PETANG hari minggu itu dinikmati oleh Huwaida pada hari cuti yang menenangkan untuk menghabiskan masa cuti untuk menjelajah ke Kota Kuala Lumpur yang penuh dengan kehadiran orang luar.Dia bercadang untuk mengajak Lya dan Maymyra mengikuti bersamanya.Lya ingin mengikutnya dan mendapat reaksi positif.Maymyra tidak dapat ikut kerana ada urusan yang harus diselesaikan katanya.
Pusat membeli belah yang dikunjungi mereka di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur dipenuhi dengan warga kota yang mungkin juga mahu menghabiskan masa terluang mereka.Huwaida melihat pelbagai gelagat muda mudi di persekitarannya.
Huwaida berbisik sendiri, "Agaknya ini yang dikatakan kemodenan."
"Hei! Apa yang dibebelkan?"
Teguran Lya menghilangkan fokus Huwaida.Dia hanya tersenyum memandang sahabatnya.Meskipun senyuman itu tak terzahir,Lya tahu bahawa Huwaida sedang tersenyum kepadaNya.Itulah magiknya Niqab.
"Begini rupanya hidup di Kota.Agak menakutkan."
Tiada apa yang hendak dihairankan,Huwaida.Anggapan mereka kehidupan begitu adalah satu kemodenan.
"Kemodenan itu tidak salah.Tetapi orang yang mencorakkan kemodenan itu yang salah.Bukankah Islam itu indah bagi dihayati.Sayang sekali sekiranya kita terus meninggalkan segala keindahan Islam itu."
"Sekiranya perkara ini kita beritahu kepada golongan begitu,alamat digelakkan sahaja. Bagi mereka fikiran kita ni kolot dan kurang bertamadun."
"Dunia semakin menuju kehancuran.Manusia yang membina tamadun dan manusia juga yang menghancurkannya."
"Sekiranya hendak diulas perkara ini,tiada noktahnya Huwaida.Tetapi apa yang pasti perut saya sudah mula berkeroncong lagu rock dah ni."
"Kamu ni Lya,sekejap sahaja sudah lapar.Barang tidak beli lagi,makan juga perkara yang utama. "Ujar Huwaida.
"Pagi tadi saya makan sedikit sahaja.Harini teringin pula nak makan masakan Kuala Lumpur." Ujar Lya.
Lya tetap dengan keputusannya.Dia teringin sekali makan makanan di Kuala Lumpur.Huwaida menarik lembut tangan Lya untuk pergi ke sebuah restoran makanan Islam yang terkenal disitu, 'Hadramawt Restaurant'.
Huwaida terus berpaling dan ketika itu berlaku satu pertemuan yang pasti diingatinya.
"Butakah! Kalau hendak bertarik tangan bergaduh atau apa pun di tempat lain! Bukan disini!"
Pemuda yang sedang membersihkan bajunya akibat terkena tumpahan air disebabkan tangan Huwaida yang menghayun laju itu terkena baju pemuda itu.
"Maafkan saya saudara.Saya tidak sengaja."
Huwaida mengeluarkan sapu tangan yang ada di dalam beg sandangnya dan menghulurkan kepada pemuda itu.
"Maaf? Senangnya.Baju saya yang kotor ni bagaimana?"
"Saya ganti.Saya bayar harga baju ini."
"Banyak duit? Takut duit dalam dompet tidak cukup sahaja.Bukan murah tahu baju ini."
Bersambung......
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment