beliau, "Di Bawah Mentari Usrah." Secara umumnya menbincangkan keadaan bahawa walaupun realiti hidup berusrah itu indan dan amat mempersonakan.Namun hakikatnya,tidak semua sebenarnya sesuai hidup berusrah.Tidak semua sesuai apatah lagi bersedia untuk menghadiri setiap sesi bulatan gembira,konferens kebahagiaan ataupun seminar kegemilangan itu.Tidak semua.

Kerana apa?

Mungkin kerana faktor diri,keluarga,ekonomi,pendidikan dan juga perasaan alergik yang menebal terhadap istilah arab seperti 'usrah' itu sendiri.Bahkan saat membaca entry tersebut intan jadi teringat kepada kata² naqibah intan sewaktu intan sendiri merasakan bahawa mad'u intan time jatuh dalam kategori tidak sesuai hidup berbulatan gembira.Naqibah intan kembali bertanya,

"Untuk apa sebenarnya kita join usrah ni?"
"Untuk apa sebenarnya perjuangan mereka yang sibuk bawak usrah sana sini,dakwah tanpa henti dan tarbiyyah syol bersama ni?"

Satu soalan yang ringkas yang perlu ditanyakan semula buat mereka semua yang berkeyakinan tinggi dengan manhaj yang dibawa ini.Jawapan naqibah time tu juga simple.

"Untuk bawa mereka semua kepada Islam yang sebenar,kembali menuju Allah"

Nampak tak betapa jelas dan padat jawapannya disitu?

Hakikatnya ramai daripada kita tersilap.Bila kita melaksanakan dakwah dan tarbiyyah dengan semangat juang yang tingginya melakukan dakwah fardhiyyah kepada hampir semua orang yang kita kenal,rupa-rupanya para daie,ikhwah dan akhawat pada hari ini terlupa kepada tujuan asal mereka.

Tujuan asal dakwah tarbiyyah tak pernah berubah.Tetapi ingin menarik umat manusia kembali kepada cara hidup (ad deen) Islam yang sebenar.Kembali menuju Allah.

Tapi para ikhwah dan akhawat seakan terlupa.Akhirnya tujuan dakwah fardhiyyah yang dijalankan ialah untuk meramaikan lagi ahli bulatan gembira mereka.Seolah-olah jumlah usrah yang dibawa ataupun saiz usrah mereka yang jumbo dan mega itu menjadi KPI untuk diukur sejauh manakah keberjayaan perjuangan tarbiyyah mereka.

Mungkin kerana terlalu asyik dengan manisnya ukhuwwah sampai terkadang buat para daie hilang arah?

Bukan sekali ataupun dua kali intan mengalami sendiri keadaan dimana apabila seorang mad'u itu gagal di'bulatan'kan untuk usrah bersama,maka mad'u itupun terus diabaikan.Intan yakin dan percaya,terkadang bukan kerana mad'u itu tidak tersentuh hatinya,bukan mad'u itu tidak mahu melihat bersama Islam itu kembali gemilang,bukannya mad'u itu tidak mahu mencapai ustaziyatul alam dan pasti sekali bukan kerana mad'u anda itu tidak mahu berpimpin tangan menuju ke syurga nan luas itu.Yang mad'u itu hanya keberatan ialah pada frasa perlu 'berbulatan gembira' itu.

Mungkin kerana dia tidak mampu untuk komited.Mungkin juga kerana sebab² lain yang amat² tidak dapat dielakkan.Mungkin juga kerana dia berasa selesa dengan anda 'begitu sahaja.'

'Begitu sahaja'? Maksudnya?

Maksudnya.Intan amat yakin bahawa sebelum setiap usrah itu bermula pasti dan pasti usaha untuk menyemai rasa ukhuwwah dan cinta itu dibuat dengan amat rancak.Selalu solat bersama,keluar makan bersama,selalu bertanya khabar,keluar bersama,study bersama,beriadah bersama dan semuanya kalau boleh hendak bersama.Akhirnya mad'u itu jadi selesa dan jatuh cinta dengan anda.

Rasa ukhuwwah itu semakin mengerat.Rasa sangat boleh menerima segala nasihat dan pandangan anda.Sehinggakan kalau ketika sedang bermain futsal dan anda menyampaikan erti Shahadatul Haq kepadanya pun dia boleh menerima dan menelannya bulat-bulat.Begitu sekali tsiqah yang anda telah mampu bina sebelum menarik mereka ke dalam sebuah 'bulatan gembira'.

Dan ketika anda menghulurkan tangan,dengan senyuman paling menawan untul mengajak mereka untuk berbulatan bersama,mereka menolak kerana keberatan untuk ber'bulatan' itu.Bukannya kerana mereka tidak meyakini akan fikrah yang anda ingin bawa dan semaikan. Mereka percaya dan bahkan rasa lebih selesa andai fikrah itu disemai dengan cara 'begitu sahaja',ketika makan ataupun waktu bermain futsal.

Akhirnya,disebabkan ikhwah dan akhawat sedia ada terlalu sibuk untuk meramaikan dan memeriahkan lagi bilangan ahli usrah mereka,maka semua pun terlupa tujuan utama. Maka,mad'u yang keberatan untuk berusrah ini pun jadi terabai tarbiyyah untuk mereka.

Dan akhirnya para ikhwah dan akhawat melahirkan fenomena terbaharu;Usrah itu Bulat.

Sedangkan bukan itu hakikatnya.
Hakikatnya usrah itu tidak mewajibkan kita untuk bertemu setiap minggu,duduk dalam sebuah bulatan.Bahkan usrah boleh jadi empat segi,tiga segi,bujur ataupun sebuah garisan lurus.

Bermain futsal bersama.Itu boleh menjadi usrah.
Berkhemah dan memasak ayam panggang di tepi sungai,itu juga boleh jadi usrah.
Belajar di library law bersama,usrah juga itu.
Asalkam daie itu amat pandai dan cermat dalam menyemai fikrah.Usrah bukan sebuah perkara yang rigid.Ia amat mudah kerana ia sebahagian daripada fitrah.Intan pinjam kata² penulis buku 'Usrah,Ini Semua Poyo', "Dakwah ialah seni memikat hati."

Cuba kita kembali fikirkan bersama adakah hanya kita yang setiap minggu menghadiri bulatan gembira ini yang menjadi penggerak kepada revival ummah? Muliakah kita yang berusrah ini berbanding mereka yang tidak?

Intan tegaskam semula,intan sendiri juga mengikuti dan menghadiri sesi bulatan gembira.Tidak pernah intan ragui kerana sistem usrah menyediakan platform untuk follow up dalam kalangan uarahmates.Namun tidak semua daripada kita sesuai dalam keadaan begitu.

Nasihat intan buat diri sendiri dan para ikhwan dan juga akhawat yang lain jangan sampai kerana kita asyik mengejar ahli bulatan gembira sehingga akhirnya hak tarbiyyah mereka yang lain jadi terabai. 'Usrah Itu Tidak Bulat!'

Dan,tidak mahu berusrah sekarang bukan ertinya tidak mahu berusrah buat selama-lamanya. Doakan kita bersama.

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya,dan berjihadlah dijalanNya agar kamu beruntung."
[Al-Maidah 5:35]

Wallahua'lam , moga kita semua selalu dibawah redhaNya dan jauhkn dari maksiat.

aamiin

Kita sudahi usrah dengan tasbih kafarah dan surah al Asr.

Asiff jiddan atas kekurangan perkongsian.

Assalamualaikum.

http://notadakwahintan.blogspot.com

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

1 comment:

  1. bestnye...mohon izin gune utk bahan usrah kt skolah...boleh tak??

    ReplyDelete