MUQADDIMAH
Buku marhaen ini saya dedikasikan kepada Allah SWT yang selalu memberi ilham. Cinta Ar-Rahim itu tidak terkira, tidak mampu diungkap dengan angka. Dedikasi cinta itu sebanyaknya dan selayaknya untuk-Mu ya Allah.
Tiada lafaz yang mampu menggambarkan perasaan saya ketika ini. Hanya kesyukuran dan istighfar sahaja yang boleh saya ungkapakan. Dedikasi tertinggi kepada sang mujahidah yang menjadi sumber inspirasi saya untuk berdiri teguh atas landasan perjuangan ini,iaitu Ustazah Fatimah Syarha. Jazakallahukhair ! My inspiration to keep strong.
Setulus penghargaan ku ucapkan kepada mereka yang sentiasa memberi inspirasi. Sebab bidadari itu ada dekat hati ini. Selalu dan selalu yang tak pernah jemu memberi kasih dan sayang, Mama dan Papa. Kesabaran mereka dalam menghadapi budak comot seperti saya ialah antara asbab saya berada di peringkat tarbiyah dan dakwah Islam setinggi langit ini, Alhamdulillah.
Kepada jutaan sahabat, para murobbi dan juga anak-anak usrah saya yang comel lottey, anda semua tidak dikecualikan daripada dedikasi ini. Kenal kalian dalam 2014 sehingga masuk scene 2015 adalah scene yang paling best dalam plot drama saya. Sweet momento, menjadi ruang jendela. Terima kasih untuk rasa yang lahir ini. Whatever may life bring, always say "Alhamdulillah". Sungguh aku bertuah, kerana ada yang sudi menyayangi manusia sekurang ini.
Akhir kata, dengan keizinan Allah jua kisah ini telah dipilih oleh Allah untuk para pembaca bermanja dengan buku ini. Sekadar luahan hati. Hanya blog menjadi tinta hati. Nota dakwah. Yang hanya menagih simpati. Moga kita ketemu di dalam jannah-Nya kelak, InshaAllah !
Moga-moga.
Awalludin makrifullah.
"Awal awal agama. Mengenal Allah."
Nota Dakwah
Intan Nurul Aida Osman
No comments:
Post a Comment