Friday, 25 September 2015

Nota Cik Markonah (36)

— Momento👪

Kisah 'dia'

Kalau dulu-dulu selalu fikir.
"Kenapa aku diuji. Kenapa bukan orang lain."
"Aku dah ikut perintahNya. Tapi aku still diuji seperti ini. Tak layakkah aku merasa bahagia cuma seketika?"

"Akak duduk bersimpuh * (dengar molek deh)
Untung awak. (Sengih). Awak insan terpilih.Allah sedang menguji kesabaran dan keimanan awak sayang. Apa guna menjadi seorang hamba tapi tak dihujani ujian/dugaan. Sabarlah. Allah nak uji je tu. Doalah.Doalah.

Allah tidak akan menguji hambanya diluar daripada kemampuan hambanya sendiri.Kak intan nak awak rujuk surah Al Baqarah ayat:286.

senyum

Cerita hati. Dari insan comot. Yang sedang tersenyum.

Nak dengar cerita. Dulu 'dia' terima ujian yang sangat hebat. Hati dia luluh jatuh ke bumi.Jantung dia seakan henti berdegup.Dakwah dia terasa seperti terhenti.Dia menangis. Hampir dua malam menangis.

Kesian dia sampai bengkak mata.Dia dulu ketua usrah.Hebat motivate orang.Tapi sampai satu masa dia mendapat ujian yang sangat hebat.

Awak tahu dia buat apa?

Dalam tangisan sendu dia selama dua hari.Dia mula berfikir.

"Ujian ini tanda cintanya Allah pada hambaNya".

Semua kawan dia hilang.Yang berbaki boleh dikira dengan jari.Yang setia mendampingi dia.Yang sudi mendengar suka dan duka dia.Yang sentiasa memberi kata semangat pada dia.Dia bangun dari jatuh itu awak. Dia kutip kembali sisa kekuatan dia.

Mashaallah. (Nangis)

Dia bangkit sendiri dengan pertolongan Allah.Tiada teman yang menemaninya.Hanya keluarga disisinya serta kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah untuknya.

"Ma,Huwaida tak kuat sebenarnya.Huwaida jatuh. Mata hati Huwaida rapuh.Izinkan Huwaida memeluk jasad ma.Izinkan Huwaida mengalirkan air mata di riba ma.Izinkan Huwaida meminjam kekuatan dari ma" (baca dengan nada menangis)

Ma dia memeluk erat.Ma dia mengerti.

"Sayang,
Huwaida,peluklah erat ma sayang.Biarlah air mata itu mengalir.Tangan ma akan mengesat air dipipi Huwaida selagi nyawa ma bernafas dimuka bumi Allah ini.Seluruh kekuatan ma salurkan untuk Huwaida.Ma tahu anak ma ada punya jiwa yang cekal dan matang.Allah datangkan ujian supaya dari situ Huwaida membina kekuatan yang ada pada diri Huwaida. Mungkin disepanjang ujian yang menghempap Huwaida akan mengalir air mata kepahitan ujian. Tapi yakinlah sayang,nanti anak ma ni akan mensyukuri kemanisan harga kekuatan yang Huwaida bina yang Huwaida sedang miliki."
Mama

Dia menangis untuk kesekian kali.

"Aku bukan wanita yang hebat.Tapi aku akan menjadi hebat.Aku akan mujahadah.Aku akan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu dan bapaku.Untuk ma dan abah.Aku tahu,aku akan rawat segala sakit aku,aku akan cari trek tarbiyah aku,aku bukan lemah.Ya Allah,meski sesusah apa pun jalan yang aku pilih keranaMu ini akan aku terus gagahi dan langkahi.
Allahuakbar.

Dia mengambil Al Quran.Digenggam erat.Jari jemarinya tiba-tiba terbuka surah Yusuf ayat:108...

Allah,Allah,Allah.

Maha suci Allah.Benar ujian didalamnya sangat kuat.Ujian harta,ujian kedudukan,ujian lelaki,ujian kesusahan,ujian kesenangan dan sebagainya. Siapa boleh tahan?

Sekarang dia sedang mentarbiyah diri.Kesian adik dan kakak usrah dia. Merindukan dia.

Yakinlah satu hal.Dia akan kembali.Dia sedang mempersiapkan diri.Biarkan dia disana.Dia ingin melakukan yang terbaik untuk deen ini. Untuk Islam.

"Kita adalah hamba kepada DIA.Bukan kepada dunia."

Doakan dia.Dia akan menyambung study ke Perak.Sebelum pergi dia akan masuk usrah kembali.Dia minta agar sahabat-sahabat mendoakannya agar kuat menghadapi 'mehnah' dunia. Agar dia kembali senyum pada diri sendiri.

Allah ada... sedang memerhati
Allah ada... sedang menjadi teman.

Bukanlah setiap masa untuk terus menerus diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Ada bahagia sedang menanti.

Jika tidak sekarang,atau dunia sekalipun. Allah telah sediakan ganjaran itu disyurga sana.

senyum pada diri sendiri.

Kalau kau pergi,siapa lagi yang akan melihat senyuman manis ini. Kalau kau pergi,siapa lagi nak dengar celoteh panjang ini. Aku mohon jangan pergi,jiwa ini perlu kamu. Kalau kau pergi,siapa nak pimpin aku menuju jannahNya.Jadi,aku mohon jangan pergi. Aku sudah terbawa lukisan hatimu. Jika kau nak pergi,siapa lagi mahu salurkan semangat ini. Tak semua orang boleh faham apa yang kita rasa kita lalui tapi bersyukurlah,dia still beri semangat nasihat jangan tinggalkan kawan yang macam ni. ------------------------------------------------------------------
Aku mohon jangan pergi.

Sebab bidadari tu ada kat hati ini. Selalu dan selalu. Yang tak pernah jemu memberi kasih dan sayang. Tiba-tiba mata masuk habuk. Rindu mama.

Rindu rumah rindu kampung"
Rindu balik kampung,sambil tengok bintang. Bukan drama. Betul sumpah tenang." Dear my jiran,jangan rindu I tau. I dah nak balik rumah esok ni. Nanti I balik,you ready dengan duit makanan okay?

Awak tahu antara benda yang boleh buat awak bahagia? Suara ibu even suara itu tengah marah kita. Tetap rindu even setiap hari jumpa." Setiap kali balik rumah mesti nak serbu dapur dulu. Kenapa? Rindu masakan ibu weh."

She already taken my heart" Feeling. Allah please don't attach my heart to something that's not meant to be mine. Happiness is when you wake up every single morning and you still have the chance to see your mother smile. One of the greatest blessing. Kiss your mother on her forehead now and tell her, "Mum I love you,please pray for me."She might not be there tomorrow. A Dua for my mother: May every tear that has ever fallen from your tired eyes on my behalf become a river for you in paradise. Ameen. Me: " I feel so alone." Mother: "I'm always with you. Even when you can't see me,I'm here. That is mom♡ I will marry a guy who is good to his mom.And loves Allah more than anything. Siapa cinta hati awak   😍

Maafkan aku. Sungai,pohon pohon dan suasana kampung. Aku lama tak kesini menemuimu. Sahabat yang sering menenangkan. Menasihatkan aku tentang kebodohan manusia. Kesibukannya atau ketidakmanusiaannya. Tiap kali aku pulang ke sini,kau masih berdiri. Hijau menyamankan. Tetap sedia menerimaku. Tanpa rajuk atau bertukar menjadi bosan. Maafkan aku,sungai,laut pantai dan pepohon pohon kerana lama tidak menjenguk kampung yang mengajarkan aku tentang rentak hidup,keluasan alam dan merendahkan diriku jadi sekecilmu. Sekarang aku disini,ajarlah aku lagi isi pengetahuan. Di ombak,pasir atau daun-daunmu.

"You make me feel so alive. Mom,cant I stop grow up? And cant you stop older? Because,all my rest day I need you. Alkisah, "Mama,kalau intan nak bawak mama ke satu tempat boleh? Diam. Memandang sekeliling. "Nak pergi mana? Kan tengahari ni. Panas" Senyum. "Mama,org nak bawak mama ke satu tempat. Tempat untuk lukiskan kasih sayang intan dekat mama,tempat yang mama tak pernah pergi,tempat yang dihiasi payung cinta,jalan setia. Nak tak mama? Mama diam. Mama senyum. Mama mengeleng kepala dalam senyum." Ada ke tempat macam tu. Ma tak pernah dengar pun" Mama berbicara dalam gelak. Subhanallah,heavennya. Ya Allah,tolong jangan ambil senyum itu dari wajah ibuku. Panjangkan umurnya. Aku diam lantas menarik tangan mama". Mama,nanti intan nak bawa lukisan hati mama jauh jauh supaya tak hilang. Intan nak warnakan hidup mama. Please. Walau untuk sekali ini,peluk anak mama ini please. Salurkan kuat untuk anak mama ini please. Please,untuk sekali ini. Mama diam,diam,diam aku tunduk dan tunduk. Rasa hangat tangan kasih ibu,memegang erat bahu,melihat mata yang sudah merah menahan tangis. Terus saat itu tersembur,terluah,terkeluar air mata yang ditahan. Tuhan,jagakan ibuku,jagakan babaku. Jika ini yang terakhir kali aku mewarnai lukisan hati mereka,izinkan aku salurkan bahagia. Mama,baba. Terima kasih untuk cinta ini,terima kasih untuk rindu ini,terima kasih untuk hari ini. Dan terima kasih untuk sepanjang hayat ini.

Dalam hidup kita ada dua jenis manusia; 1-yang memberi kenangan 2-yang memberi pengajaran. But the end of the day, you'll thanked for both.

Selamat pagi semua cinta hati, moga baik saja disana. Sweet momento,menjadi ruang jendela, Terima kasih untuk rindu ini.

#Throwback

Bersambung.

No comments:

Post a Comment