—Part of Hijrah
Dear ukhty yang ana sayang.
Saat kita berhijrah ,
Memang ramai kawan yang akan hilang .
Sebab once kita hijrah ,
Ofkoslah ,
Kita akan jadi lagi tepat dalam soal solat ,
Dalam soal pergaulan ,
Dalam soal pembelajaran.
Betul tak. ?
Dalam semua aspeklah senang cerita .
Jadi ,
Kawan yang hu ha hu ha dulu tu ,
Majoritinya akan tinggalkan kita ,
Atau ,
Mereka akan ikut kita sekali ,
Untuk berubah .
Kira 50:50 la pasal kawan ni .
Time ni la ,
Kita boleh tapis ,
Tapis mana kawan betul ,
Mana kawan yang hanya perlukan kita waktu senang je .
See ?
The
Power
Of
Hijrah .
Jadi ,
Kalau benda ni terjadi pada anda ,
Usah risau .
Takyah nak emo tak tentu pasai .
Takdop pi mana kawan tu
Kawan yang hu ha hu ha pergi ,
Akan ada kawan yang sama course (hijrah) dengan anda ,
Will be your new friend .
Berkawan lillahitaa'la .
Fuh .
Nikmat .
Manis kalah madu beb .
Jadi kalau dah hijrah ,
Banyak benda buruk yang Awak terima ,
Jangan mengeluh .
Seeloknya senyumlah .
Sebab semua tu merupakan ujian .
Ujian dari-Nya untuk lihat penghijrahan awak ,
Kerana-Nya atau kerana manusia .
Lets hijrah !
Ana memang tak sempurna dan kita semua tak sempurna . Tapi atas binaan simen konkrit Ukhwah fillah tu kita still kuat dalam penghijrahan.
Let see
Orang yang pernah lalui zaman jahiliyah je tahu
Macam mana peritnya
Nak lalui jalan jalan menuju wanita solehah.
So , takkan Allah cuit sikit pun dah rebah.
Mana pimpinan 'Daie ' yang kita nak bawak.
Wanita tak boleh berdakwah ?
Zaman nabi wanita berdakwah dalam rumah ?
Anda pasti dengan akan ada wanita wanita dan sahabat yang lain nak follow kita.
Sekurang kurangnya tarik lah dorang menuju jalan Hijrah.
Chill dengan setiapa mehnah.
Allah itu maha mengetahui
Lagi maha melihat .
Ayuh sama sama
Bawa rakan
Bawa adik
Bawak kakak
Bawa semua muslimat diluar sana
Bantu mereka menuju jalan hijrah
Pimpin mereka merasai manisnya ukhwah fillah
Manisnya hidup berlandaskan syariat islam.
Bawa mereke sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi.
Ana menegur kerna Sayang.
Sebab kita sedang berada dalam landasan yang sama.
——————————————————————————
' ujian dalam hijrah '
Sweetheart bebyheart jantung hati comel chomel.
Jom ! Spread.😘
Ujian ?
Apa ujian?
Ujian tu nama spesifikasi. Yang panjang ialah, satu ujian, cabaran, dugaan ,musibah disaat kita mula bangkit kerana Tuhan.☺
"Aku nak berubah, 😥 tapi Ujian bertalu talu. Masih belum layakkah untuk aku? 😭
"Aku tak sekuat orang lain. Aku jenis mudah down. Aku mudah kecewa"
Macam mana? 😭
Subhanallah, subhanallah subhanallah.
Awak diuji ?
Senyum.
Sedarlah, hakikat yang nama manusia memang berhak untuk diuji.☺
Ujian.
" Ujian itu sememangnya tidak mesra dengan kita , tetapi apa yang kita tidak nampak sebenarnya adalah kemesraan Allah terhadap kita melalui ujian yang ada . "
Intan tau , Sulitnya nak jaga hati. Menjaga hati dari sifat mazmumah, menjaga hati dari lintasan syaitan. Hati tu susah nak jaga, kan? Sebab tu Allah cipta satu je hati, duduknya di dalam jasad. Bukan di luar.
Tak ccaye?
Cuba tengok kat dada,nmpk tak hati awak? Takkan. Sebab ia berada di dalam. ☺
Susah nak jaga hati, susah nak pelihara hati untuk menangkis dan mengikis sifat mazmumah yang bersarang dan merebak macam sel-sel barah. Sel-sel barah, kalau tak dibuang akan merebak dan membengkak akhirnya akan merosak seluruh organ dalam badan. Macam tu juga la dengan mazmumah, maksudnya penyakit-penyakit dalam hati. Penyakit dalam fikiran, penyakit dalam perasaan.
Syaitan ada macam-macam cara nak sesatkan kita. Bila kita buat jahat, makin tunggang terbalik dan terlangkuplah diri kita. Bila kita buat baik, syaitan pujuk supaya kita riak, takabbur, dan macam-macam penyakit hati yang lain. Bila berjaya, kita 'budget' bagus. Bila gagal, terus tak nak usaha dan salahkan takdir. Bila gembira, kita rasa dunia ni kita yang punya. Bila berduka, kita dengki dan cemburu dengan orang lain. Dah tak nampak, dah lupa apa yang Allah bagi sebaliknya sibuk mencongak dan mengira apa yang Allah tak bagi.
Allah.
Minta SATU, Allah bagi DUA kita bersorak gembira. Rasa bahagia, dunia ini aku yang punya. Aku orang soleh/solehah, Allah dengar dan makbulkan doa aku. Aku orang baik-baik, aku dah usaha mesti Allah akan balas dengan kebaikan. Aku banyak bersedekah, mesti Allah pun bagi macam-macam.
Kita minta lagi SATU, Allah tak bagi. Terus kita meraban, rasa Allah tak adil sebab dah buat baik (sedekah, infaq dan macam-macam ibadah seperti solat tahajud sampai bengkak-bengkak mata, sanggup tak tengok Filem or drama coz dah nk raya ni sebab nak baca al-Quran dan mengulangkaji pelajaran) tapi Allah tak bagi pun. Terus lupa apa yang Allah dah bagi sebelum tu.
Nama pun manusia, selalu lupa. Kena ingatkan.
Sebenarnya, Allah akan uji dengan apa yang kita
Ada.
Sebab manusia dibaluti dengan perasaan, maka gunakanlah perasaan dengan cara terbaik untuk mendapat keredhaan Allah :)
Kakak, dik Sifat orang beriman memang akan sentiasa diuji. Allah sendiri sudah berfirman dalam surah al-’Ankabut, ayat 2 yg bermaksud, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu?". Jadi, apa-apa pun ujian yang Allah Ta’ala berikan kepada kita, terimalah. Jangan persoalkan kenapa Allah bagi ujian tersebut. Yakinlah bahawa ujian-ujian tu sebenarnya sebagai tanda perhatian Allah kepada kita. Yakinlah bahawa ujian-ujian tu juga sebenarnya adalah cara Allah untuk meningkatkan darjat kita di Mata-NYA. Sabarlah. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Qawwiy Lillahi Ta’ala.
Kuat apa?
Ni dah masuk trek hijrah. Berubah. Tapi, bila ada ramai kawn makin jauh , rasa diri diperhti , rasa org tak suka.
Tu slh satu faktor ujian utk kita.
Sbb tu as intan ckp. Bila sebut Ujian, kena ingat Kuat
Kuat nak hadap dengan bermacam ragam hal di dunia ni.
Once kita berubah semua fikir, semua hal pun kena berubah secara mendadak.
Nope. Kalau hari ni awak tak pakai tudung. Esoknya awak pkai niqab / purdah.
What u feel? Not comfortable.
Right.
Mcm tulah juga once berubah. Slow slow. Okay.
Jgn takut kritikan orang.
Awak lebih pentingkan pandangan manusia atau pandangan Allah?
Tepuk dada tanya Iman. Iman yang sedang ada di hati.☺
Ujian dengan nafsu tak lari. Sebab ia serasi. Selari.
Apa yang penting, kna usaha. Jangan terlampau untuk mengikut kata Nafsu dan akal. Ikut kata iman.
——————————————————————————
Susah nk Istiqamah?
Nak masuk syurga Allah pun bukn free, kena ikut semua suruhannya dan prbanyak segala amal dan ibadat yang membawa kita ke syurgaNYA.
Hakak, hadek we're human. Normal kalau buat slh dlm hijrah. Or mybe we 'addicted' dgn prangai lama.
Right?
but once fikir, sampai bila nk mcm ni. Andai kata esok hari terakhir utk kita kat dunia ni, sempat ke kita nk buat amal?
bila dah tanam azam nk berubah, bila Allah dah bg hidayah, cepat cepat catch up. Jangn tangguh.
Please.
I will support you. With my pleasure. Really.
Wanna bring my hands to Jannah.
😔
Please cuba utk diri sendiri. Fighting
Ramai yang nak berubah.
Tapi tak ramai yang cuba untuk berubah.
Contoh nya?
Paksa diri.
Bukan tunggu hidayah datang bergolek.
Hidayah perlu di gali sendiri.
Bila hati rasa sayu & sendu: letak tgn di dada, baca:
Ya hayyu ya qayyum, birahmatika astageeth (wahai tuhan yg maha hidup, yg maha kuat, dgn rahmat-Mu, bantulah aku).
Baca bnyk kali hingga kesesakan dlm dada terlerai.
Lps tu kita akan rasa kehangatan sentuhan Allah yg melapangkn walau kita teruk ditekan.
Itulah tanda kbersamaan Allah dgn kita.
☺☺
———————————————————————————
Night story. Before sleep.
Ok. Ceritanya macam ni.
As what yang intan ckp sebelum ni ,
Insan yang bergelar hamba Allah ni manusia biasa. Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila kita once itu salah dalam langkahnya,
Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawak or wateber.
Imej itu tak berdosa.
Jika dia buat dosa, salahkan dirinya empunya. And bukan imej perilaku dia. Ini soal Akhlak.
mungkin apa yg dia bawak slama ni rasa dah sempurna. Cuma kita as human yang tidak pernah sempurna. Kan dian ckp we tak lari dari berbuat dosa.
Sbb tu, once kita kenal, or watever kita buat,
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.
Jangan expect terlalu tinggi.
Ok. Mcm ni ambik contoh intan lah senang. Kalau kalau ( ni andaikata or etc )
Ok cthnya, intan as muslimah, all people very very very proud of me, pndang intan tinggi lebih dr Klcc, pikir intan punya Ilmu melangit. Once intan buat salah sebesar kuman.
Apa perspektif org?
normally, dia akn membesarkan yg slh tu and kebaikan yg kita buat tu, sebesar bakteria pun tak nmpk.
Mcm life kita sekarang. Sbb org yg bru move on ni baru ingin merubah dirinya.Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Ok. Lps tu,bila dah move on. Of kos kita akn choose, mna kawan aku yg akn bwk aku ke syurga.
And once time tu jugak kita akn cri shoulder yg mmpu bimbing kita.
And once time tu jugak, kita sdg bljr utk kuat.
Right?
ok. Masuk part kawan. Bila berkawan, Cuba belajar menerima mereka.
Kalau dia tak mahu terima perubahan kita. Jgn paksa. Kita surrender. Bukan manusia cuma dia yg hidup.
And second last,
Jangan lah kita menghina
Orgg yg sdg berusaha menjaga amanah Allah padanya.
We're muslim and we need each others. Okay.
Buat silap, taubat , taubat , taubat.
Jangan gentar bila ada yang mengeji.
Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.
Tak semua orang akan suka perubahan kita.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaian kita.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.
Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.
Kerana mereka juga manusia seperti kita.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kita rebah.
Ini namanya medan.
Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
Fuhh dah super double triple panjang. Hahaha
In my opinion, maybe ada kakak kakak lain ada opinion lain. ☺
Kakak adik, we're more important pndangan Allah dr pndgn manusia. Manusia selamanya ada untuk keji, caci , maki, hina , marah or whatever yang dian means (negative ).
But once, hidup kita tak selalunya indah. Right kak?
Ada corak , ada warna , ada hiasan dalam taman hidup kita. ☺
Susah dahulu, InshaAllah senang kemudian.
Dia tak berkawan, sebab mungkin juga dia belum pernah kenal itu hidup keseorangan.
Dipinggirkan ?
Jangan risau. Allah ada, sahabat DM ada.
Sedih? Sujudlah di tikar sejadah.
InshaAllah, tiada ketenangan hakiki dan abadi hanya pd Allah.
InshaAllah kak. Rawat hati dgn zikrullah.
Kak,adik Hidup kt dunia ni adalah tempat ujian dan dugaan yang wajib ditempuhi dan dilalui oleh setiap manusia. Kadang-kadang dalam menempuh perjalanan hidup ni, kita terasa letih dan penat dalam nk hadapinya.
Kan. All human kena ada sikap sabr , make a positive soul in life sis.
Tp, disisi Allah SWT dan Rasul-Nya, keletihan hidup ini byk bwk manfaat dan faedah bagi seseorang tu. Macam kita semua. ☺ Bahkan Allah SWT dan Rasul-Nya cinta kepada hamba-Nya yang menghadapi keletihan dalm dunia ni.
Tau tak keletihan dan kepayahan hidup yang sangat dicintai Allah SWT & Rasul-Nya tu apa?
Ok meh intan kongsi sikit.
Ok, yg first , Keletihan Dalam Belajar/ Menuntut Ilmu.
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-'Imran, ayat 79 .
Ertinya:
"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (QS. Ali 'Imran :79)
Yg kedua, Keletihan Dalam kita nk Menghadapi Kesusahan, Kekurangan Dan kskitan.َ
Ertinya:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (QS. Al-Baqarah :155)
Haaa. Ok kita msk part ketiga , Keletihan nk urus keluarga.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6
Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan". (QS. At-Tahrim: 6)
Haaa. Yg ni utk akak kita yg mana dh kawin. 😋 Keletihan Ketika Mengandung, Melahirkan, Menyusui. Merawat Dan Mendidik Anak-anak Sebagai Amanah Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 14:
Ertinya:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembali". (QS. Luqman :14)
Keletihan Dalam nak Berda’wah/Mengajak Orang Lain Kepada Jalan Kebaikan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 33:
Ertinya:
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri?" (QS. Fussilat :33)
Last sekali, Keletihan Dalam Berjihad Di Jalan Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 111:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". (QS. At-Taubah :111).
Ya Allah jadikan kepayahan kami dalam menjalani kehidupan ini sebagai jalan yang mudah untuk meraih jalan Syurga-Mu, jauhkan kami dr kepayahan hidup yang akan menjauhkan kami dari jalan-Mu. Semoga amal ibadahnya yang sedikit ini dapat di terima oleh-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !
Sama sama baca doa ni, moga jalan ketenangan terbuka luas utk kita semua.
Aamin.
* intan pun ada kawan dunya Akhirah utk akak hingga jannah. InshaAllah. ☺☺
Nak Buat Baik Susah, Nak Istiqamah Pun bukan Mudah.
Susah kan kita nak buat baik ? Bila kita nak buat baik mesti orang akan perlekehkan kita. Mesti orang akan kaitkan benda yang tak baik bila kita buat baik. post pasal islamik kt fb pun kena perlekeh. Pakai tutup aurat pun kena kutuk. Jaga batas pergaulan diorang kata kita berlagak alim,, tak sporting, susah kan ? Jadi baik pun kena kutuk, hmmm... Pernah tak dengar kisah Rasulullah S.A.W. waktu Baginda nak sebarkan kalimah La ilaha Illallah.
Kena baling batu sampai berdarah2 Rasulullah waktu tu. Tak cukup baling batu Rasulullah siap kena lempar najis lagi. Belum kira kena jerut leher.. Caci maki memang dah jadi kebiasaan.. Baginda tetap melayan mereka dengan baik.. Bayangkan hati keras masyarakat jahiliah yang memusuhi Rasulullah boleh dicairkan dengan sifat mulia Kekasih Allah bernama MUHAMMAD.. Baginda dicemuh tapi tetap istiqamah.. Hebat bukan Kekasih Allah ini ? Baginda S.A.W. mampu menarik hati yang memusuhi Islam hanya kerana perwatakan Baginda sahaja. Hati yang pada mulanya gelap tanpa cahaya telah dipaut sehingga mereka mampu menyinar dunia dengan membawa agama yang benar. Saidina Umar Al-Khattab,, Khalid Al-Walid,, Hindun Binti 'Utbah.
Benar wahai hati,, istiqamah tidak mudah,, iman umpama tayar,, kadang di bawah kadang di atas,, ditambah dengan persekitaran yang boleh mematahkan semangat,, nak istiqamah memang susah, tak hairanlah seseorang yang baru berubah kearah kebaikan kembali semula ke pangkuan kebinasaan. Andai diri tak mampu mengawal iman dalam diri hancur luluhlah segala kebaikan yang diusahakan.
Wahai hati,,
Tabahlah dikau,,
Usah hiraukan apa orang sekelilingmu katakan,,
Mereka tidak dapat menilaimu,,
Hanya Pemilikmu sahaja yang mampu meneliti niat hatimu,,
Bersabarlah seperti Kekasih kita, Baginda S.A.W.,,
Berkat kesabaran, ketabahan, kecekalan
Baginda lah yang membetulkan arah tujuan manusia menuju ke keredhaan Ilahi,,
Wahai hati,,
Engkau akan jadi seperti apa yang engkau fikirkan, andai mahmudah yang ko fikirkan maka baiklah diri, andai mazmumah yang engkau berada di benak fikiranmu maka kearah itulah engkau. Berubahlah engkau kerana Ilahi,,
Andai niatmu untuk mengejar keredhaanNya, maka apa yang mereka katakan dapat kau Atasi, tak mustahil mereka juga akan tertarik dengan keikhlasanmu wahai hati,,
Banyakkan berdoa,,
Tingkatkan dan perelokkan amalan,,
Agar dikau diberikan ketetapan hati,,
Dipertingkatkan Iman,,
Teruskan usahamu dalam menjadikan dunia sebagai kebun untukmu meraih hasil akhirat..
Semoga engkau istiqamah wahai hati.
————————————————————————
Okay. Next hakak hadek hadek.
All human, means
M A N U S I A.
Takda dik yang tak diuji. Our life penuh dengan ujian dan cabaran. Tapi, selagi mana letak Allah di hati , why should nk rebah?
Allah has plan something for you.
Takkan selamanya nak nangis tiap malam?
Tanya diri, sampai bila.
Tahu tak,orang yang selalu dudukkan dirinya dalam kesedihan orang yang rugi.
Dah baca Al asr?
Baca terjemahan sekali.
Macam mana?
Jiwa kembali pulih atau semakin retak?
Banyak ayat Alquran untuk penyembuhan hati.
Baca je mana mana ayt dlm Al Quran, on the spot kita akan rasa something yg heaven.
Truth me dear.
Once,akak pun dapt Ujian, kita semua. Takkan kita nk tunjuk kesedihan tu kan. But,bila rasa tak tahan sangat Luahlah pada pencipta.
Tak tenang jugak? Cari sahabat, cari kesayangan terdekat yang mmpu sweet portion kita.
Bangkit semangat kita.
Intan tahu?
Para nabi 'alaihimussolatiwassalam, mengharungi pelbagai ujian dan tekanan dalam jalan da'wah mereka, malah seluruh manusia menentang mereka. Tapi risalah tetap risalah. Kerja diteruskan juga dengan teguh dan istiqamah.
Sayyid Qutb dalam zhilalil quran, bila menceritakan tentang teguhnya pendirian Nabi Nuh a.s dalam surah Nuh, dengan ujian dan cabarannya berda'wah selama 950 tahun. Katanya,
"Hakikat da'wah itu sebenarnya lebih kuat daripada seluruh alam semesta. Sekirannya seluruh alam ini bangkit untuk menentang seorang penda'wah yang jujur perjuangkan agama Allah, nescaya akan hancur luluh seluruh alam ini. Manakala penda'wah itu dan perasaan da'wahnya akan terus hidup, kekal dan bersinar di seluruh pelusuk alam tanpa ada halangan-halangan yang mampu mematahkan semangat da'wahnya."
Kenapa lebih pentingkan pandangan manusia?
Allah lebih tahu apa segala hal yang terjadi, dan pasti ada Hikmahnya.
Jangan menghukum diri atas sesuatu orang tak suka. Itu kejam.
You must proud to be yourself.
Stay cool okay. Mna ada manusia senang lenang tanpa ujian.
Pahit dulu kat dunia. Manis di Syurga.
Okay.👌
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang mendatang pada awak,
Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar.
Allah ambil sesuatu untuk didik redha.
Sampai masa , Allah akan beri sesuatu sebagai ganjaran.
Saat itu kita akan rasa sangat bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini.
Betapa brnilainya takdir Allah tu adalah yg trbaik utk kita.
Tenanglah, stay Cool , sabar,
Sungguh , Allah sangat suka dengan orang yang sabar.
—————————————————————————
"Bersihnya jiwa, bila mana kita dahulukan Allah, lebih dari segala yang ada..."
...
Salam pertama diberi,
diikuti salam kedua
wajahnya diraup.
astaghfirullah. astaghfirullah
mulut terkumat kamit
sampai pada hati, atau tidak - tiada pedulinya
mata dikerling pada hp di atas meja
berkelip kelip tanda mungkin ada whatsapp baru masuk
hp dicapai
ralit jari menggosok skrin
doa entah ke mana
wirid tadi dibiar tidak berkesudahan
...
"Kau ok?"
Wajah rumetnya dipandang sekilas. anggukan tanda jawapan
"Dah habis solat ke?"
"Oh, dah"
"Macam nampak rungsing je dua tiga hari ni"
Garuan hp di tangan terhenti. wajah rumetnya dipandang.
"Oh. perasan eh? ermm serabut laa. banyak kerja tak setel lagi, assignments berlambak, report lab, next week ada quiz, mak aku tadi call suruh balik minggu ni, ada kenduri tahlil pulak, padahal dah janji nak futsal wiken ni"
"Ohh"
"kenapa la semua nk jadi serentak, serabut la"
"kau ada gaduh dengan sapa-sapa ke?"
"eh mana ada"
"adik beradik, mak ayah?"
"ok je"
"hubungan kau.. dengan Tuhan?"
...
err
aku dan Tuhan.
astaghfirullah
bait-bait kata rumetnya tadi, bermain dalam kepala.
"Sorry weh, aku takde niat pun nak tunjuk baik ke apa. tapi, sebab aku pun sama jugak. kadang-kadang, solat, baca Quran semua nak cepat, pelik dengan diri sendiri. kalau buat mende lain, lama mana pun sanggup mengadap..."
"...kadang-kadang tak sempat doa apa, kalut capai hp dulu, check kalau ada mesej masuk. pastu nk reply cepat, padahal simpan dulu pun tak apa. takde la urgent sangat pun. solat rawatib pun boleh berkira nak buat sekarang ni"
"pastu bila Allah uji sikit, sabar cepat benar hilang. macam orang takde iman. mula rasa Allah tak bagi apa yang kita nak, mula rasa Allah tak sayang la, mula rasa putus asa.. tapi tak pernah pulak kita check macam mana kita dengan Dia"
"istighfar, istighfar. tapi tak rasa dalam hati. sebab dah macam rutin, buat hari-hari. kalau software iphone, semangat aku nak update, nak fixes bugs, tak nak bagi lag, tapi bila bab ibadah tak rasa nak update. padahal yang tu lagi penting tak nak bagi lag kat akhirat nanti"
tak sanggup nak recall
sebab zapp zapp masuk tembak dalam hati.
"kadang-kadang. memang kena spend time- duduk kejap. recall balik kehidupan kita dari dulu sampai sekarang. apa usaha kita nak dekat dengan Dia?"
"hari tu aku come across satu ayat ni, 'ada dalam kalangan manusia ni, dia just ingat Allah sipi-sipi. dan Allah firman, manusia macam ni akan rugi kat dunia, kat akhirat lagi rugi'. aku rasa macam facepalm. aku ke tu? sebab aku claim nak syurga, tapi banyak mana yang aku serius dengan usaha nak dapat syurga yang mahal harganya?"
...
Allahu
aku pun nak syurga
tapi
aku
"selagi mana kau beralasan, selagi tu kau tak akan ke depan"
rasa macam klcc jatuh atas kepala
mata malam itu tidak mahu dipejam
ke kiri ke kanan dia memusingkan badan
apa yang aku dah buat selama ni?
"cari balik hati, hati kau dah rindu pada nature asal dia-khusyuk ingat Allah"
selimut diangkat, kaki melangkah
air diratakan pada wajah
selang dua minit
sejadah dibentang
tangan mengangkat takbiratul ihram
ada satu ketenangan yang hilang, kian dirasai.
Allah,
farghfirli
"bila sujud dalam solat, kita sujud physically. cuba kita tambah sikit. sujud dalam hati"
tunduk
dan
patuh
hanya pada,
Allah.
*
"Dan di antara manusia, ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebajikan, dia akan merasa puas dan jika dia ditimpa suatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat.Itulah kerugian yang nyata..."
(Al Hajj 22:11)
"Smartphone will never connect us to Allah, but the khusyoo' heart, will always do"
#detached to attach
Mentaliti. Terima kelemahan diri.
Sebab nowdays banyak sangat dah kes 'JUDGE' hari ni seharian pun memang comment kebal pada mereka mereka yang hidup ber'Judge'
First of All,
Kita kena paham, realliti manusia ni, takde sempurna.
Takde.
Even raja, sultan sekalipun tak Sempurna
Ok, based on that, kita mmg akn buat silap. Even intan sendiri pun ada salah, maybe dr perckpn, dr tindakan and etc:
Sbb kita bkn Tuhan, stiap manusia tu wujud kelmahan dlm diri mnusia.
Tu hkikat 👆
Tak kiralah, intan ke, akak ke, adik ke punya byk kita usaha nk jd sempurna, kita takkan jadi sempurna.
Nope!
Nilah dunia. Takde sempurna.
So,
Apa point intan kat sini?
First nk sentuh, kita ni jgn cri sgt kesempurnaan tp kita cuba, kita try cri kesiilapnn kita dlm hdp kita.
Buat keputusan dlm hidp. Baiki kekurangan yg ada dlm life kita.
Yg nma manusia tu, ilmu and pglmn kita terbatas.
Kita ni, tak terus lahir je penuh ilmu kat dada.
Kan?
Dan dr sini kita kena bljr dgn org skliling. Kita pegi majlis Ilmu, join perkongsian Ilmu ,menuntut dn sbgainya.
Ilmu ni sampai mati pun tak hbs.
Ok, dlm diri mnusia ni ada satu sikap.
Apadia?
Ego. 👈
Cth, bnda tu mmg salah, org tegur tp tak nk trima teguran. Nak menangkan diri dia je. Kita tak snggup kalah, atau jatuh air muka depan orang.
Maybe org mcm ni, dia rasa dia sempurna.
Org mcm ni, kena ubah cepat cepat.
Kalau ada sape sape kritik kita, tegur, or whatever.
Kita kena nilai setiap butir bicara yg dia kata. Kita kena hadam.
Kalau betul kekurangan tu, kalau btul kslhn kita, kita baiki.
Mgaku kesalahan kita.
Cuba baiki mana yg cacat cela pada diri kita.
Tnya diri.
Mampu ke kita terima teguran dan kritikan dr sesape je?
Tak kira kawan,musuh, even kanakk kanak sekalipun.
Pujuk diri,
Nilai dulu apa yg dikata,
Baru mula berkata..
Ni realiti kehidupan.☺
Cuba tgk kdaan skliling, kawan ramai,tp berapa je yg sudi tegur kita.
Intan tegaskan kat sini,
Manusia tu tak ssempurna. Hidup kita ni kena ussaha kurangkan kesilapan.
Usaha baiki diri jd yg lbh baik.
Akhir kata, hidup kita terus berjalan. Kalau bukan sekarang bila lagi.
Nak tunggu kiamat dtg bru nak buat persediaan?
Selamat beramaI.
Ingat tak pesan kak intan dik.
"Orang berkata buruk, org berbuat jahat, jgn dibalas dengan keburukan. Tapi dengan kasih dan sayang "
Meh akak cerita.
Ingat tak kisah nabi?
Ingat ?
Atau nak suruh akak ingatkan balik?
Kisah yg mna Nabi Muhammad, dikeji, dtohmah, dicaci , dimaki, segala jenis Ujian.
Gupppp ! Sekaligus tertimpa.
Nabi nak perjuangkan hak Islam. Nak Umat kembali pada Tuhan. Iaitu Allah.
Kita ni.
Di jentik,
Di umpat,
Aduhh, terus rasa nak marah,
Terus rasa nk jerit.
"Tuhan, salahkah aku begini dan begini"
Dik, sebelum seblum ni akak pernh ckp kan. We're not perfect. Nope.
Kalau dia salah, kita tegur.
Kalau kita salah dia tegur.
Baru ukhwah tu kekal.
Mulut manusia?
Penat nnti berhenti lah.
Sabar.
Allah itu Maha pengasih pada Hambanya.
Tak selamanya Allah membebani kita dengan Ujian.
Tabahlah.
Inilah dunia.
"Ya Allah, tabahkan hatiku, tabahkan hati kami semua. Ya Allah, kami ini hamba pendosa, Ampunkan Kami Ya Allah, Andai butir bicara ini ada silap, Andai mata Ini penuh Maksiat, andai hati ini hitam. Ya Allah, kami cuma Hamba. Hamba yang bertatih di JalanMu. Ampunkan kami semua. "
Allahumma Aamin.
Allah itu maha baik. Nak jadi baik, kita jgn berkira kira nk bg kasih sayang pada mereka yg tak suka kita.
Kan Islam itu Indah. ☺
Manusia tak boleh baca perasaan kita.
Antara kita dengan Allah.
Husnudzon lah sesama manusia. Kita hamba yang lemah. Mana mungkin dapat memuaskan hati semua.
Kdg kdg dik, hidup ni kita rasa sarat dgn Ujian. Tapi, di sebalik ujian, ada Kasih dan Sayang Allah.
Tahu tak apa Kasih Sayang Allah bagi pada kita. ☺
Kasih dan sayang Allah itu,
Bila kita mendapat Ujian, Allah mengajar kita Erti ketabahan, Erti kesabaran.
Cuba bayangkan.
Life kita, bila kita terima Ujian, rasa nk marah je, nk je simbah Asid, nak je kutuk, nak je maki.
Tapi, Allah itu maha Baik.
Diselitkan dalam hati kita satu perasaan.
Dan perasaan itu ada bermacam. Antranya sabar.
Life must go on.
Doa yang baik baik,
Kata yang baik baik,
Jangan simpan dalam hati,
Tarik nafas,
"Allah, kerdilnya aku"
Tahu tak?
Sedangkan Allah ampunkan salah silap Makhluknya, even dosa tu setinggi gunung everest,
Sedangkan Nabi ampunkan Ummat.
Inikan kita dik 😭
Kita ni tak ppunya apa apa😭
Nothing 😭
Zero😭
Syukurlah pada Allah.
Allah has better plan for you.
Sebab hati awk belum bersedia, lapangkan dada.
Zikir, tenangkan hati
Ubati lisan dengan bacaan ayt Alquran.
Jangan dipersoal mengapa dan mengapa, begini dan begini.
Allah memberi Ujian, tapi disebaliknya ada hikmah.
Belajar memaafkan mulai sekarang. Walau tak mampu, paksakan hati.
Dunia ni pentas mainan.
Selagimana awak cuba hanya untuk bermain main.
Jalan pulang pada Tuhan tersekat.
"Maksud kak intan?
Maksudnya.
Ujian, kalau dgn ujian awak lena dgn Amarah, dgn dendam. Masa mana Islam nk berkembang.
Dan kalau dgn sedkit ujian pn dah Rebah, jalan pulang, jalan hidayah pada Tuhan bila nk sampai?
Utamakan pandangan Allah pada kita,bukan pandangan manusia.
Sdgkn Allah tak buka Aib kita, jgn pula kita jaja Aib kita.
Nk cerita depends, tapi kalau andai kata satu dunia tahu apa dosa awak pd diri awak, jgn slhkan sesiapa. Tp pd diri sendiri.
Nak cerita apa apa pun secara rahsia, hanya pd Allah.
Ques: Sekadar perkongsian dari diri yg xseberapa ni.
Ana pernah jadi stuasi macam ni. Ana pakai tdg labuh. Org pandai serong. Sebab beberapa kesalahan org lain. Kte turut dpt tempias.
Satu hari g kedai. Dyorang layan nak xnak je. Mase tu tgh hangat isu budak tdg labuh buat perangai.
Dalam hati ni sakit sgtt.
Balk umah still geram. Sbb kte xsalah kan. Cter kat shbt2.
Pastu balk umah betul plak. Cter kat mak.
Tap still xtenang.
Lastly. Mase nak tdo. Allah bg ilham.
Akak bce bismillah... Letak tgn kat dada. Ya Allah aku maafkan mereka.
Lepastu senyum. Pastu alhamdulillah tenang sgtt.😘😘😘
Nak cerita apa apa pun secara rahsia, hanya pd Allah.
Okay sayang. Someone in part of life baru nk hijrah. Tersangat lama tak solat, and now bila berhijrah solat dia feel tk kkusyuk.
Ok point kt sini.
Dalam part of hijrah. Opcoz kalau yg dulu super duper triple jahil, semestinya nak sangat jadi baik, nak sangat dpt pn shbt yang baik, nak sangat akhlak pun baik, nak sangat solt pun sempurna sama.
Kan?☺
Alhamdulillah dan syabas kepada mereka yang kuat hadap jalan ujian.
Satu je kak inta. nak pesan. Kalau kita ni gelap bilik takpe, jangan gelap hati, tu bencana👆
OK dik, mcm ni jiwa kita ni kita kena layan macam jasad. Kalu jasad dik emma nak makan utk kenyang, jdi jiwa awak pun mcm tu dik.
Kena sentiasa jaga jiwa tuu. Sebab jiwaa perlukan pperhatian kita.
Ok sekarang dpt tak point sikit2.?
Kalau dulu kwan adik jiwa gelap, jauh dr petunjuk Allah. Solat tunggang terbalik, aurat terdedah sini sana, gelak sana sni,
Tpi sekarang. Subhanallah. Hidayah yang dia gali dia dapat. Dia pegang erat hidayah tu.
Happy?
Semestnya, orang yg rasa tu betapa heavennya.
Kan.☺
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat.
Tapi. Smetimes tiba waktu solat dia rasa tak kusyuk. 😞
Mungkin pikir betapa jahilnya dia sampai solat pun tak mampu capai tahap kusyuk.😔
Ok meh kak intan story sikit.
Bila masuk part solat benda ni kena ambik seriyes.
Ulang cakap SERIUS.
Ni hal yang frst sekali Allah hisab.
Ok kalau done solat Alhamdulillah.
"Tapi khusyuk hilang kak"
👆macam ni lah kata putus akak. Solatlah walau apa keadaan sekli pun. Dan mohonlah pada Tuhan agar kita mendapat khusyuk di dalam Solat.
Mmg tak mudah.tapi cuba.
Nabi ajar kita, walau susah mana pun jgn sesekali tingggal solat. Jagan.
Mudahan khusyuk itu datang bersama di dalam Solat.
Allahumma Aamin.
Ok jom santai sambil cerita.
Macam ni, Isam Bin Yusuf, ni sorang ahli ibadah.
Beliau ni sangat warak dan khusyuk solatnya.
Tp kan, dia selalu risoo kalu kalu ibadah dia kurang khusyuk.
Then, dia selalu tanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
Sebab apa?😱
Sebab dia nak memperbaiki diri dia yang selalu dia rasaa kurang khusyuk.
Nak dijadikan ceritanya.
Pada satu harii tuu , Isam hadir majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim 😭.
Allah.😭
Allah 😭
Macam mana kita hr ni.😅
——————————————————————————
Santapan Rohani.
Menurut Imam al-Ghazali ada dua belas kriteria sahabat :
1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.
2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
4. Jika kau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.
5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10. Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih paham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga.
Cuba muhasabah diri.
Layakkah kita digelar sahabat.
Kalau layak dimana tempatnya?
Tepuk dada tanya iman.
Sahabat bukan dikenal wktu senang.
Sahabat jugak bukan dikenal hanya pembawa angin yakni sekejap je berkawan.
Kenapa untuk seketika kita merasa kita tak dihargai? 😞😢
Sometimes kita juga perlu untuk ber'uzlah. Bersendirian dengan pencipta.
Dan saat tu, saat muhasabah yang terbaik.
Untuk renung kembali.
Siapa kita pada pencipta.
Biarlah kawan berjuta mana pun, mmg akn ada rasa lost, rasa lone.
Beruntunglah jika ada yg sedar yg saat itu, Tuhan mengingatkan kita yang dunia ni tak selamanya.
Stay strong ☺
Dunia ni singgahan. Pentas untuk kita memainkan watak lakonan.
Kita yang punya pilihan.
Pilihlah yang terbaik☺
Tak diuji seorang hamba itu melainkan dengan kasih dan sayang Allah.
—Bicara hati
#intanwrittenshare #monolog bisu
Bersambung