Saturday, 2 May 2015

Nota Cik Markonah ( 7 )

***********************************

Picisan nota Markonah:

Dalam ukhuwah ini, satu sahaja.
Harus ada rasa untuk saling give and take.
Mahu untuk memahami. Dan juga menyayangi.
Usah sayang kerana apa yang dia ada.

-Love her or him for what they have.
And for what they don't have!-
"Sayang mereka atas apa adanya diri mereka.
Dan atas apa jua yang tidak ada pada diri mereka.
Kita selalu baca hadith Rasulullah SAW.

Laa yu'minu ahadukum hatta yuhibba li-akheehi maa yuhibbu linafsihi.
"Tak beriman seseorang di antara kamu, sehingga
dia mengasihi saudaranya seperti mana dia
mengasihi dirinya sendiri."

Tetapi pernah tak kita betul-betul tanya pada diri.
Bahawa satu hadith itupun sudah betul-betul diamalkan atau belum?
Mungkinlah ada suatu ketika, ujian persahabatan itu teruji.

Keep calm. Renung balik kita bersahabat kerana apa dan siapa.
Kita bersahabat untuk dibawa ke mana.Kita sendiri sudah ada jawapannya bukan?

Kalau sahabat ada yang tak terbalas mesej.Sangka baik. Mungkin dia sibuk. Atau mungkin ada
sesuatu yang berlaku. Doakan yang baik-baik sahaja. Walaupun nampak sebab-sebab itu tidak muhasabah, tetap sangka baik...Kalau sahabat ada yang bad mood. Sangka baik.
Kita juga manusia biasa. Ada naik dan turun emosinya. Reflect kembali. Mungkin ada juga salahnya pada kita.And the list continues. Sampai kita akan pergi.Dan bawa ukhuwah ini hingga ke syurga.

Bila kita bersahabat.
Tak semestinya kita akan bersahabat dengan dia yang perfect.
Baik dia atau kita.
Kerana tidak ada manusia yang sempurna.Apa yang ada adalah kelebihan dan kekurangan.
Yang tersendiri.
Untuk saling melengkapi.
Apa adanya.
Hingga menjadi sempurna. :')

Wahai sahabat , saat Allah menghadirkan satu “rasa” , rasa yang mana kamu sendiri tak tahu kenapa dia hadir, saat kamu sendiri tertanya apa itu? Mungkin itu hidayah dari Allah, boleh jadi ia hadir saat kamu terpandang, terbaca sesuatu, aku mohon jangan abaikan rasa itu, kerana kita sendiri tak tahu bilakah lagi rasa itu akan kembali , kembali menerjah ruang hati ini. Saat kamu mula melangkah memasuki medan mujahadah bersedialah, bersedialah dengan ujian-ujian Allah , moga kita sentiasa dalam lindunganNya. Moga Allah lemparkan kekuatan pada hati-hati kita . Allahu. Moga Allah redha

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Sekali kaki melangkah di jalan Allah, jangan undur. Biar masa berganti, akidah jangan mati.  Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah jangan goyah. Berjihad di jalan Allah, dan biarlah mati juga di jalan Allah... "Jangan lemah sebab manusia. Jangan sesekali." "Allah kan ada, senyum sikit."

--------------------------------------------------------

Fajr time:')

Kau Kuat . Kau ada Allah.
Malam itu bertemankan sejadah dan Al-Quran. Hati itu remuk. Hati itu sedang sakit tenat. Hati sedang berduka. Huriyah Huwaida".

Ya Huriyah Huwaida. Dulunya dia insan kuat. Kini lemah longlai. Tak mampu berdiri. Dakwahnya tersekat. Hidupnya lebih menyendiri.

******

         "Tak sangka , muka bersih hati kotor. Neraka selayaknya untuk kau Huwaida. Jangan berangan syurga untuk hampir. "

Zuppppp!

Allah ! Ujian apa yang telah kau beri pada aku ini Ya Allah. Akukah insan yang kau sedang duga itu?

              "Kau psiko Huwaida. Kau tak layak belajar agama. Tempat kau pentas untuk menari. Kau jijik. Kau hina Huwaida. "

           "Huwaida , muka kau nampak baik. Hati kau hitam seperti jalan tar. Allah pun tak nak terima kau. Pendosa. Sia sia kalau kau buat kebaikan. Kau tetap takde pengampunan dari DIA. "

Huwaida menangis. Huwaida hilang pedoman.Teringatkan tohmahan manusia-manusia disekelilingnya.

    "Wahai orang yang beriman , mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat , sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar. "
  
                                 Al-Baqarah :153

********

Huwaida membaling batu kecil kedalam sungai. Air sungai itu jernih. Bersih. Niqab yang tersarung di wajahnya sudah mula terasa basah. Bahang air matanya mungkin.

          "Ya Allah , sungguh ujianMu ini berat bagiku. Tetapi aku bersyukur Ya Allah. Kerna ujianMu inilah aku kembali bangkit. Engkau Maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu yang Engkau Rencanakan Ya Allah. "

       Air jernih di tubir matanya terus diseka.

       "Huwaida ! Kau kuat ! Kau kuat ! Kau kuat. Qawiy Huwaida , Qawiy. Kau sedang berada di jalan Allah. Kau kena berjuang Huwaida. Kau kena bangkit. "Huwaida menjerit kuat. Terasa lega di hati.

Jauh disudut sana ,
Huwaida cuma seorang manusia ,
Senyuman tak pernah pudar dari bibir .
Agaknya aku tak pernah sedih. Persepsi .

Aku silap sendiri.

Dalam aku sibuk menggembirakan hati manusia lain, di hati aku sudah penuh dengan luka. Ada banyak kisah yang sudah cukup bikin hati aku mati. Hati aku kering dengan manusia.

Tapi,

Aku pilih untuk simpan segala kesedihan. Aku pancarkan senyuman buat manusia lain. Jua segala skrip lawak yang hanya bersifat hambar, aku tetap cuba untuk membuatkan orang lain gelak ketawa.

Orang macam aku ,

Aku paling suka Waktu pada malam hari.
Pandangan mata yang sentiasa dilihat, ialah langit yang luas. Comel.
Keadaan yang aku senangi, pada waktu sunyi untuk aku termenung. Seperti sekarang ni. Di tepi sungai. Tenang.
Jua tempat yang aku kekal setia berada, di sudut katil sambil memeluk tubuh kesejukkan.
Waktu itu, aku akan keluarkan segala kesedihan di jiwa aku.
Untuk membalas semula apa yang aku telah lakukan pada siang hari. Tak sangka.

Kadang , aku rasa nk restart hidup ni balik. Penat dah kenal ramai orang.

Aku bohong pada diri sendiri.
Dorang anggap aku Boneka manusia .

Benar melampau !

Tapi .

Aku tak kisah.

Ada perkara sesuai dikongsi ,
Ada perkara perlu disimpan rapi sendiri

Pernah cuba tak isi air dalam bekas yang pecah? Macam tu la nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni.
Mustahil."

Yes ! MUSTAHIL

Mama selalu pesan.
    "Jika ada yang memfitnah,sabarlah kerana ada ganjaran di sana sebagai hadiah.Tenang kerana hanya yang tenang akan menang. "

Mama ! All family. Yes. Saat ini hanya rindu yang berterabur di hati ini.
Rindukan nasihat dari seorang bonda.
Rindukan perhatian daripada seorang ayahanda.

Ahhh ! Hati Huwaida sedang parah.

Huwaida bangun. Hari sudah masuk senja. Segera Huwaida mengambil wudhu untuk menunaikan Solat. 

****
Malam menjelma. Huwaida melihat langit ciptaan ilahi.  

        "Ada bintang dan bulan. Comelnya. Subhanallah. "Desis hati kecil Huwaida. Tanpa diminta. Air mata gugur lagi. Huwaida bermuhasabah diri. Kerna itu , dia suka melihat langit ciptaan Ilahi. Tika itu hanya ketenangan yang dirasai.

       "Ya Allah , banyaknya dosa aku seperti bintang ini. Tidak terkira bilangnya. Astaghfirullah hal a'zim. "Diseka air mata itu. Huwaida kembali senyum.

       Huwaida ! Kau bukan maksum yang tak pernah lari dari dosa . Pasti akan tergelincir dari landasan yang sama . Sebab itu Allah sifatnya Maha Pengampun .

Apa aku lupa hebatnya sumayyah
Apa aku lupa tabahnya fatimah
Apa aku lupa cekalnya aisyah
Apa aku lupa gagahnya siti hajar

Mungkin

Aku terlupa kerana alpa

Ujian ini tidak seberat ujian mereka

Hasbunallah wani'mal wakeel

Pantas airmata singgah lagi. Agaknya malam ini hanya bertemankan air mata.

Aku nak marah, penat. Tak marah, geram. Akhirnya aku memilih untuk melakukan perkara yang selalu aku buat. Pendam. Mati. Ditanam. Mereput.

         "Aku pendam. Tapi lama lama mesti keluar air Mata. " kata Huwaida seraya melihat bulan. Indah !

******

Just remember one thing, Allah is with you. He will make everything beautiful, at the right place, at the right time.

Luka disebabkan jatuh, aku masih boleh balut luka tu. Tapi, bila luka disebabkan kata kata, ia akan kekal di ingatan aku sampai akhir hayat :)

Aku rasa macam tak nak kenal dengan semua orang. Sebab dah penat sangat dengan manusia. Penat !

Yes !

Fizikal aku tampak lembut di ruang
mata yang memandang. Namun, ada
kekuatan yang tak terzahir dek
kata².

Tapi ingin aku khabarkan satu
kekuatan antara banyak2 kekuatan
yng tidak nampak di mata tetapi
membekas di jiwa.

Tadi sedang aku membelek tafsir Alquran. Aku jumpa kisah ni.

Aku rasa aku mampu. Aku tak perlukan orang orang disamping aku.

Cukup ada DIA.

Korang kenal  Maryam Ibu
Isa? Saat dia mengharungi ujian
Allah sendri. Tiada insan bergelar
suami di sisi. Namun tawakalnya kuat
pada Ilahi. Sungguh, Dia sudah
aturkan suatu yang indah. Itu
yakinnya. Maka, dia melahirkan Isa
berbekalkan keyakinan & percayanya
pada Allah.

Korang Ingat tak kisah Hajar Ibu
Ismail? Dia sendiri redha mentaati
perintah Allah kepada nabi Ibrahim.
Meninggalkan dia di satu sudut
dunia yang terpencil. Berpisah
dengan seorang suami yang dikasihi
& hanya ditemani anaknya Ismail.
Kecundangkah dia di uji?

Tidak.

Dia serahkan diri sepenuhnya pada Ilahi
yang mengatur hidup & mati.

Allahurabbi. Inikan pula Aku. Dari situ aku kembali kuat. Terima kasih Ya Allah.

Muslimah & tawakalnya
punya kekuatan hidup &
menghidupkan.

Ya, mereka hidup
dengan keyakinan yang hebat
manakala kita menghidupkan jiwa
disebalik lembaran kisah mereka.

Muslimah,
Bina keyakinanmu Lillahitaala. Tak
selamanya insan setia di sisi.

Ada tika kita perlu berjalan, memilih,
mendepani risiko sendiri. Tapi
sendiri kita ditemani Allah Ya Qawiy!

Tetaplah bersabar,
Tetaplah redha,
Tetaplah tawakal..
Tuhanmu ada.
Saat semua sudah tiada.
Allahu

Kuatnya aku kerana " Dia "
Hebatnya aku kerana " mereka "

Untuk apa aku menagih kekuatan daripada seorang insan , sedangkan " dia " sentiasa ada .

" Ah , dunia sungguh kau satu mimpi indah yang melekakan

Huwaida kembali ke katil. Dibuka blog rasminya. Nota Dakwah.

Ya memang nota. Suka mendeminisikan cerita hidup.

Biar satu saat nanti cerita cerita di blog ini menceriakan hati ini.

***
Nota Dakwah
02.14 A.M.

Saat tidurmu dengan linangan air mata. Kau berbisik, moga esok segalanya lenyap.

Tapi hidup bukan umpama komputer. Boleh didelete serta merta. Kau perlu masa. Untuk melupakan segala rasa.

Dan kau perlu masa.
Untuk bangkit dari kecewa. Tohmahan manusia takkan hilang. Tapi berjuanglah Kerana itu kau diciptakan Tuhan.

Saat kau sudah kukuh berdiri.
Jangan pula jadi seperti masyarakat tadi. Jadilah seorang yang mampu menabur bakti bukan menyakitkan hati.

“Awak... Ya. Awak yang tengah baca ni.
Terima kasih sudi kunjungi blog nota Dakwah. Hakikatnya !

Tiada yang menarik.

Cuma tulisan budak nota.
Yang sedang mengharap kasih Ilahi.
Yang bertatih di jalan RabbNYA
Yang jiwanya sentiasa mengharap RedhaNYA.

Aku tahu, jauh di sudut hati korang, Ada rahsia yang tersimpan. Ada tangisan yang tersembunyi. Ada harapan yang terlukis terang.

Di situ, Huwaida memilih untuk senyum. Huwaida bertahan dalam diam. Huwaida yakin dengan doa. Tapi Huwaida percaya di sebaliknya, Huwaida kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti. Huwaida menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, Huwaida serahkan hati Dia sepenuhnya.Hanya untuk DIA. sebab itu Huwaida nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya. kerana hati Huwaida teguh bersama Pencipta.

Published.

http://notadakwahintan.blogspot.com

Bersambung.

Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman

No comments:

Post a Comment