-----------------------------------------------------------------
UiTM Shah Alam,Selangor.
Kolej Perindu,10.00PM.
Melupakannya memang tidak mampu.Apa yang terdaya,mengalihkan tumpuan untuk persediaan peperiksaan yang bakal menjelma beberapa hari lagi.Masa yang ada ku manfaatkan sebaik-baiknya untuk ulang kaji,perbincangan dan juga menekuni nota-nota kuliah serta buku-buku rujukan.Aku tidak boleh bermain-main.
Malam sudah larut.Aku setia di meja study menekuni pelajaran.Sistem internet percuma(wireless) yang disediakan oleh pihak universiti memudahkan aku mencari info-info tambahan dari serata dunia.Semuanya di hujung jari.
Tengku Danish Rayyan membuka e-mel sekadar untuk memberi ruang otaknya berehat.Tengku Danish Rayyan yang mengambil kos DEG IN http://GEO.SC (GEOGRAPHICAL INFOR. SYSTEM).Semangatnya untuk menekuni pelajaran semakin membuak-buak.
"Hah?" Terkejut mukanya dengan perasaan bercampur baur.
Ada e-mel dari sahabatnya yang belajar di pusat pengajian yang sama dengan Huriyah Huwaida,'Rafiq Aiman' yang kini menjadi pengintip misteri buatnya untuk mengetahui isu-isu semasa.Bertajuk, 'Biodata.' Sangkaannya,Rafiq akan menghubunginya semula apabila Ku Danish telah selesai menduduki peperiksaan.
"Secepat ini?"Getus Ku Danish.
Sukar untuk dia percaya.Peluh memercik di dahi.Jejari sedikit menggigil.Kelopak mata berkedip-kedip.Perasaan apakah ini? Ku Danish nenoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada rakan-rakan yang berdekatan.Ku Danish tidak mahu perkara ini disalah sangka dan menimbulkan fitnah.
Dengan lafaz bismillah,Ku Danish membuka fail biodata yang diletakkan di dalam Microsoft Word 2010.
"Hmm,ada letter head."
Terpampang sebuah biodata seorang Muslimah berserta cita-citanya yang besar.Di sudut kanan sebelah atas terdapat sekeping gambar berukuran passport.Gambar itu kelihatan di-copy paste dengan bantuan pengimbas.Agak kabur.Sekiranya aku terserempak dengan pemilik gambar itu di mana-mana,aku mungkin tidak dapat mengecamnya.Biarpun begitu,gambarnya menyejukkan mata.Getus hati kecil Tengku Danish Rayyan.
Ku Danish dapat rasakan ada getaran di jiwa.Sekeping gambar samar itu bagaikan elektrik yang mengecas haba cinta.Cantik sekali pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu'bah, "Lihatlah terlebih dahulu wanita itu,kerana sesungguhnya hal itu dapat menekunkan kalian berdua." (HR At-Tirmizi dan An-Nasa'ie)
E-mel tersebut kemudian diakhiri dengan pesanan Rafiq agar Ku Danish segera beristikharah dan memberikan keputusan secepat mungkin.
"Subhanallah!" Hatinya bertasbih.
"Dia bukanlah seorang wanita yang sembarangan.Dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai kegiatan dakwah di kampus.Dia juga seorang pelajar cemerlang dengan keputusan akademik yang memberansangkan sehingga layak untuk menerima Anugerah Dekan," Ku Danish menilai.
Ku Danish menatap gambarnya sekali lagi.Sekejap sahaja. Err,rasa malu.Teringat pada pesanan Nabi, "Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya."
(HR Ahmad dan Azh-Zhahiri)
Salahkah perasaan maluku ini? Hmm,aku rasa tidak.Rasulullah SAW sendiri digambarkan lebih malu daripada anak dara di dalam kelubung dalam situasi situasi tertentu.Kepada yang berani,silakan.Tiada salahnya.
Ku Danish baca wawasan hidup Huriyah Huwaida berhati-hati.Dia ingin menjadi hamba Allah yang taat,remaja yang beradab,anak yang solehah,isteri yang disayangi,ibu yang berakal,pendidik yang bertakwa,penulis yang tajam penanya,mujahidah yang beriman serta ingin mati syahid di jalan Allah.
"Ya Allah! Betulkah insan yang sebegini hebat ingin dipadankan denganku? Layakkah aku?" Getus diri Ku Danish.
"Aku bukanlah seorang yang alim dalam bidang agama.Bahkan ilmu agama di dadaku sentiasa haus bak musafir di sahara." Hati kecilnya mula membandingkan.
"Ya Allah,semakin jauh aku berangan.Apa yang berada dalam lingkungan kuasaku sekarang ialah aku sendiri perlu berusaha menjadi penyayang terhadap wanita-wanita kesayanganku iaitu ibuku,adik-adikku,anak-anak saudaraku,nenekku dan lain-lain.Moga sifat penyayang itu akan melayakkan aku disandingkan dengan wanita yang penyayang.Amin." getus hati Ku Danish.
Dia menutup buku-buku rujukan di hadapan.Pesona si mawar agama lebih mencuri fokusnya saat itu.Jika study diteruskan juga,pasti tiada ilmu yang melekat.Ku Danish menyandarkan badan ke kerusi.Jari-jari tangan disilangkannya lalu diangkatnya ke belakang kepala.Matanya merenung dinding.Berselirat kotak fikirannya mengandaikan pelbagai kemungkinan di hadapan.
Mungkin kerana status dirinya yang masih lagi belajar,dia menjadi ragu-ragu untuk membuat apa-apa keputusan.Sekiranya saat ini Ku Danish telah pun mempunyai pekerjaan dan ekonomi yang stabil,pastinya dia tidak teragak-agak mengambil tindakan susulan.Istikharah,berbincang(musyawarah), risik,taaruf,bertunang(khitbah) dan nikah.
"Siapa tidak inginkan isteri solehah?" Bisik hatinya. Risau juga jika melepas.Dia berfikir kembali cadangan ustaz agar aku berkenalan dengan keluarganya terlebih dahulu dan membuat perancangan bernikah kemudian.
"Bagus juga!"
Ku Danish menghormati hak kaum wanita untuk menilai dan memilih bakal pasangannya sebagaimana lelaki berhak membuat pilihan.Rasulullah SAW sendiri memberi hak bagi wanita bermusyawarah dalam urusan jodoh.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak dikahwini wanita janda hinggalah dibincangkan dengannya,dan tidaklah dikahwini anak dara hinggalah diminta izin." (HR Bukhari)
Maka Ku Danish dengan kadar segera persiapkan biodatanya untuk tatapan si mawar agama Huriyah Huwaida.Dia akan mengirimkan biodata itu melalui perantaraan ustaz selaku pensyarah di tempat pengajian Huriyah Huwaida.
Dia sedar,saranan Nabi agar melihat terlebih dahulu bukan hanya untuk lelaki bahkan untuk wanita juga.Justeru,Ku Danish lampirkan sekali gambarnya yang terbaik.
Teringat pula pada kisah Habibah binti Sahl,isteri Tsabit bin Qais.Beliau lari pada malam pertamanya.Tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit.Rupa-rupanya,beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin.Maka,pada malam pertama,beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit penutup khemah.Kelihatan suaminya bersama dengan beberapa orang pemuda Dalam kalangan mereka,didapati Tsabitlah lelaki yang paling hitam kulitnya,paling pendek ketinggiannya dan yang paling buruk wajahnya. Ketika ditanya Rasulullah SAW tentang perbuatannya,isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai.Dia juga menjawab, "Wahai Rasulullah,aku tidak menpersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik,tapi aku takut menjadi kufur." Lalu Rasulullah SAW meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu (HR Bukhari)
Luaran bukan syarat utama.Namun,ia mempunyai kesan rasa cinta bagi sesetengah orang.Islam meraikan kondisi ini.Terima kasih buat Habibah binti Sahl,isteri Tsabit bin Qais.Kisah ini memberi pelajaran berharga betapa Islam meraikan pilihan.Permohonan cerai secara khuluk ini memberikan hak kepada wanita untuk memilih bercerai jika lebih menjaga urusan akhiratnya.
Bersambung.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment