Imbas kembali.
*************************************************
Huriyah Huwaida pernah menyertai usrah semasa di persekolahannya ketika berusia 16 tahun.Ada seorang kakak yang baru berpindah ke sekolahya yang mengambil STPM datang ke institutnya dan tertanyata kakak itu mewakili Persatuan Pelajar Islam dan kebetulan dia juga seorang naqibah kepada kawan sekolah Huwaida.Jadi,Huwaida pernah menyertai kumpulan usrah.Cumanya sekarang kami hanya aktif di alam maya,iaitu di WhatsApp.Saya sokong cadangan awak Huwaida,usrah ini bagus kerana ia dapat membuat kita saling mengingatkan kita tanggungjawab kepada agama.Kesannya saya masih terasa hingga sekarang."Ujar Hanania menyokong pandangan Huwaida.Aisyah juga mengangguk.Tanda setuju.
Usrah time with habibaty Qalbi Dakwah Mujahidah group.
Nota Markonah.
Assalamualaykum wa rahmatullah wa barakatuh.
USRAH TIME
Habibaty qalbi semua,Inshaallah janji temu kita malam ni tajuknya "Qudwah Si Jantung Dakwah." Ana akan sampaikan usrah untuk antunna semua, bidadari syurga inshaAllah.
Sebarang pertanyaan atau usul boleh terus dinyatakan, ana akan review dan inshaAllah jawab satu persatu
Jangan lupa hadirkan diri ye. Allah bless.
Jazakillah khayr
Asiff jiddan. Kita mulakan sekarang ye dgn ummul kitab al-fatihah. ❤
Saya kagum.Kagum melihat dan mengenali seorang ustazah,di sebalik masalah yang bertimbun,di sebalik melayan karenah manusia yang gila dan mengganas,dia masih mampu tersenyum.Bukan sekadar tersenyum,malah membuatkan saya dan yang lain-lain merasakan seperti dunia ini bahagia-bahagia dan gembira sahaja.Malsh masih mampu pula melayan karenah kami yang renyah dan remeh ini! Sungguh,saya sangat kagum dengan qudwah yang ditunjukkannya!
Saya terkesima.Terkesima melihat dengan mata kepala sendiri,bagaimana seorang ustazah yang lain,yang amat saya hormati dan sayangi,mengeluarkan duit poketnya untuk membelanja kami yang ramai ini,meskipun saya tahu gajinya tidaklah sebesar mana.Belum lagi dikira perbelanjaan untuk dakwah dan keluarganya sendiri.Dia melayan kami seolah-olah kami mad'unya yang dikasihi,walaupun kami hanya berjumpa sesekali.Dan dia melakukannya ketika mana kami langsung tidak menyedarinya.Tahu-tahu sahaja makanan kami sudah dibayar! Allah..Sungguh,saya terkesima dengan qudwah yang dipamerkannya!
Saya cemburu.Cemburu melihat seorang al-ukhti yang amat saya kenali,di sebalik kesibukannya mentarbiyah dan berdakwah,masih punya masa dan ruang untuk Tuhannya Allah.Al-Quran tidak pernah lekang dari tangannya.Bangun malam untuk bermunajat kepadaNya adalah rutin hariannya.Amat jarang pula dia meninggalkan solat Subuh.Dan saya tahu dia seorang al-ukhti yang serious dan benar-benar bergerak di atas jalan sunnah ini! Allah,saya benar-benar cemburu dengan qudwah yang dimilikinya!
Saya terpesona.Terpesona dengan kerendahan hati yang dimiliki oleh para mujahidah di atas jalan yang sumpah panjang ini.Seorang ukht yang saya kenali,berlatarbelakangkan keluarga yang berada.Bukan calang-calang berada! Malah saya kenal dan selalu berjumpa dengan ibunya,seorang Dato' ternama.Namun apabila kalian melihat perwatakan dan bagaimana dia membawa dirinya,pasti kalian tidak percaya lagi yang dis berasal dari keluarga yang kaya.Cukup sederhana! Bagaimana mungkin saya tidak terpesona dengan qudwah yang sebegini rupa?
Saya malu. Malu dengan semangat yang ditunjukkan oleh seorang hadek yang bersama-sama dengan gerabak ini.Umurnya dalam tarbiyah mungkin masih hingusan dan setahun jagung,tapi amal dan kefahaman yang terlihat daripada kerja-kerja tarbiyah dan dakwahnya benar-benar membuatkan saya mengangkat kening dan mulut ternganga.Melihatkan kerja-kerja DFnya (dakwah fardhiyyah) terhadap hadek-hadeknya,pengorbanannya yang bukan sedikit untuk kemaslahatan bersama serta dahaganya dia pada sentuhan-sentuhan tarbiyah yang menggugah jiwa,pasti membuatkan mata anda bersinar-sinar.Anda beritahu saya,tidak malukah menyaksikan qudwah yang sebegitu rupa?
Saya teruja. Teruja menyaksikan masih ada lagi orang seperti seorang al-ukht yang saya kenali,si sebalik kesibukannya di tempat kerja dan dihimpit dengan waktu jam-jam bekerja yang tidak fleksibel,dia masih mampu untuk tsabat dan istiqamah dengan amal tarbiyah dan dakwahnya.Lebih selalu daripada tidak,dia pulang ke rumah awal pagi dek bulatan gembira atau mesyuarat yang habus lewat.Di waktu pagi,dia bersiap untuk ke opis seperti orang lain,malah tiba di tempat kerjanya lebih awal daripada rakan-rakan sekerja yang lain.Dan dia tidak pernah memberi alasan yang kerjanya di opis menghambat dirinya daripada terus laju bergerak bersama gerabak ini! Masakan tidak teruja melihat qudwah seperti ini?
Saya terkesan.Terkesan dengan kesungguhan seorang doktor yang turut sama-sama memakai bandana dan menjulang obor perjuangan ini.Subhanallah,kesibukannya cukup mencengkanm jiwa kita yang melihatnya.Namun dia tidak pernah meninggalkam bulatan gembiranya melainkan uzur yang benar-benar syari'e. Dia tidak pernah ponteng konferens riangnya kecuali ada sebab-sebab yang benar-benar tidak mengizinkan.Malah dia sendiri membawa bulatan gembira dan menguruskan konferens riang! Allah Allah..Dia menjadi bukti dan manifestasi bahawa kerjaya doktor bukanlah pembunuh hamasah seorang dai'e! Katakan kepada saya,anda tidak terkesankah dengan qudwah ukht ini?
Saya tersentuh.Tersentuh dengan seorang ustazah yang tidak pernah berputus asa dengan perjuangan ini,walaupun begitu banyak onak dan rintangannya.Meskipun dia ditekan,dihambat dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya,namun dis terus beriltizam untuk melakukan perubahan.Dengan penuh sabar dia terus membimbing dan menasihati kami,kalau bukan kita yang mahu merubah,siapa lagi? Waduh,manakan tidak saya tersentuh dengan qudwah yang begitu.
Saya terharu. Saya terharu dengan kechentaan yang ditunjukkan oleh seorang al-ukht kepada akhawatnya. Kasih sayangnya melimpah ruah,bukan sekadar untuk hadek-hadek bulatan gembiranya,tetapi juga untuk akhawat yang sama-sama mengharungi jalan perjuangan ini.Malah dia terutamanya amat mengasihi mereka yang dilihatnya bersungguh-sungguh melaksanakan tugas Syahadatul Haq yang telag tergalas pada bahu mereka! Sungguh kasih dan sayangnya pada mereka adalah kerana dakwah! Namun kasihan,kerana kadangkala chentanya itu tidak terbalas.Rindunya tidak dipeduli.Alangkah!Andailah mereka tahu betapa mendalamnya kasih al-ukht itu kepada mereka.Mujurlah al-ukht yang amat saya cintai itu tidak kisah dengannya,kerana dia menchentai mereka kerana Allah! Sungguh,saya amat terharu dengan qudwahnya itu!
Saya bangga.Bangga dengan akhawat yang saya kenali,bersama-sama menggalas tugas menyebarkan Al-Haq ini.Ramai daripada mereka bukannya dari sekolah agama.Malah segelintir daripada mereka dahulunya pejuang jahiliyyah tegar.Namun Allah telah menyelamatkan mereka dari terperosok dalam ke lubang neraka.Kini mereka rijal-rijal penegak agama yang sanggup mengorbankan jiwa dan harta benda mereka ,bila-bila masa dan ketika.Terkadang saya berasa segan melihat mereka ini,yang benar-benar ikhlas mahu melihat Islam kembali bangkit semula.Wahai! Saya benar-benar bangga dengan qudwah yang ada pada mereka!
Saya amat beruntung kerana mengenali mereka semuanya.Mereka inilah yang menjadikan saya bertambah yakin dan bersungguh dengan jalan yang saya susuri ini.Mereka manusia biasa seperti kita.Mereka punya perasaan,kehendak sendiri dan pelbagai urusan peribadi.Namun mereka utamakan tarbiyah.Mereka dahulukan dakwah.Sungguh,mereka (dan kita semua inshaAllah) adalah pewaris-pewaris perjuangan ar-Rasul SAW dan para sahabat yang akan terus menggempur kubu-kubu jahiliyyah demi menegakkan bendera Islam terchenta di puncak dunia!
Mereka adalah bukti yang jelas bahawasanya tarbiyah benar-benar bisa mengubah jiwa manusia! Mereka adalah manifestasi yang cemerlang bahawasanya apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh para sahabat Nabi SAW juga boleh dilaksanakan oleh kita!
Bukan,mereka bukan malaikat.Bukan juga adiwira yang punya kuasa ajaib berlari pantas dan bisa mengangkat peti sejuk dengan sebelah tangan.Tidak juga punya tongkat sakti yang boleh menyebabkan mereka terbang sendiri.Tetapi yang bezanya mereka dengan kita adalah mengalirnya dalam tubuh mereka darah ruhul jadid yang amat diperlukan umat ini! Mereka adalah jantung-jantung dakwah yang siap-siaga untuk turun berjuang ,bila-bila masa sahaja gendang perang dipalu gebang!
Mereka adalah qudwah untuk kita semua bahawa Islam ini sememangnya untuk manusia.Dan kitalah yang perlu menggerakkannya!
Al-Qudwah qobla dakwah! Qudwah sebelum dakwah!
Ana amat harap agar apa yang disampaikan sampainya point dakwah pada kalian.Hendak seribu daya.Nak syurga,kenalah bersusah-susah.
Wallahua'alam.Moga Allah bagi kita kekuatan!
Kita akhiri usrah dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.
---------------------------------------------------------------------------
Farah,Hanania,Lya,Maymyra,Aisyah dan ahli usrah yang lain setuju untuk tadabbur dan usrah selepas solat isya.
"Alhamdulillah! Semua setuju.InshaAllah ada waktu kelapangan kita berusrah ya.Jawab Huwaida gembira.
**********
Bersambung..
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment