Saturday, 16 May 2015

Nota Cik Markonah (15)

AMBOI ! Asyiknya dia dengan komputer riba sampai kawan baik sendiri disisi tidak disedarinya, "kata Lya sambil menghulurkan sampul surat berwarna biru kepada Huwaida. Huwaida mengelipkan matanya berkali-kali dan menaikkan kening tanda ingin tahu daripada siapa surat bersampul biru itu.

      "Daripada peminat yang meminati awak dari jauh tetapi ikhlas.Dah bertemu dua kali mungkin jodoh,mula bertengkar tapi sudah jatuh cinta." Ujar Lya ketawa kecil mengusik sahabatnya.Lya membaringkan diri.Dia membengkokkan badan dan memeluk bantal peluk berbentuk hati berwarna merah muda hadiah harijadi daripada Maymyra.

       Tiba-tiba kedengaran bunyi isyarat kiriman email masuk ke komputer riba Huwaida.Huwaida menggerakkan tetikus dan mengklik logo berbentuk sampul surat.Dia memasukkan kata laluan.

      Kiriman itu menunjukkan alamat yang ringkas iaitu 'Tengku_D' siapa individu ini? Bagaimana dia tahu alamat emailku? Huwaida berkata kepada dirinya.Bagi memecahkan kebuntuan di fikirannya,dia membuka tajuk email.Terpapar satu catatan:

Assalamualaikum...

Saudari Huriyah Huwaida Osman,

Saya harap kehadiran utusan email ini tidak mengganggu saudari.Semoga saudari berada dalam keadaan sihat disamping sibuk melakukan tugasan yang diberi pensyarah.Mungkin saudari berasa hairan dengan email ini.Saya bertanya adakah saudari sudi menerima kiriman surat yang saya titipkan melalui sahabat saudari,Lya?

Sekian,Wasalam.

Tengku Danish Rayyan b. Tengku Harith
Insan Perantau

    Email yang diterimanya ringkas sekali.Mungkinkah ini Tengku Danish yang sudah bertembung dengan dia tempoh hari.Huwaida tidak berapa kenal dengan Tengku Danish.Satu pertanyaan perlu diajukan kepada Lya.Mungkin dia tahu mengenai Tengku Danish. "Lya,awak kenalkah orang yang mengirim surat untuk saya?" Huwaida bertanya Lya yang baring di katilnya.Tiada jawapan.Tidur rupanya dia!

    "Lya,tidak elok tidur selepas asar.Awak sudah sembahyang asar? "Huwaida menggerakkan badan Lya dengan perlahan tetapi dia tidak bergerak. Huwaida menggoyangkan kaki Lya hingga tersedar dan memandang Huwaida hairan.

     Ehh! Huwaida! Saya tertidurkah?" Lya menggosok matanya.Huwaida mengangguk.

    "Penat.Banyak perkara perlu diuruskan dalam persatuan." Kata Lya tanpa perlu Huwaida meminta penjelasan.

     "Kasihan! Orang pentinglah katakan.Persatuan itu tidak berjalan dengan sempurna sekiranya awak tidak ada. "Huwaida mengusik Lya.Lya membeliakkan matanya memandang Huwaida yang tersengih.

     "Maaf ya.Saya hanya bergurau.Saya mahu tanya sikit.Siapakah yang mengirimkan surat ini. Tengku Danish kah?" Tanya Huwaida tanpa sempat Lya menarik nafasnya.

    "Awak sudah membacanya?" Tanya Lya.Huwaida menggelengkan kepala.

   "Bagaimana awak tahu dia yang hantar sekiranya awak tidak membaca surat itu?" Lya hairan. Dia membesarkan matanya yang kecil itu.Huwaida tergelak kecil melihat reaksi lucu Lya.

     "Saya terima email daripada Tengku Danish Rayyan tadi.Saya mahu tanya bagaimana dia tahu alamat email saya. Ini tentu awak punya kerja.Betul ataupun tidak?" Huwaida menyerang Lya dengan soalan itu.

   Saya memberi alamat email awak kepadanya dalam keadaan terpaksa.Tetapi itu adalah demi kebaikan bagi membina masjid yang baru!" Lya ketawa terkekeh kekeh. Huwaida melihatnya dengan penuh geram.Dia menghampiri Lya dan menggeletek pinggangnya.Lya tidak dapat menahan rasa geli dan terus ketawa sampai berair mata sambil menjerit "Jangan ! Jangan !" Lya menahan tangan Huwaida daripada terus menggeletek.

      "Maafkan daku sekiranya kehadiran surat itu mengganggu tuan puteri yang selama ini kesunyian. Mungkin dengan kehadiran surat itu boleh mengisi ruang kosong yang masih belum berpunya. "Lya menuturkan kata-kata yang berbunga pula.Dia memang pandai bergurau menyusun kata-kata yang berunsur klasik. Adakalanya Huwaida terhibur dengan sikapnya yang sentiasa riang,orang kata happy go lucky.

      "Tetapi tuan puteri....

Bersambung..

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment