"Tetapi tuan puteri ini tidak bersedia.Pesan bonda perlu belajar hingga setinggi langit biru baru boleh terima pinangan sang putera kayangan!" Huwaida mengajuk kata Lya.Dia membalas dengan kata-kata klasik.Suaranya juga dibunyikan seperti filem hitam putih. Mereka saling berpandangan dan kemudiannya terhambur deraian ketawa besar.
"His! Tidak elok tuan puteri ketawa terbahak-bahak ini,nanti saham jatuh!" Kata Lya sambil menggayakan ala-ala dayang yang menghormati seorang puteri.Tangannya digayakan ke atas dan kemudian dijatuhkan ke bawah. Huwaida melihat gayanya itu dan ketawa lagi.Geli hati melihat tingkah laku Lya.
"Betul itu wahai sahabatku.Tetapi puteri ini belum cukup usianya hendak bercinta.Belum sampai masa.Lagipun layakkah hamba ini menerima salam daripadanya.Hamba ini bukannya cantik dan hendak kata bijak tidak juga serba serbi sederhana." Kata Huwaida merendah diri.Dia melembutkan suara seperti orang yang berlakon di teater.
"Sudahlah,penat berbahasa hitam putih.Awak sudah baca surat yang saya berikan itu?" Tanya Lya yang sedang mengorak langkah untuk keluar. Huwaida menggelengkan kepala.
"Nantilah saya baca." Ringkas jawapan Huwaida.
******
Hari ini sepupunya Fazlin dan Maymyra berganding bahu berkongsi resepi masakan untuk juadah makan malam bersama nanti.Mereka yang tinggal sementara di rumah Fazlin untuk menghabiskan masa terluang dengan menikmati cuti di Bandar Kuala Lumpur selama 2 minggu sebelum pulang ke Iskandarian,Perak.
Selepas menjamu selera hasil masakan Fazlin dan May.Mereka bersama-sama mengemas pinggan mangkuk.Kerja mereka mudah dan cepat sekiranya dilakukan secara berjemaah.Huwaida mengambil air sembahyang bagi mengerjakan solat Isya.Apabila selesai menunaikan solat dia menghidupkan komputer ribanya bagi menyambung tugasan yang diberi oleh pensyarah yang belum selesai.
Huwaida membuka laci mencari buku nota berwarna yang sering digunakan bagi mencatat nota penting dan ditampalkan di dinding. Tiba-tiba dia terlihat surat yang diberi oleh Lya petang tadi.Hampir terlupa! Dia belum lagi membuka dan membaca surat itu. Sampul berwarna biru dan bersaiz panjang itu dikoyaknya dibahagian tepi.Tangannya terketar-ketar dan diikuti hatinya yang berdebar-debar. Dia mengeluarkan dan membuka lipatan surat itu.Ada dua helai surat saiz A4. Huwaida bangun dari kerusinya lalu menuju ke katilnya dan merebahkan diri. Huwaida mula menatap tulisan tangan yang cantik dab kemas.Matanya tertancap tajam membaca tulisan itu satu demi satu.
Tengku Danish Rayyan B Tengku Harith
Insan Perantau
Kepada,
Huriyah Huwaida Osman
Assalamualaikum,
Apa khabar? Semoga saudari berada dalam keadaan sihat dan juga ceria menghadapi hari-hari yang akan ditempuh dengan penuh cabaran.Terlebih dahulu saya meminta maaf sekiranya kehadiran surat yang tidak diduga ini mengganggu ketenteraman hati saudari Huwaida.Saya pun sebenarnya tidak berani hendak mengutus surat ini buat saudari tetapi atas desakan naluri ikhlas yang mahu menghulurkan salam persahabatan dengan saudari,saya gagahkan diri ini. Saya harap saudari tidak melipat surat ini ataupun mengoyaknya tetapi terus membacanya sehingga habis.
Sudah lama saya mahu mengutuskan salam perkenalan dengan saudari tetapi lidah kelu hendak berkata.Ini kerana saya bukan seorang yang pandai berkata-kata apatah lagi apabila berhadapan dengan gadis yang boleh menggugah perasaan.Kita pernah bertemu sebelum ini.Pertama semasa di Restoran tempoh hari dan kemudiannya di Sogo Mall,KL. Mungkinkah saudari masih mengingati saya Mungkin jodoh barangkali ! Takdir menemukan kita.Tetapi saya hanya mampu melihat saudari dari jauh sahaja dan hasrat hati mahu mengenali diri saudari tetapi saya tidak tahu caranya. Saya juga insan perantau dan pelajar mahasiswa UiTM Shah Alam.Hanya dua hari lagi saya akan pulang ke perantau.Niat di hati saya ingin menjadikan saudari suri dihati saya.Sudikah saudari membina masjid bersama saya.Mengisi ruang kosong dihati saya.Andai saudari sudi,saya akan menghantarkan wakil ibu bapa saya ke rumah saudari kerana saya sendiri akan mendapatkan saudari dengan cara yang terhormat. Kenapa perlu mengorat kalau saya boleh dapatkan secara terhormat? Saya tahu saudari mempunyai pendirian prinsip muslimah.Sebab itu saya ingin melamar saudari.
Mungkin berat untuk saudari menerimanya.Ambillah seberapa banyak masa saudari.Saya setia menunggu jawapan saudari.InshaAllah sepanjang tempoh perkenalan ini saya akan menjaga batas syariat agama. Sebab saya tahu saudari perempuan dan saya lelaki.Kita mempunyai sempadan yang jauh untuk saling mendekati.
Saya memilih saudari kerana saya tahu,saudari merupakan seorang muslimah solehah.Saya jatuh cinta pada agama saudari.Benarlah agama tiada maka rosaklah segalanya.Saya tidak memandang pada,harta saudari.Saya juga tidak memandang pada rupa,dibalik wajah yang melindungi saudari.InshaAllah.Jika ada agamanya pasti bahagia untuk kita hingga ke jannahNya.
Saya nak cinta saudari,saya bermohon pada malam dinihari kedinginan malam pada Allah.Saya akan minta izin wali saudari,saya tak akan buat dengan cara membawa usung ke hulu,ke hilir,lepas dah bertahun kenal baru nak jumpa wali,TIDAK. Saya tahu sungguh tak macho kalau guna ayat sweet talker text.Sebab tu saya mengajak saudari menuju yang halal.Bab umur itu belakang kira.Sekiranya saudari sudi,InshaAllah saya akan menghantar rombongan ke rumah saudari.Apapun jawapan saudari saya terima dengan hati yang terbuka.Saya juga sedang mengintai nota dakwah di hati saudari.Mungkin juga masih ada ruang kosong dihati saudari untuk saya.
Maafkan saya kerana mengganggu masa saudari.Sekiranya saudari sudi menerima huluran salam perkenalan daripada saya ini,sudilah kiranya saudari membalas surat ini atau menghantar melalui email kepada saya.
Akhir sekali,saya mengharapkan balasan khabar berita daripada saudari.
Sekian.Wasalam.
Tengku Danish Rayyan B. Tengku Harith
Tengku_D@yahoo.com
Huwaida melipatkan surat dan menarik nafas dengan perlahan.Samada dia berasa lega ataupun satu bebanan perasaan sudah menimpa hatinya kini.Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul lalu memandang jam dinding menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.Huwaida mengambil kotak kayu hadiah daripada emaknya.Kotak itu berkunci dan didalamnya tersimpan segala yang dirahsiakan.Dia mengambil keputusan membiarkan dahulu surat itu dan dia terus ke bilik air.Dia mengambil air sembahyang untuk sembahyang sunat istikharah bagi mencari jawapan samada dia perlu menerima salam perkenalan daripada Tengku Danish Rayyan ataupun menolaknya.
Malam kedinginan dinihari,di kala semua insan masih lena diulit mimpi,Huwaida sujud kepada Pencipta Alam ini.Mencari dan memohon keredhaan daripadaNya.Meminta petunjuk dan hidayah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.Menyembah diri yang hina kepada kekasih supaya memberi kekuatan kepada hambaNya yang lemah dan sedang mencari haluan hidup di dunia ciptaanNya.
Dengan penuh khusyuk,doa dilontarkan lahir daripada hati yang ikhlas.Semoga doa-doa didengar dan diterima olehNya.Dengan iringan air mata keinsafan,hatinya merintih.
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu,dengan ilmuMu,aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.Aku meminta dariMu dan kelebihanMu yang banyak.Maka sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.
Wahai Tuhan,sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku,pada duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan dariku daripadanya,tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada.Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.
Air matanya mengalir lesu.Sepenuh jiwa dan raga diserahkan kepada Allah.Moga isi-isi hatinya diterima dan diberi petunjuk kepada insan-insan yang lemah.Apatah lagi jiwa yang lemah sepertinya mudah tergoda dan digoda.Dia minta supaya keputusan yang dibuatnya adalah yang terbaik bagi dirinya.Dia tidak mahu tersalah perhintungan.Yang akhirnya membebankan perasaannya. Itu yang dia takut.Takut menghadapi hakikat kecewa.Patah hati membawa padah kepada diri.
Bukan dia tidak mahu bercinta.Sesiapa yang tidak mahu cinta itu hadir. Cinta waktu itu tiada dua,hanya setia pada yang satu.Kini hadir pula cinta Tengku Danish Rayyan.Namun begitu kasih Allah itu tiada terbatas.
Semoga Allah menjawab segala istikharah ku untuk Tengku Danish Rayyan.
******
Bersambung.
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment