*************************************
SETELAH sejam mengulangkaji,aku berhenti rehat.Duduk tegak sambil menyilang tangan ke dada.Ku menghitung usiaki kini sudah mencecah 20 tahun.Pengajian di tahun akhir bidang designer benar-benar memerlukan komitmen masa yang lebih dan ketekunan untuk belajar.Aku percaya menuntut ilmu dalam bidang apa sekalipun menuntut fokus dan perhatian.Itulah tanda amanah pada ilmu.Aku tidak mahu cinta yang tidak pasti mengganggu tumpuanku.
Sebelum ini,aku telah menyaksikan beberapa orang rakan sekuliah dan juga senior-senior di kampus yang kecundang dalam pelajaran akibat terjebak dengan cinta.Perjuangan yang dijulang bertahun-tahun lamanya lebur dalam sekelip mata.Sekalipun ada yang berjaya menggenggam ijazah,namun adakah dia berjaya memelihara akhlak di mata Allah? Itu yang aku takutkan.Aku mendoakan agar Allah S.W.T tetap memberi petunjuk kepada mereka yang ku kasihi.
Aku belajar daripada pengalaman orang lain,bukan memilih kepahitan yang sama untuk belajar.Aku tidak mahu semua ini akan merosakkan harapanku dan juga harapan keluargaku. Aku sedar,tinggal dua langkah sahaja lagi untuk aku habiskan Pengajian Sarjana Muda dalam bidang ini.Maka,aku mesti teguh dengan cintaku pada ilmu dan perjuangan.
-------------------------------------------
Imbas kembali
Sayu pandangan mama membuatkan diriku tidak mahu bermain-main lagi. Aku menghargai harapan mama yang menggunung untuk melihat diriku berjaya.Aku yakin jika aku berjaya menggenggam segulung ijazah kelak, mama lah yang paling gembira meraikan kejayaanku. Keringat dan bakti yang dicurahkan kepadaku tidak akan kupersia.Kegembiraan apa lagi yang lebih bermakna bagi seorang anak selain melihat bonda tercinta tersenyum dalam kesyukuran. Kerap kali aku berdoa, "Ya Allah,panjangkan umurku dan kedua ibu bapaku agar dapat berbakti kepada mereka. Amin !"
Kadang aku,hmm.Hamba yang lemah.Ya,lemah dalam menghadapi ujian.Tapi,aku sadokan hatiku juga jalan walau dalam keadaan merangkak sekalipun. Sebab aku pegang ayat ni "Dan berlari pulang kepada Allah."
"Rabbi Yassir Wala Tu'assir
Tuhanku,permudahkanlah jangan persulitkan.
Rabbi Tammim Bilkhair
Tuhanku,sempurnakanlah ia dengan kebaikan."
Pernah satu masa Allah duga kita hingga kita menangis.Kemudian Dia hantar seseorang buat kita tersenyum. Allahurabbi"
Mama"
Bersambungg..
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment