Hari Selasa
Usai Zohor.
Huriyah Huwaida(Markonah) sedang menghabiskan al-kahfinya.
"Sadaqallahul'azim.."
Huwaida menutup Al-Quran hijaunya.
Bermuhasabah diri.
Mengambil ibrah dari kisah pemuda kahfi.
"Huwaida ! Huwaida !"
Lya menjerit dari luar bilik.
Menerpa ke arahnya dengan riak muka yang cemas.
"Ya! Ya!" Kau kenapa ni? Kena kejar dengan ustaz idaman hati ke apa? Masuk bilik aku tak bagi salam,terjah gitu je."
Huwaida cuba bergurau.
Terkejut juga dia sebenarnya.
"Tak.Bukan! Ni,kau tengok ni."
Lya menunjuk sekeping kertas ditangannya. Huwaida tergelak kecil.
"Lah,ingatkan apa tadi,kertas apa ni? Flyers program baru ke?Siap ada gambar lagi.Gambar calon yang mak kau carikan ke.. Eh!!"
Huwaida mengambil kertas dari tangan Lya.
Dibelek..
Baru Huwaida perasan.
"Allahurabbi.."
Huwaida terduduk.
Air mata dia tak semena mengalir.
"Huwaida sabar Huwaida.."
Lya cuba menenangkan kawannya itu.
"Mana kau dapat kertas ni weh? Mana?Siapa bagi kat kau?" Huwaida sedih,keliru..
"Itu yang aku nak bagitau kau ni.Aku jumpa kertas ni dekat bangunan kuliah kita,tertampal di dinding-dinding.Mula-mula aku ingatkan kertas iklan program. Tapi,bila aku amati betul-betul nampak gambar muka macam kau.Aku terkejut.Banyak jugaklah.Aku dah cabut dah yang mana aku nampak."
Lya bicara serious.
"Allah..Allah..Siapa yang sebarkan gambar ni?Malunya aku weh.Ni kisah silam aku. Kisah lama aku,yang dah lama aku tinggalkan."
Huwaida menangis teresak-esak.
Tenenenettttt! Tenenenettttt!
Fon Huwaida berbunyi menandakan mesej masuk.
"Huwaida,weh.Gambar kau dengan Ben dulu-dulu ada dekat kafe ni,aku dah cabutkan dah semua yang aku nampak.Aku dah bagitau kat semua kawan kita yang mana nampak tolong cabut terus.Kau sabar eh,ni ujian buat kau.Istighfar banyak-banyak.Habis kelas nanti,aku balik."
Hanania memujuk bicara dari hujung talian.
"Ya Allah.Sampai ke kafe,hmm.Aku rasa satu kolej dah nampak.Siapa yang buat ni weh? Apa salah aku?"
Huwaida tak dapat mengawal sedih.Dia malu sangat.Air mata dia mencurah-curah tiada henti,yang lebih melukakan hatinya adalah kata-kata yang terdapat di atas kertas itu.
"Rupa sebenar "Huriyah Huwaida" yang bajet ustazah.Depan orang tunjuk baik,belakang buat maksiat. Kenali 'ustazah' Huwaida anda."
Di pegang kertas itu.
Di amati gambarnya.
Ya.Memang benar itu gambar Huwaida.
Huwaida bersama kekasihnya,Ben.Tetapi itu dulu.3 tahun dulu.Tika dia belum disapa hidayah.Tika dia masih dalan jahiliyyah.Tika dia tak tahu,tak jumpa lagi cinta yang sebenar,cinta yang abadi.Dia juga manusia biasa.Tak terlepas dari dosa.Dan kini tika dia telah berubah,tika dia telah bermujahadah melawan nafsu bercinta tak tentu hala,kisah silam dia dibuka semula.Bahkan,di sebar merata.Nyata,ujianNya buat hambaNya yang dia cinta.
Air mata Huwaida jatuh di atas kertas itu.
"Ya Allah,andai ini ujian dariMu.Redhakah aku.Ku pinta pinjamkan daku sedikit kekuatan untuk menempuh ujianMu ini Ya Rabbi.Aku tak terdaya Ya Allah.Andai ujian ini adalah untuk kafarah dosaku,terima kasih Ya Allah Sungguh kau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.Lapangkan dadaku menerima semua ini Ya Allah.Sungguh aku tak terdaya.."
Katanya tersekat disitu.Perit tekaknya ingin melontarkan suara lagi.Hatinya terluka. Kecewa yang amat.
Lya memeluk Huwaida,
Tiada kata lagi.
Lya juga turut bersimpati terhadap sahabatnya.
"Ya Rabbi.Sudilah pandang kami~~"
Korus lagu doaku dari hadad alwi berkumandang.
Ada panggilan masuk ke fon Huwaida,
Private number.
"Assalamualaikum"
Huwaida menyapa ragu.
Kedengaran suara disebelah sana.
"Kak Huwaida! Apa semua ni,akak nasihat kami semua jangan buat maksiat,jangan couple.Haram la apa semua bagai,tapi akak sendiri dating-dating.Apa ni akak? Macam ni ke akak sebenarnya?Malu la kami ada akak naqibah macam ni!"
"Adik dengar dulu penjela....san.."
Belum sempat Huwaida habiskan ayatnya,talian telah dimatikan.
Allahurabbi.
Satu demi satu.
Ramai menyalahkan Huwaida tanpa memberi dia peluang untuk menjelaskan.
Ramai terus bersangka buruk sebelum bertanya situasi sebenar tika itu.Sungguh Huwaida kecewa.
Kisah silam seseorang tak perlu di jaja merata,tak perlu dibuka semula.Pernah kan kau merasa bagaimana payahnya dia usaha dalam meninggalkan jahiliyyah demi meraih redhaNya.
Lya berlalu keluar.
Ingin melihat kalau-kalau masih ada lagi kertas yang ada gambar silam Huwaida itu tersebar di sekitar kolejnya.
Kali ini,Farah.Kawan sekelas Huwaida yang rapat dengannya.
Diangkat panggilan itu dengan gembira.Huwaida mengharapkan kata yang dapat menaikkan semangatnya yang hampir jatuh ke tahap yang paling dalam sekarang ini.Futur.Mungkin itu kata yang lebih tepat bagi menggambarkan perasaan Huwaida kini.
"Assalamualaikum anti."
Huwaida bersuara sayu.
"Waalaikumussalam.Ana dah tahu.Ana kecewa dengan anti."
Talian dimatikan.
Allah..
Farah juga sama seperti yang lain.Tapi kali ini lebih menyakitkan kerana yang kita harap akan percayakan kita turut tidak percaya.
Apa lagi yang tinggal.
Huwaida bungkam.
Menangis dan menangis di atas katil.
Duduk memeluk lututnya.
Lalu tertidur.
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha."
Kedengaran lembut ayat Al-Quran itu ditelinga Huwaida.
Huwaida terjaga.
Dilihat Maymyra yang membisikkan ayat itu ditelinganya.
Maymyra membacanya dengan sungguh sedap dari hatinya.
"Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya."
May menyambung sambil tersenyum :')
May seorang sahabat Huwaida yang sentiasa ada tika sedih dan gembira,insan pertama yang menolong menunjukkan cahaya cintaNya yang tak pernah kenal erti lelah dalam permulaan penghijrahan Huwaida 2 tahun dahulu.
"Surah Al-Baqarah,ayat..?"
May menjungkitkan sebelah keningnya pada Huwaida.
"Ayat 286"
Huwaida menyambung.
Sengih.
"Yup,pandai sahabat ana sorang ni.Hehe."
May memuji.Dia punya 1001 cara untuk memujuk dan menenangkan orang.Kurniaan Allah buatnya.
"Tapi,serious aku malu,aku sedih sangat.Apalah dosa aku pada si penyebar itu.Kenapa sampai macam ni sekali dia nak malukan aku.Aku rasa malu dah nak keluar bilik ni,nak keluar asrama bahkan aku malu nak jejak ke kolej kita lagi.Aku malu May."
Huwaida bergenang air mata lagi.
"Wahai sahabat yang aku cintai kerana Allah,ini semua ujian buat kau.Allah nak naikkan darjat kau.Allah sayangkan kau,sebab itu dia uji kau.Tanpa ujian,kau takkan rasa manisnya kehidupan.Dan kau takkan tahu dimana kemampuan kau menghadapi ujian.Tika ini baru kau akan nampak sekuat mana pergantungan kau pada yang takkan Mati.Manusia,memang akan bercakap-cakap.Kita tak mampu nak tutup mulut mereka semua.Manusia memang mudah bersangka buruk dan tuduh melulu.Dan manusia suka mengambil alih tugas Tuhan,menghukum orang lain umpama syurga dan neraka itu mereka yang punya.Bersabarlah,yang kau kejar adalah redha Allah,bukan manusia.Pedulikan pandangan yang menghina,fokuskan meraih pandanganNya Yang Esa InshaAllah kau akan berjaya melaluinya."
May menasihati Huwaida dengan penuh rasa cinta.
Orang cakap apa yang dari hati inshaAllah akan sampai ke hati.
Nyata,
Ia telah masuk ke dalam hati Huwaida,
Sebati.
Huwaida menangis.
Terharu.
Bersyukur di kurniakan sahabat yang sentiasa ada disisinya memahami setiap gerak gerinya dan katanya walau kadang tanpa terucap pada lisan.
Itulah yang dinamakan ikatan hati dari Ilahi.
"Huwaida,pernah dengar pasal hadis logam?"
"Hurmm.Tak.Serious pasal logam pun ada hadis?"
Huwaida berkerut dahi menanya,
Tak pernah terfikir hadis mengenai logam.
"Heh..Adalah.Ni hadisnya berbunyi begini,
Manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam,sekiranya mereka faham."
Aisyah membaca hadis tersebut.
"Maksudnya?"
Huwaida menggaru kepala yang tak gatal.
May tersengih melihat gelagat tulus Huwaida itu.
"Maksudnya macam ni lah,hmm.Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman,sekiranya 'jahil',nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya.Sekiranya dia Islam,nilai itu akan menyokong Islam,segalanya bergantung kepada kefahamannya."
Huwaida mendengar khusyuk sambil berfikir.
"Okay,teruskan.."
Huwaida menyuruh May menyambung,
"Contohnya kan,kau pandai menulis.Kalau dulu waktu kau jahil,kau tulis novel cintan cintun,lepas kau faham Islam kau tulis novel Islamik.Penulisan yang bermanfaat buat ummah,gituuu.Hehe."
May menjelaskan bersungguh.
May menyambung lagi.
"Macam kisah Saidina Umar.Time dia berada dalam zaman jahiliyyah dia begitu tegas,tetapi setelah dia memahami Islam,dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan Izzah Islam.Sama juga dengan Khalid Al Walid,dia begitu mahir dalam selok belok peperangan waktu Jahiliyyah.Then,apa dia buat selepas dia menjadi seorang yang memahami Islam? Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Islam."
"Ohhh,aku faham dah."
Huwaida tersengih.
Dia dapat menangkap apa maksud yang May ingin sampaikan dengan ceritakan pasal hadis logam ini padanya.
"Kalau kau hebat tika dalam jahiliyyah dulu,gunakan kepakaran kau,kelebihan kau untuk bantu Islam,untuk buat sesuatu yang bermanfaat buat ummah."
Kata-kata di semat dalam hati Huwaida,umpama semangat baru muncul dari hatinya,
May dan Aisyah masuk bilik Huwaida bersama Hanania,
"Dahla,kau tak payah menangis lagi k? Lepas ni kau explain pasal gambar tu dekat Facebook dan Wechat kau.Nanti kami semua share,biar tersebar apa yang sebenarnya pasal gambar tu,lepastu nanti kau jelaskan balik pada yang dah salah faham pada kau dan kalau perlu last sekali kita tampal balik kertas pasal penjelasan kau mengenai gambar tu di dinding-dinding kolej,okay? Kami sedia membantu,hehehehe."
Aisyah memberi cadangan pada Huwaida.
"Haa,betul tu Huwaida.Tadi kami dah tanggalkan dah semua kertas yang ada gambar kau di seluruh kolej.InshaAllah tak tertinggal satu pun rasanya,Alhamdulillah Allah tolong."
Kata May menenangkan Huwaida.
" *kesat mata* Dah malu orang duk tengok.Nanti tak gentlegirl Huwaida nangis macam ni.Macam budak tecik kan.Takpe.Kitorang takkan tinggalkan kau Huwaida.InshaAllah.Ana uhibbukum fillah abadan abada dunya hatta Wal Akhirah.Dah jangan nangis.Nanti comot macam aku. hulur tisu"
Kata Hanania dengan lawak jenakanya.
"Terima kasih korang,aku terhutang budi sangat dengan korang,tak terbalas jasa korang.Korang memang sahabat dunia akhirat la.Meh sini nak peluk ramai-ramai.Terharu ~~"
Huwaida berkata sebak.
Mereka berpelukan seperti dalam dakapan ukhuwah,meresap satu persatu semangat sahabat-sahabat dan cinta-cinta yang wujud kerana Dia.
Maafi Qalbi Ghairullah
Bersambungggggg...
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment